Novel : Kemelut Kasih - Part 16
Bab 16
Tiga minggu telah berlalu semenjak peristiwa Farid, Budin dan Charina dulu. Namun sehingga hari ini tiada lagi gangguan dari pemuda berdua itu. Diam-diam Charina bersyukur. Semoga mereka tidak akan mengganggunya lagi! Seingatnya, dia telah menolak secara baik setiap kali Farid membicarakan pasal mereka. Farid seringkali datang menemuinya di kolej. Dia faham maksud Farid, namun dia melayan Farid sekadar teman biasa sahaja. Tiada keistimewaan langsung yang ditunjukkan.
Layanannya sama seperti layanan rakan-rakan lelaki sekolej yang lain. Dia sedar dia sudah terikat, meskipun pada mulanya layanan dari Shahrul amat dingin. Sehinggalah baru-baru ini sikap Shahrul terhadapnya mulai berubah. Charina bersyukur di atas perubahan itu. Walaupun perhubungan antara Shahrul dan Suraya masih erat, namun sekurang-kurangnya Shahrul mulai sedar akan kewujudannya dan juga dengan ikatan mereka.
Charina sedar, bukan senang untuk Shahrul menangani masalah peribadinya itu. Dia tahu Shahrul memerlukan masa. Lagipun, jika Shahrul memilih untuk bersama Suraya, dia rela dan redha. Dia tidak mahu mengganggu-gugat perhubungan mereka yang sudah terjalin sekian lama. Dia tidak mahu digelar perampas, biarpun pertunangan mereka adalah atas kehendak keluarga Shahrul.
Charina sedar, bukan senang untuk Shahrul menangani masalah peribadinya itu. Dia tahu Shahrul memerlukan masa. Lagipun, jika Shahrul memilih untuk bersama Suraya, dia rela dan redha. Dia tidak mahu mengganggu-gugat perhubungan mereka yang sudah terjalin sekian lama. Dia tidak mahu digelar perampas, biarpun pertunangan mereka adalah atas kehendak keluarga Shahrul.
Ketukan di pintu bilik menyebabkan dia tersentak. Dia bangun dan bergegas ke pintu. Rupanya budak Cina bilik sebelah yang mengetuk kerana mahu membuat aduan kerosakan lampu meja study.
"Masuklah dulu.. takde orang pun." Pelawaku sambil berjalan mengambil buku catatan di atas meja tulisku. Buku nota kecil itu biasa aku gunakan untuk mencatat apa-apa aduan sebelumku bawa ke pejabat kolej.
"Tak mengapalah, saya nak pergi makan ni…" balas Poh Yee halus, dalam bahasa Melayu yang lancer. Dia senyum.
"Makan kat kafe ke?" Soalku berbahasa.
"Ya…" balasnya lagi dan berlalu.
Tidak lama selepas Poh Yee berlalu, Yati balik dari kelasnya. Ita pun ada sama.
"Aduh! Penatnya…." Ucap Yati sambil meletakkan beg kuliahnya di atas meja.
"Kak Linz tak balik lagi?" Soal Ita pula kepadaku.
"Belum. Kenapa?"
"Takda pa aih, saja ja tanya…" Jawab Ita pekat Kedah.
"Takpa no.. Ita balik bilik dulu.. sat gi Ita mai balik ah…"
Aku hanya mengangguk.
"Dah lama balik?" Soal Yati sambil menyalin baju.
"Sempat jugak la berangan," jawabku sambil tergelak-gelak.
"Kenapa tak tepon dulu nak balik tadi, kalau tak boleh Erin ambik…" tambahku lagi. Di dalam bilik ini hanya aku yang berkenderaan. Yati, Syikin dan Kak Linz hanya berjalan kaki ke kuliah. Adakalanya aku menghantar dan mengambil mereka jika sehaluan. Kerap kali juga aku menghantar dan mengambil jika ada kuliah di waktu malam.
