Novel : Kemelut Kasih - Part 6


Part Six






Bab 6




      Sekarang sudah masuk minggu kedua bagi Semester Mei ini. Dan sekarang aku sudah bergelar pelajar tahun dua di semester ketiga. Dua minggu lagi kami sudahpun dijadualkan mempunyai Kertas Ujian Satu bagi beberapa subjek seperti Intermediate Accountings, Marketing dan juga Organizational Behaviour. Adeh la…. baru saja memulakan kelas dah dapat kerja menimbun.  Hmmh, terpaksalah…. Kan nak jadi orang pandai….. Hiks!hiks!… Itu yang sering dikata oleh aku dan Nita untuk memujuk hati sendiri apabila kepenatan berkejar ke sana ke mari untuk menyiapkan kertas kerja kami. Sama ada berkumpulan, mahupun individu.


Alhamdulillah, nampaknya keputusanku semester lepas mencapai target seperti apa yang aku harapkan, dan aku berazam untuk mencapai Anugerah Dekan pula pada semester-semester yang akan datang. Insya Allah. Semoga Tuhan sentiasa merestui niatku. Amin.


Aku dan Nita berjalan pulang ke kolej setelah kelas untuk pagi itu berakhir kira-kira 10 minit tadi. Kelas kami yang seterusnya akan bermula pada pukul 8.00 malam nanti. Kami berbual sambil tergelak-gelak kecil. Cerita yang disampaikan Anita tentang cara Hairul Ariff, seorang senior di kolej menguratnya amat menggelikan hatiku. Beberapa orang pelajar lelaki yang datang dari arah bertentangan kehairanan melihat kami, tetapi  tidak kami pedulikan.

Sewaktu kami mahu melintasi jalan untuk memasuki kawasan kolej, aku terpandangkan Shahrul yang berbonceng dengan Suraya keluar dari kawasan penempatan pelajar itu. Kami saling bersabung pandang. Gelak ketawaku tiba-tiba mati. Pandangan mata Shahrul begitu tajam. Aku agak terpaku melihatnya. Jauh di sudut hatiku, aku berasa amat sayu dan… entahlah… sukar untuk aku ucapkan dengan kata-kata. 



Aku tahu, dan aku sudah bersedia untuk menempuhi segala ini. Aku tahu, kami bertunang hanya pada nama sahaja, tapi hati Shahrul adalah milik Suraya sepenuhnya. Aku hanyalah boneka semata-mata. Boneka yang kononnya diarahkan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara dua keluarga. Ingin saja rasanya aku melaungkan kepada semua betapa terseksanya hatiku selama ini. Tidak sesekali aku sangkakan hatiku akan sesakit begini.

Dari awal-awal lagi aku sudah menjangka Shahrul pasti akan masih meneruskan hubungannya dengan Suraya dan mungkin juga dia tidak berniat langsung untuk menjelaskan perihal pertunangan kami kepada Suraya. Entahlah, suka hati dialah… tapi aku amat berharap suatu hari nanti dia akan sedar atas segalanya. Jika dia mahu memutuskan talian pertunangan kami pun, aku berharap biarlah secara baik agar tiada sengketa di antara kedua-dua belah pihak, apalagi berkaitan dengan hubungan kekeluargaan.

"Eh, Rin… kenapa tiba-tiba senyap je ni…?" Soal Anita kehairanan dengan sikapku yang secara tiba-tiba berubah. Dia memandang ke arah laluan TZM Shahrul tadi yang kini meninggalkan kepulan-kepulan asap putih. Aku memandang dengan ekor mata melihat aksi manja Suraya yang memeluk erat pinggang Shahrul.

"Erin, kau tengok tak tadi… daring gila aksi Suraya. Kalau aku duduk kat belakang tadi pun muat lagi tau." Anita tergelak-gelak, tapi aku hanya senyap.

