Sunday, January 5, 2014

Novel :Kemelut Kasih - Part 19



NineTeen 




Bab 19

     Charina melangkah lemah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kotak fikirannya masih berlegar-legar memikirkan peristiwa yang berlaku di Desa Pandan tadi. Kunci kereta yang berada di genggamannya dilambung-lambung beberapa kali. Sesekali dia mengeluh perlahan. Kesal dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Namun dia tidak menyalahkan Suraya. Dia tahu Suraya tidak bersalah. Kalau dia berada di tempat Suraya sekali pun dia pasti sakit hati melihat teman lelaki sendiri berduaan bersama seorang gadis lain!
         Biarlah aku mengalah! Putus hatinya tiba-tiba. Aku tidak tergamak merampas kebahagiaan orang lain. Aku tidak sanggup dipanggil perampas!! Perampas kasih sayang orang lain.
Tapi… kenapa sekarang baru nak mengalah?? Kenapa tidak dari dulu lagi?? Hati kecilnya tiba-tiba bertanya. Teruskan sahajalah perhubungan ini. Best Women Win! Yang terbaik akan menang! Hatinya berbalah sesama sendiri.
            Ah, tarik diri ajelah… bukankah masih ada ramai lagi yang menyukai engkau. Tuuu… Si Faizul tu… apa kurangnya dengan Faizul tu… baik… handsome…. kerjaya pun okay. Apa lagi yang kau nak?? Ambik sahajalah si Faizul tu…
          Iyaa… aku tau dia menyukaiku juga. Aku pun akui, aku pernah meminatinya dulu… malah… sekarang ni pun aku masih punyai perasaan itu terhadap dia… tapi… tapi itu masih belum dapat menandingi perasaanku terhadap Shahrul. Aku pun tak tahu, apa yang sudah terjadi kepadaku…. Dahulu, untuk memandang wajahnya sahaja pun aku tidak sudi, Namun… sekarang….. terasa rinduuu yang teramat sangat….
          Hei… tadi kau kata nak mengalah sahaja… sekarang….
          Yalah… yalah… aku kata jer… tapi keputusan muktamad tu… entah… aku tak tahu lagi…. Tapi… rasanya, aku mengalah sahajalah… lagipun, Faizulkan ada…..
           Hey… gatal jugak kau nie… Boleh tahaannn…..
           Eh, biasalah….Aku berhak memilih yang terbaik untuk diriku apa…..
          Suka hati engkaulah, labuu….



         “Hoi… khayal…!” Satu tepukan keras dibahu mengejutkan Charina ke alam nyata. Zazila tersengih lucu. Charina memandang keliling. Laa… dia baru sahaja berada di tingkat satu. Sebetulnya, betul-betul di hadapan bilik tv. Zazila yang baru di muka pintu untuk keluar terperasankannya lalu menepuk bahu Charina.
      “Eh, Rin.. kenapa dengan kau ni Rin… mata merah semacam jer…,” suara Zazila melihatkan muka Charina yang muram itu.





Charina tersenyum hambar, sekadar mengambil hati gadis berkulit hitam manis itu. Dia meneruskan langkah menaiki tangga tanpa menjawab pertanyaan. Zazila yang kehairanan kerana pertanyaan yang tidak dijawab itu akhirnya mengangkat bahu sendiri dan berlalu ke biliknya.

