Sunday, October 21, 2012

Cerita Pasal Bola : TRW juara Piala Malaysia 2012 dan mencapai sasaran TREBLE!


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Hi! Salam dan selamat pagi..

Sekali lagi kita update perkembangan terbaru pasal bola, ok.. (^-^)

Alhamdulillah! Kelantan berjaya mencipta TREBLE untuk musim 2012 ini !! Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain pasukan Kelantan. Tak lupa juga kepada semua penyokong2 setia pasukan Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan, walau di mana jua anda berada, yeaahhh!! Dari Pantai Timur semenanjung menyeberang Banjaran Titiwangsa, dengan perjalanan tidak kurang 7  8 jam. Sesungguhnya kemenangan manis ini membuatkan semuanya berbaloi!

Permainan yang amat mendebarkan sehingga ke tiupan wisel yang terakhir! Sepanjang 90 minit pertama penonton dihidangkan dengan aksi-aksi mendebarkan dari kedua-kedua pasukan. Kelantan mendahului 1-0 di separuh masa pertama melalui jaringan Norshahrul Idlan Talaha (MatYo) pada minit ke 44', yang kelihatan cukup lincah dan bertenaga seawal babak pertama lagi dengan beberapa percubaan menarik, namun berjaya ditangani baik oleh Farizal Harun.

ATM berjaya menjaringkan mata penyamaan pada babak separuh masa kedua melalui tendangan kencang Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti pada minit ke 49'. Namun sejurus kemudian MatYo sekali lagi berjaya merobek gawang ATM pada minit ke 50' menempatkan Kelantan sekali lagi di hadapan.

Beberapa percubaan lagi tersasar dan berjaya diselamatkan oleh kedua-dua penjaga gawang masing-masing. Sekali lagi ATM (atau dengan nama jolokan baru, Helang Rimba) berjaya mendapat mata seri melalui jaringan Marlon Alex James setelah kekeliruan di hadapan gawang TRW sekaligus menumpaskan Khairul Fahmi Che Mat (Apex), pada minit ke 62'. Kedudukan seri 2-2 sama menyeret perlawanan malam ini ke masa tambahan kecederaan 3 minit, dan sekali lagi diseret kepada 30 minit masa tambahan (plus 4' masa kecederaan).

Jaringan cantik dari pemain pertahanan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke 96', dalam 15 minit masa tambahan pertama menjadi mata kemenangan kepada skuad Sang Kijang menewaskan skuad Helang Rimba pada malam bersejarah ini. Sekaligus berjaya membawa Kelantan meraih Piala Malaysia buat kali kedua, setelah piala yang sama dimenangi pada 2010 yang lalu (menerusi ex-coach B. Sathianathan, coach ATM musim ini - yang dilihat memberi komen agak berapi dan beremosi semalam). 

Lebih manis, Kelantan berjaya meraih kejuaraan TREBLE setelah berjaya memenangi Piala FA pada Mei lalu, dan juga kejuaraan Liga Super Malaysia Julai  lepas. Piala Malaysia menjadi pelengkap kejuaraan, sekaligus memahat salah satu pasukan yang berjaya meraih piala TREBLE, menjadi pasukan ketiga selepas Kedah dan Selangor. (nota : Selangor bergelar TREBLE namun bukan juara Liga Super, tetapi juara Liga Premier/Perdana). Jadi Kelantan merupakan pasukan kedua selepas Kedah berjaya meraih kejuaraan TREBLE.  (^_^)

Norshahrul Idlan Talaha juga dinobatkan sebagai pemain terbaik pada malam ini, memberikan tenaga baru kepada dirinya setelah mengalami kebuntuan dalam menjaringkan gol selepas pulih dari kecederaan yang dialami pada awal musim ini.

Sekali lagi, tahniah TRW! Anda memang pahlawan merah sejati! Tidak lupa sekalung tahniah buat skuad ATM aka Helang Rimba dengan tentangan sengit, dan perlawanan yang menarik!


Jom kita layan beberapa gambau yang daku cilok di page2 berkaitan di malam ini.. hihihii..








Mari kita jenguk muka depan akhbar2 utama di Malaysia hari ini pulak yer.. ;)


TREBLE!!! yeaahhh!


Sejarah Tercipta - Sinar Harian, Edisi Kelantan
(juga edisi sama untuk seluruh negeri di semenanjung Malaysia)


Kelantan Hatrik! - Berita Harian, 21 Okt 2012

Kelantan Juara - Kosmo


Kelantan Cipta Sejarah - Mingguan Malaysia


Nama Matyo dan Indra tercatat  selaku penjaring yang membawa kemenangan  TRW menjulang TREBLE pertama


Antara aksi unik (ke scary ni?? lollll) oleh salah seorang penyokong TRW!


NotakakiHD : Seperti edisi terdahulu, dalam suka ada duka... perkhabaran dan berita di FB berkaitan salah seorang peminat TRW, Muhd Saiful Daud-19 tahun dari Manik Urai yang kembali ke rahmatullah selepas kemalangan di Raub-Kuala Lipis dalam perjalanan ke SSA tengahari tadi. Seorang lagi sepupunya dilaporkan kritikal. Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya di tempatkan bersama mukminin. Amin. Semoga sepupunya yang cedera lekas sembuh. Amin, amin yarabbil'alaminn..


2 comments:

nik ros said...

ALHAMDULILLAH..kelate menang akhirnya

HaNi.Dew said...

Ya betul.. :) Alhamdulilah...
Kelantan berjaya meraih juara dan treble tahun ni.. Tahniah! tahniah!

*senyum gembira*