Cerita Pasal Bola : Kelantan Juara Piala FA 2013
Salam!
Hi Kenkawan..
Dah 2 hari berlalu, baru arini nak hapdet pasal kemenangan team TRW dalam saingan Piala FA 2013, Malaysia. Tahniah buat team Kelantan di atas kejayaan menewaskan team JDT yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Sabtu lalu - 29 Jun 2013.
Persaingan yang dianggap mencipta sejarah yang tersendiri di arena bola sepak tempatan. Sambutan yang amat menggalakkan dari kedua-dua penyokong pasukan masing-masing. Sedari awal lagi, pelbagai isu berbangkit dan juga provokasi di antara kedua-dua penyokong dari negeri di pantai timur- Kelantan- dan juga dari selatan tanah air-Johor. Tidak ketinggalan juga dengan isu-isu tiket perlawanan yang amat sukar diperolehi. Seperti mana yang dilaporkan di dada akhbar, mahupun jua mukabuku, jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV) menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dari para penyokong TRW setelah kaunter tiket yang dikhabarkan ditutup setelah 15 minit dibuka. Begitu juga dengan penjualan di Stadium bagi team JDT di Larkin, ditutup setelah setengah jam dijual. Gelagat para penyokong kedua pasukan yang agressif dan tidak berpuas hati mendapat liputan meluas di media massa tempatan.
Namun hari final itu sendiri, segalanya berjalan lancar. Kemeriahan dirasai seawal pagi Jumaat lagi setelah ramai warga kedua pasukan yang tidak berjaya membeli di negeri masing-masing, beratur seawal 5 pagi lagi di SNBJ.
Final kali ini aku tidak bercadang untuk menonton di stadium. Ini kerana provokasi2 berbangkit yang panas sedari awal lagi di antara kedua-dua penyokong TRW dan JDT ini. Lagipula, peruntukan tiket yang hanya 30,000 di antara penyokong TRW, dan jugak 30,000 kepada penyokong JDT, jadi aku merasakan lebih baik diberikan kepada 'lelaki-lelaki' yang pastinya lebih ghairah untuk menonton di stadium sendiri. Maka dengan itu, aku mengalah untuk menonton dari depan kaca TV sahaja-lah. Tengok, baik kan aku.. ngeeeeeee ^_^ (masuk lif tekan sendiri lah, habis tu sapa lagi nak tekan kan.. Ngeeee lagii....)
Ok, pendekkan cerita.. Aku amat berpuas hati dengan prestasi my love love team TRW di malam itu. Walaupun hanya mencapai kemenangan 1-0 ke atas pasukan yang terdiri dari raaaamai bintang2 ternama tanahair dan juga bintang import, namun, aksi mantap dan bergaya yang dipamerkan oleh skuad Sang Kijang mampu meraih dan memuaskan hati semua penyokong TRW di malam itu.
Lorongan cantik dari Jeneral TRW, Badhri Radzi (Piya) kepada penyerang berbisa Norfarhan Mohamad (Paan), berjaya mendahului JDT seawal minit ke 15 lagi. beberapa percubaan tepat yang lain, namun nasib tidak menyebelahi TRW, dan mata 1-0 berkekalan di separuh masa pertama.
Babak separuh masa kedua turut kekal dengan 1-0 sehingga ke akhir perlawanan sekaligus menobatkan TRW selaku juara Piala FA 2013, di mana berjaya mengekalkan gelaran juara bertahan pada tahun nan lalu, dan juga layak untuk ke pentas Piala AFC 2014 buat kali ketiga berturut-turut.
Akhir kata, ganbatte TRW. Tahniah TRW.
Tahniah jua buat semua para pemain, pihak pengurusan dan
tidak ketinggalan para penyokong setia yang berdiri kukuh di belakang selama ini.
Kita tunggu TRW mara ke perlawanan akhir di Piala Malaysia pula selepas ini ^_^
Akhir kata, selamat maju jaya buat TRW.
Jom kita layan gambar dan juga tonton beberapa klip di bawah ini
Comments