Novel : Kemelut Kasih - Part 22
Bab
22
"Encik Shahrul, ini fail
yang Encik minta tadi…..”
|
Shahrul yang sedang asyik meneliti data dalam
fail biru yang baru diterimanya semalam mengangkat wajahnya sebentar memandang
wajah Izati, kerani akaun yang manis itu. Dia mengangguk.
“Terima kasih… Letakkan di situ.
Saya akan lihat sekejap lagi.” Ringkas dia bersuara. Setelah itu, Izati
berlalu. Selepas menghirup sedikit air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh tea
lady sebentar tadi, Shahrul kembali membelek helaian yang seterusnya.
Padanya, cadangan dari Syarikat Pembinaan Megah Padu Bhd itu amat menarik, namun ada sesuatu yang
tidak kena di sini.
Cadangan projek pembinaan perumahan,
sekaligus penubuhan Bandar baru di kawasan Kampung Perantau itu memang baik.
Dengan konsep yang ala country, tenang dan mewah. Bayangkan, seratus lapan puluh tiga
blok perumahan yang dicadangkan merangkumi kawasan perumahan mewah sehinggalah
perumahan kos rendah di susun atur
begitu elok, namun ia akan menyebabkan beribu lagi penduduk setinggan yang akan
kehilangan tempat tinggal. Tambahan lagi kawasan itu adalah kawasan tadahan
hujan. Kalo ia diceroboh dan diteroka, mungkin akan berlaku lebih banyak lagi runtuhan
tanah yang akan mengakibatkan lebih ramai nyawa yang terkorban sekiranya ia
tidak diselenggara secara baik!
Untuk
membina kawasan perumahan golongan elit dan pertengahan yang selesa dan
menarik, mereka terpaksa mengabaikan kebajikan golongan berpendapatan rendah.
Ini tidak adil bagi golongan bawahan itu! Itu pendapat Shahrul. Dia
berfikir-fikir sejenak untuk mengemukakan fakta dan logiknya sebagai bukti dan
ujahan yang kukuh agar dapat mempengaruhi pihak pengurusan atasan yang akan
bermesyuarat esok, agar dapat memikirkan kembali untuk meneruskan kerjasama
antara kedua syarikat gergasi itu. Dia berhasrat agar pembinaan perumahan itu
ditimbal balik. Paling tidak pun dirombak kembali agar semua pihak dapat merasa
nikmatnya. Namun dia pasrah, siapalah dia
untuk mempengaruhi top management mereka. Namun, dia cuba berusaha.
Belum cuba ,
belum tahu!
Sekali
lagi dia meneguk kopi hitam yang sudah separuh itu. Sambil tangannya terus
membelek helaian butiran yang terperinci tentang Projek Perumahan Kampung
Perantau itu yang dinamakan “Kayangan Height” sambil meneliti anggaran
belanjawan bagi projek bernilai RM 250.5b. Wow! Tinggi tttuu… Namun semuanya
tidak mustahil memandangkan perancangan yang cukup lengkap dan rapi.
Sebuah
bandar baru yang dijangka berciri semi-moden tetapi masih mengekalkan ciri
tradisional. Hebat! Semuanya lengkap dengan kemudahan pasaraya yang canggih
selain bank dan kompleks sukan serta renang yang lengkap. Tidak ketinggalan padang golf elit.
Beberapa buah hotel dan chalet turut disenarai dalam pembinaan. Namun adakah
berbaloi sekiranya beribu lagi penduduk setinggan di Kampung Perantau yang
sudah berkampung di situ sejak zaman berzaman lagi kehilangan tempat
tinggalnya…? Dan Malaysia akan kehilangan salah satu kawasan tadahan hujan yang
terbesar..??
Tugasnya
selaku Eksekutif Akaun di Milia Corporation yang mengendalikan urusan kewangan pelbagai
projek kontraktor itu agak mencabar memandangkan projek pembinaan mega yang
merangkumi kos yang sangat tinggi. Lagi pula, tugasnya selaku Pegawai Akaun Projek
amat berisiko memandangkan penyata aliran wang yang keluar masuk amatlah kerap.