Sebaik melangkah memasuki pintu bilik, terlihat beberapa biji kotak yang agak besar dan sederhana besar. Beg-beg pakaian pula terselit di antara kotak-kotak yang kebanyakannya berisi buku-buku itu. Dia berjalan melalui kotak-kotak itu dan menuju ke meja tulisnya lalu meletakkan tas tangannya di atas mejanya yang sudah pun kosong itu. Sebetulnya, dia juga telah mengemas barang-barangnya. Cuma tinggal pakaian sahaja lagi yang perlu dikemaskan. Hujung minggu ini bilik-bilik ini semua perlu dikosongkan kerana cuti semester telah pun bermula.
       Suara merdu Siti Nurhaliza yang melantunkan Bicara Manis Menghiris Kalbu itu menguasai bilik yang sunyi. Entah ke mana pula perginya rakan sebiliknya yang tiga orang itu. Pintu bilik terbuka, radio pula tidak ditutup.
         Nampaknya, mereka akan berpisah juga akhirnya. Syikin dan Kak Linz akan menamatkan pelajaran mereka. Dua hari lepas Kak Linz telah selamat menduduki kertas terakhirnya sebagai pelajar di UPM ini, dan semalam, Syikin pula menamatkan kertas terakhirnya. Aku dan Yati masih ada beberapa semester di hadapan, dan pastinya kami juga akan berubah bilik dan mungkin juga blok memandangkan ura-ura kebelakangan ini semakin jelas menyatakan kami akan berpecah kepada 2 blok perempuan dan 3 blok lelaki berbanding sebaliknya pada masa sekarang. Sayang rasanya untuk berpisah memandangkan talian persahabatan yang erat antara kami sebelum ini.
        “Menyesal aku baik dengan korang, tau… Nanti sedihlah kita nak berpisah…,” Suara Yati seminggu yang lalu sewaktu kami bercerita aktiviti kami pada masa akan datang. Matanya agak merah pada waktu itu. Begitu juga dengan Kak Linz, Syikin dan aku. Air mata sudah bergenang di ruang mata. Namun kami masih dapat mengawalnya. Control macho, beb…. Pastinya, pada waktu itu Kak Linz dan Syikin sudah pun bekerja sementara aku dan Yati masih lagi bertungkus lumus menamatkan pelajaran kami.
          “Entah… kita pun menyesal tau….,” suaraku pula.
        “Eleh… dia yang nak berbaik sangat ngan kita, kan Syikin… kita tak nak pun tapi depa ni yang terhegeh-hegeh, kan Syikin…,” balas Kak Linz pula, masih sempat bergurau.
       “Oo.. iya ker…?? Bukan dia ker yang nak berbaik ngan kita dulu?”Suara Yati pula mengejek membalas usikan Kak Linz tadi. Matanya memandangku. Aku angguk.
      “Korang ni jahatlah… dah lah…., kang saya nangis kat sini kang… sapa nak pujuk…,” suara Syikin pula .
          “Abang Hakimi la…,” balasku dan Yati serentak.
Pecah ketawa pada malam itu, seiring dengan air mata masing-masing yang turut berderai. Aku senyum mengingatkan kenangan pada malam itu.
       Hmmh… semuanya hanya akan tinggal kenangan… Moga-moga ikatan persahabatan kami ini akan kekal selamanya…
      Charina melabuhkan tubuhnya ke katil Syikin sambil leka mendengar lagu terbaru penyanyi pujaan ramai itu. Namun akhirnya dia terlelap dibuai irama dan perasaan.

      “Macam manalah agaknya Si Arie dengan Erin dekat sana tu, ya…,” suara Puan Maria suatu hari sewaktu dia ke rumah bakal besannya pada suatu hari di bulan November.
        “Lambat benar rasanya majlis tu nak berlangsung. Tak sabar rasanya nak tengok mereka berdua bersanding nanti.” Sambungnya lagi sambil cuba membayangkan suasana pada hari jadi nanti. Riak mukanya ceria menggambarkan suasana yang penuh meriah nanti. Mulutnya becok menceritakan perancangan yang bakal diadakan nanti.
        “Kita tunggu ajelah, Cik Maria… Saya pun dah tak sabar rasanya. Maklum ler, menantu pertama…” jawab Puan Fatimah pula sambil tersenyum. Kepala Puan Maria dianggukkan.
           “Sama lah kita Cik Timah..”
Kedua-duanya tertawa kecil sambil masing-masing membayangkan suasana di hari perkahwinan anak-anak mereka yang penuh dengan kemeriahan.

3 comments:

Anonymous said...

Xde sambungan ke..sayangnya, cerita n gaya penulisan bagus sgt...

HaNi.Dew said...

Assalam dear...

thanks so much for the comment...
really appreciate it.

tu la... dah lama sangat stop... pernah cuba2 nak sambung, belum berkesempatan...

i hope one day this so long-lost-novel boleh disiapkan jugak nnt.. huhu...

HaNi.Dew said...



Alhamdulillah, baru ketemu balik file yang telah lama hilang.. so boleh lah ditepek balik setakat mana yang ada.. :)