Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda (Turkey Part 1)




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019


Yuhuuu... dah update, rajin lak nak hapdet lagi kan.. hehe!

Tarikh jenjalan geng gojes telah berubah dari cuti akhir tahun (last, tahun 2016 - Jepun) kepada cuti awal tahun persekolahan (2018, Jogjakarta). Tahun 2017, kami rehat dari keluar negara.. sempena musim peralihan itu (kohkoh) - alasan jer tu.. padahal bertangguh oleh kerna ada ahli-ahli kelab geng gojes 😜 yang mempunyai pertembungan jadual.. pertembungan ek.. clash schedule lol.. Nana la tu, dia dan keluarga pergi menunaikan ibadah umrah.. so kami yang lain-lain tu pula, bertangguh-tangguh.. jadinya, untuk tahun 2017, kami hanya bercuti dalam negara sahaja - tempat kegemaranku, Cameron Highland, he he he heeee. Itu pun hanya 4 orang ahli geng gojes sahaja yang berjaya make it - me, Laili, Zue dan K Long. Percutian ke CH kami berempat ni lain post la ya (kalau rajin)   *ngeh ngehh ngehhhh*

Ok, back to percutian ke Turkey.
Seperti biasa, segala maklumat adalah melalui ketua kami - Laili yang liase dengan ig: Cuti-Cuti Istanbul. Package kami adalah reasonable price at RM 4,390/seorang - including return ticket - via Saudia (Saudi Arabia) airlines. Selain itu, terdapat 2 domestic flight.    Nota : Kami bayar dalam anggaran RM 4,290 jer tak silap.. so RM 100, our beloved ketua - Laili, berbesar hati untuk menambah setiap seorang untuk kami berlima lagi 😍 tima kasih sesangat-sangat kerna mempunyai kakak dan ketua yang sangat baik hati  *mmuahhhhh* 
Kami hanya perlu bawa duit shopping jer..

Ok, ini antara list kemudahan dalam pakej kami

  a- Transportation - shuttle/ tram dan juga domestik flight - Istanbul ke Cappadocia (menaiki Anadoulejet, subsidiari Turkish Airlines)-  dari Sabiha Gochen Airport di Istanbul, kami turun di Kayseri Airport sebelum menaiki van shuttle selama sejam lagi untuk sampai di Cappadocia. Sabiha Airport (SAW) ini merupakan hub penerbangan domestik di dalam Turki.

  b- dari Pamukkale ke Istanbul (untuk ke Bursa), kami kena berpatah balik ke Sabiha Airport, sebelum menaiki shuttle, seterusnya menaiki ferry sebelum tiba di Bursa.

 c-Accommodation

 d-Meals

 e-Tourist guide : adik2 students yang mengiringi kami sepanjang percutian sebagai pemudahcara. Dalam 3 orang adik-adik student Malaysian yang menjadi pemudahcara kami. Di Cappadocia dan Pamukkale adalah agen tempatan. Jadi, kami bergabung bersama beberapa lagi group lain. Di Cappadocia, kami bergabung bersama 3 lagi keluarga Malaysia. Manakala di Pamukkale pula, kami bergabung dengan beberapa kumpulan dari serata negara - India/China/Middle East, etc.

 f- etc.


22 Mar 2019, Fri. 
Kami masih bekerja pada hari itu oleh kerna flight adalah pada pukul  10.45 malam. Jadi, sharp on 530 petang aku balik... cam biasa sampai rumah anggaran 7 pm and plus plus... terus berkocoh kacah bersiap... bila dah siap, dekat Maghrib pulak.. jadinya, aku bersolat dahulu... kemudian baru book grab. Biasa sewaktu Ke Korea dan Jepun, aku drive sendiri ke Putrajaya Sentral, tapi kali ni aku plan nak amek grab jer.. Tiga kali percubaan, ada yang accept dan aku terus turun. Mengikut anggaran masa, kami perlu berada di KLIA dalam pukul 845 malam - 2 jam sebelum flight berlepas. 745 malam, aku baru request grab. So masih ada 1 jam untuk tight timing before the check in and drop luggage. Stesen ERL terdekat adalah Putrajaya Sentral yang hanya 15min sahaja - jika aku yang memandu - namun dengan inche grab tu, mencapai 30 min.. huwaaa... terketar-ketar tangan kakak masa tu okeh... Dada turut sendat kerana yang lain semuanya sudah berkumpul dan sampai lebih awal. Cuma yang menariknya, kakak sempat kenal satu abe ni... steward MAS, Wari namanya... yang menjadi rakan seperbualanku sewaktu 17 min masa menunggu dia stesen Putrajaya itu.. duduk sebelah kakak masa tgh tggu koc ERL transit sampai... dia turun di stesen Salak Tinggi.

