“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku…
Sana aku
sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”
sambil mengeluh Izat meraba-raba rambutnya dan sesekali bermain dengan
kaca matanya.
Dia
mengeluh berat.
“Kau
kena pasti dengan perasaan kau, Izat.. kau tak boleh seksa perasaan mereka.” Murshim diam sekejap. “Susah sangat kau past je la sorang kat aku….,”
kemudian dia tergelak kecil.
Dalam
aku pening kepala dan serius meminta pendapatnya, boleh lagi Murshim buat lawak
bodoh dia tu…. Ish… Izzat Azmir Abdul Aziz menggaru-garu kepalanya yang tak
gatal itu… “Kau ni Shim.. aku serius.. kau boleh buat lawak pulak…”
“Well, u know me…..” masih bergurau sahabatnya
yang seorang itu. Perwatakannya yang sentiasa ceria, seolah-olah tidak pernah
dihinggapi masalah. Dia meneguk air milo yang berada di depannya sehingga hanya
tinggal ketulan ais sahaja yang berlaga sesama sendiri. Fikirannya menerawang
jauh.
“Maira,
akak terlupa nak cakap…. Tadi kawan akak call dan cakap nak kenal dengan
Maira.” Suara Kak Marina, rakan setugasku sambil tangannya ligat menyenduk squids dan sayur
kailan ke dalam pinggannya.
Aku
mengerut keningku seketika. “Siapa kak?” aku hentikan seketika suapanku. Mataku di arah ke wajah cantik Kak Marina
yang mungkin berusia dalam pertengahan
30-an. Masih cantik, masih bergetah orang sekarang kata, biarpun sudah beberapa
tahun berpisah dengan suaminya.
“Haa,
siapa kak yang nak kenal ngan budak sorang neh..??” soal Dina, kecoh! Selain
sebagai rakan setugasku, Dina juga merupakan rakan sekursus dan juga rakan
serumah sewaktu belajar dahulu. Dan dia jualah yang membawaku kepada kerjaku yang
sekarang.
Sewaktu
aku berura-ura mahu menukar pekerjaan setelah tidak sanggup meneruskan tugasku
selaku Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan di companyku yang terdahulu, sebuah
syarikat kosmetik yang diimport dari Taiwan . Tambahan pula aku merupakan
satu-satunya pekerja kaum Melayu yang bekerja di situ.
Sering
berlaku diskriminasi namun sering aku
ketepikan dahulu perasaanku kerana memikirkan aku masih punyai tanggungan,
apatah lagi dengan kereta dan rumah sewa yang perlu dibiayai. Lagi pula
simpananku memang tiada langsung. Yang ada sudah dikeluarkan sebagai bayaran
pendahuluan keretaku yang kecil ini. Sesungguhnya hidup di kota Kuala
Lumpur ini memang membutuhkan kewangan yang tinggi.
“Berapa
umur kawan akak tu?” soal Dina lagi kecoh. Malam itu mereka berkumpul di Kelana
Seafood, Bandar Tasik Permaisuri itu sempena meraikan seorang lagi rakan
setugas mereka yang akan memulakan tugas di tempat baru. Suasana malam di
Kelana Seafood di Bandar Tasik Permaisuri itu amat tenang sekali. Sesekali
kedengaran desiran air terjun buatan yang di reka letak dan di susun indah di
restoran terkemuka itu.
“Alah,
lebih kurang baya akak je..,” jawab Kak Marina senang.
“Uish,
dah kawin belum kak..??”ringan je mulutku bertanya soalan itu.
“Dah
le sayang oi…. Akak suruh ko kawan je ngan dia… bukan suruh kahwin pun..”
Itulah
merupakan bait-bait dan kisah bagaimana aku mula berkenalan dengannya.
Mula-mula dia mendapatkan nombor telefon tanganku, dan kemudian dia seringkali
menelefonku. Setiap hari sebetulnya, dan seringkali pula mengajak untuk
berjumpa. Puas sudah ditolak dengan pelbagai alasan. Namun akhirnya aku
berjanji untuk berjumpa dengannya. Niatku dan pada pandanganku hanya satu,
setelah berjumpa sekali itu, demi memenuhi pelawaanya yang entah sudah berapa
kali aku tolak. hatinya mungkin tidak lah kecil hati, dan menganggap yang kita ni sombong kan...
Seboleh mungkin berkawan biarlah ramai, tetapi berkasih biarlah.. apa? ya satu....
NotakakiHD : Ternampak post ini dalam draft since 2014, lama kan... So kita post la dahulu ya.. kalau rajin kita bersambung, hehehee
No comments:
Post a Comment