"Oo…. mesti kau masih sakit hati pasal dia pernah marah kat kau dulu kan?" Soal Anita menduga setelah dua kali aku tidak menjawab pertanyaannya.

"Aku rasa si Shahrul tu minat kat kau la Rin. Kau tengok tak mata dia tadi, tajam je tengok kau tadi…" sambung Anita lagi dalam bergurau, matanya dikelipkan beberapa kali, namun aku masih tidak mengendahkannya.


Aku  masih belum mampu bersuara saat ini. Jika bersuara pasti ada nada tersekat-sekat. Paling tidak pun akan ada genangan cecair di sudut mata. Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti sama ada aku marah, sedih ataupun jelous dengan semua itu. Mungkin juga aku terkilan atas layanan Shahrul terhadapku selama ini. 


Selama dua minggu di sini, sekalipun aku belum pernah bersua dengannya dan inilah kali pertama kami bersua di kampus ini. Inipun secara tidak sengaja. Bukanlah aku mengharapkan layanan yang baik ataupun manis, namun satu sikap dan tindak tanduk yang lebih wajar pastinya. Sekurangnya, datang bertemuku dan beritahu, kami harus membuat hal masing-masing, dan tidak mencampuri urusan sesama sendiri. Bagi aku, itu sudah cukup.


Kami melintas jalan setelah tiada kenderaan yang lalu lalang di situ. Aku hanya menggangguk kepala sewaktu Pak Guard yang bertugas menyapa kami. Anita kembali menyambung cerita yang terhenti seketika tadi. Begitu ghairah dia bercerita sambil dengan aksi-aksinya sekali. Aku kembali mendengar ceritanya, meskipun separuh hati. Sesekali apabila bertembung dengan pelajar sekolej yang dikenali yang berjalan ke tempat kuliah, kami sempat berbalas senyum. Dan bagi yang menaiki motor, kami hanya sempat berbalas lambaian sahaja. Setelah tiba di kolej, kami berpisah menuju ke blok masing-masing.






          Deringan telefon bimbitku yang buat kesekian kalinya menyedarkanku daripada lena. Aku bingkas dari katil dan memandang sekeliling bilik yang sepi. Patutlah takde orang yang mengangkat! Sebelum menjawab panggilan, aku sempat melihat ada 3 missed calls sebelum itu.



"Hello.."
"Hello, boleh bercakap dengan Azlina?" Soal lelaki yang memanggil.
"Errr, dia takdelah. Telefon baliklah kemudian ya…" balasku dalam sopan.
"Dia pergi mana?" Soal lelaki yang memanggil ingin tahu.
"Maaflah, saya pun tak tahu. Saya pun baru bangun dari tidur ni." Aku menjawab ikhlas. "Ok, bye! Assalamualaikum." Aku mahu menamatkan perbualan secepat mungkin.
"Eh, nanti dulu… kita borak-boraklah sekejap, boleh?" Ramah pula orang di sana.
Tak boleh! Saya mengantuk ni… nak sambung tidur balik…..!! Ingin sahaja aku menjawabnya…. 
Tapi, setakat dalam hati aje la….


"Saya ngantuk lagi ni, awak ganggu tidur saya…." Akhirnya aku berterus terang.
"Patutlah suara macam naga..'" Dia tergelak-gelak kecil. 
"Alaa.. takkan siang-siang macam ni pun tidur jugak, Cik Adik…" balas lelaki itu bergurau.
"Ish, payah nak cakap ni. .. Dah mata saya ngantuk takkan saya nak tahan… Lagipun takde apa nak buat. Tidur je la…."
"Banyak lagi benda lain yang awak boleh buat. Misalnya study ke… or .. berborak dengan saya ke…" Pancing lelaki itu lagi.
"Ya, tengah bercakap la ni…" pqrst@@3##$$$%%cyfdzz… Gerammmnya akuuu….



