Showing posts with label Tips Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Tips Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Tips Perkahwinan : 15 PETUA KEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI










Hakikatnya, tugas isteri zaman sekarang bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami. Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk, tetapi bagaimana pula dengan suami?



Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.

1. Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

2. Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

3. Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.

4. Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.

5. Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

6. Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.


7. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.



8. Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.

9. Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. 
Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.

10. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah 
yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan
 jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah
 lembut.


11. Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. J
angan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu 
dia yang anda cuma risau.



12. Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.



13. Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.


14. Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat 
demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.

15. Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.


sumber : FB

Sunday, September 15, 2013

Tips Perkahwinan : Petua Untuk Menjaga Hati Orang Yang Tersayang





Jom kita tengok apa petua-petua yang disarankan

1. Mendengar
Berikan ini kepada yang memerlukan, dan anda hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan  mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.

2. Tanda Kasih
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda

3. Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi

4. Ketawa
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah "saya suka ketawa bersama awak."

5. Puji-pujian
Sesuatu yang mudah seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayang

6. Bantuan
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan lain-lain

7. Bersendirian
Ada ketika anda hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya anda sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi

9. Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, anda masih sentiasa menang.

10. Doa
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kalian


Thursday, August 29, 2013

Tips Perkahwinan : Petua Untuk Mengasihi Suami







1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna .. selitkan jelingan-jelingan manja.



2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.



3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.



4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.



5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.



6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.



7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.



8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.



9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.



10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".



11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.



12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.



13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

Monday, July 22, 2013

Perihal Kaum Adam : Kenali Karektor Lelaki Di Sebalik Tempat Berdating




Tahukah korang, kita boleh kenali karakter seseorang lelaki di sebalik tempat / kawasan si dia sering ajak kita ‘berdating. Jom jom kita ikuti dan rungkaikan karakter masing-masing mengikut tempat2 dorang selalu dan suka ajak berdating seperti di bawah : -


PUSAT HIBURAN (wayang, karaoke dan sebagainya) :
Hati-hati! Lelaki seperti ini adakalanya tidak boleh di percayai.  Si dia seorang yang berahsia. Lelaki seperti ini memang suka habiskan masa dengan pekara-pekara yang menghiburkan dirinya sahaja. Adakalanya mereka suka berdrama. Mereka juga mudah terpengaruh dengan apa yang di lihatnya.

MAKAN MALAM :
Tidak di nafikan lelaki yang gemar ajak kamu makan malam adalah lelaki yang berjiwa romantik dan sangat gentlemen. Mereka sangat menyayangi kamu! Baginya, hari-harinya harus di akhiri dengan berjumpa kamu. Mereka suka melihat kamu bahagia. Jika kamu tidak sihat, mereka lah orang pertama yang akan jaga kesihatan kamu. Jadi, jangan terkejut jika kamu menerima sejambak bunga dengan sekeping kad ‘get well soon!’.

KEDAI MAKAN :
Lelaki yang suka mengajak kamu ke kedai makan adalah lelaki yang benar-benar ingin mengenali kamu. Mereka sanggup menghabiskan masa mereka untuk rapat dengan kamu. Lelaki seperti ini sebenarnya bijak, mereka menggunakan cara yang bersahaja dan santai untuk kamu lebih selesa bila bersamanya. Mereka sukakan hubungan yang ‘slow & steady’. Mereka bukanlah seorang yang suka mendesak. Malah sifat ‘give & take’ si dia akan membuatkan kamu lebih di hargai.

MELANCONG / BALIK KAMPUNG :
Wah, huntungnya jika kamu miliki seorang lelaki seperti ini! Dia seorang yang sangat memberi komitmen dengan kamu. Bila bercinta si dia benar-benar serius. Si dia seorang yang setia pada yang satu. Tidak kedekut dan sanggup buat apa sahaja demi menjaga hati kamu. Percayalah, jika seorang lelaki gemar mengajak kamu pergi bercuti atau balik kampungnya itu bermakna si dia benar-benar ingin menghabiskan masanya hanya dengan bersama kamu.

