Novel : Kemelut Kasih - Part 15
~FifteeN~
Bab 15
Shahrul datang sewaktu aku sedang berborak rancak dengan rakan-rakan sebilik dan beberapa orang lagi rakan searas yang sering melepak di bilikku. Sebenarnya bilikku ini sering menjadi port mereka melepak. Sama ada petang atau malam, bilikku sentiasa penuh didatangi tamu. Apatah lagi dengan tugasku sebagai AJK Kebajikan aras dua yang sentiasa didatangi rakan searas yang ingin mengadu masalah bilik mereka seperti kerosakan lampu, tingkap, kipas dan sebagainya. Selain itu, Kak Linz selaku senior yang dihormati. Dia dulu pernah menjawat Floorept atau Ketua Aras sebelum meletak jawatan dari sebarang tugas meskipun menang dalam Pilihanraya Kolej bagi peringkat blok bagi jawatan SU Kebajikan Blok itu.
Syikin pula dihormati kerana dia merupakan antara pelajar yang paling 'senior' di blok ini meskipun wajah dan perwatakannya yang masih keanak-anakan. Dia juga di kagumi kerana dia merupakan bekas pelajar luar negara sebelum ini, tetapi terpaksa balik kerana masalah kesihatan. Kesemua pelajar blok ini memanggilnya dengan nama Kak Syikin kecuali aku dan roomatesku. Ini kerana kami pada mulanya mengagak umurnya yang sebaya kami sewaktu awal pertemuan.
Waktu itu, Kak Linz belum memasuki bilik itu lagi kerana senior mendaftar lewat seminggu. Kami selaku pelajar yang baru mendaftar datang awal seminggu untuk mengikuti sesi orientasi. Namun setelah mengetahui umur sebenarnya, kami masih mengekalkan panggilan asal kerana sudah terbiasa memanggil Syikin. Yati pula dikenali sebagai Yati Ganu kerana terdapat beberapa orang lagi bernama Yati di blok ini. Lagi pula, seramai tiga orang Yati yang turut menyertai ROTU bagi sesi pengambilan baru ini. Selain itu, perwatakan kami yang peramah, periang dan sekepala menyebabkan ahli-ahli blok yang lain terutamanya searas sering mencari kami sekiranya terdapat masalah.
Aku cepat-cepat bersiap. Mereka semua galak mengusikku.
"Dating…! dating…! " Mereka semua sepakat mengusik. Aku buat muka bodoh meskipun perasaan malu bersarang di hati. Namun sesekali menyengih.
"Mana aci dia nak gi dating…… Kita intai nak…" Ujar Syikin sambil disahut gelak ketawa dari Yati, Kak Linz, Ita, Kak Ina, Kak Lia, Jatt, Zazila dan Mira. Aku membuat muka selamba.
"Helleh, semalam pun dia gi dating…… Nak jelous kat orang pulak…." Usik Yati dan Kak Linz pada Syikin. Dia terdiam.
"Haa? Kak Syikin gi dating ngan sapa semalam?" Soal Kak Lia, Zazila dan Mira serentak. Rahsia Syikin berhubungan dengan Abang Hakimi itu hanya diketahui kami satu bilik sahaja. Aku gelak lepas menyindir ke arah Syikin. Sengaja membakar hatinya. Dia hanya buat muka bodoh, ala muka lembu kenyang.
"Mana ada Kak Syikin dating. Semalam Kak Syikin gi beli tiket nak balik Johor minggu depan la…." Dia berselindung.
“Ada orang tak nak mengakuuu….,” sambung Kak Linz lagi. Kak Linz, Yati dan aku berpandangan sambil mengangkat kening dan tersenyum simpul. Aku memberus rambut ikalku yang mengurai melepasi bahu. Selepas itu aku mengoles nipis lipstik di bibirku. Siap! Setelah itu aku mengatur langkah menuju ke foyer meninggalkan mereka yang masih giat mengusik Syikin pula.
Shahrul bangun dari kerusi menunggu setelah melihatku muncul. Aku berjalan ke arahnya. Agak berdebar dan teragak-agak aku untuk bersuara, namun gembira memandangkan dia sudi ke mari berjumpaku. Inilah juga kali pertama dia ke mari berjumpaku semenjak kami bergelar tunangan di antara satu sama lain. Biasanya kami hanya bertemu secara kebetulan di fakulti atau di pasaraya.