Lelaki di talian tergelak-gelak lagi. "Hai, merungut nampak? Takpelah kalau tak sudi…" 
Ala, merajuk lah konon-kononnya tu. Pigi daa…
"Urm, takde la… mana ada saya merungut?" 
Tak sampai pula rasanya hati aku menghampakan harapan orang. Cewaahh!! Lagipun tengah boring gak ni, so… layan je la Charina… Mood kantuk pun sudah berlalu.
"Eh, cakap-cakap pun, nama tak tau lagi ni… Ok la, kita mula dari first dulu, boleh… Sape name?" 
Soal aku sambil mengajuk satu adegan iklan di kaca televisyen sempena kongsi raya yang lalu.
Dia tergelak-gelak kecil, mungkin memahami gurauanku itu. 
"Ahmad." Dia turut membalas seperti di dalam iklan itu.
"Ooo... Ahmad, mahu pigi mana?"
"Chemor…." Sekali lagi dia tergelak dan kami sama-sama tergelak akhirnya. 
Teringatkan suatu adegan iklan yang pernah disiarkan di televisyen sedikit masa dahulu.



"Takdelah… nama saya Faizul Azlani. Panggil Faizul boleh, Azlan pun boleh…" 
Ujarnya mengenalkan diri. Siap nama penuh ttuu...!
"Sedap nama tu…" Jawabku ikhlas. "Takkan tak nak tau nama kita?" Aku menyoalnya balik, sedikit mengada. Mungkin sikap ramahnya yang membuatku sedikit selesa, biarpun belum mengenali.
"Dah tau…" dia menjawab senang.
"Owh! cepatnya…" Aku membalas, namun sedikit bersenda. 
Dia ketawa polos. Hiii… kuat gelak lelaki ni…


"Mestilah, kalau nak call sapa-sapa tu, takkan kita tak tau sapa nama tuan punya handset ni, betul tak?"
"Urm, betul jugak tu. Saya setuju. Sepuluh markah!!"
Sekali lagi dia tergelak.
Aku hanya ketawa kecil.
"Betul la tu… Emm, nama awak Charina kan?"
"Hmm… nama penuh Charina Shafini binti Kamarul Zamly. 
Err, umur rahsia. Dan yang lain-lain pun rahsia." 
"Tak tanya pun!'
"Kurang ajaq la tu mulut tu… Tak sayang mulut la tu…"
"Orang gurau je la." Senyum.
"Tak sayang duit ke sembang lama-lama ni?"
"Sekali-sekala takpe…. Lagi pulak saya dah bekerja kan…." Dia menerangkan.
Oooo.. begitu.. aku bersuara, namun dalam hati.



"Err you, ada hal apa nak cakap kat Kak Linz tu. Nanti boleh saya sampaikan." 
setelah beberapa lama, aku ingin mematikan perbualan tanpa arah ini.
"Takpe la, saya ni kawan lama Linz. Nanti tolong sampaikan salam pada dia yer. 
Cakap nanti saya telefon balik. Assalamualaikum."
"Insya Allah, nanti saya sampaikan. Waalaikum salam." 
Kedengaran gagang diletakkan di sebelah sana.


Setelah itu, aku bergegas ke tandas untuk mandi dan solat Asar. Setelah aku kembali ke bilik, barulah Yati, Syikin dan Kak Linz balik dari kelas masing-masing. Setelah siap Solat Asar, kami bersama-sama ke kafeteria kolej untuk membeli makanan sebagai alas perut. Setelah itu, aku bersiap-siap pula untuk menghadiri kelas Statistik Management yang akan diadakan di Dewan Kuliah Ekonomi Pengurusan 4 (DKEP 4) di fakultiku. 


Setelah siap bersolat Maghrib aku terus turun menuju ke bilik Anita di blok sebelah. Rupa-rupanya Anita tidak dapat pergi kerana dia baru sahaja mengalami masalah 'orang perempuan'. Apa lagi, period pain la.… Arrgghh!! Tension aku, dah la kelas malam, kena pergi sorang-sorang diri pula tu. Ish, kalau tak nak pergi kang… dah pakai siap-siap ni… Hmmh, pergi je la….





