Novel : Kemelut Kasih - Part 11
~ELeVeN~
Bab 11
"Eerr, saudari ni Charina Shafini ke?" Satu suara dari belakang menyapa membuatkan Charina terperanjat. Seorang pelajar lelaki yang tidak dikenalinya berdiri dalam keadaan tergesa-gesa yang menyapanya itu membuatkan dia merasa kehairanan. Sewaktu itu dia baru balik seorang diri dari kafeteria setelah membeli makanan untuk makan tengah hari. Hari ini hari Sabtu dan dia tiada kelas hari itu.
"Ya, saya… kenapa?" Soalnya kembali ingin tahu. Dia cuba mengingati pemuda tersebut. Rasa-rasanya macam pernah lihat, tapi tidak pasti di mana. Fikirannya menerawang cuba mengingati kalau-kalau dia pernah bertemu dengan pemuda itu, tetapi gagal.
"Saya membawa pesanan dari Farid…." Kata-katanya putus di situ.
"Kenapa dengan Farid?" Soalnya pantas. Mesti ada sesuatu yang terjadi memandangkan pemuda itu agak kalut keadaannya.
"Dia kemalangan kereta. Jadi dia suruh saya datang menjemput awak untuk melawatnya."
"Oh, dia kemalangan? Astaghfirullahalazim…. Bila? Dengan apa?" Soal Charina turut terperanjat.
"Semalam… Dia okay .. sekarang dia sudah dibawa pulang ke rumahnya. Jadi dia minta tolong saya datang jemput awak. Tadi saya bertanya kepada pelajar di Koperasi tadi sebab tiada siapa yang boleh saya minta tolong panggilkan awak di sini… Kebetulan pula awak lalu di sini…." Panjang lebar dia menjelaskan sambil menunjukkan seorang pelajar lelaki yang menjaga koperasi kolej. Dia kini berjalan ke arah dua rakannya yang berada di dalam koop. Mungkin Teko ! Agakku sendiri.
Aku turut memerhati sekeliling, ruang foyer blok kosong. Memang jarang terdapat pelajar di waktu tengah hari ini terutamanya pada hari-hari Sabtu dan Ahad kerana ramai yang pulang ke kampung atau paling tidak pun keluar keKuala Lumpur untuk berjalan-jalan melepas tension.
Aku turut memerhati sekeliling, ruang foyer blok kosong. Memang jarang terdapat pelajar di waktu tengah hari ini terutamanya pada hari-hari Sabtu dan Ahad kerana ramai yang pulang ke kampung atau paling tidak pun keluar ke
"Oh, ya ke… nanti saya simpan makanan ni di bilik dulu ya…," pinta aku sebentar. Dia mengangguk. Sebenarnya aku juga berniat untuk membawa seorang rakan sebagai teman. Tak manislah aku seorang perempuan ke rumah Farid. Setiba di bilik, tiada seorang pun. Yati ke kelas, Syikin pula berdating di Kuala Lumpur sementara Kak Linz keluar mencari bahan untuk tesisnya. Aku mengeluh. Siapalah yang aku mahu ajak ni…? Ha… Zazila…, cepat-cepat aku berlari ke tingkat satu, tetapi dia juga tiada. Keluar KL, kata teman sebiliknya. Argh! Siapa yang aku nak ajak ni? Zazila takde. Anita pula ke Melaka, Amira balik kampung…. Ish, sapa yang aku nak ajak ni??
Pergi sorang jer la nampaknya……., desis hatiku sendiri. Tak nak pergi karang, apa pulak kata lelaki yang bersusah payah datang mencari aku tu…..
"Eee… tapi malulah… takkan aku sorang je…" Charina berkira-kira sendiri. Setelah itu dia kembali ke bilik menulis secebis nota pendek memberitahu rakan-rakan sebiliknya yang dia keluar sekejap sebelum beredar menemui budak lelaki yang menunggunya di foyer dalam keadaan tergesa-gesa itu.
Setelah itu mereka beredar dengan menaiki WMN 4028, Satria Neo milik Farid. Si pemuda memandu dalam kadar kelajuan sederhana laju.