SOCIAL MEDIA :
Lelaki seperti ini hanya hebat di alam maya sahaja. Bila di dunia realiti si dia bukanlah sesiapa. Malah adakalanya perangainya juga agak mengjengkelkan dan sangat ‘poyo’. Mereka lebih selesa berdiri di belakang daripada berdiri depan dengan sesuatu. Lelaki seperti ini juga ada bahayanya. Mereka tidak serius dengan hubungan yang ada. Mereka lebih selesa mempunyai hubungan yang terbuka dan tidak terikat dengan komitmen.

TEMPAT BERSEJARAH :
Si dia seorang yang sangat ‘evergreen’. Mungkin bagi sesetengah orang, lelaki seperti ini sangat membosankan tetapi sebenarnya lelaki seperti ini juga menyeronokan tapi dengan cara ‘old school’. Jika kamu dapat faham jiwanya yang suka dengan benda-benda antik, pasti si dia akan hargai kamu seadanya juga.

TAMAN BUNGA /  REKREASI :
Inilah lelaki yang dalam hatinya ada taman. Lelaki seperti ini suka di beri perhatian dan di manjakan oleh kamu. Mereka lebih suka berdua-duaan sahaja. Ada kalanya lelaki seperti ini agak mementingkan diri sendiri sahaja. Sukar untuk di bawa berbincang. Tersalah cakap sikit mesti si dia akan tarik muka atau merajuk. Tidak di nafikan juga, lelaki seperti ini memang agak cemburu orangnya. Bagi si sia, kamu hanya miliknya.

TEMPAT  AKTIVITI EKSTREM
Lelaki seperti ini seorang yang sangat mementingkan kesihatan. Mereka lebih gemarkan hubungan yang ‘sihat’. Bagi mereka, bercinta tu bercinta juga tapi kesihatan kena jaga juga. Mereka sangat cerewet. Malah ada kalanya mereka juga ada ‘kepala angin’ mereka. Tetapi, jika mereka di layan dengan baik, maka di balasnya dengan baik juga. Sifat disiplinnya memang sesuai untuk di jadikan sebagai seorang pemimpin. Jika bersedih, si dia bijak menyorokkan perasaannya daripada di ketahui.


sumber : REMAJA

Saturday, July 13, 2013

Tips Perkahwinan : Cara Mengenali Calon Pasangan Hidup Tanpa Bercinta




Dalam Islam tidak dikenali istilah percintaan.

Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut taaruf.

Taaruf biasanya didahulukan dengan nadhar, iaitu melihat calon suami atau isteri yang akan dikenalkan.

Bila dalam proses melihat nadhar ini jika ada ketertarikan maka akan dilanjutkan dengan perkenalan atau taaruf iaitu berbincang-bincang menyamakan persepsi dan menambahkan latar belakang tentang calon pasangan.

             "Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini?"


Hanya dengan memandang sudah mampu membuatkan seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam


1. Mengenali Calon Pasangan : Keadaan Keluarga

       "Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat"        (HR Abu Daud)

Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain

Perkara ini untuk melengkapkan informasi mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini kita boleh mengetahui siapakah calon-calon pasangan kita ini. Bagaimanakah latar belakang keluarganya dan perkara-perkara lain yang penting untuk kita tahu
2. Mengenali Calon Pasangan : harapan dan Prinsip Hidup

Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah gowwam dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera

Kerana itu setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing. Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata-kata sedemikian rupa seperti        "Jika awak menjadi isteri saya nanti harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah"  atau          "Jika awak menjadi isteri saya nanti mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah"

Kita boleh menggunakan bahasa yang lebuh verbal seperti "Apa yang awak rancang bila sudah berkahwin nanti"  Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan

3. Mengenali Calon Pasangan : Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Disukai

Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari awalnya.

Dalam pelayaran bahtera rumahtangga perlu saling mengerti. Contohnya paling mudah, isteri yang suka masakan pedas sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.

Suami yang memang tidak suka berkemas kerana lama menjadi bujang setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf.

Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi adalah natural dan tidak saling memaksa.

