Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Rasulullah s.a.w dan Buah Limau



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapa Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau menyakiti hati wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya."

Allahu Allah..Begitulah indahnya akhlak Baginda Nabi s.a.w.

Mari kita contohi akhlak Baginda...

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
Surah Al-Ahzab : Ayat 21


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27