"Teruk ke sakitnya?" Soal Charina memulakan bicara membelah suasana sunyi di dalam kereta. Sebenarnya hatinya agak keberatan untuk mengikut lelaki tersebut. Tetapi apabila difikirkan bersusah-payah dia memandu ke sini untuk menjemputnya setelah disuruh Farid, hatinya kasihan dan tidak sampai hati. Lagi pun kawannya itu dalam kesusahan. Tak baik menghampakan hajat orang yang sedang sakit, pujuk hati Charina sendiri.
" Boleh tahan laa…. Kakinya kena simen dan tangan kirinya patah……" si lelaki menerangkan.
"Ooo…. Berlanggar dengan apa?" Charina hairan kerana kereta Farid yang tidak mengalami sebarang kerosakan itu.
"Dia naik motornya, Harley. Habis rosak. Dengarnya berbelas ribu jugak nak baiki motor tu…. Berlanggar dengan kereta…. Kereta tu yang salah sebab tak beri signal sebelum membelok. Yang si Farid ni pulak tengah laju…. Apalagi….," jelas si lelaki panjang lebar.
Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil membetulkan duduk. Tak selesa berdua-duan sebegitu. Tambahan pula dia tidak aku kenali.
"Dia kat rumah nenek dia sebab Mummy ngan Daddynya ke Amerika. Ada urusan business. Sampai sekarang ni mereka tak tahu lagi anak mereka accident…." Tanpa ditanya si lelaki menjelaskan.
"Oooohh… mak ayah dia tak tahu lagi…?" Suaraku pula, sedikit kehairanan.
Dia menganggukkan kepalanya perlahan tanpa bersuara. Dia mencelah-celah melarikan kereta dari kesibukan jalan. Cekap. Setelah sampai di satu selekoh yang tajam, dia membelok penuh gaya lagak seorang professional. Kecut perut aku dibuatnya. Setelah itu dia memandu laju memintas beberapa buah kereta yang memandu laju. Aku menahan nafas. Setelah keadaan agak lengang, dia memperlahankan sedikit kelajuan.
"Kenapa? Takut ke?" Dia tersengih sambil berpaling ke arah Charina. Selepas itu matanya kembali menumpu di jalan.
Charina menelan liur. "Haa? Takut? … err, tak jugak…" balasnya.
Si lelaki ketawa polos.
"Tak nak ngaku pulak…" Charina membiarkan kata-katanya berlalu dibawa angin. Malas untuk memanjangkan lagi perbualan.
Charina terasa perjalanan mereka terlalu jauh untuk ke Bukit Tunku itu sehinggakan dia tertidur sendiri. Dia kembali tersedar apabila merasakan kereta itu berhenti di satu kawasan perumahan elit yang hanya mampu diduduki oleh hartawan-hartawan dan jutawan-jutawan sahaja.
Dia mengosok-gosokkan matanya beberapa kali. Mazri sudah pun berlalu ke pintu pagar yang maha tinggi dan besar itu dan bercakap-cakap dengan seseorang, mungkin pembantu rumah itu. Dia terlihatkan kepala Mazri yang terangguk-angguk beberapa kali. Setelah itu Mazri kembali mengatur langkah ke arah kereta itu. Charina memandangnya penuh kehairanan apabila Mazri kembali memandu kereta dan menghala ke jalan yang mereka lalui tadi.
Dia mengosok-gosokkan matanya beberapa kali. Mazri sudah pun berlalu ke pintu pagar yang maha tinggi dan besar itu dan bercakap-cakap dengan seseorang, mungkin pembantu rumah itu. Dia terlihatkan kepala Mazri yang terangguk-angguk beberapa kali. Setelah itu Mazri kembali mengatur langkah ke arah kereta itu. Charina memandangnya penuh kehairanan apabila Mazri kembali memandu kereta dan menghala ke jalan yang mereka lalui tadi.
"Farid baru saja pergi ke chalet milik peribadi keluarganya untuk berehat." Terang Mazri setelah melihat pandangan kehairanan daripadaku. Aku terdiam. Fikiranku melayang-layang berfikir ke mana pula yang ingin kami tujui.
"Jadi kita nak ke mana ni? Balik?" Soalku pula setelah perasaan mengantukku mulai hilang.