Penyalahgunaan kuasa dan rasuah kewangan mungkin menjadi satu perangkap dirinya
suatu hari kelak. Jadi dia perlu berhati-hati!
Hampir
seminggu yang lalu, sewaktu dia memeriksa aliran wang tunai dan penyata
kewangan bagi Projek Pembinaan Seri Cahaya, satu lagi projek raksasa Milia
Corporation yang telah tiga tahun dalam pembinaan amatlah berbeza berbanding
resit-resit dan claim yang dikepilkan bersama. Mungkin terdapat sesuatu
propaganda atau masalah dalaman di sini. Itulah mungkin penyebab kenapa
beberapa Akauntan dan Eksekutif Akaun yang sebelum ini tidak dapat bertahan
lama. Oleh itu, dia perlu berhati-hati. Lagi pula dia masih baru dalam dunia
pekerjaan. Baru 2 tahun. Masih belum masak benar dengan selok belok asam garam
dunia pekerjaan. Namun, dia perlu berwaspada!
Izati,
kerani akaun yang manis tadi muncul kembali membawakan beberapa dokumen yang
perlu dikepilkan bersama dokumen Projek Kampung Perantau atau juga Kayangan
Height tadi. Setelah itu dia terus pergi,
namun tidak lama kemudian suaranya bergema dihujung interkom.
“Encik
Shahrul, Mr. Ng panggil encik ke biliknya….,” suara Izati.
Shahrul
yang sedang asyik meneliti dokumen tadi tersentak dan kemudiannya mengangguk
kepalanya perlahan. “Ok, terima kasih Zati.. Beritahu Mr.Ng sebentar lagi saya
k e sana ….”
“Baik,
encik”
Beep.
"Sayang, abang dah
balik…,” sayup dengar suara Shahrul dari ruang tamu, namun masih jelas di
pendengaran Charina. Sebentar kemudian terdengar tapak kaki mampir ke dapur.
Dia sedang asyik menggoreng keledek dan keropok untuk minum petang. Kemudian
satu lingkaran tangan melilit di pinggangnya dan sebuah ciuman dihadiahkan di
dahinya dari belakang. Dia menjerit kecil. Sebetulnya, dia bercuti hari ini.
Dia berpaling dan tersenyum memandang Shahrul.
“Awalnya abang balik hari ni..??”
Soal Charina manja sambil menghadiahkan senyuman manis. Sambil itu dia
membalik-balikkan keledek yang sedang digoreng.
“Hm.. malam nanti keluar lagi, ada perbincangan
ngan client sikit. Sebelum balik tadi Mr.Ng panggil abang ke biliknya.
Serahkan sikit report yang dia ada. Lepas tu, abang ingat nak jumpa Man Itik la
kejap. Dah lama tak jumpa dan lepak ngan kawan-kawan.” Shahrul bersuara
sekaligus memberitahu planningnya malam nanti.
“Hmm, ok… so malam ni makan kat luarlah
ni yea..,” Charina yang sudah mulai faham dengan rutin hidupnya semenjak
berumah tangga hampir 5 bulan yang lalu.
“Tak
la.. malam ni abang ‘makan’ ngan Sayang la…,” ujar Shahrul sambil ketawa kecil.
Charina yang terasa lain dengan ayat suaminya itu berpaling sekilas memandang
suaminya yang sudah pun melangkah ke peti ais sambil melonggarkan tali
lehernya.
“Gatal..!”
sepatah dia bersuara memahami maksud tersirat
Shahrul tadi. Namun dia juga tergelak kecil. Penuh gurauan.
Tawa
Shahrul masih bersisa.
“Lapar
la, Yang…” ujar Shahrul pendek sambil merengek manja. Dia duduk di meja di sisi
dapur sambil menuangkan air.
Charina
berkira-kira sebentar sebelum membalas kata suaminya. Sama ada benar lapar yang
dimaksudkan atau makna yang keduanya.
“La.. kan Ayang tengah siapkan
minum petang ni….,” suara Charina sambil memadamkan suis dapur dan mengangkat
hasil gorengan ke meja untuk dihidang. Sekali lagi dia berjalan ke kabinet dan
mengambil gelas untuk diisi air limau sunquick yang sudah siap dibancuh tadi.
