Edisi Jalan - Jalan : Cameron & Bagan Lalang
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Entry tertunda-tertunda tunda lagi
(date jenjalan itik ayam : 16 Nov'11 - Cameron & New Year Eve - Bagan Lalang)
Ok, ini pun entry yang sangat lama tertunda - sebab baru rajin nak menghapdetkan ;D (teruk nawww)
ha-ha-haaaaaa..
Cameron Highland
Ini adalah on the spot planning - setelah lama berjanji nak jenjalan kan, selalu memasing tak available khaannn - nyampasss, so one day, kebetulan Si Mc Ja singgah KL - biasa la cikgu neh, kalo balik sini dari Sarawak tak sah kalau tak singgah umah aku dulu - muehehehe. So aku plan la pi CH nun, maklum dah lama berplan ngan astroers tapi tak jadik2nya jugak.. Last2 hanya aku dan Ema tambah Mc Ja, dan adikku Wanie yang last minit di pagi kami nak bergerak tu baru decide. Kebetulan Fazilah aka PJ dh plan nak pi minggu depannya bawak mak dan ayah dia.. so dia tak joing la... JM aka Shahima plak nak bawak mak dan familynya ke Pangkor..
Then here we are... cam biasa ai drove my honey.. kami kuar awal pagi.. bawak jer baju konon kalau2 nak tido sana.. tapi kami bertolak balik lepas Isyak dan bersiar2 di pasar malam di sana...
so lihatlah bebebebebeberapa gambau yang nak dikongsikan di bawah sana..
New Year 2012 & Bagan Lalang
Ini pulak hasil plan bebeberapa hari sebelum New Year. Tahun lepas pun kami sambut di Bagan Lalang jugak.. ekceli bukan nak sambut New Year sangat pun.. lebih kepada nak meet and have time together bersama kawan2 sambil relaks2 di hari cuti khennnnnn... Jika di tahun lepas, Rahimah aka Ema dah plan dan book Camar Laut siap2.. tahun ni sebabkan plan yang keterlewatan, sume tempat full.. Camar Laut pulak tutup kerna staff and management gi sambut New Year di tempat lain.. wahhhhh.. hebbat gittew.. hihi
So, plannya.. kami redah jer... pagi itu Rahimah datang ke rumahku-hebat tau.. baru dapat lesen lepas berani drive, datang ke rumah ku yg jalan mengkonpiuskan- mengikut plan dan jalan2 yg sudah ku beritahu lebih awalan -kemudian, kami pi amek Rafizan aka Tepung di opisnya di Cyberjaya. Shahima takleh join kerna ada acara keluarga. Kemudian masa di dalam kereta, baru tahu si Joker aka Fais jadik join kitorang.. lohhh kok ngak konpem awal2an.. kemudiannya kami meng es em ess PJ, yang kemudiannya PJ aka Fazilah bersama inche suami Apiq dan Ajiq si kenit mereka pi amek Joker di Gombak yang kebetulan dah on the way ke Bagan dari umah mereka di Paya Jaras. Settle satu hal..
So aku dan Rahimah dan Rafizan (eh-ehhh, baru perasan kami satu kereta adalah 3R, ahahahahah) meneruskan perjalanan.. dan sesampai di sana... misi awal adalah mencarik-carik-carik tempat penginapan tapi yillek.... SEMUA FULL!! ya la, last minit kan.. sapa suruh?? hehehe.... Last2 kakak dekat satu chalet tu sajeskan kami pi cari homestay kat taman bersebelahan.. dengan pantas dan tuntas kami ke sana... round, and round and round mencari dan call beberapa nombor yg dilekatkan di pintu pagar... fuhh... at last dapat jugak la kami sebuah rumah... so sewa la kami dengan kadar RM200 semalam.....
So tahun ini kami tidak berBBQ sendiri la seperti di tahun nan lalu. Makan order sahaja di restoran sefufu Pink aka Rina Ramli yang tidak turut serta... makan2, lepak2, borak2 releks di tepi pantai (yang indahh.. - greng greng grengg --> bunyik gitar, hehe) lagi nan gulap gulita, kami membalikkan la diri msg2 ke homestay kami.... Pastu Rahimah dan Rafizan dok upload gambo di FB kat bilik hujung.. dan berbalas balas message opss posting di FB, walhal satu rumah saja... walhal laung pownn boleh.. haha.. hatta menanyakan dah habis guna tandas ke blom pownn di FB sajer.. muahahahaha..
Apapun, terima kasih kepada makcik umah sebelah (ke?) yang sudi meng'open'kan wifi dan berjaya kami guna bersama secara berjemaah dengan jayanya di malam eh, pagi itu.. hahahahaaa..
Ayat paling glamer malam itu adalah ayat PEN MERAH PEN BIRU (yang aku post di FB) pada sehari awal untuk tujuan selamat tahun baru sebelum ittewww...
Kami berbalas posting dengan mengunakan ayat pen merah biru ituu.. kui kui kui.. Menjelang pukul 4 masing2 ketiduran ku rasa.. dan membangunkan diri menjelang Subuh hari..
Esoknya kami bermalas2, kuar bekfas.. dan tetiba masa bekfas Rafizan ni plan nak kami2 masak sendiri.. -sebab plan BBQ dan tak jadik khannnn- so balik bekfas, kami gugurl di suruh ke pantai dulu melayan Ajiq.. Lelaki2 itu pulak cakap pi carik barang.. nanti dah siap beli dorang call kami.. So gugurl menaiki keretaku ke pantai, dan boboy naik kete Apiq -laki PJ carik dan beli2 barang- punya lama kami menunggu, sampai matahari dah naik tinggi, depa tak call gak.. alih2 kami decide balik umah, tgk tgk, eh eh.. depa tengah memasak derrr.. so di tengahari itu kami makan hasil masakan boboy lar yer.. hihi
Sebab tidak ada check out time, kami plan balik petang/ malam.. so petang tu sempat menjengah pantai, si kapitan aka Spider aka Sham (atau nama sebenar, Rosmahishamliyani-hehe- yang dah bertahun kami tak jumpa- sebab dia ada geng baru motosikal besar-dan geng band (artis tawww :D)-datang bersama Sue isteri terchenta dan 2 anaknya.. Luna si sulung tu pownnn dah besar.. last jumpa dulu masih dalam dukungan dan bertatih nak jalan woohh.. lepas layan senja nan merah dan jenjalan di pantai, kami pun 'checkidout' la dan membalikkan diri ke rumah masing2....
begitu adanya....
owh, lupa.. ada lagi satu trip aku dan Ema mengikut PJ balik kampung Afiq di Tangkak pada cuti Xmas tu.. kemudian sempat pi jenjalan di JPO.. tgk la kalo rajin aku hapdet.. kalo idok... cam biasaakk... hehehehe *ngeeeeeeeee*
CH
Bagan Lalang
Comments