Posts

Showing posts from August, 2013

Tips Perkahwinan : Petua Untuk Mengasihi Suami

Image
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna .. selitkan jelingan-jelingan manja. 2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya. 3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam h

Novel : Kemelut Kasih - Part 14

Image
~FouRteeN~ Bab 14          S hahrul  memandang kereta polis yang berlalu tidak jauh darinya berdiri. Kemudian sebuah kereta Honda Civic mengekori kereta polis itu dari belakang. Bunyi siren dari kereta polis membelah kedamaian pantai itu menimbulkan minat kepada pengunjung pantai berkenaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Apakah ada kes rompakan atau pembunuhan? Atau kes pencabulan? Namun tiada siapa yang dapat menjelaskan persoalan mereka itu. Orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson itu memerhati penuh minat ke arah kereta polis dan sebuah Honda Civic yang datangnya dari sudut hujung pantai ini di mana terletaknya beberapa buah chalet mewah yang biasanya dibeli oleh orang-orang kaya sebagai tempat istirehat mereka di masa lapang. Setelah kedua kereta tersebut menghilang, kebanyakan pengunjung yang tadinya berlari-lari ke kawasan itu untuk melihat kereta polis tadi kembali kepada aktiviti masing-masing ~ bercanda dan bermandi-manda. Shahrul yan

Salam Idul Fitri 1434H

Image
Salam Lebaran buat semua rakan2, rakan2 bloggers dan sanak taulan HIDUP NI HANYA SEMENTARA SEBENTAR senang SEBENTAR sedih SEBENTAR sesak SEBENTAR berduit SEBENTAR ketawa SEBENTAR lagi… (err.. lusa, In Shaa Allah) "LEBARAN Idul Fitri" Mohon Maaf Zahir Batin Hati2 pada yang memandu pulang ke kampung nanti Juga pada yang sedang dalam perjalanan.. Tak lupa juga yang dah sampai kat kampung tu... • ˚ •˛•˚ * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • •。★Hari Raya ★ 。* • ˚。 ° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚ ˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SELAMAT HARI RAYA AIDILFITR SELAMAT HARI RAYA AIDILFIT SELAMAT HARI RAYA AIDILFI SELAMAT HARI RAYA AIDILF SELAMAT HARI RAYA AIDIL SELAMAT HARI RAYA AIDI SELAMAT HARI RAYA AID SELAMAT HARI RAYA AI SELAMAT HARI RAYA A SELAMAT HARI RAYA SELAMAT HARI RAY SELAMAT HARI RA SELAMAT HARI R SELAMAT HARI SELAMAT HAR SELAMAT HA SELAMAT H SELAMAT SELAMA SELAM SELA SEL

Selingan : Al Kisahhhh

Di hujung sebuah kampung tinggallah sepasang suami sietri, Pak Abu & Mak Lijah. Pak Abu seorang yang jujur dan ikhlas yang bekerja sebagai penebang pokok. Pada suatu pagi keluarlah dia menebang pokok yang berdekatan dengan sungai. Setelah beberapa kali menetak batang pokok itu, kapaknya telah terjatuh ke dalam sungai. Semasa beliau berfikir untuk turun menyelam, tiba-tiba keluar seekor pari2 dari dalam sungai tersebut bersama-sama sebilah kapak emas lalu bertanya samada kapak itu kepunyaan Pak Abu? Lalu dijawab oleh Pak Abu bahawa kapak emas itu bukan miliknya. Pari2 tadi menyelam lagi dan muncul pula dengan sebilah kapak perak, Pak Abu juga menjawab kapak perak itu juga bukan miliknya. Sekali lagi pari2 itu menyelam dan timbul dengan kapak Pak Abu. Pak Abu berasa amat gembira dan berkata, itulah kapak milik beliau. Lalu pari2 itu berkata "Tuan hamba seorang yang jujur, jadi hamba berikan kapak emas & perak itu kepada tuan hamba sebagai hadiah."  Pak Abu amat