"Ke chalet keluarga Farid la…" Suara Mazri pula. Dia menumpukan pemerhatian kepada pemanduannya. Aku mengeluh kecil. Penat bercampur lapar membuatkan aku tidakmahu bersoal jawab lebih panjang.
"Eh, awak dah makan belum tadi?" Soal Mazri sambil menoleh ke arahku.
"Belum." Perlahan suaraku menjawab soalannnya. Kalau perutku tidak mendendangkan lagu saat ini aku pasti menjawab sudah. Tetapi memandangkan perutku sudah mendendangkan lagu
rock, rap dan ntah hapa-hapa lagu sejak tadi lagi aku terpaksa mengakuinya.
"Oh, kenapa tak cakap tadi. Lapar la ni ya?" Dia ketawa polos.
Aku menarik muka dan tidak menjawab.
"Okay… kita berhenti makan di kedai depan tu ya…," ujarnya lalu memberi signal ke kanan dan membelok ke sebuah restoran yang terletak kemas di salah sebuah deretan kedai di Jalan Saujana itu.
Mazri mematikan enjin kereta itu dan mula melangkah keluar dari Satria Neo milik Farid itu. Sebelum itu dia sempat mencapai ray bannya dan mengenakan di wajahnya. Aku serba salah untuk menuruti langkahnya tetapi apabila dia berjalan ke arah tempatku dan membukakan pintu kereta di sebelahku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menuruti langkahnya yang panjang itu memasuki restoran ekslusif yang pada pandanganku hanya mampu di masuki oleh pelanggan-pelanggan bertaraf tinggi sahaja. Mazri menggenggam kemas telapak tanganku meskipun aku cuba menguraikan pegangannya itu.
"Awak, tak payahlah… saya boleh makan balik nanti. Kan saya dah beli makanan tadi." Perlahan aku bersuara namun aku pasti Mazri dapat mendengarnya.
"Takpe… kita nak pergi PD ni…. Jauhnya boleh le tahan. Jadi awak perlu makan untuk mengalas perut awak yang kosong tu." Jawabnya sambil memalingkan muka ke arahku dan melihatku ke atas dan ke bawah. Kemudian dia mengukirkan senyuman manis lalu berpaling menghadiahkan pula senyumannya kepada pelayan tetamu Restoran Duniamu yang sudah bersedia untuk menjemput kami.
Seorang pelayan lelaki yang memakai vest membawa kami ke sebuah meja yang kosong di situ. Aku agak terpaku kerana meskipun sering melihat restoran seperti ini, namun aku tidak pernah lagi memasuki restoran mewah sebegini. Pada aku, aku lebih selesa menjamu selera di warung-warung atau pun di gerai-gerai yang melambak terdapat di sekitar kampus dan juga di sekitar ibu kota ini sekiranya aku dan rakan-rakan keluar berjalan-jalan. Lagi pula tiada protokol yang perlu kami ikuti berbanding restoran ekslusif ini.
Setelah pelayan datang menghidangkan makanan yang diorder, kami makan tanpa banyak bercakap. Hanya sesekali soalan yang diajukan oleh Mazri kepadaku yang membuatkan aku perlu menjawabnya. Jika soalan itu agak peribadi, aku membalasnya dengan senyuman dan memberitahu aku tidak mahu menjawab soalan itu.
Nampaknya Mazri ini okay orangnya. Agak peramah, pandai mengambil hati dan juga pandai menghormati orang lain. Rupa-rupanya dia merupakan sepupu kepada Farid. Dia baru sahaja menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi beberapa minggu lalu. Katanya dari UPM juga. Aku agak terperanjat mendengar kata-katanya itu. Patutlah aku berasakan seolah-olah pernah melihatnya sewaktu aku bertemu dengannya pada mulanya tadi. Rupa-rupanya dia satu fakulti denganku, cuma berbeza course sahaja. Dia juga memberitahuku bahawa dia juga merasa seolah pernah melihatku sewaktu mula bertemu tadi tetapi tidak tahu di mana. Setelah mendengar luahanku pula kami ketawa serentak. Sekarang dia sedang menjawat jawatan Pengarah Urusan di salah sebuah syarikat milik ayahnya di Petaling Jaya. Setelah siap makan kami kembali bertolak menuju ke Port Dickson.
Comments