Shahrul bangun dari kerusi menunggu setelah melihatku muncul. Aku berjalan ke arahnya. Agak berdebar dan teragak-agak aku untuk bersuara, namun gembira memandangkan dia sudi ke mari berjumpaku. Inilah juga kali pertama dia ke mari berjumpaku semenjak kami bergelar tunangan di antara satu sama lain. Biasanya kami hanya bertemu secara kebetulan di fakulti atau di pasaraya.
Aku melemparkan senyuman ke arahnya sebelum memulakan bicara. Terdapat beberapa orang pelajar yang berada di foyer itu sedang menelefon. Nasiblah tiada yang aku kenali secara rapat.
"Kenapa nak jumpa saya?" Soalku padanya lembut.
"Hujan takde, ribut takde alih-alih nak jumpa…. Pelik tu…." Sambungku lagi bergurau.
Dia senyum kecil.
"Rindu…." Jawabnya turut bergurau. Aku terperanjat dengan jawapan dan layanannya terhadapku namun aku cuba mengawal dari menunjukkan reaksiku itu kepadanya.
"Ada hal la…" dia menambah ringkas.
Aku mengangguk, namun wajah tertanya-tanya.
"Nak bercakap kat mana?" Aku menyoal.
Dia diam seketika.
"Kita gi Kajang, nak?" Dia pula menyoalku.
Aku mengangkat bahu tanda tidak kisah.
"Boleh jugak…." Balasku akhirnya.
Dia senyum lagi.
"Commeyy…," ujarnya pula. Ibu jari tangan kanan ditegakkan bersama sekuntum senyuman ringkas.
"Commeyy…," ujarnya pula. Ibu jari tangan kanan ditegakkan bersama sekuntum senyuman ringkas.
Aku sengih sambil berjalan mengekorinya. Benar juga kata Mamanya dulu, anak bujangnya ini baik orangnya namun aku memerlukan masa untuk mengenali hati budinya. Sebentar kemudian aku berhenti berjalan. Dia turut berhenti.
"Kenapa ni, ada masalah ke?" Soalnya padaku.
"Kita gi dengan kereta saya lah ya…" ucapku pula.
"Okay." Ringkas jawapannya.
Setelah itu kami beredar menuju ke arah kereta Swiftku yang berada di belakang blok. Setelah itu Shahrul memandu laju menuju ke Kajang. 20 minit kemudian kami tiba di Medan Selera Sate Kajang yang menempatkan beberapa buah gerai sate yang glamour di Malaysia ini, terutamanya Sate Haji Samuri.
Kami melangkah laju menuju ke arah meja yang masih kosong. Ramai pengunjung yang datang ke mari di hujung minggu ini. Aku memilih untuk duduk di bawah gerai payung yang agak redup. Shahrul duduk berhadapan denganku. Setelah mengambil order, pelayan terus pergi.
Kami sama-sama terdiam buat seketika. Aku menunggu bicara dari Shahrul kerana dia yang mempelawaku ke mari. Mestilah ada hal yang ingin dia bincangkan. Aku memerhati aksi orang ramai yang sedang enak menjamu selera. Aku perasan mata Shahrul sesekali merenungku tajam namun tidak aku endahkan. Aku memerhati seorang anak kecil dalam usia empat tahun yang sedang mencubit pinggang abangnya dalam usia enam tahun. Sesekali abangnya mengaduh kesakitan dan memukulnya perlahan. Setelah itu ibu mereka memarahi si abang kerana memukul si adik menyebabkan si abang mencebek mahu menangis. Aku yang memerhati adegan itu ketawa kecil. Kasihan si abang. Si adik yang mengusik tapi si abang pula yang dimarah. Aku mengulum senyum menyerlahkan kedua lesung pipit yang dalam di kedua pipiku.
Shahrul memerhati wajah manis Charina dalam diam.
Lawa! Pujinya dalam hati.
Tiba-tiba Charina berpaling seolah mengetahui Shahrul memuji kecantikannya. Senyumnya masih bersisa. Shahrul kalut sebentar, namun cuba disembunyikan.
"Ketawa kat siapa ni?" Soal Shahrul membuka bicara. Sebenarnya dia turut memerhati aksi kedua beradik tadi.
