Novel : Kemelut Kasih - Part 24
Bab 24
A
|
ku telah dilahirkan sebagai anak bongsu seorang yang agak
ternama dalam dunia perniagaan. Dan sebagai anak yang paling kecil, aku agak
manja dan mudah tersentuh. Jua agak degil dan suka mengikut kata hati. Namun,
aku mudah menden gar
kata sebenarnya. Terutama lagi bila pengasuhku merangkap pembantu rumahku yang
bersuara. Tak tau kenapa, aku amat senang dengannya. Dan dia sudahku anggap
umpama ibuku sendiri. Sebenarnya ibu yang kedua. Mungkin juga aku membesar
dalam limpahan kasih sayangnya. Berbanding ibuku sendiri yang terlalu aktif
berpersatuan dan sering sibuk dengan aktiviti
dan rakan-rakannya.
Aku
memulakan persekolahan di sebuah tadika antarabangsa yang terkemuka di ibu negara,
seterusnya memasuki sekolah rendah juga yang elit dan seterusnya sebuah sekolah
berasrama penuh yang elit di ibu negara. Kemudian, aku mendapat peluang
melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku memilih untuk meneruskan
pengajian di sebuah universiti tempatan. Selama belajar semenjak matriks lagi,
aku sudah punyai pacaranku, namun setelah hampir menamatkan pembelajaran, kami
terpaksa menamatkan hubungan kami atas sebab-sebab tanpa kerelaanku sendiri.
Sakit, pedih, semuanya ada. Maklum la.. mungkin juga kerana ia adalah cinta
pertamaku, kalau dikira secara seriusnya. Dan bertahan agak lama juga. Lima tahun…
Kalau
dikira tempoh berkahwin, mungkin kami sudah punya 3 orang, atau mungkin juga 4 oran g anak. Itu pun kalau
aku melahirkan anak setiap tahun. Senyum. Tapi apakan daya, jodoh tiada. Kalau
aku menangis airmata darah sekalipun, kalau sudah termaktub dia bukan milikku,
aku tidak mampu menghalang. Nam un
jika sekiranya masih ada sisa kasihnya untukku. Aku masih mahu meraih kasihnya.
Walau dengan apa cara sekalipun…. Aku pasrah.
“Kak
Erin…. Abang Man di talian..,” suara Dania yang bertugas selaku penyambut
tetamu dan reception bergema di telinganya. Sejurus kemudian terdengar
rakan setugasnya.
“Yes,
Man..??” soalnya kepada Shariman, klik yang turut bertanggungjawab
mengendalikan akaun Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd. Lusa mereka akan
bersama-sama dengan bos mereka, En. Jamil Hidayat menghadiri Annual Dinner
kumpulan syarikat itu. Selama 5 bulan kebelakangan ini, mereka agak sibuk
memerhati dan mengendalikan akaun syarikat yang sudah hampir lumpuh itu, tetapi
masih sempat mahu menganjurkan Jamuan Makan Tahunan itu. Mungkin sebagai proses
mengelabui mata rakan dan musuh perniagaan untuk menunjukkan organisasi mereka
masih kukuh.
“Nothing,
just nak remind…. Bos nko la soh aku remind neh…. Lusa jangan
lupa dinner kita ngan Megah. Mungkin that time kita ada peluang
bincang ngan lanjut pasal cadangan penjenamaan semula syarikat atau mungkin
jugak restructuring back syarikat diorang” lancar Shariman bertutur.
“Laaa..
engkau neh.. ingatkan apa la yang penting sangat tadi tu… sampai call aku,
tak menyempat sampai ke opis… Kau kat mana ni Man…?” Soal Charina.
“Ngan bos kesayangan kau la… Dia ajak aku
pi jumpa another company yang dengarnya berminat nak join capital
ngan kita. Mungkin IT Equipts…. Hardware maybe…”
“Habis kau call aku ni, En. Jamilnya
mana ? Takkan sebelah kau kot.. hehehe…… ’’ Charina tergelak
kecil.
“Aku tengah tunggu dia la ni… dia pi men….. Encik Bashir dari
Xin-Tech tu pun tak sampai-sampainya lagi… Tadi kami berborak macam-macam..
pastu dia suruh aku remind kau pasal dinner kat Megah tu…. So that's why aku call
kau.. Cik Charina oii….. Eh, lupa.. dah kahwin.. Puan Charina..”
“Apasal… dia takut aku skip ke… hehehe….” Chari na
tertawa kecil. Mulanya dia memang ada niat pun, namun dia menukar rancangannya untuk turut sama pergi
pagi tadi. “Oka y lah, ada apa lagi tak.. nak kuar brunch
la, lapar…. Tau la orang tu lunch kat Hilton ari neh… hehe…”
“Okay, aku pun.. got to go….,” sahut Shariman di sebelah sana . Dia sudah nampak susuk tubuh bosnya dan
dua orang lelaki yang tidak dikenali sambil berjalan beriringan ke arahnya. Salah
seorangnya adalah En. Bashir
Tajudin , MD
of Xin-Tech Bhd, salah sebuah syarikat pengeluar hardware IT
terkemuka negara.
“Sayang….,” panggil Shahrul lalu disertai pelukan seperti biasanya. Dia menghadiahi ciuman pantas di pipi. Tangannya memeluk erat pinggang ramping Charina yang asyik memberus rambutnya sambil memandang cermin di meja solek.