Rakan-rakanku yang seramai 5 orang lagi yang turut serta untuk trip kali ini - Laili / Zue/ K Long/ Sal dan Zai dah pun drop the luggage awal-awal lagi... Aku akan drop kemudian sendirian. nasib baik Laili dah check in awal-awal dan boarding pass pun dah ada di tangan. Hanya waiting for me je... *_____*  Cukup 15 min perjalanan koc dari Putrajaya Sentral tiba dia stesen KLIA. Aku terus jalan laju-laju menuju ke departure hall. Dorang sume dah menunggu di situ.. kemudian aku drop the luggage. Settle, maka kami terus ke pintu penerbangan antarabangsa. Setelah sampai di gate yang sepatutnya, barulah boleh menarik nafas lega... tadi sendat je terasa.. *huhuhu* everytime nak jalan, memang gitu la peel dia  *hehehehe*

Kami menaiki flight pada pukul 1045malam. selepas clearance sume, kami beransur-ansur lena.. Namun pada pukul 2 pagi, kami dikejutkan kerna hidangan pertama dihidangkan. nampak lazat, tapi dah pagi sangat.... tapi makan la jugak...

Kami tiba di airport King Abdul Aziz di Jeddah untuk transit selama 2 jam, sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. Kami sempat menunaikan solat Subuh di Jeddah. Sewaktu menaiki pesawat untuk ke Istanbul, hanya beberapa yang boleh dibilang dengan jari sahaja. Aku rasa less than 15 person la including kami berenam. Boleh pilih mana seat nak duduk. Penduduk sana - aku rasa la- siap tidur baring lagi... semua tingkap memang mereka -anak2 kapal- sengaja tutup. Maka situasi di dalam flight sangat lah gelap dan sesuai untuk lena lah pada sapa yang mengantuk... I main wifi jer... kebetulan ada wifi, kakak tanya la pada Saed yang ensem ittew.... Zue melting sangat kat dia okeh.. hehehe.

Kami selamat mendarat selepas 4 jam kemudiannya.

Selepas clearance dan mengambil luggage masing-masing, kami dengan confidentnya mengikut apa yang dah pihak CCI aturkan. Keluar ke kanan terusa cari cafe-lupa nama- dan ada yang akan menunggu di situ. Jadinya, semasa keluar memang kami semua taklah nak pandang orang-orang ramai yang menaikkan sepanduk dan nama kerna dalam fikiran - jumpa di depan cafe dalam 100m di depan.

Namun, sampai di situ, kami tunggu punya tunggu, takde juga yang sampai dan perkenalkan diri. Nak call, tiada seorang pun yang roaming. Wifi pun belum dapat ditembusi. *adoiiiii*  Maka, berjalan lah seorang dua dari kami mencari siapa gerangan yang sepatut menyambut kami di situ. Setelah 20 min mencari, tadaaaa jumpa la jua.. Dia cari kita, kita pun cari dia.   Seb baik jumpa  *hahahahaha*  Kak Teh -sepatutnya adik la- sebab juniorssss few years dari kami kan - cakap dia ada di depan ramai-ramai tu, tapi sebab kami sume dengan confidentnya berjalan tak pandang pun dia di situ... dia cakap ada angkat signage - via handphone? - mana la kami nak perasan kann - plus kami memang ikut arahan ape? pergi ke cafe. Aku rasa mesti ada miscommunication between mereka di situ. Tapi takpelah, hal kecik jer tuu.... seb baik tak lama, he he he heeeee

Kemudian, kami menaiki shuttle dan menuju ke pusat bandar Istanbul. Kami dihantar ke Noble Hotel di Sirkici. Selepas kemas diri dan solat, kami pun keluar melawat di kawasan sekitar. Jalan kaki jer... kami ke Spice Baazar dan kawasan berhampiran. Hari pertama pun kami dah habis RM200-400 membeli turkish delights.. *good job* sangat kan   *___* Kemudian, diperjalanan kembali, kami dibawa ke sebuah restoran turkish delights yang terkenal di situ. Hafiz Mustafa 1824. Kami mencuba 3 jenis manisan yang sangat maniss *huwaaaaa* manis giler.. tak habis kami semua. Tapi lepas tu rindu giler... eh sedap la pulak sampai teringat2 hahaha.. manisan yang sangat manis di hidang bersama cay -teh dalam bahasa turki- so bila dimakan dan minum bersama, ia merupakan sangat ok.