"Takde apalah. Aksi budak tu yang melucukan saya…." Jawab Charina disulami ketawa yang masih bersisa. Pandangannya dialihkan kepada keluarga tadi.
Shahrul mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia memerhati wajah bersih Charina. Tetap ceria seperti biasa. Tiada tanda dia menghadapi masalah! Shahrul bingung. Dia pasti, gadis semalam adalah tunangnya itu. Sekali lagi dia merenung wajah ayu tunangnya yang berada berhadapan dengannya. Charina yang perasan akan gelagat Shahrul itu tetapi sengaja buat tidak tahu sambil terus memandang sekumpulan pemuda selang dua meja dari mereka.
Apo kono dongan tunang den nie aee..? Soal Charina dalam hatinya.
Konfius aku. Masuk kali ni dah empat kali dia renung aku! Getusnya dalam hati. Dia berpaling ke arah Shahrul semula.
"Err, apahal awak nak jumpa saya?" Bicara Charina membuka tajuk perbualan setelah nampaknya Shahrul belum mahu membuka mulut.
Shahrul memandangnya. Senyum.
"Macam mana pelajaran. Okay?" Soal Shahrul pula.
Charina mengerutkan kening. Bertambah konfius.
Takkan datang sini semata-mata nak tanya pasal pelajaranku aje…..? Dia memandang wajah kacak Shahrul. Keningnya yang terbentuk dan hidungnya yang mancung merupakan aset Shahrul memikat gadis. Matanya tajam memikat. Deep set eyes! Namun dia tahu Shahrul hanya setia kepada Suraya seorang sahaja.
"So far, okay la…." Charina tetap menjawab soalan Shahrul tadi.
"Penting jugak soalan awak ni yea…." Sambung Charina lagi, bergurau plus menyindir.
Shahrul terbatuk. Keningnya diangkat sebelah. Matanya mencerun. Dia memahami sindiran Charina tadi. Jauh-jauh datang semata-mata menyoal pasal pelajaran. Tak logik langsung! Macamlah dekat UPM nun takde tempat untuk dia bersoal soalan itu. Selama ini mereka tidak pernah bertegur sapa apatah lagi keluar berdua! Tiba-tiba keluar semata untuk menanyakan soal pelajaran. Ish…. Dalam diam dia senyum. Mengakui ketajaman fikiran Charina.
Dia baru membuka mulut untuk menyoal peristiwa semalam apabila tiba-tiba seorang pelayan datang membawa air minuman dan kemudian datang pula seorang lagi pelayan membawa sate yang dipesan. Setelah itu mereka berlalu.
Charina menghulurkan cawan neslo panas kepadanya dan meletakkan jus tembikai laici di hadapan dirinya sendiri. Kemudian dia menyenduk kuah sate dan sambal lalu menghulurkan kepadanya. Shahrul menyambut. Setelah itu Charina menyenduk untuk dirinya pula.
"Makan la…" Suara Shahrul setelah semuanya siap. Secucuk sate di tangannya diangkat sambil mengangguk ke arah Charina. Setelah itu mereka menikmati hidangan sate itu. Setelah habis tiga cucuk, dia kembali membuka mulut.
"Erin, semalam Erin gi mana?" Soal Shahrul tiba-tiba membuka bicara.
Charina berhenti makan dan memandang Shahrul. Fikirannya berputar ligat. Semalam dia ke PD. Jangan-jangan…..
"Err, semalam Erin gi jalan kat Sunway Piramid….," pantas dia menjawab. Hatinya gementar. Mungkin Shahrul ada melihatnya sewaktu mereka melalui kawasan pantai yang ramai orang semalam. Mungkin dia ada bersama Suraya semalam…
"Window shopping jer.. tak beli apa pun….. " Charina menambah. Dia berlagak selamba. Bukan niatnya untuk menipu Shahrul, tapi sekiranya Shahrul mengetahui rakan sekolejnya cuba mencerobohi tunangnya semalam pasti kalut satu kolej dan seterusnya satu Universiti. Dan akhirnya namanya sendiri yang tercemar! Ini yang ingin dia hindari. Dia nekad untuk menyembunyikan rahsia itu dari semua orang.
"Betul nie….?" Soal Shahrul meragui kata-kata Charina.
Charina mengangguk.
"Betul!" Jawabnya tegas.
"Awak pergi sorang diri?"
