Showing posts with label Perihal Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Perihal Lelaki. Show all posts
Wednesday, November 13, 2013
Perihal Lelaki : 10 Fakta tentang LELAKI
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
Sunday, September 15, 2013
Tips Perkahwinan : Petua Untuk Menjaga Hati Orang Yang Tersayang
Jom kita tengok apa petua-petua yang disarankan
1. Mendengar
Berikan ini kepada yang memerlukan, dan anda hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana anda hendak membalas.
2. Tanda Kasih
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri anda
3. Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi
4. Ketawa
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah "saya suka ketawa bersama awak."
5. Puji-pujian
Sesuatu yang mudah seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang anda sayang
6. Bantuan
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan lain-lain
7. Bersendirian
Ada ketika anda hanya mahu bersendirian. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya anda sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi
9. Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, anda masih sentiasa menang.
10. Doa
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kalian
Thursday, August 29, 2013
Tips Perkahwinan : Petua Untuk Mengasihi Suami
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna .. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
Tuesday, July 30, 2013
Perihal Kaum Adam : 8 Cara Mengenalpasti Lelaki Penyayang
1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh
tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada
kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan
halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ”
kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan.
Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki
yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang
dia.
2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik.
Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap
kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang
bagaimana.
3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang
penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat
ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai
hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya
meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah
hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan
samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje
bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan
lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main
atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam
dirinya kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan
rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu
sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada
sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada,
bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung
menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya.
Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat
humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka
membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya
sedih dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan
cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat
berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting
macamni korang berhati-hati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak
lokek langsung! Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang.
Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada
sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan
berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur
kebencian.
Monday, July 22, 2013
Perihal Kaum Adam : Kenali Karektor Lelaki Di Sebalik Tempat Berdating
Tahukah korang, kita boleh kenali karakter seseorang lelaki di sebalik tempat / kawasan si dia sering ajak kita ‘berdating. Jom jom kita ikuti dan rungkaikan karakter masing-masing mengikut tempat2 dorang selalu dan suka ajak berdating seperti di bawah : -
PUSAT HIBURAN (wayang, karaoke dan sebagainya) :
Hati-hati! Lelaki seperti ini adakalanya tidak boleh di percayai. Si dia seorang yang berahsia. Lelaki seperti ini memang suka habiskan masa dengan pekara-pekara yang menghiburkan dirinya sahaja. Adakalanya mereka suka berdrama. Mereka juga mudah terpengaruh dengan apa yang di lihatnya.
MAKAN MALAM :
Tidak di nafikan lelaki yang gemar ajak kamu makan malam adalah lelaki yang berjiwa romantik dan sangat gentlemen. Mereka sangat menyayangi kamu! Baginya, hari-harinya harus di akhiri dengan berjumpa kamu. Mereka suka melihat kamu bahagia. Jika kamu tidak sihat, mereka lah orang pertama yang akan jaga kesihatan kamu. Jadi, jangan terkejut jika kamu menerima sejambak bunga dengan sekeping kad ‘get well soon!’.
KEDAI MAKAN :
Lelaki yang suka mengajak kamu ke kedai makan adalah lelaki yang benar-benar ingin mengenali kamu. Mereka sanggup menghabiskan masa mereka untuk rapat dengan kamu. Lelaki seperti ini sebenarnya bijak, mereka menggunakan cara yang bersahaja dan santai untuk kamu lebih selesa bila bersamanya. Mereka sukakan hubungan yang ‘slow & steady’. Mereka bukanlah seorang yang suka mendesak. Malah sifat ‘give & take’ si dia akan membuatkan kamu lebih di hargai.
MELANCONG / BALIK KAMPUNG :
Wah, huntungnya jika kamu miliki seorang lelaki seperti ini! Dia seorang yang sangat memberi komitmen dengan kamu. Bila bercinta si dia benar-benar serius. Si dia seorang yang setia pada yang satu. Tidak kedekut dan sanggup buat apa sahaja demi menjaga hati kamu. Percayalah, jika seorang lelaki gemar mengajak kamu pergi bercuti atau balik kampungnya itu bermakna si dia benar-benar ingin menghabiskan masanya hanya dengan bersama kamu.