"Takpa la, kelas kat fakulti hari ni.. dekat sikit…" balas Yati yang mengambil program Bacelor Sains Pembangunan Manusia. Dia adalah pelajar Fakulti Ekologi.
Aku mengangguk-angguk
"Erin dah makan belum?" tanya Yati sambil membelek-belek wajahnya di cermin yang digantung di sebalik pintu lemari.
"Dah, tadi sebelum balik bilik singgah beli kat Jas Kafe…"
"Saya makan ya…" kata Yati lalu duduk bersimpuh di lantai. Dia mengalas dengan surat khabar.
Aku angguk lagi. "Sila, sila.. Go ahead"
Sebentar kemudian Ita datang untuk makan bersama-sama. Aku berjalan ke tandas. Sekarang sudah pukul 2.00 petang. Zohor sudah masuk waktu dari tadi lagi. Niat di hati mahu mengambil wuduk. Kebetulan Zazila dan Mira ada sama. Kami bercakap-cakap sebentar sementara menunggu giliran mengambil wuduk. Ramai pulak orang hari ni….
Tiba di bilik Yati dan Ita sudah siap makan. Mereka keluar menuju ke tandas. Aku mencapai telekung yang di simpan di dalam almari yang aku kongsi bersama Syikin. Sebenarnya terdapat dua biji almari besar di setiap bilik di kolej ini. Aku berkongsi dengan Syikin sementara Kak Linz dengan Yati. Selepas siap bersolat, Syikin dan Kak Linz kembali hampir serentak. Syikin sampai dulu 2 minit lebih awal. Aku melipat telekung dan sejadah.
"Haa.. Rin, nak tau… saya ada berita gempar ni tau…" Ujar Syikin memberi intro.
"Apa dia?" Aku menuju ke almari dan menyimpan telekung. Syikin duduk di kerusi meja tulisnya.
"Assalamualaikum…" Kak Linz muncul di pintu bilik dan membuka sandalnya.
"Waalaikum salam.." kami menjawab serentak. Kak Linz melangkah masuk.
"Ha Linz, saya ada cerita gempak tau…" ulang Syikin lagi. Nadanya dilambat-lambatkan untuk memberi kesan keterujaan kepada kawan2 sebiliknya.
"Apa dia?"
Syikin senyap seketika membuatkan kami tertunggu-tunggu.
"Apa diaaa?" Soal Kak Linz tidak sabar. Syikin senyum. Taktiknya untuk melengah-lengahkan hal itu telah berjaya.
"Berita ni mesti gempak gila aa, especially to Erin la…" tambahnya lagi meng'saspen'kan lagi keadaan.
"Ya la, apa dia… Cepat la cakap" aku pula bersuara, sudah kurang kesabaran
"Nak tau…" dia berjeda sebentar.
"Tengok nie…" dia menghulur sebuah akhbar. Tribun Putra, akhbar rasmi milik UPM yang menceritakan kegiatan semasa UPM.
"Ya lah Tribun Putra ni, kenapa?" Soal Kak Linz pula hairan.
"Memeyy la Tribun Putra, tapi bukak la dulu… muka surat 11…" tambah Syikin lagi secara spesifik.
Kami pantas membelek ke muka sebelas, tidak sabar.
"Eh, betul ke ni?" Soal Kak Linz terperanjat setelah membaca satu berita di ruang 9 dalam ruangan UPM sana-sini itu. Dia memandang ke arahku.
Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Entah, " sepatah jawapanku.
Aku sebenarnya turut terkejut, namun kejutanku itu tidaklah sebesar kejutan mereka berdua. Sekali lagi aku membaca laporan yang dikeluarkan oleh Tribun Putra itu.
20 Ogos 2000, Seorang pelajar UPM telah didapati bersalah kerana di dapati cuba mencabul maruah seorang pelajar wanita di Taman Penyelidikan Universiti, di Bukit Ekspo baru-baru ini. Kedua pelajar berkenaan diberkas oleh pengawal keselamatan yang sedang bertugas dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.30 minit malam di satu kawasan yang gelap di kelilingi belukar. Pelajar berkenaan yang di kenali sebagai Tengku Farid Tengku Azman, 21 sementara pelajar perempuan yang enggan memberitahu namanya telah dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama 3 semester..