Charina mengangguk. "Err dengan Tina, kawan dari KMR"
Semalam pun dia membuat helah yang sama kepada rakan sebiliknya, dia mengatakan seorang rakan dari Kolej Mohamad Rashid (KMR) yang datang secara tiba-tiba mengajaknya ke sana, sehinggakan nasinya pun tidak sempat dimakan. Nasib baik mereka tidak bersoal jawab panjang.
Shahrul terdiam. Fikirannya memutar kembali wajah gadis yang dilihatnya semalam.
"Betul nie?" Soalnya lagi. "Awak tak tipu…?" Duganya lagi.
"Betul…." lembut namun tegas Charina mengiakan. "Kenapa ni, ada apa?" Soalnya lagi berlakon.
Mungkin Shahrul nampak dia semalam. Hatinya mengecut. Macam mana kalau Shahrul tidak percaya? Matilah aku! Dia tidak dapat membayangkan jika Shahrul masih berkeras menyoalnya soalan tadi.
Shahrul kelihatan berfikir sebentar.
"Takpelah, mungkin saya salah lihat…." Suaranya perlahan sambil menyambung makan. Kemudian dia meneguk air neslo panasnya.
Darah Charina terasa meluru ke mukanya.
"Lihat sapa…?" Soalnya ingin mencungkil.
Sekali lagi Shahrul meneguk airnya.
"Semalam saya rasa saya melihat awak dalam sebuah kereta Civic mengekori sebuah kereta polis kat PD." Terang Shahrul panjang lebar. Suasana hening seketika.
"Tapi… mungkin jugak mata saya silap pandang.." sambungnya lagi perlahan seolah bercakap pada dirinya sendiri.
Hati Charina berdebar kencang namun dia cuba berlagak selamba. Dia melindunginya dengan tunduk mengacau air jus tembikai laicinya berkali-kali sambil menarik nafas perlahan. Moga-moga Shahrul tidak perasan! Doanya di dalam hati.
"Takpalah… mungkin saya silap…" suaranya lagi. Dia berfikir-fikir seketika. "…tapi, saya rasa lelaki yang memandu Civic semalam tu kawan awak yang kita jumpa di X-tra hari tu…," Sambungnya pula. Charina tersentak.
Pulak dah…!! Tak habis lagi….. Mampusss akuu….. rintih Charina dalam hati.
Shahrul memandangnya tepat. Mencari jawapan.
Charina serba-salah.
Apa aku nak jawab nih? Fikirannya berputar ligat mencari helah.
"Mungkin orang lain tak…." Charina menjawab pendek. Mencipta helah.
"Tapi mukanya mirip wajah kawan awak aritu… sapa namanya tu, Faizul ya…?" Rupanya dia masih mengingati nama Faizul. Rasa cemburu menyelinap di hatinya.
Charina mengiakan.
"Faizul Azlani." Aku menambah nama belakang pemuda berumur 25 tahun itu.
Shahrul angguk.
"Mungkin jugak dia… manalah saya tahu sebab saya takde kat situ…. Tapi perempuan tu bukan saya… Awak yang silap tengok kot." Ucap Charina mencipta helah, berlagak seolah dia tidak mengetahui apa-apa. Dia mengelus-elus leher dan rambutnya yang terurai melepasi bahu.
Shahrul berfikir seketika. Mungkin juga…. Mungkin juga sebab wajah Charina sering bertamu di matanya sejak akhir-akhir ini menyebabkan perempuan yang dipandangnya itu dikelabui oleh wajah Charina.
Dia mengangguk-angguk seketika.
"Yalah kot…." akuinya sambil tersengih. Dia malu untuk memberitahu Charina bahawa wajahnya sering menghantui fikirannya sejak akhir-akhir ini. Entah-entah budak ni gunakan ubat kenakan aku kot…? fikirannya kreatif seketika, hanya untuk memuaskan hati sendiri.
"Awak pakai ubat ke?" Soalnya tiba-tiba. Apa yang difikirkan terluah tiba-tiba tanpa disedarinya.
"Apa?" Soal Charina terperanjat.
"Apa apanya?" Soal Shahrul kembali kepada Charina.
"Awak cakap pasal ubat tadi…." Jelas Charina pula.
"Ubat? Ohh….!" Laa… terlepas cakap pulak. Ingatkan cakap dalam hati tadi. Ish…
"Ubat apa?" Soal Charina lagi.