SOCIAL MEDIA :
Lelaki seperti ini hanya hebat di alam maya sahaja. Bila di dunia realiti si dia bukanlah sesiapa. Malah adakalanya perangainya juga agak mengjengkelkan dan sangat ‘poyo’. Mereka lebih selesa berdiri di belakang daripada berdiri depan dengan sesuatu. Lelaki seperti ini juga ada bahayanya. Mereka tidak serius dengan hubungan yang ada. Mereka lebih selesa mempunyai hubungan yang terbuka dan tidak terikat dengan komitmen.
TEMPAT BERSEJARAH :
Si dia seorang yang sangat ‘evergreen’. Mungkin bagi sesetengah orang, lelaki seperti ini sangat membosankan tetapi sebenarnya lelaki seperti ini juga menyeronokan tapi dengan cara ‘old school’. Jika kamu dapat faham jiwanya yang suka dengan benda-benda antik, pasti si dia akan hargai kamu seadanya juga.
TAMAN BUNGA / REKREASI :
Inilah lelaki yang dalam hatinya ada taman. Lelaki seperti ini suka di beri perhatian dan di manjakan oleh kamu. Mereka lebih suka berdua-duaan sahaja. Ada kalanya lelaki seperti ini agak mementingkan diri sendiri sahaja. Sukar untuk di bawa berbincang. Tersalah cakap sikit mesti si dia akan tarik muka atau merajuk. Tidak di nafikan juga, lelaki seperti ini memang agak cemburu orangnya. Bagi si sia, kamu hanya miliknya.
TEMPAT AKTIVITI EKSTREM
Lelaki seperti ini seorang yang sangat mementingkan kesihatan. Mereka lebih gemarkan hubungan yang ‘sihat’. Bagi mereka, bercinta tu bercinta juga tapi kesihatan kena jaga juga. Mereka sangat cerewet. Malah ada kalanya mereka juga ada ‘kepala angin’ mereka. Tetapi, jika mereka di layan dengan baik, maka di balasnya dengan baik juga. Sifat disiplinnya memang sesuai untuk di jadikan sebagai seorang pemimpin. Jika bersedih, si dia bijak menyorokkan perasaannya daripada di ketahui.
sumber : REMAJA
Monday, July 15, 2013
Ceritera Lelaki : Tafsiran Mengenali Lelaki Dari Segi Anggotanya
KULIT
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.
RAMBUT
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah
KEPALA
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.
DAHI
Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.
MATA
Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.
HIDUNG
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.
MULUT
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.
BIBIR
Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.
GIGI
Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.
DAGU
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya
SUARA
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.
TELINGA
Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.
BAHU
Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.
BELAKANG
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.
MUKA
Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.
LEHER
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.
DADA
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.
LIDAH
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.
LENGAN
Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.
TAPAK TANGAN
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.
JARI
Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.
PERUT Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.
PINGGANG
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.
BETIS
Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.
KAKI
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.
TUMIT
Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.
LANGKAH
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.
Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan. Walau bagaimana pun ini cuma merupakan firasat umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.
(Petikan dari Kitab Tajul Muluk)
Sunday, July 14, 2013
Love Info : 10 Petanda si dia sedang angau ^_^
Lelaki sememangnya sukar diramal. Tidak semua gerak gerinya dapat dibaca. Namun, satu perkara yang sememangnya mereka tidak boleh sorokkan iaitu 10 tandia bila si dia mula angau dengan mu.
Jom kita ketahui bagaimana rahsianya mula terbongkar.
- MULA BERI BERIBU PERHATIAN
Jika sikapnya yang dahulu acuh tak acuh sudah tidak kelihatan, dan si dia mula memberimu beribu perhatian itu tandanya si dia
mula mengambil berat tentang mu
2. INGAT SEGALA PERKARA TENTANG MU
Wah nampaknya si di memang serius dengan setiap perbualan kamu. Segala tentang kamu walaupun sekecil semut sekalipun di sia masih ingat dan tidak lupa, itu bermakna si dia peka dengan apa sahaja yang sedang dibualkan oleh kamu berdua.
