Novel : Kemelut Kasih - Part 17



~SeveNTeeN~


Bab 17


Malam itu, Faizul datang secara tiba-tiba. Berseorangan. Dia memang sering ke mari. Kadang-kala dia datang bersama teman rumah bujangnya, Rahmat dan kadang kalanya Shamsul. Hubungan antaranya dengan kami satu bilik sudah mesra. Kerapkali kami keluar bersama-sama satu bilik, kadangkalanya pula hanya aku, Kak Linz dan Faizul. Biasanya kami hanya keluar makan di kawasan berdekatan. Paling tidak pun kami berborak-borak di bawah.



Aku melangkah menuruni tangga, juga berseorangan. Kak Linz ke rumah abangnya yang berada di Desa Serdang. Yati pula masih sibuk dengan aktiviti ROTUnya, sedangkan Syikin pula dari awal lagi dah lesap. Berdating dengan Abang Hakimi agaknya.



Ini merupakan kali pertama Faizul ke mari selepas peristiwa yang menimpaku hari itu. Aku merasakan kedatangannya sekali ini pun pastinya sedikit sebanyak berkaitan dengan hal ku itu.

Perasaan segan menguasai diriku di kala ini apabila mengingatkan peristiwa yang memalukan itu. Mujurlah sehingga kini tiada siapa lagi yang mengetahui akan hal itu. Aku amat-amat berharap agar Faizul dan rakannya Azmi menyimpan rahsia ini. Padaku, Farid dan Budin mungkin tidak akan menghebohkannya kerana ia juga akan menjatuhkan maruah mereka, apatah lagi dengan Farid yang baru sahaja dijatuhkan hukuman digantung tiga semester. Pastinya Budin juga tidak akan menempah maut untuk digantung semester sekiranya menghebahkan hal di Port Dickson hari itu.





Dari jauh aku perhatikan Faizul sedang enak bersandar menantiku di sebuah kerusi batu yang berada di Persada Kosass. Dia duduk membelakangiku. Agak ramai juga pelajar yang sedang santai berborak. Tidak kurang juga ada yang tidak segan silu berdating di tengah-tengah orang ramai ini. Masing-masing riuh bercerita dengan hal tersendiri. Sesekali kedengaran gelak keras dari kumpulan mereka jika ada cerita yang mencuit hati.



“Haipp….!!” Aku menepuk bahu kerusi yang Faizul duduki. Tujuanku untuk mengejutkannya berjaya apabila melihat raut wajahnya yang terperanjat sambil tangannya mengurut-urut perlahan dadanya. Aku ketawa mengekek perlahan. Beberapa pelajar berdekatan yang perasankan gelagatku tadi turut tersenyum kecil.

“Sorry, sengajaa….,” aku menyambung gelakku. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Aku memilih untuk duduk di kerusi yang bertentangan dengannya.

“Nasib baik saya takde penyakit lemah jantung tau ..… kalau tak dah lama Erin kena tangkap atas dakwaan membunuh…. !” balasnya penuh perasaan, namun dalam nada bergurau.

“Kalau begitu, nah…! garilah saya, tangkaplah saya dan bawalah saya ke muka pengadilan…. Saya tak rela bebas di sini sedangkan hati saya tidak tenang dengan perbuatan saya itu…. sob! sob! …,” aku turut membalas gurauannya dan pura-pura menangis. Kedua-dua tanganku aku suakan ke arahnya.

Dia berpura-pura mencari gari di kedua poket seluar jeansnya.

“Alamak, gari tertinggal kat rumahlah…,” balasnya lagi. Aku tergelak dan akhirnya dia turut sama tergelak.

“Hiiii… mentang-mentanglah dia tu pelakon, ngan kita pun dia nak berlakon. Jangan awak berlakon ngan Abang awak besok, udah…” ucapnya lagi tidak mahu mengalah.

“Eh, dengan Abang sayang saya takkan saya nak berlakon… Kita ni baik tau…. Jujur, Setia.. Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah…,” aku tidak mahu mengalah.