Charina beristighfar beberapa kali. Tiba-tiba teringat ceritanya tiga minggu yang lalu. Diam-diam dia bersyukur kerana terselamat dari gangguan Farid. Sehingga kini tiada siapa yang mengetahuinya selain mereka berlima. Nampaknya Faizul benar-benar menepati janjinya untuk tidak memberitahu Kak Linz pasal hal itu.
"Haa, nasib baik Erin tak jadi mangsa dia…" Suara Kak Linz memecah keheningan.
"Ha ah, nasib baik… Dah lama dia tak datang sini kan?" Soal Syikin pula.
Aku mengangguk. Tapi saya hampir-hampir menjadi mangsanya, Kak Linz, Syikin, ujarku dalam diam.
Yati muncul di muka pintu. Dia juga turut diberitahu berita itu dan mengucap beberapa kali.
"Padan dengan muka dia, kena gantung 3 sem… " penuh perasaan Yati mengomen.
"Tu lah, jahat sangat…" Syikin pula menyambung.
"Dahlah dah nak habis sem ni…," sambung Yati lagi.
"Haah, dah nak habis sem pulak tu…. Rugi je… Tak dapat lah ambik final…" celah Kak Linz pula.
Aku angguk.
"Tak sangka… budak-budak pandai camni pun berani buat perkara tak senonoh macam ni…. Harap akal saja pandai… tapi tak pakai…." Yati bersuara.
"Nak buat camna, depa pun ada nafsu…. Cuma tak pandai manage. Selagi bernama manusia, kita tak serik dari melakukan kesilapan, Yati… cuma bagaimana cara kita menanganinya sahaja yang berbeza…" Sahut Kak Linz pula.
"Yalah, semua orang ada nafsu… tapi pandai-pandai la cover… Ni buat malukan nama universiti saja…. Nasib baik Tribun Putra ni tak dijual meluas di kawasan lain." Syikin pula menambah.
"Kalau dah gatal sangat, kahwin je la… Abis cerita…." Sambung Syikin lagi.
"Betul tak Erin?" Soal Syikin lagi.
Aku angguk.
"Eh, awak ni asyik dok angguk dari tadi lagi, tapi tak bersuara pun…" Yati terperasan dengan perangaiku.
Aku tersentak.
"Dah awak semua dah cakap semuanya, saya nak cakap apa lagi…" balasku.
"Apa yang saya nak cakapkan tu sama lah seperti yang awak semua cakap tadi…." Tambahku lagi.
"Ke… awak dah pernah ringan-ringan dengan budak Farid tu…" Syikin serkap jarang.
Sekali lagi aku tersentak.
"Hish, budak nih… Nau'zubillah…. Mana adaaa!!" Aku menafikan dan beristighfar. Meskipun aku pernah hampir dinodainya, namun untuk mengaku jauh sekali. Apatah lagi itu semua bukan atas kerelaanku. Biarlah ia menjadi kenangan yang amat pahit dalam lipatan sejarah hidupku.
"Haa, kalau tak pernah baguslah…" Ujar Kak Linz pula.
Semua angguk.
"Eh, saya tak sembahyang Zohor lagi la…" Suara Syikin.
"Saya pun…" Sambut Kak Linz setelah terleka dengan berita gempar dari Syikin tadi. Mereka bergegas ke tandas. Aku kembali bersiap untuk ke kuliah Organizational Behaviour pukul 4.00 petang nanti. Setelah siap aku mencapai beg kuliah dan kunci kereta. Aku singgah mengambil Anita di Blok Pelanduk yang berada di sebelah blokku sebelum memandu pantas ke Dewan Kuliah 2 yang berhadapan dengan Restoran UPM. Setelah mendapat parking kereta, kami berjalan pantas menuju ke kelas.
Comments