Selepas itu, kami kembali ke hotel. Tiba di hotel dalam lingkungan pukul 8 malam. Aku rasa, eh ehhh.. awalnya?? sebab semasa di Korea dan jugak Jepun, kami tiba pada leawat malam.. hehehe.
So. kami pun merehatkan diri la, tido pun awal untuk aturcara keesokan harinya pula. Aku/Sal & Zai adalah sebilik. Zue/Laili & K Long adalah sebilik. Ops, sorry, untuk malam itu aku dan Laili sebilik. Dan mereka yang lain ada lah sebilik.


23 Mar 2019, Sat
Pagi-pagi kami sudah sudah bangun dan perlu berkemas untuk check out dari Hotel Noble ini. Kemudian, kami perlu membahagikan barang-barang kami kepada 2 bahagian, 1 luggage untuk di bawa beberapa hari ke Cappadocia, Pamukkale, Bursa. etc. Manakala satu beg kecil lagi perlu ditinggalkan di Noble Hotel ini kerana kami akan kembali lagi untuk menginap di hotel pada 2 hari sebelum berlepas pulang. Segala barang belian semalam ditinggalkan bersama baju semalam yang dipakai. dan sehelai baju yang akan dipakai pada hari terakhir nanti.

Selepas menyimpan barang-barang, kami makan breakfast dulu.. banyak roti, keju dan segala jenis buahan dan jeruk..  Selepas breakfast, dalam pukul 8 pagi, Teh tiba dan kami beransur ke Sirkici station untuk mengambil tram menuju ke Sultan Ahmet Station bagi tujuan  aturcara pada hari itu , kami melawat Hagia Sophia, Blue  Mosque, Topkapi Palace, Hipotodame dan kawasan sekitar.

Pertamanya, kami dibawa ke Hagia Sophia untuk beratur. Untuk melawat Hagia Sophia ini, kami perlu mengeluarkan belanja sendiri kerana ia tidak termasuk di dalam pakej lawatan kami. Namun, kerana kami yang hendak, jadi kami bersetuju untuk membayar dalam TL60 (bersamaan dalam RM40 ketika itu). Kemudiannya kami ke Topkapi Palace. Di sini merupakan muzium yang menempatkan banyak barangan tinggalan sejarah ketamadunan Islam. Kebanyakan adalah yang dibawa dari Mekah/ Madinah - tinggalan para sahabat dan nabi. Kebanyakan artifak dan tinggalan ini adalah dibawa dari sana kerana suatu ketika dahulu, barangan tinggalan ini hendak dilupuskan oleh pihak sana, tetapi pihak berkuasa di Turki pada ketika itu mengambil alih dan menyimpannya di Topkapi Palace ini.

Sebarang gambar dan video adalah dilarang. Tapi, ada jugak yg aku nampak yg curi2 ambil. Kalau pengawal / guard sana nampak memang kena laa.

Selepas itu, kami di bawa ke Masjid Biru, bersolat disitu. Kemudiannya dibawa bersiar-siar di kawasan sekitar.

Kemudiannya, kami kembali ke hotel dan malam itu kami berangkat ke Cappadocia melalui domestik flight. Kami menaiki Anadoulejet di lapangan terbang domestik - Sabiha Airport dan mendarat di lapangan terbang Kayseri dalam lingkungan 10 malam.

Kami mengambil shuttle kemudiannya untuk selama satu jam lagi untuk sampai di penginapan kami, My Cave Hotel, Cappadocia dalam anggaran pukul 1 pagi

Here, daku menepek dulu memana pic yg ada di dalam laptop ku ya...
Kalau rajin nnt i sambung lagi... Panjang lagi kisah di Turki ni...
Ini baru post untuk hari pertama, LOL

NotakakiHD : kami ke Cappadocia, kemudian ke Pamukkale, bersinggah di Konya. Kemudian ke Bursa sebelum kembali ke Istanbul

                                    
sebelum gerak ke Pamukkale..
sempat melihat hot air ballon ke udara
                      
                         
                                                   
                                   
koleksi tiket penerbangan  & koleksi passport kami
                                              
daku di depan Hagia Sophia

jumpa orang Malaysia di Topkapi Palace, hence photo session

Kami sebelum enter Topkapi Palace

Kami di Hagia Sophia, sudut pandagan dalam



Kami di Hagia Sophia, sisi pandangan luar


first day, dah sampai hotel, dah solat rehat semua.. tak sabar nak keluar jejajah dah ni.. yeayyy 
          
Me and Masjid Biru



Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27