“…and excuse me… kita ni bukannya pelakon…. Kita berlakon hari tu pun hanya suka-suka saja tau…. ,” tambahku lagi. Dia tersenyum menambahkan kekacakan di wajahnya.

“Kak Linz dan yang lain-lain tu takde kat bilik. Kak Linz balik umah Abang dia. Yati ada ROTU dan Syikin lak ada hal….,” aku menerangkan biarpun dia tak bertanya.

Dia angguk.

“Tu lah… sapa yang suruh awak datang mengejut camni….”

“Takpe… saya datang ni bukannya nak jumpa depa tu… kita nak jumpa awak…,” dia membalas tenang.

I come here to see you… and only you that cause me to come here…..” sambungnya lagi dalam nada perlahan, seolah bercakap dengan diri dia sendiri. Berderau seketika darah aku. Mujurlah di waktu itu, Faizul memandang tegak ke depan.

“everytimes…” dia menambah. Raut mukanya serius.


Terasa dadaku bergetar mendengar kata-katanya yang dilafazkan dalam nada perlahan itu. Namun aku tergelak kecil. Pastinya dia bergurau.

“Buat lawak pulak…”

“Saya serius ni…” raut mukanya selamba. “Jom keluar sekejap.” Ajaknya.

“Nak gi mana?”

“Mmm… kita gi makan sate Kajang, nak…?”

“Kita berdua jer ker…” Soalku lagi.

Angguk.

“Ee… tak nak lah… segan …” Sebelum ini kami belum pernah keluar berduaan. Biasanya kami satu bilik, atau paling tidak pun , kami bertiga bersama Kak Linz.

“Ala jom la, takkan awak tak biasa ngan saya… Jangan bimbanglah, saya ni bukannya jahat…. Saya tak akan buat benda tak senonohnya kat awak…,” Balasnya pantas. Namun kemudian kata-katanya tersekat. Mungkin teringatkan peristiwa di PD tempohari. Aku turut terdiam dan muka ku disimbah rona merah. Terasa malu yang teramat kembali di saat itu. Telingaku turut merah seketika. Namun aku cuba mengatasinya.

“Sorry, I don’t mean to remind you on that day...” dia cuba menjelaskan setelah menyedari riak wajahku yang berubah sebentar tadi.

“It’s okay…,” aku pantas memotong.

“It’s okay, saya faham.. sekali lagi aku mengulanginya perlahan seolah-olah memberi semangat terhadap diriku sendiri.

“So…. Shall we….?” aku cuba menghilangkan rasa bersalahnya, sekaligus cuba mewarnai kembali corak perbualan kami. Aku bingkas dari kerusi batu yang berbentuk batang pokok yang di potong itu. Dia turut bingkas.

“Jom…. Kita serang Kedai Haji Samuri….,” Ujarnya berlucu sambil berjalan menghala ke arah Honda Civicnya yang berwarna putih itu.

“Jommm….,” aku menyambut sambil tergelak kecil, cuba menutup perasaan malu yang masih bersarang di hati.

Lebih kurang 30 minit kemudian, kami tiba di Medan Selera Sate Kajang itu. Setelah alarm tutup ditekan, kami berjalan mencari tempat yang strategik. Beberapa minggu yang lalu aku juga pernah ke mari bersama Shahrul. Kini aku kembali lagi ke sini. Namun dengan jejaka yang berlainan.

Teringat kembali semua kenangan bersama encik tunanganku pada malam itu. Malam itu merupakan malam pertama dia mengajakku keluar sepanjang kami bergelar tunangan dan berada di Kampus Hijau ini. Malam itu juga yang mula mewarnai corak hubungan kami, dan malam itu juga dia membahasakan dirinya ‘Abang’ sehingga kini. Ironinya, malam itu merupakan salah satu kenangan manis di antara aku dan dia, setelah hubungan dingin selama ini.

“Kat sini lah kita yer….,” Suara Faizul mematikan lamunanku. Aku menoleh ke arahnya sebentar yang tiba-tiba berhenti di meja bersebelahan yang pernah aku dan Shahrul duduki dulu.


