Novel : Kemelut Kasih - Part 23





Bab 23


                Shahrul memandu tenang sambil menikmati lagu-lagu kompilasi pujaan awal tahun 90-an dahulu. Sewaktu dirinya dan juga Charina masih  di alam persekolahan rendah. Sesekali dia menggenggam erat tangan isterinya di sebelah, dan sesekali dia menggigit jari jemarinya mesra. Charina hanya tersenyum tetapi sesekali terjerit kegelian. Terpancar cahaya penuh kebahagiaan air muka mereka.
            “Sayang mengantuk ke, kalau mengantuk tidurlah…,” suara Shahrul begitu romantis dan lembut. Renungan penuh kasih sayang ditumpahkannya kepada isteri yang berada di tepi. Tangannya mengelus-elus perlahan peha Charina. Terasa perasaan sayang yang teramat kepada isterinya yang suatu dulu tidak pernah dia jangkakan. Kini baru dia sedari, betapa indahnya perasaan bila ikatan sudah dimerterai secara sah. Dia memandang jam. Pukul 10.00 pagi. Cahaya mentari sudah pun menunjukkan sinarnya.. Mereka bertolak selepas Subuh tadi dari rumah mereka di Bandar Sunway.
“Sayang…” panggil Shahrul.
“Hmm…??” Manja Charina menyahut. “Apa bang..??” suara Charina kemudian.  Ditolehkan pandangannya mengadap sang suami di sisi.
Kacak!
Setiap kali dipandang, semakin sayang!
“Sayang sayangkan Abang tak..??” sambil melontarkan renungan romantis.
Charina tersenyum. “Sayang…,” ucapnya sepatah. “Mestilah sayang…” kemudian dia mengekek sekejap. “Napa tiba-tiba abang tanya camni..??” soal Charina kemudian.
“Nothing.. just nak pastikan perasaan Sayang terhadap Abang aje….”
Masing-masing saling menyimpul senyum.
Teringat kembali kenangan beberapa tahun dahulu. Bagaimana konflik cinta  dan kemelut kasih antara mereka. Hampir mereka memutuskan pertunangannya kerana Charina tidak sanggup meruntuhkan kisah kasih antara Shahrul dan Suraya, wanita yang hadir terdahulu di hati Shahrul sebelum dirinya.
Fikirannya menerawang mengingatkan kembali sewaktu dia menyuarakan keputusan dan suara hatinya kepada Umi dan Abahnya agar memutuskan ikatan pertunangan mereka.


“Abah tak setuju…!”


