Cerita Pasal Bola : Tahniah, Kelantan Juara Liga Super 2012



Hi Salam!

Selamat Pagi... (menjelang tengahari dah ni.. hehe)
Ok, nak cerita dan hapdet sikit la pasal bola tempatan kita,
pasal pertandingan penutup MSL 2012 (atau Liga Super Malaysia 2012)  ini
Kelantan, atau di kenali dengan nama jolokan "TRW - The Red Warriors" berjaya mempertahankan
kejuaraan kali kedua berturut2, yang turut di menangi tahun lalu. Tahniah diucapkan!! Yeahh!

Kelantan menang bergaya 3-1 semalam di halaman sendiri, menentang Sarawak sekaligus menutup pertandingan penamat Liga Super 2012 dengan 60 mata, meninggalkan Lions XII di tempat kedua dengan 50 mata. Terdahulu, Kelantan sudah dinobatkan Juara Liga Super setelah menewaskan Perak 6-0, juga di Stadium SSMIV pada 8 Julai'12, sebelum tewas di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 10 Julai lalu 0-1 kepada Felda United FC. Namun menutup dengan kemenangan mutlak dan penuh bergaya semalam.

Sedikit peperangan di media dengan pihak FAM yang berdegil dan berdolak dalik akan waktu dan tempat penyerahan Piala Kejuaraan, yang dijangka akan diserahkan di Wisma FAM pada 20 Julai nanti (the very same day perlawanan persahabatan TRW dengan QPR), namun akhirnya, semuanya sudah selesai dengan
penyerahan piala kejuaraan itu di SSVIM semalam - dapat diraikan oleh segenap pelosok peminat dan jugak pemain ke 12 TRW kekdahnya  :)

Jom kita layan klip gol2 semalam... tarian Piya selaku kapten pasukan dan  penjaring awal memang funny la.. haha!







NotakakiHD : Jom kita sambung buat hatrik  untuk Piala Malaysia pulak selepas dah berjaya membolot Juara Piala FA May'12 lalu.... ;D  (pastu tambah ngan  Piala AFC la pulak.. hehe.. (mudah2an).. 

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27