              Kelas yang sepatutnya berakhir pada pukul 10.30 malam itu berakhir sedikit awal  pada malam ini daripada masa-masa yang dijadualkan kerana Pensyarah kami, Dr. Lee ada perkara yang mustahak untuk diselesaikan. Sewaktu aku berjalan ke foyer fakulti untuk pulang ke kolej, bahuku dicuit dari arah belakang. Dan aku berasa amat terperanjat kerana Shahrul yang mencuit bahuku itu. Aku memandang sepintas lalu di sekelilingnya. Mana Suraya? Soalku sendiri.
"Dia balik rumah parents dia." Jawab Shahrul seolah memahami persoalan yang berbuku di kepalaku. 
Aku menganggukkan perlahan kepalaku. Besok Sabtu, mungkin dia tiada kelas. Tekaku sendiri.
"Saya nak cakap ngan awak sekejap." Sambungnya lagi. 
Kami beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada pelajar lain yang lalu lalang.
"Apa dia?" Aku menjeling jam di tangan - 10.15 malam.
"Pasal kita." Ujar Shahrul serius. Air mukanya turut serius.
"Kat mana?" Soalku pula. Namun dalam hati, aku berharap agar dia membatalkan sahaja niatnya itu. Sekarang dah pukul 10.16 minit malam, kalau berbual-bual dulu tu, risau gak aku. Dah la balik seorang diri. 'Bas nombor 11' pulak tu. Suasana pulak gelap guguk bak kata orang Kelantan. Kiranya gelap pekat la. Eeei, nak cakap tak boleh kang…. Takut pulak dimarahi…..
"Sekejap." Dia terus berlalu ke arah meja yang terletak di sisi vending machine dan mengambil begnya dan dua biji helmet.
Nak ke mana pulak ni? Soalku di dalam hati. 
Dia menyusun langkah ke arahku.

"Kasut, nak ke mana tu?" Aku terlihat seorang senior yang sama kursus dengan Shahrul, Bacelor Perakaunan, melangkah laju ke arahnya. Namanya aku tidak tahu, tapi aku sering melihatnya bersama-sama geng mereka di fakulti. Hampir tergelak aku mendengarkan nama yang digunakannya memanggil Shahrul. 
Sememangnya itu sudah lumrah bagi pelajar lelaki di UPM ini yang mempunyai nama gelaran lain selain nama mereka sendiri. Di kolej aku sahaja terdapat pelbagai nama seperti Ayam, Sukun, Teko, Roy (yang sebenarnya merupakan singkatan daripada boroi), Langkau, Spider, Budu dan pelbagai gelaran lagi, namun aku tidak menyangka Shahrul juga mempunyai nama gelaran yang agak unik itu.
Shahrul berpaling. "Kenapa?"
"Eh, kau dah lupa ke kita ada meeting blok pukul 11.00 sekejap lagi?" Ujar rakan Shahrul lagi.
"Takde la, aku nampak macam kau lupa je. Tu yang aku ingatkan ni. Meeting ni penting ni. Kalau dah Pengerusi takde, ntah hapa jadinya dengan meeting tu nanti." Sambung rakannya lagi.
Shahrul yang sudah berada berhampiran denganku menepuk dahinya perlahan.
"Ya Allah, Zam… aku lupa la! Camana aku boleh lupa ni. Nasib baik kau ingatkan. 
Ok lah, nanti aku balik sekejap lagi." Dia berjalan menuju ke arahku.
"Kasut!" Panggil kawannya lagi. Sekali lagi Shahrul berpaling.
"Ayam baru ke? Jambuu...! Takkan makan sorang je?" 
kemudiannya Zam ketawa kecil dan kembali berlalu ke arah gengnya yang sedang berbual rancak.
Zam-zam ala kazam agaknya! Sempat pula aku menghipnosis nama panggilan rakan Shahrul, Zam yang sempat aku dengar dari perbualan mereka tadi.