4. Mengenali Calon Pasangan : Ketakwaan Calon Pasangan
Apa yang terpenting semasa taaruf?

Yang semestinya menduduki keutamaan tertinggi adalah bagaimana nilai ketakwaan lelaki/ wanita tersebut.

Ketakwaan di sini adalah ketaatan kepada Allah. Kerana apabila seorang lelaki itu senang dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya.

Tetapi bagaiman caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?

Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur.

Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua dan lain-lain.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat nampaknya tidak perlu ditawar-twar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.



kredit : akuislam
notakakiHD : note ini adalah untuk diri sendiri jugak ni ^_^

Tips Perkahwinan : Pesanan Untuk Inche Suami





1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/ cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak jugak.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk bersandar kekenyangan macam maharaja sambil baca 'paper'

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya lagi. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh jer.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best  dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' nak mintak pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlan secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan, Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan, tapi saya dengar dari seorang Ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuklah. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini enteng sahaja.

Allah s.w.t berfirman,  "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Kredit : FB Dato Dr. Hj. Fadzillah Kamsah


Friday, July 12, 2013

Perihal Rumahtangga : 10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU





SATU
Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan, sebab abang memang tak tahu

DUA
Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu. (psst, ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu

TIGA
Buatkan surprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal

EMPAT
Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang

LIMA
Kalau kita berjalan bersama, abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat

ENAM
Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih. Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

TUJUH
Kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang

LAPAN
Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja rumah, terus je mintak tolong, tak perlu berkias-kias

SEMBILAN
Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali, "Abang sayang saya tak?" sebab bila abang dah jawab sayang, memang abang maksudkannya

SEPULUH
Abang tahu abang buat salah, tapi tolonglah jangan membebel tentang kesalahan abang


notakakiHD : noted!

Wednesday, November 28, 2012

Perihal Lelaki : Petua Menangani Suami Yang Mula Naik “Miang”



Angka 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'. Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya. Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat.

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin lain.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit petua untuk isteri menyekat suami bermain mata dengan wanita lain:

1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangk an kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.

2. Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, kadang-kadang sudah mula dingin seks dan tidak berapa minat mengadakan hubungan seks. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

3. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin. Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.

Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

4. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat.

5. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dahulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin. Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.

Monday, July 2, 2012

Kawen-Mawen, hehe

Lihatlah sekitar alam...


Hi, selamat malam!
Eh, eh.. ekceli dah pagi... hehe

Sat g nak masuk tido la ni.. malas aih nak layan Final Euro 2012 neh
karang masuk keje mata macam panda kang.. hahaha.. sapa yg susah? ? *ngeee*

Apapun, may the best team win la... Aku tau hampir kesemua adik2ku sokong Italy..
from status FB depa la.. si Wanie ni pun... Italy jugak... K cik dia? hak mana menang i sokong la eks.. bahahahahahahaha... *gelak sampai pagi esok*  :D  :D

Ok, ok.. sebelum tido.. nak hapdet sikit
pasal kawen mawen... tadi rayau2 FB.. daku tetiba terlihat seorang yg daku kenali agak rapat bebeberapa tahun nan lalu... dah kawen baru eh??? comey wifey nyaaa... tahniahh!! err, ekceli tergezut gak... tapi, ya la.. mungkin itu jodohs kansss... semoga berbahagia... (namun tertanya, apa episod dan cerita yang terdahulu? kesiaannnn sangat kat yang ditinggalkan.. atau mungkin dikongsikan?? huhu)

Ok, Ok... now move to artis punya perkahwinan la pulaks eks..

