Novel : Kemelut Kasih - Part 25
Bab 25
“E
|
ncik Zul… kenalkan…. Our
greatest Company Advisor, Charina.. " Lelaki yang dipanggil Encik
Zul yang sedang rancak berborak bersama beberapa temannya tadi kemudian
berpaling…..
Faizul!
Charina!
Mereka saling terperanjat. Kemudian masing-masing menghamburkan ketawa
kecil. Tidak menyangka akan berjumpa kembali setelah hampir 3 tahun tidak bersua.
“You apa khabar…Tetap anggun macam dulu juga..” Puji Faizul ikhlas. Dia
merenung raut wajah Charina yang pernah dipujanya dalam diam suatu ketika dulu. Malah
hingga sekarang pun dia pasti kasihnya masih bersisa.
“Wah wah… dah kenal rupanya sebelum ni..,” usik En. Jamil Hidayat.
“Kami kenal sewaktu belajar dulu, En. Jamil… kawan lama…” suara Charina
pula menerangkan keadaan.
“Atau kekasih lama…??” Shariman pula menyampuk memeriahkan suasana..
“Sipi…..!” sepatah kata Faizul menghamburkan ketawa bukan kepalang
dari lelaki-lelaki tiga orang yang berdiri di kiri dan kanan Charina.
“Amboi-amboi korang.. mentang-mentanglah saya sorang perempuan,
semua sepakat buli saya yea….,” Terasa
segan juga dirinya dijadikan topik bahan ketawa. Namun dia cuba bersikap
sporting.
“Sorry la Erin.. saya gurau je, jangan ambil hati pulak..” Faizul masih
lagi budiman seperti dahulu.
“It’s okay.. I know you just joking… ” Dia tersenyum manis.
“So… are you married..??” Soal Faizul kemudiannya setelah melihat cincin
bertatah berlian di jari manis Charina.
Charina mengangkat tangannya dan menelek cincin kahwinnya itu.
“Yup ! I am..” Dia mengangguk perlahan dan menghadiahkan senyum
kecil.
“Kempunanlah saya…..” Dalam gurau dia bermaksudkannya. Charina
tersenyum. Namun seakan tidak percaya.
“Takkan lah orang handsome macam you masih belum
berpunya…..?”
“Hmm, apa nak buat… I nak kan you, tapi you
pulak menolak… Kecewa separuh mati
tau….” Faizul masih tidak habis bergurau….
“Betul tu En. Zul…. Dulu sewaktu dia mula masuk Kayangan pun, saya cuba
jugak masuk jarum.. Tapi tak jalan laaa…..” tiba-tiba Shariman pula menyampuk.
Sekali lagi ketiga-tiga lelaki di sisinya ketawa serentak.
“Amboi Man ni…. Sempat pulak awak kenakan saya yea…. Patutnya awak back-up
saya…. Ini tidak…” Charina sengaja menyakat rakan sejawatannya walaupun terasa
merah mukanya di kala itu. Bossnya, En. Jamil hanya ketawa sahaja.
“Nasib baik quota saya dah penuh…… Kalau tak, mahu juga jadi calon tuh…”
tambah En. Jamil lagi sengaja menghangatkan suasana. Sekali lagi meledak ketawa
dari ke empat-empat mereka.
Terdengar derapan sepatu menghampiri mereka yang sedang rancak berbual
di sekitar kolam renang di hotel itu.
“Wah, wah wahhh..!!! Rancaknya berborak…. Topik menarik barangkali..?”
Keempat-empat berpaling. Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Megah Trading, Datuk Abdul Mujahid Abidin rupanya yang
datang menyapa.
Setelah men to men berjumpa maka makin rancaklah kisah mereka.
Dari kancah usik mengusik ke persoalan dunia perniagaan, sukan, seterusnya dunia
politik dan isu semasa dunia sekarang. Satu demi satu topik yang mereka bincangkan.
Tidak lama kemudian Charina meminta diri untuk pulang setelah jam sudah
menjangkau usia 11.30 malam.
Faizul mengiringinya ke kereta.
Pelbagai kisah lama yang mereka bangkitkan. Namun Charina amat bersyukur,
Faizul tidak mengungkitkan kisah yang cuba dipadamkan dalam lipatan kisah
hidupnya. Kisah di PD yang boleh mengaibkan dirinya suatu waktu dahulu.
Mujurlah Faizul dan rakannya Azmi itu boleh dipercayai kerana sehingga ke hari
ini tiada sesiapa pun yang tahu kisah itu melainkan mereka yang terlibat secara
langsung sahaja.
Setelah bertukar-tukar nombor telefon, mereka berpisah membawa haluan
masing-masing.
Suraya melangkah
penuh yakin namun menggoda memasuki ruang pejabatnya yang terhias indah
itu. Dengan top putih sleveless bersama jaket jingga pekat dipadankan dengan pencil skirt hitam atas dari lutut berbelah di tepi yang dikenakannya
menampilkan imej wanita korporat yang anggun sekali.
Setelah menamatkan pelajarannya di kampus hijau dulu, dia berehat selama
setengah tahun sebelum membantu perniagaan papanya, Dato’ Zahari. Tiga
tahun dulu, sewaktu mula bertugas, dia menjawat jawatan Eksekutif Perhubungan
Awam. Kini seiring dengan pertambahan pengalaman dan usia, dan memperolehi kepercayaan
papanya, dia sudah boleh memegang jawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan di situ. Dato’
Zahari pula yang sudah mula
mempercayai pengurusannya anak-anaknya, Shamsul selaku Pengarah Urusan dan
Syairul selaku Pengurus Kewangan. Dia selaku Pengarah Eksekutif hanya memantau
sahaja segala aktiviti syarikat dan menasihati sepintas lalu sekiranya khidmat
nasihatnya diperlukan.
Suraya membuka tirai yang menutupi cermin luas di pejabatnya yang berada
di tingkat 17 di Menara Great Eastern di Jalan Ampang itu. Satu panorama indah terbentang menghiasi biliknya dan segala aktiviti
penduduk kota metropolitan yang senantiasa sibuk dan mengejar masa ini dapat
dilihat dari biliknya. Cahaya matahari pagi menerjah masuk menerusi jendela
yang telus cahaya itu.
Dia membelek-belek organizer yang terletak di sisi kanan meja
kerjanya. Meneliti appointment yang perlu dihadirinya hari itu. Pukul 10.30 pagi, janji temu bersama seorang officer
dari sebuah syarikat pembinaan yang akan bekerjasama dengan Zach’s Holdings Sdn
Bhd ini nanti. Milia Corporation Sdn Bhd!
Dia meneliti seimbas lalu profail
syarikat yang berada di sisi organizernya tadi. Telah seminggu profail
syarikat itu berada di situ. Namun baru kini dia berkesempatan membukanya. Dia
meneliti pula pengalaman dan senarai projek-projek pembinaan yang pernah Milia
Corporation handle. Menarik! Belasan projek raksasa telah mereka berjaya
tamat dan selesaikan mengikut spesifikasi dan jangka masa yang tidak jauh beza
dari jadual… Selain itu kedudukan kewangan mereka juga agak kukuh dengan
keuntungan sebelum cukai yang tinggi.
Dia meneliti lagi sebelum pembantunya mengetuk pintu dan membawa
beberapa dokumen yang diperlukan untuk dia tandatangan dan khidmat nasihatnya
untuk sebarang sebutharga yang akan di hantar kepada pemaju yang berkaitan .
Comments