Sedang
Charina asyik mengatur hidangan, Shahrul menarik Charina ke atas ribanya, dan
memeluknya erat. Romantis. Charina
menjerit perlahan, manja. Namun segera Shahrul menutupi dengan kucupan di bibirnya
yang merkah.
“Abang
lapar la Yang….,” kali ini maksud sebenar Shahrul sudah di fahaminya. Ada renungan dan godaan
manja di sudut matanya.
“Makan
la, kan orang dah hidang ni….,” Charina masih
ingin main-main. Matanya diarahkan pada hidangan di meja. Sambil membalas
senyuman nakal.
“Ayang
ni…..,” Shahrul memberi renungan nakal.
“La..kan makanan dan minum
Sayang dah hidang ni….,” Charina masih bersuara walau memahami hasrat hati
suaminya.
“Abang
nak ‘makan’ ngan Sayang dulu.. Pastu kita kita makan yang ni plak… Ok yang..,”
goda Shahrul lagi. Matanya dalamnya merenung tajam. Charina ketawa polos.
“Abang
ni….,” Charina mencubit lengan Shahrul manja. Mukanya tersorok di dada
Shahrul.. Walau sudah hampir setengah tahun, namun masih mempunyai perasaan
malu. Tidak sabar, Shahrul terus mencempung tubuh Charina dan menghala ke bilik tidur, diiringi gelakan
manja dari keduanya.
Setelah meletakkan tas
tangan dan beg bimbitnya, Charina melangkah memasuki pantry sambil
membawa bungkusan sarapan paginya. Dari jauh sudah kedengaran suara riuh rendah
pekerja Perbadanan Kayangan Berhad di tingkat 18 ini bergurau senda sesama sendiri.
“Morning
semua…,” sapanya riang. Kelihatan Alias, Malik, Rahman dan Wan Hisham di satu
meja di sudut agak terasing dari yang lain sedang menyedut rokok, tentunya
sudah menghabiskan sarapan pagi masing-masing. Kelihatan beberapa gumpalan bungkusan
makanan yang sudah selesai bertumpu di tengah-tengah meja.
“Hai, Erin … lawanya dia pagi ni….,” sapa Malik. “Mantap…,”
sambungnya lagi. Sambil disahut gelak oleh tiga lagi rakannya.
“Tima
kasih….,” sengaja Charina membalas gurauan mereka.
“Erin , jangan layan bapak-bapak budak ni.. tak sedar umur
dah lanjut masih nak ngurat anak dara orang lagi…,” suara Kak Marliah yang
bangun menuju ke sinki. “Akak, air teh satu yer…,” pinta Kak Marliah pada Kak
Sunarti, tea lady yang berasal dari Jawa Tengah itu.
“Anak
dara mananya Kak Lia.. udah kahwin.. melepas saya…,” sahut Sabri pula dari meja
sebelah disahut gelak sakan dari semua yang ada di situ.
Charina
membalas gurauan mereka, dan tergelak kecil. “Ambooi.. suka korang yea, pantang
ada peluang… hentam habisan,” senyum.
“Saya
air kopi ya kak..” suara Charina bila Sunarti berpaling padanya. Charina
berjalan dan duduk di kerusi yang baru sahaja dikosongkan oleh Maria Athirah, Pengurus
Kanan Pentadbiran yang baru habis makan seketika tadi. Dia membuka kelongsong
makanannya.
“Sedapnya
lauk… paru goreng dan kerang.. perghh..!” Charina berpaling pada Kak Marliah, kerani HR yang gempal itu.
Ibu beranak tiga yang menetap di Sentul itu memang agak kepoh orangnya, juga
lucu, namun baik hati.
“Ambik
la kak, sentuh sikit…,” pelawa Charina.
“Erin cuti yea semalam, kenapa… takkan honeymoon
lagi kot….” Soal Yati rakan setugasnya dari Unit Pengawalan Pemasaran dan Sokongan.