"Takde, kawan saya batuk-batuk. Dia pesan belikan ubat tadi. Tolong ingatkan saya nanti balik ya. Nak singgah farmasi sekejap." Shahrul berdalih.
"Ooo, begitu… ingatkan ubat apa tadi…," balas Charina. "Sakit apa?"
"Sakit orang perempuan…." Shahrul sengih mempamer barisan giginya yang tersusun cantik. Kelihatan samar-samar lesung pipit di pipi kiri.
"Gatal! Orang tanya serius ni…."
"Okay.. okay… serius ni," Shahrul mempamerkan raut serius. "… Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika…." Dia senyum lagi. Aduh! hensemnya tunangku ni... Namun pujian hanyalah dalam hati sahaja.
"Waa.. jauh tu kena gi beli tu…. Kena gi Afrika nampaknya ni…." Balas Charina pula berlawak.
Mereka sama-sama ketawa. Kemudian mengingatkan inilah pertama kali mereka bergurau senda penuh mesra sebegitu, kedua-duanya serentak terdiam. Melihatkan kebetulan itu mereka tersenyum sendiri akhirnya.
"Okaylah, Insya Allah…. Nanti saya ingatkan."Ucap Charina sejurus itu.
Shahrul mengangguk.
Saya tipu jer la….., hati kecil Shahrul berkata-kata. Dia meneguk air. Setelah itu menghabiskan cucuk terakhir sate. Charina sekadar memerhati.
"Kita bayar ya…" soal Shahrul setelah semuanya selesai.
Charina mengangguk.
Shahrul mengangkat tangan memanggil pelayan untuk membayar. Kebetulan brader yang berbaju belang bertopi merah itu sedang memandang ke arah ini. Dia terus berjalan ke mari. Setelah siap mereka kembali ke kereta. Setelah itu Shahrul memandu balik ke Serdang. Sampai di persimpangan lampu isyarat menuju UPM, Charina mengingatkan pasal ubat tadi.
"Haa… nasib baik Erin ingatkan, Abang lupa tadi…" ujar Shahrul ringkas. Dia memandu terus menghala ke Seri Serdang melalui lampu isyarat yang sedang hijau itu.
Erk, Abang??!
Shahrul dan Charina sama-sama terkejut dengan kata-katanya tadi. Meskipun agak malu dengan katanya tadi, namun Shahrul selambakan sahaja mukanya sambil bersiul rancak. Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu! Mungkin ini bermakna hatinya sudah mulai menerima diri Charina…., fikirnya sendiri. Dan dalam masa yang sama Charina turut berpendapat demikian. Mereka menyimpul senyuman sendiri sambil menyulam perasaan masing-masing. Rama-rama berterbangan di sana sini. Agak lama masing-masing berdiam diri sebelum sekali lagi Shahrul bertanyakan soalan awal mereka tadi.
"Betul Erin tak gi PD semalam ni?"
Charina berpaling ke arahnya dan mengangguk. "Betul…." Sambungnya meyakinkan anggukannya tadi. Sekali lagi hatinya kalut sebentar.
"Bukan apa, Abang takut Erin ada menghadapi apa-apa masalah jer… " terangnya tanpa dipinta. Charina menghadiahkan senyuman.
"Kalau ada apa-apa tu, beritahulah Abang… Jangan segan….. Anytime i will attend to you..." sambungnya lagi.
Sekali lagi Charina senyum dan mengangguk perlahan
"Yalah… In Shaa Allah.."
Nasibnya baik kerana luka-luka di pergelangan tangan terlindung dengan cardigan yang dipakainya. Charina juga amat berhati-hati mempamerkan bahagian tangannya itu dari roomatesnya yang lain. Mujur mereka tak perasan!
Nasibnya baik kerana luka-luka di pergelangan tangan terlindung dengan cardigan yang dipakainya. Charina juga amat berhati-hati mempamerkan bahagian tangannya itu dari roomatesnya yang lain. Mujur mereka tak perasan!
"Macam tu lah tunang Abang…" Shahrul senyum meleret.
Charina turut senyum. Dia merasa bahagia memandangkan sikap Shahrul padanya telah berubah. Nampaknya dia sudah dapat menerima kehadiran aku sebagai tunangannya, bisik Charina sendiri. Dan dah membahasakan dirinya sebagai Abang pun.….