3. TIDAK AKAN MENYUSAHKAN KAMU
Si dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan kamu. Jadi jika kamu dalam kesusahan jangan panik, si dia pasti akan menolongmu
4. TIDAK MUDAH MENABUR JANJI
Lelaki yang benar-benar mencintai kamu tidak akan sewenang-wenangnya menabur janji pada kamu. Ini kerana, mereka takut untuk memungkiri dan melukakan hati kamu
5. MENCINTAI SEGALA KELEMAHAN MU
Bila si lelaki mula mencintai setiap kelemahan kamu itu bermakna si dia betul-betul menerima kelebihan dan kelemahan kamu. Inilah masanya untuk kamu berterima kasih padanya kerana si dia sanggup menerima segala kelemahanmu.
6. BERI LAYANAN ISTIMEWA
Lelaki ni selalunya, bila dia menganggap seseorang itu hanya sebagai kawan dia akan bersikap 'natural' sahaja, tetapi, bila dia dah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa, tentunya kamu akan dilayan dengan sehabis baik!
7. KAMU LAH SATU-SATUNYA DIFIKIRANNYA
Jejaka yang benar-benar mencintai kamu tidak akan sesekali cuba mendekati wanita lain. Si dia akan mula berkelakuan seperti kamu sahaja wanita yang ada dalam fikirannya. Besar kemungkinan takut-takut kamu pula yang akan rasa seperti dikongkong dan rimas.
8. SENTIASA MENCURI MASA UNTUK BERJUMPA
Ada sahaja alasannya untuk berjumpa dengan mu. Bila si dia mula cuba mencuri masa untuk bersama kamu itu bermakna si dia benar-benar mahu menghabiskan waktu hanya bersama kamu.
9. SUKAR MEMBERI ALASAN MENGAPA DIA MENCINTAIMU
Bila si jejaka sukar menerangkan mengapa dia mencintaimu itu bermakna si dia benar-benar sudah jatuh hati dengan mu!
10. BERSEDIA UNTUK BERJUMPA DENGAN ORANG TUA MU
Bukan mudah untuk si dia berani berhadapan dengan orang tua mu. Jika si dia mula menunjukkan respon dan gerak geri yang positif ketika ingin berjumpa dengan keluarga mu, itu bermakna si dia sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.
Saturday, July 13, 2013
Tips Perkahwinan : Pesanan Untuk Inche Suami
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/ cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak jugak.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk bersandar kekenyangan macam maharaja sambil baca 'paper'
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya lagi. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh jer.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' nak mintak pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlan secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan, Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan, tapi saya dengar dari seorang Ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuklah. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini enteng sahaja.
Allah s.w.t berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Kredit : FB Dato Dr. Hj. Fadzillah Kamsah
Friday, July 12, 2013
Perihal Rumahtangga : 10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU
SATU
Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan, sebab abang memang tak tahu
DUA
Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu. (psst, ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu
TIGA
Buatkan surprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal
EMPAT
Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang
LIMA
Kalau kita berjalan bersama, abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat
ENAM
Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih. Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"
TUJUH
Kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang
Kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang
LAPAN
Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja rumah, terus je mintak tolong, tak perlu berkias-kias
SEMBILAN
Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali, "Abang sayang saya tak?" sebab bila abang dah jawab sayang, memang abang maksudkannya
SEPULUH
Abang tahu abang buat salah, tapi tolonglah jangan membebel tentang kesalahan abang
Abang tahu abang buat salah, tapi tolonglah jangan membebel tentang kesalahan abang
notakakiHD : noted!
Thursday, July 11, 2013
Perihal A&H : Fakta tentang Lelaki & Wanita
Perwatakan seseorang itu memang sukar untuk diramal, tetapi jom baca 5 fakta tentang pasangan kita yang jarang kita ketahui
FAKTA TENTANG LELAKI
- Apabila lelaki bercakap "ermmm, tengoklah dulu" itu bermaksud si dia kurang setuju dengan pendapat kamu ataupun si dia memang bermaksud "tidak!"
- Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku. Oleh sebab itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini
- Lelaki tidak suka gadis terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
- Kebanyakan masa lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan
- Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai sahaja
FAKTA TENTANG PEREMPUAN
- Perempuan suka berpura-pura seperti mereka seorang yang sukar untuk difahami. Namun hakikatnya dalam hati, mereka berharap agar mereka dapat difahami oleh kaum lelaki
- Bila si dia tidak ambil peduli di mana kamu berada, dengan siapa kamu bersama atau apa sahaja tentang kamu itu bermakna kamu tidak lagi dalam fikirannya
- Sekiranya dia mula berkata "kenapalah dari dulu lagi kita tidak bertemu" itu bermakna kamulah satu-satunya calon yang paling sesuai untuknya dan si dia betul-betul menghargai kehadiran kamu
- Siapa kata perempuan mudah tertarik dengan kekacakan lelaki sahaja? Sebenarnya mereka lebih tertarik dengan lelaki kelakar dan ambil berta tentang dirinya
- Mereka cukup pantang bila si kekasih hati menghilangkan diri bukan kerana 'queen control' tetapi bagi mereka adalah satu keperluan untuk mereka tahu di mana pasangan mereka berada.
Tuesday, July 9, 2013
Perihal Kaum Adam : Rahsia Lelaki
Pssstttt! korang.....
lelaki memang sukar nak di fahamikan? memang tak di nafikan macam-macam ragam misteri yang menyukarkan seorang perempuan memahami mereka. Jika kamu nak tahu 20 pekara misteri tentang lelaki (yang mereka cuba sorokkan dari kamu) jom baca beberapa rahsia yang sempat di 'korek' sendiri dari kaum lelaki :)
lelaki memang sukar nak di fahamikan? memang tak di nafikan macam-macam ragam misteri yang menyukarkan seorang perempuan memahami mereka. Jika kamu nak tahu 20 pekara misteri tentang lelaki (yang mereka cuba sorokkan dari kamu) jom baca beberapa rahsia yang sempat di 'korek' sendiri dari kaum lelaki :)
1. Lelaki memang suka perempuan yang cantik, namun tidak semua yang akan bersungguh-sungguh untuk mendekati perempuan tersebut kerana bagi mereka, mereka hanya suka melihat sahaja.
2. Lelaki boleh mengambil masa beberapa minit sahaja menyukai seseorang! Malah, mereka juga boleh melupakan seseorang dalam sekelip mata!
3. “Awak buat apa tuh?” atau “Awak dah makan?” itu memang soalan lazim mereka untuk memulakan perbualan. Ini adalah satu teknik lelaki untuk membuangkan gugupnya ketika berbicara dengan kamu.
4. Lelaki lebih terpikat dengan perempuan yang ‘jual mahal’ kerana bagi mereka lebih mencabar.
5. Buat pengetahuan kamu, lelaki suka jika tangannya di sentuh oleh pasangannya tidak kiralah sama ada sengaja atau tidak di sengajakan.
6. Hati-hati ketika menghantar pesanan ringkas pada seorang lelaki, kerana jika kamu hantar pesanan yang tidak lengkap mereka akan terus ‘jump into the conclusion’.
7. Lelaki memang nakal, adakalanya sampai boleh di katakan ‘ulat bulu naik daun’ jugalah. Namun, di sebalik kenakalan mereka, bila mereka berhadapan dengan wanita idaman mereka akan terdiam dan membisu seribu bahasa. Percayalah!
8. Jika kamu kata ‘TIDAK’ pada lelaki, mereka tidak akan terus berputus asa. Malah mereka akan menganggap perkataan itu seperti ‘Sila cuba lagi!’.
9. Lelaki suka seorang perempuan yang kelakar, spontan, dan agak kalam kabut (in a good way) kerana, bagi mereka perempuan seperti ini comel dan boleh membuatkan hatinya sentiasa tercuit.
