Posts

Showing posts from September, 2018

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Image
Bab 33 “H oney.. ?? Where have you been.. ?? I called you so many times but you never pick up. Even return  my call..? If you hear my message, just give me a call… urgent!” Dalam kegeraman Harith meninggalkan voice message dalam telefon bimbit Suraya. Dia menghela nafas panjang. Kebelakangan ini semakin jarang mereka berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Lagipun dia sudah bosan diasak dengan pertanyaan dari kedua ibu bapanya dengan pengakhiran hubungannya dengan Suraya. Tiga tahun berkawan rapat, namun masih belum ada apa-apa ikatan. Mummy dan Daddy nya sudah tidak sabar inginkan cucu. Sementelah lagi dialah merupakan satu-satunya pengarang hati dan jantung Dato’ Mansur dan Datin Maznah. Kedua orang tuanya sudah berhajat untuk masuk meminang anak dara kesayangan Dato’ Zaharuddin dan Datin Farina itu. Jadi, b y hook or by crook, dia cuma perlu mendapatkan persetujuan dari Suraya sahaja. Namun kebelakangan ini semakin hari, Suraya keli

Novel : Kemelut Kasih - Part 32

Image
Bab 32    “A mboi.. bukan main mesra lagi abang dengan dia tadi yer….”  Charina sengaja mengusik, namun sebenarnya meluahkan perasaan cemburunya dengan cara paling berhemah yang dia rasakan.              “Abang berdua sahaja ke berbincang tadi..  Nobody else? ” Soalnya lagi ingin tahu. Menanyakan kembali soalan yang berlegar sepanjang hari petangnya tadi.  Tangannya ligat menyikat rambutnya yang ikal lurus melepasi bahu. Pandangan matanya memerhati susuk badan tegap suaminya yang baru keluar dari tandas di sudut bilik. Dipe rhatikan suaminya berjalan menghala ke arahnya.             “Kenapa… Sayang jeles ye..?” balas suaminya pula, membalas gurauannya. Dia menghadiahi satu kucupan di dahi isterinya dan mengelus lembut bahu isterinya yang terdedah. Pijama satin ungu lembut terletak indah di badan langsing isterinya. Kemudian dia mengucup bibir Charina lembut, sebentar. Kemudiannya dia memerhati wajah ayu isterinya dari pantulan cermin lemari di depannya. Mer

Mari Dengar Satu Cerita - Kisah sebiji tembikai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ KISAH TEMBIKAI MANIS Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun cina ). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya - "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.  Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata:  "Saya membeli tembikai itu dari pasar" Isteri: "Saya tau" Suami: "Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?" Isteri: " Tentulah yang manis" Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?" Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis" Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?" Isteri:

Hi There!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Hi There! Hi Uolssss.... Holla! Lama sungguh tidak menjenguk blog sendiri kan... Bersawang yang sarat sangat-sangat dah ni... dan tidak mudah untuk  dihapuskan lagi.. LOL Well, no new update... just post suka-suka to say hi pada mana yang masih singgah di sini.. hihihiii... Jangan maaarahhhhhh NotakakiHD : Lavvv u ols.. Muaaahhhhhhh