Suka-suka-suka sangat dengan Irma Hasmie dan pasangannya Redza Syah Azmeer..
pasangan yang sangat suweeett dan sepadan... Irma yang cantik dan Redza yang hemsemmmm sangat

Semoga berkekalan ke akhir hayat..
Sesungguhnya, tiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya kan....

jom layan beberapa keping gambo mereka.. jom jom

majlis perkahwinan di MAEPS, Serdang - 1 July 2012



yang ini, sumpah sangat-sangat-sangat suweet..!
huhu.. jelesnya.. bestnyaa.. wakakaka :P




Majlis Nikah di Putrajaya - 29 June2012


NotakakiHD: nota 1 - Thanks to few sites yang aku cilok gambau2 ini yer.. he-he-heee..
                      nota 2- Oh, suweetnyaaaa..... mereka.... Semoga barakah sehingga hujung nyawa dan 
                                  ke syurga :)

update :  << - - - - 10 July'12 , nak tepek pic kawen, nikah dan resepsi mereka banyak2 la.. sebab suweet sangat... (heh! tak penah2 aku nak tepek2 gambo2 retis kawen ni haih.. takpe.. sebab suweet, kita tgk sahaja la yer.. sesambil mendoakan kebahagian mereka adanya... arakian...  *sweet smile*




















update lagi : < - - - -  13 July'12 :


meh tambah lagi, beberapa Trivia mereka yang aku baca di Mingguan Wanita


  • Ayah dan Ibu Irma dan Redza berasal dari Kelantan (what? hehehe....)
  • Redza pernah kehilangan adik perempuan kembar (pada usia belasan tahun), sedangkan Irma pulak pernah kehilangan adik lelaki bongsu dalam satu kemalangan
  • Irma & Redza kedua-duanya saling berusaha menyuburkan diri dengan keimanan dan membawa diri ke arah kebaikan  (oh.. hope me too.. huhu.. Amiinnnn)
  • Redza sukakan tempat yang sejuk, manakala Irma sukakan tempat yang panas, tapi... kedua2nya mempunyai satu titik pemikiran yg sama :)
  • Dalam keluarga Irma, dia merupakan satu2nya anak perempuan, begitu juga dengan Redza yang hanya mempunyai seorang sahaja adik perempuan
  • Wajah Irma seiras dengan adik perempuan Redza   (how sweeett, kan :)  )
Ok, sambung sikit lagi... nak cakap, sama tak baju resepsi bertandang Irma tu, dengan baju aku yang kat bawah ni... sama takk?? sama takk..??? kaler dia.... ekekekek... nak samakan jugak tu kan... buahahahahahaaaa...


Saturday, June 9, 2012

CIRI ANDA MUDAH DISELINGKUHI


Selama ini mungkin korang merasa sebagai kekasih yang normal, perhatian sudah anda curahkan, kasih sayang tak pernah sedikitpun terlewatkan. Tetapi mengapa korang masih diduakan ya? Well, mungkin hampa punya ciri-ciri berikut ini:

1. Anda terlalu mudah membiarkan orang baru masuk pada kehidupan peribadi anda.

2. Anda merasa tidak percaya diri, minder, dan merasa tak bisa hidup sendiri.

3. Anda tahu bahwa hubungan korang tak sehat, tetapi korang membiarkannya saja.

4. Hampir semua hubungan masa lalu anda bermasalah.

5. Anda terlalu mudah jatuh cinta dan terbuai oleh rayuan jejaka
 6. Anda senang mendengarkan pujian, dan lebih senang mendengarkan kata-kata berbanding memperhatikan sikap seseorang.

7. Anda terlalu terbuka, dan tak segan menceritakan tentang keburukan mantan (bekas/ex) di masa lalu

8. Anda orang yang emosional dan mudah menangis

9. Anda menceritakan permasalahan anda dengan menggebu-gebu, dan terkadang terlalu berlebihan saat menanggapi masalah.

10. Yang pertama kali anda nilai dari seseorang adalah penampilannya.

11. Anda takut sendiri dan merasa kesepian.

12. Anda tergila-gilakan  filem-filem drama percintaan yang mengundang air mata.

13. Anda cemburu buta.

14. Anda terlalu posesif dan takut kehilangan.

15. Anda meremehkan teman dan berpusat pada si dia saat berpacaran.

21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.

Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.

Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.

Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.

Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

NotakakisikukiriHD: Jadi kepada kawan2 kaum wanita di luar sana, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda (harap saya pun begitu jua)  :)

 

Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...