Allhamdulillah….
Sekilas dia memandang Shahrul yang leka memandu. Namun dalam diam dia merasa bersalah kerana berbohong kepada Shahrul. Dalam diam Charina mengakui dia masih terasa agak ketakutan mengenangkan kisah semalam. Masih terasa tangan kasar Farid menyentuh dan merabanya. Masih terasa cengkaman tangan sasa Farid di pipinya. Dan juga ciuman Farid di mukanya…….
Dia memejam mata. Ingin dia lemparkan semua ingatannya, namun dia gagal. Dia sedar, selagi dia masih bernyawa, ingatan itu tetap kekal di ingatannya sebagai lipatan memori. Betul kata-kata Azmi semalam, nasib baik mereka cepat sampai kalau tak… entahlah apa yang akan berlaku kepadanya… Tanpa sedar, dalam diam dia mengeluh.
"Kenapa Erin…?" Suara Shahrul yang menyoalnya mengembalikan dia ke alam nyata. "Kenapa mengeluh ni…?" Soalnya lagi ingin tahu.
"Eh, mana ada.. Takde apa-apalah" Pantas dia menafi dan menggeleng kepala.
"Mana boleh, takde apa-apa boleh mengeluh…?" duga Shahrul pula, masih belum mahu mengalah.
"Takde… cuma risau dengan result Intermediate Accounting yang exam minggu lepas je…" Charina mencari helah.
"I see…. Macam mana hari tu, okay tak?" Soal Shahrul lagi prihatin.
"Okaylah… tapi risau gak ni… satu section soalan tu Erin terlupa jawab, lepas habis baru Erin sedar. Ish…!" Jujur dia menjawab. Namun bukan itu yang dia fikirkan tadi.
"Soalan besar ke soalan kecil?" Soal Shahrul lagi.
"Soalan kecil… Mula-mula tu Erin skip dulu soalan tu.. Ingat nak jawab kemudian.."
"Hah, kalau camtu banyak can lagi la nak lulus…."
"Yalah, tapi entah yang lain tu betul ke tak…."
"Sebab tulah dia dinamakan test… ujian.. Sebab dia nak uji minda kita… Reti..?"
"Saya faham, cikgu…." Jawab Charina.
Mereka ketawa serentak.
"Yalah, cikgu pun cikgulah…." Balas Shahrul.
Dia membelok kereta menghala ke kanan dan berhenti di sebuah farmasi di situ. Selepas meletakkan kereta di tepi jalan, dia keluar.
"Erin tunggu sini ya…" pesannya.
Charina mengangguk.
Shahrul berjalan menuju ke farmasi dan membuka pintu kacanya.
"Kopaklah duit akuuu….." ujarnya perlahan kepada diri sendiri. Dia senyum. Takpelah, nak cover line punya pasal duit dia melayang dalam RM 8.50 kerana membeli ubat batuk seperti yang diberi alasan tadi kepada Charina. Setelah selesai dia kembali ke kereta.
"Dah beli dah?" soal Charina.
"Dah!" Sambil menunjukkan ubat batuk itu kepada Charina.
"Ooo… tak lah jauh sangat nak membelinya… taklah sampai Afrika nun…" Charina berlucu.
"Haa, yalah tu…" Ujar Shahrul sambil memasukkan gear dan menekan pedal minyak kereta. Kereta meluncur laju. Dalam 10 minit kemudian mereka sampai di kolej Charina. Selepas mengucapkan terima kasih dan jaga diri, Shahrul pun beredar.
"Shah…. Eerr.. Abang…" Panggil Charina dari belakang.
Shahrul berpaling.
"Terima kasih…." Terputus kata-kata Charina.
Shahrul mengerutkan dahi tanda tidak faham.
"Pasal belanja hari ni…"
"Oh…"
"…dan… pasal bunga hari tu…" sambung Charina lagi.
Menduga sebenarnya. Dia tunduk.
Shahrul senyum dan mengangguk.
"Abang balik dulu…" ujarnya dan terus menyambung langkah gagah.
Charina mengangguk. Dia berdiri di situ melihat Shahrul menuju ke TZMnya sehinggalah bayang Shahrul lenyap ditelan kegelapan malam. Setelah itu dia berlalu ke biliknya sendiri.
Comments