“Ha ah..
ada settle hal sikit..” Kemudian masing-masing menghabiskan sarapan
masing-masing dan kemudian melangkah ke meja kerja masing-masing.
“Nona
manis, En. Jamil mahu ketemu anda di dalam..,” tiba-tiba muncul Julia di sisi
ruang kerjanya sewaktu Charina sedang asyik menaip laporan.
“Apa
ibu..??” soal Charina meminta kepastian, mengajuk bahasa yang digunakan oleh
Pembantu Peribadi Encik Jamil Hidayat, Pengurus Besar di firma itu.
“Encik
Jamil nak jumpalah..” balas Julia dan terus berlalu ke tempatnya di hadapan.
“oOOo..
okay, sebentar…” dia menyudahkan ayat terakhir dan bangun sambil mencapai fail
berisi laporan kedudukan kewangan semasa perniagaan capital-venture antara
firmanya dan Syarikat Megah Trading Sdn Bhd, sebuah firma perkilangan mencipta
komposisi elektronik yang berpusat di Puchong, Selangor itu.
Laporan Kewangan Syarikat Megah ini
menunjukkan penurunan yang drastik dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Jika
keadaan ini berterusan, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan dari
terus menanggung beban kewangan kerana perkongsian modal yang agak besar.
“Saya
menyarankan Syarikat Megah patut melakukan penjenamaan semula dan penstrukuran
balik dalam syarikat mereka, Encik Jamil.” Charina mengemukakan pendapatnya dan
mengemukakan beberapa laporan yang telah dia perhatikan bersama seorang lagi kliknya
yang diberi tanggungjawab menjaga akaun syarikat tersebut.
Sejurus
selepas bergraduat beberapa bulan dahulu, dia menghantar permohonan meminta
kerja di firma latihan praktikalnya dahulu. Nasibnya agak baik kerana seorang
staff yang bekerja di sini dahulu terpaksa berpindah mengikut suaminya yang berpindah ke Sabah . Lantas permohonannya terus diproses
dan dipanggil memasuki firma semi-government yang terkemuka dalam bidang
capital-venture di Malaysia ini
“Penjenamaan
semula..,” Encik Jamil Hidayat mengulang kembali perkataan yang diutarakan
Charina sambil mengangkat cermin matanya dan meneliti laporan yang terbentang
di atas mejanya.
“Penjenamaan
semula..,” sekali lagi dia mengulang perkataan tersebut. “Sounds like good
idea.. Awak dan Shariman kemukakan saranan dan laporan lanjut. Nanti kita
panggil pihak Megah untuk duduk dan bermesyuarat bersama.” Ringkas Encik Jamil
bersuara memberi arahan. Ketuanya itu masih tegap dan segak meskipun akan
pencen tiga tahun lagi. Anak-anaknya pun semua sudah remaja. Malah anak
sulungnya sudah hampir sebaya Abang Long nya.
Charina
mendongak dari melihat laporannya. “Baik Encik Jamil.” Dia mengumpul semua
kertas yang berterabur di meja ketuanya. “Ada
apa-apa lagi, Encik..??” soalnya sambil bangun dari kerusi.
“Takde..”
sepatah bosnya membalas. “….oh ya, terlupa saya…15 haribulan nanti kita ada jemputan
dari Mergastua Muafakat untuk makan malam syarikatnya kan , jangan lupa hadir dan bawak la suami
kamu bersama…” sambung Encik Jamil lagi.
“Insya
Allah, Boss….” Setelah itu dia pun berlalu.
Setibanya
di ruang kerjanya, telefon bimbitnya berdering lantang melagukan kumpulan Five,
We Will Rock You. Tertera nombor rumah mentuanya dari Kota Bharu.
‘Hello,
Assalamualaikum…” suara ibu mertuanya kedengaran ceria di sebelah sana . “Yea mama.. kami
balik hujung minggu nanti, Insya Allah….” lembut dan sopan Charina berbicara
bersama mentuanya. “Okay, Erin beli barang
yang Mama pesan tu.. Insya Allah, don’t worry Mama…,” dia meyakinkan .
Kemudian mereka berbual lagi beberapa topik sebelum masing-masing meletakkan
telefon.
Comments