“Saya, bang…” dia membalas renungan
dari dalam cermin memerhati Shahrul di belakangnya yang asyik memeluk
pinggangnya dan seolah tidak mahu melepaskannya. Sekejap dia berpaling seketika
dan membalas ciuman lembut di bibir Shahrul.
“Cantik la Sayang malam ni… Jelous
Abang tau….. jangan mengurat sesiapa kat majlis tu nanti tau…..” rengek Shahrul
tiba-tiba. Dia memandang tajam wajah
Charina.
Setelah perkahwinan mereka selama setengah tahun ini, baru Charina
menyedari dan dapat melihat the true colour of Shahrul. Dia memang
seorang yang penyayang, romantis, juga manja. Dalam masa yang sama, dia tegas
dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sama ada di tempat kerja mahupun di
rumah. Sesekali dia masih keluar melepak bersama rakan-rakan dan kliknya
sewaktu belajar dahulu. Kadang-kadang lewat malam baru dia pulang. Namun,
Charina tidak kisah, kerana dia memahami dan cuba menjadi seorang isteri yang
sporting, dan tidak terlalu mengawal suami, dalam erti kata lain, Queen
Control.
Dahulu, pada awalnya, tidak terfikir yang mereka akan bersatu jua. Apatah
lagi dengan situasi dan layanan Shahrul yang agak dingin kepadanya. Dulu dia
pernah terfikir, jika sekiranya mereka jadi kahwin atas kehendak kedua orang
tua mereka, mungkin perkahwinan mereka umpama boneka sahaja. Di sebaliknya
penuh lakonan semata. Tapi, sungguh dia tidak menyangka, mereka bahagia. Dengan
kasih sayang yang melimpah ruah. Namun dia tidak dapat mengagak, sampai bila
hubungan mesra mereka ini akan bertahan. Ntahlah… bukannya dia ragu… Cuma
sekarang masih dalam situasi honeymoon orang kata, semuanya nampak
indah… Mungkin dalam jangka masa dua tahun lagi situasi turut berubah mengikut
persekitaran.
“Abang jangan risau la, bang…. Takkan Erin nak carik lain pulak… Abang
sorang pun dah tak larat Erin nak layan tau….” dia bergurau dan tergelak halus. Dia bangun
dan menyudahkan siapan mekapnya yang terakhir. Lalu berpaling dan memeluk
bidang dada Shahrul yang tidak berbaju. Sebetulnya dia baru sahaja lepas mandi,
dan sekejap lagi Shahrul turut akan keluar untuk makan malam bersama client
besar syarikatnya.
“Abang tak kira.. Erin kena pejam mata je sepanjang majlis tu… takpun
sepanjang majlis Erin kena buat mata juling…..” Shahrul buat muka serius. “Orang cakap
isteri abang buta ke… juling pun tak mengapalah… Orang cakap kesian, cantik-cantik
tapi buta pun, takpe la...” Dia menyambung lagi. Namun, sebentar kemudian dia
tergelak. Mungkin membayangkan wajah isterinya seperti yang dikatakannya.
“Abang ni teruk tau…. Nyampah !” Charina mencubit manja lengan
Shahrul. “Ada patut nak soh orang buat camtu…. Orang tak curang la.. Don’t worry…” Charina bersuara. “Tapi
main-main mata sikit takpe kot… Alaa, menikmati keindahan ciptaan tuhan….”
Sempat dia bersuara, bergurau dan kemudian mengekek halus. Dia melihat
mata Shahrul yang sedang mengenakan pakaian batik di badannya membesar.
“Sayang… !” Shahrul membeliakkan matanya. Namun
akhirnya dia turut sama ketawa menyedari gurauan isterinya.
“Okay, sweetheart… I’ve to go.. I don’t wanna late…” suara
Charina, mencapai tas tangan dan berjalan mencium pipi Shahrul dan menyalam dan
mencium tangan Shahrul. Shahrul membalas
ciuman dan memeluk badan langsing isterinya seketika. Setelah itu, dia sendiri
menyikat rambutnya, mengenakan haruman dan keluar beriringan menaiki kereta
masing-masing. Masing-masing tidak mahu terikat dengan waktu sekiranya menaiki
satu kereta sahaja. Mungkin majlis berakhir lewat, atau mungkin juga Charina
mahu balik awal sebelum majlis berakhir dan meeting Shahrul entah pukul berapa
akan berakhir. Atau mungkin juga selepas meeting mereka masih mahu
berborak-borak kosong sambil minum kopi.
M
|
ajlis Makan Malam
Tahunan Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd yang diadakan di Hotel Marriot
Putrajaya itu memang meriah. Hadiah-hadiah bagi cabutan bertuah mereka juga
amat lumayan, khabarnya. Pelbagai barangan elektronik berjenama disediakan
berserta tiket pelancongan ke luar negara.
Charina melangkah cermat memasuki
ruang legar sambil matanya cuba memerhati mencari Shariman. Selain bosnya En.
Jamil Hidayat, mereka berdua sahaja yang dijemput bagi mewakili Kumpulan
Kayangan Berhad.
Charina menghulurkan kad undangan
kepada penyambut tetamu yang melayaninya dan kemudian dia di bawa ke meja
bernombor 5 yang kebetulan berada di kedudukan yang agak strategik dan di
tengah- tengah majlis.
“Hai Puan Charina… baru sampai..??” Tiba-tiba dia disapa seseorang. “ Oh, hai
Mira.. ya, baru sahaja sampai nie… Segan juga, maklum la tak kenal sesiapa… nasib
juga kita semeja…" dia tersenyum. Seterusnya dia rancak berbicara dan
mengenali para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Comments