Charina mengangkat muka memandang bapanya. Tidak percaya dengan ketegasan bapanya. Biasanya bapanya amat lembut dan sangat bertolak ansur. Kali ini, kata bererti kota! Maka tiga bulan selepas itu berlangsunglah majlis perkahwinan yang serba sederhana tetapi amat meriah., seperti yang dirancangkan. Seminggu sebelum ulang tahunnya yang ke 22. Walau dalam separuh hati, namun dia tetap redha.
Hari itu telah tiba. Di penghujung bulan April, semua persiapan berjalan lancar. Hampir genap setahun dia dan Shahrul ditunangkan, maka majlis perkahwinan akad nikah telah disempurnakan malam tadi. Sementara hari ini pula, pagi tadi sudah berlangsung Majlis Khatam Quran, sementara sekarang, dia sedang mempersiapkan diri sementara menunggu Mak Andam datang untuk menghiasnya.. Selepas Zohor nanti rombongan dari pihak lelaki akan sampai.
Charina berjalan melihat 9 buah dulang hantaran yang sudah disiapkan oleh Kak Linda, anak Mak Ngah Azimah yang telah menyiapkan hantaran sewaktu majlis pertunangannya tahun lalu. Cantik! Semuanya dihias indah dalam warna hijau epal lembut. Sepadan dengan set bilik tidur dan juga pelaminnya. Terkilan juga rasa di hati kerana tiada kesempatan untuk dia menghias sendiri. Ikutkan angan-angannya sewaktu dulu, dia mahu membuat dan menghias sendiri semua barangan hantarannya. Tetapi tidak sempat kerana sewaktu itu dia tengah bertarung dengan final exam untuk tahun terakhirnya.
Kini, cukup sebulan dia menamatkan pengajian, dia sudah bergelar isteri orang. Sungguh tidak disangka secepat itu dia akan berkahwin. Mengikut perkiraanya, dia mahu menamatkan alam bujang setelah dua tiga tahun menempuh alam pekerjaan. Namun apa mahu dikata, sudah jodoh, maka dia pasrah!
Erin, Mak Andam dah sampai….,” kedengaran suara Uminya dari balik kain langsir yang menutupi pintu bilik. Kemudian, Mak Andam yang telah ditempah muncul di muka pintu bersama Umi dan adiknya Charini.
“Lambat ke..??” Soal Kak Ayu Nadia, yang sebenarnya merupakan seorang lelaki lembut. “Mintak maaf banyak-banyak yea Erin, Akak terlambat… tadi datang separuh jalan kereta meragam pulak.. terpaksa berpatah balik tukar kereta, you…. Nasib baik takde lah jauh sangat.” Sambungnya lagi.
“Takpe kak, masih banyak masa lagi.. Dia orang datang lepas Zohor, sekarang baru nak pukul 11 pagi…” balas Charina sambil tersenyum.
“Iya lah tu kak… padahal dia dah risau dah Kak Ayu tak sampai-sampai lagi tadi…,” selamba derk si Charini menyampuk, sengaja dia mahu menyempil melihat kakaknya dirias.
“Akak ni professional.. jangan risau ye dik…. Kalau kasi masa setengah jam pun Akak sempat siapkan kau dengan jelitanya… Tengok, alaaa lawanya pengantin kita hari ni… Jangan masam-masam dik.. Mari sini Akak mekapkan kau…”
“ Mari duduk sini…,” ujar Kak Ayu Nadia sambil membuka beg make upnya. “Ok, kau duduk diam-diam,” pesannya umpama menyuruh kanak-kanak yang nakal. Dia memulakan tugas dengan menyapu penyegar dan kemudian baru meletakkan pelembap. Seterusnya alas bedak.. Charini memerhati satu persatu dengan penuh minat.
“Akak Ayu boleh tolong mekapkan saya sekali tak..??” mulut becok Charini mula menjalankan tugasnya. Kemudian dia tersengih.
Sambil menjalankan tugasnya Ayu Nadia menjawab, “Hmm, boleh.. kau bayar aku RM 350 aku mekapkan kau.. sanggup..?” selamba dia bersuara. “Jangan kenyit mata kau sangat Erin..” suaranya lagi. “Susah Akak nak ratakan ni..”
“ Haa.. sanggup ke kau..?” selamba sekali lagi Ayu Nadia menyoal.
“Huh.. tak nak la.. mahal giler….!” Sahut Charini dengan muka yang kelat.
No pitih, No lawa…,’ sambung Ayu Nadia lagi. Boleh tahan lasernya. Tangannya laju meratakan lipstick di bibir Charina. Kemudian dia ketawa kuat.  “Sekejap lagi, kalau sempat nanti Kak Ayu riaskan kau sama.. Aku  tau kau pun nak lawa macam Kak Erin kau jugak kan…” dia mengusik Charini. Suara lembutnya dileretkan panjang.
“Betul ni Kak Ayu….?” Pantas Charini menyoal meminta kepastian.
“Ye lah.. aku mekap nipis je kat kau.. mana boleh nak lawan pengantin…”
“Yahoooo…” sorak Charini dan melompat-lompat kecil. Charina tersenyum melihat gelagat adiknya. Umur dah 17 tahun, perangai masih kebudakan. Mungkin kerana statusnya selaku anak bongsu.
“Jangan senyum…”  tegur  Kak Ayu.
“Elok sikit Rini.. kena barang tu nanti habis  ranap..,” tiba-tiba terjengul Makcik Zabedah, jiran sebelah di muka pintu. Charini terdiam dan mengetap bibir. “Mak Bedah saja masuk nengok kau dimekap..” suara Makcik Bedah kemudian. “Nak tengok jugak barang hantaran kamu ni sekali.. cantik ya..” suaranya lagi sambil meninjau dan membelek barangan hantaran yang disusun elok di tepi katil itu. Kemudian masuk pula Mak Teh Limah. Kemudian kedua-duanya berborak sesama mereka. Sekejap kemudian mereka keluar.
“Kita kunci pintu ni kejap ye Erin..,” suara Kak Ayu. “Rini, awak  tolong tutup pintu tu.., rimas aku tengok orang keluar masuk ni….,” pinta Kak Ayu Nadia. Charini bingkas menutup pintu. Belum pun beberapa minit ada orang yang mengetuk.
Hampir sejam lebih kemudian, segalanya siap dan Kak Ayu mengenakan mekap ringkas di muka Charini. Setelah itu, Charina mengenakan kebaya songket pula sebagai baju pertama. Dan tidak lama kemudian, rakan-rakannya dari sekolah tiba dan dia sempat melayan mereka sebelum rombongan pengantin dari pihak lelaki tiba jam 1.45 minit petang. Majlis petang itu berjalan lancar. Kemudian Majlis Menghantar Menantu berlangsung seminggu kemudian di rumah keluarga Shahrul. Seminggu kemudian mereka mula kembali ke Kuala Lumpur dan menetap di Subang Jaya, kerana Shahrul bekerja di Bandar Sunway, bandar yang berhampiran.