Langkah Shahrul yang terhenti tadi kembali diatur ke arahku. Aku setia menunggunya di pintu masuk fakulti ini sambil memerhati notis yang ditampal. Oh, lusa kelas Intermediate Accounting dibatalkan rupanya. Yes! Bolehlah aku study sikit untuk test minggu depan.

"Err, saya minta maaf. Nampaknya kita tak dapat lagi bercakap malam ni sebab saya ada meeting blok. Terlupa pula tadi. Sorry ya…. So, lain kali ajelah kita discuss pasal kita." Ujarnya ringkas.

Pasal kita?? Pasal apa? Oo.. mungkin pasal hubungannya dengan aku dan kaitannya dengan Suraya kot…. Aku membuat andaian sendiri tetapi kepala dianggukkan perlahan. Malas aku mahu menanyakan apa yang penting sangat sehingga kami perlu berbincang. Padaku, hal ini perlu dia settlekan di awal kami kembali ke kampus ini. Sekarang, sudah masuk minggu ketiga. Padaku, sudah agak terlewat. Buat sahaja hal masing-masing.. Beberapa bulan nanti, putuskan sahaja talian ikatan ini secara berhemah. Yang pasti sebelum majlis kami berlangsung. Sekali lagi aku menjeling jam di tangan.

"Kenapa? Ada temujanji dengan orang ke? Dari tadi asyik dok perhati kat jam je…" Rupanya dia terperasan akan gelagatku dari tadi. Aku melemparkan senyuman tawar namun tidak membalas apa-apa.
"Okaylah, saya balik dulu….," Ujarku pantas dan mula mengatur langkah keluar.
"Balik dengan apa?" Suara Shahrul sedikit kuat dari belakang. Aku berpaling.
"Jalan la…" Jawabku tanpa selindung.
Shahrul berjalan menghala ke arah motosikal TZMnya yang diletak di bahagian hadapan foyer fakulti. 
"Mari saya hantarkan…" Ujarnya pula. Tidak dapat aku pastikan sama ada dia ikhlas atau sekadar menyindirku. Maklumlah, selama ini aku dan Nita hanya berjalan kaki sahaja ke kelas. Takdelah pakwe-pakwe yang bermotor besar yang mahu mengambil dan menghantar kami.


Aku kembali mengatur langkah. "Tak payah la, saya boleh balik sendiri." Aku menjawab lembut dan mula melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan enjin motornya yang mengaum hebat. Sebentar kemudian dia dan motornya rapat menyaingiku yang sedang berjalan.

"Betul tak mahu ni…?" Soalnya inginkan kepastian.
Aku berjalan tanpa menoleh ke sisi tetapi kepala dianggukkan.
"Kalau apa-apa terjadi, jangan salahkan saya. Mama dan Umi awak pun tak boleh salahkan saya. Ini kehendak awak sendiri." Sambungnya lagi, mengugut!
"Takpe, tak akan ada sesiapa yang akan salahkan awak. Taulah saya menjaga diri saya sendiri." Aku menjawab pantas. "…dan awak tak perlu menumpangkan saya untuk menjaga hati orang tua kita!!" Aku menjawab pedas.

Mungkin  terasa tercabar dengan kata-kataku. Setelah itu dia terus memecut laju meninggalkan asap yang memutih di sekelilingku. Tidak sampai lima saat, motornya hilang ditelan kegelapan malam. Aku kembali meneruskan langkah menuju ke KOSASS.

Comments

Anonymous said…
I have played innocent characters that are inherently me, but get back ex girlfriend I will be honest.


My site; how to bring back my ex-girlfriend

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27