Aku mengangguk dan kakiku pantas mengekori langkahnya. Suasana sekitar masih belum berubah. Tetap sama seperti dulu, cuma di pentas persembahan sana terdapat satu pertandingan karaoke anjuran Unit Kebudayaan Majlis Daerah Hulu Langat. Selepas seorang pelayan berlalu bersama pesanannya, aku leka memerhati gaya seorang gadis dan jejaka yang sedang melantunkan lagu One Sweet Day dendangan Mariah Carey dan Boys Two Men itu. Boleh tahan suara mereka.

Faizul berdehem mematikan perhatianku terhadap aksi pasangan duet itu. Aku berpaling ke arahnya.

“Asyik nampak…,” suara Faizul.

Aku senyum. 

“Best jugak suara diorang tu, kan…” aku memberi komentar.

Dia mengangguk. 

"Tapi suara you lagi best.." sambil senyum dia membalas komentarku tadi.

Aku turut sama senyum, kemudian menyengih.
“Memuji pulaakkk….,” tambahku membalas dengan nada bergurau.

“Kalau orang cakap camtu, cakaplah terima kasih ni …,” dia membalas.

“Okaylah… okaylah…. Terima kasih, awak….” cepat aku membalas cakapnya. Tidak berapa lama kemudian, pesanan kami sampai, dan kami makan dengan penuh selera. Sehingga kami habis makan, Faizul belum menyuarakan hasratnya datang berjumpaku. Biarlah…. Mungkin dia menunggu masa yang sesuai. Apa yang nak dibicarakan belum dapat aku teka. Apa pun, hatiku tetap berdebar menanti luahan katanya.


           Mataku masih segar biarpun jam sudah menunjuk ke angka 3.30 pagi. Puas sudah aku menukar arah badanku, namun kantuk belum menjelma. Sesekali terdengar dengkuran Syikin di katil bawah. Sementara Yati di atas katil di sebelah sana pula sudah berapa kali berpaling arah, namun tetap lena. Kak Linz pula tidur di rumah Abangnya di Desa Serdang malam ini.

Cemburu aku melihat Syikin dan Yati yang ‘Lena di Ulit Intan’ sedari tadi. Aku seorang yang masih terkebil-kebil melayan perasaan. Suasana blok sunyi sepi. Cuma sesekali terdengar derapan selipar menuju ke arah tandas. Mungkin masih ada yang belum tidur mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir yang makin mendekat.

Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata romantis dari Faizul tadi. Dia ingin menjadikan aku sebagai teman wanitanya! Sekaligus, dia ingin melamarku sebagai bakal isterinya dan ingin membawa aku bertemu kedua ibu bapanya. Masih terasa hangat tangannya yang menggenggam erat tanganku. Ish, habis, macam mana ni…. Masalah, masalah… Macam mana nie…?? Aku dah bertunang…. 

Sejujurnya, aku senang dengan sikap mengambil beratnya terhadap kami satu bilik. Dia juga sering memanjakan aku dan pandai mengambil hati. Selain dari perwatakan menarik, dia juga kelakar, namun berhemah. Kadang-kala aku perasan akan sikapnya yang seolah-olah sukakan aku, tetapi pandai mengawal perasaannya. Apapun, aku amat meminati ciri-ciri dalam dirinya yang bertanggungjawab, juga sabar dan mempunyai harga diri yang tinggi. Juga tidak gelojoh dalam menyatakan perasaan.

Aku kira, aku juga meminatinya di dalam diam. Tambahan pula dia hadir di saat hubungan aku dan Shahrul yang masih terumbang-ambing. Lagipun, Shahrul menyintai Suraya. Apa salahnya aku menyintai orang lain. Itu hak aku. Lagipun, layanan Shahrul yang dingin seolah menguatkan lagi perasaanku terhadap Faizul. Namun, aku tidak mahu perasan sendiri. Aku tidak mahu melayan perasaan. Aku cuba hindarkan perasaanku terhadapnya. Aku tidak mahu mengingkari keinginan orang tua kami yang mahu menyatukan kami. Entahlah…. Kini, di saat kasih antara aku dan Shahrul mulai berbunga, dia pula datang mencurah kasih dan merayu cinta. 

Aduh! Pening makcik pening….

Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27