"Dah bangun Sayang..?” terdengar sapaan mesra dari sisi. Terasa tangan diletak di atas pehanya.
Charina membuka matanya. Terasa silau menikam mata. Dia menggosok matanya perlahan.
“Sedapnya tidur…” dia menggeliat manja. Tangan didepakan. Agak lenguh setelah hampir beberapa jam di dalam kereta. “Kat mana dah ni, bang..??” dia memandang sekeliling. Pokok-pokok sawit di kiri kanan menguasai pemandangan.
“Merapoh.. Dah nak masuk sempadan Gua Musang pun…” jawab Shahrul. “Lama Sayang tidur yea.. Abang sunyi tau…,” Charina berpaling melihat Shahrul yang sedang tersenyum.
“Alaa.. sayang abang….” Charina memaut manja lengan kiri Shahrul dan menyandarkan kepalanya perlahan. Dia kemudian mencapai sun glassesnya dan memakainya. “Abang nak Sayang takeover pulak tak..??” pelawa Charina.
“Takpa.. Abang masih larat…” tolak Shahrul. Sesekali dia menyanyi mengikut rentak lagu di radio kaset. Kemudian mereka berborak dan saling bertukar topik. Anggaran lebih kurang empat jam lagi mereka akan sampai ke Kota Bharu.
“Kita solat Zohor di R&R Gua Musang ni dulu la yea lepas kita isi minyak ni..” suara Shahrul kemudian.
“Okay.. bisa aje, deh…” balas Charina pula.
Setengah jam kemudian, setelah selesai segalanya, mereka kembali menyambung perjalanan dan hampir pukul empat, mereka selamat tiba di detinasi. Mereka singgah di rumah keluarga Shahrul terlebih dahulu dan kemudian besok pagi baru mereka merancang kembali ke rumah keluarga Charina.

Mereka balik bercuti sempena meraikan perkahwinan Chairul Azlan, abang Charina yang mana bertemu jodoh dengan seorang doktor di Hospital Pakar Perdana, sebuah hospital swasta di Kota Bharu ini.

Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27