10. Mereka sangat berharap mempunyai seorang kekasih hati yang boleh di jadikan sebagai ‘geng kamcing’ mereka juga.
11. Kamu boleh menguji kesetiaan dan keikhlasan seorang lelaki, namun jangan berterusan dan berlarutan kerana lama kelamaan mereka akan mula hilang minat dengan kamu.
12. Lelaki lebih suka meminta nasihat dan pandangan daripada kaum sejenisnya sahaja manakala perempuan pula hanya tempat meluahkan isi hati dan rasa.
13. Jika si dia suka mengusik kamu sehingga adakalanya membuatkan kamu tersipu-sipu itu bermakna si dia menyukai kamu.
14. Mereka akan menjadi ‘singa’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi bila dengan kekasih hati mereka akan terus bertukar menjadi ‘kucing’ yang paling jinak dan manja.
15. Walaupun dalam keadaan cemas dan tegang mereka akan sentiasa berlagak ‘cool’ dan tenang untuk menghadapinya. Padahal dalam hati degupannya dah seakan bunyi ‘heavy metal’. Jadi nak tahu si dia betul-betul cuba menyembunyikan gugupnya atau sebaliknya lihat adakah si dia berpeluh atau tidak.
16. Jika lelaki kata dia gagal mengenali kami itu bermakna si dia cuba ingin memberitahu kamu tidak ‘sekepala’ dengannya.
17. Sekirannya kamu di jadikan sebagai tempat mengadu nasib tentang hubungan dengan kekasih hatinya percayalah, selepas sahaja dia memutuskan hubungan kamu pasti akan dijadikan sebagai penganti! Kerana mereka akan tertarik dengan sikap penyabar dan keikhlasan kamu berkawan dengannya.
18. Jika di siang hari mereka menghabiskan masa dengan berpuluh wanita yang berbeza, di malam hari sebelum melelapkan mata hanya aka nada satu nama sahaja yang bermain di fikirannya.
19. Lelaki lebih cerewet memilih pasangan hidup. Jadi, hati-hati ya kaum perempuan kerana tidak semestinya kamu sudah bersama dengannya 10 tahun kamu confirm akan jadi pasangan hidupnya.
20. Mereka lebih tertarik dengan perempuan yang jauh lebih tua daripadanya ketika mereka berusia 23 tahun ke atas kerana sewaktu itu mereka mula memikirkan sesuatu hubungan yang lebih serius berbanding biasa.
Saturday, June 22, 2013
Perihal Lelaki : 10 jenis lelaki yang membahayakan perempuan
- Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.
- Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.
- Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.
- Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.
- Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.
- Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.
- Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?
- Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.
- Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.
- Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.
Wednesday, November 28, 2012
Perihal Lelaki : Petua Menangani Suami Yang Mula Naik “Miang”
Angka 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'. Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya. Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat.
Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin lain.
Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit petua untuk isteri menyekat suami bermain mata dengan wanita lain:
1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangk an kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.
2. Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, kadang-kadang sudah mula dingin seks dan tidak berapa minat mengadakan hubungan seks. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.
3. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin. Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.
Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
4. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat.
5. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.
Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dahulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin. Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.
Sunday, September 30, 2012
Edisi Lelaki (lagi) : Jenis Lelaki Yg Membahayakan Wanita
Ini tips untuk ladies/anak gadis/wanita di luar sana, kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.
SATU
Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.
DUA
Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.
TIGA
Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua? jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe!
EMPAT
Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.. Bluwekk..
LIMA
Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.
Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.
ENAM
Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?
TUJUH
Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas punya..
LAPAN
Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.
SEMBILAN
Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat seksa jiwa jer, nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.
NotakakiHD : This is apply to me too (^-^).. errr, noted!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerpen : Kasih Kita
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...
-
Assalam.. lama tak jenguk dan update blog ini kan so sebagai upacara pecah tanah di tengah tahun ini, saya nak share sebuah kisah yang mu...
-
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Entry tertunda : Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019 Yuhuuu... dah updat...
-
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...












.png)
