Novel : Kemelut Kasih - Part 26
Bab 26
Hujan turun
dengan lebatnya. Suasana di pagi Ahad itu amat hening dan dingin. Setelah
selesai bersolat Subuh tadi, Shahrul kembali meneruskan tidurnya. Charina yang
bangun untuk menyiapkan sarapan pagi
juga turut ditarik untuk tidur bersamanya.
Charina terjerit kecil.
“Sayang neh tak sporting la….
Temankan la abang sambung tidur…” Dia memeluk erat pinggang Charina dan menarik
badan Charina merapati badannya. Aura hangat dari tubuh kedua-duanya bersatu.
“Abang, saya nak siapkan sarapan ni…”
terang Charina pula.
“Takpe… Sayang sarapanlah dengan
Abang dulu..” mukanya dipalingkan ke arah Charina sambil menghadiahkan senyuman menggoda.
“Gatal Abang tau…” mencubit manja lengan
Shahrul.
“Wau.. sedapnya kena cubit…. Nah,
cubitlah lagi…..!” Shahrul makin mengada. “Nah, nah… cubit tang perut neh…”
Shahrul cuba menyelak gebar…
“Ish, Abang neh tak senonoh…..!”
Shahrul ketawa kuat. Sambil
mengeratkan lagi pelukannya. Terasa damai dan tenang dirinya di kala itu. Baru
dia tahu nikmatnya menjadi seorang suami. Kalaulah dari dulu dia tahu berkahwin
ini nikmat sekali, sudah lama dia berkahwin dan
awal-awal lagi menunaikan salah satu tuntutan agama itu.
“Abang saaayangggg Sayang…..” ucap Shahrul lagi. Dia memalingkan wajah
isterinya dan mencium polos bibir Charina. Kemudian beralih ke dahi, dan bahu…….
Charina menggeliat manja bercampur geli.
“Sayang pun saayaaaang sangat sama Abang….” Balas Charina manja. Shahrul
tersenyum bangga dan makin merapatkan lagi pelukannya. Sambil itu dia
mencari-cari peluang mencium-cium isterinya. Charina yang sudah memahami hasrat
suaminya itu berpaling menghadap suaminya dan seterusnya mereka hilang dalam
sebuah pelayaran yang sangat indah, yang hanya dirasai dan dinikmati oleh
mereka berdua sahaja………..
Faizul memandang jam
tangan Tissotnya sepintas lalu. Jarum panjang menunjukkan ke angka tiga dan
jarum pendek pula menunjukkan ke angka dua. Tetapi dia tidak menyalahkan
Charina kerana dia datang ke situ tanpa janji temu, mahupun menelefon terlebih
awal.
Kebetulan dia ke Menara UOA di Jalan Pinang itu kerana ada janji temu
dengan client syarikatnya di menara yang sama dengan syarikat Charina.
“Encik Faizul boleh tunggu di bilik menunggu sekejap sementara Puan
Charina kembali ke pejabat.” Terang Shafikah yang bertugas sebagai penyambut
tetamu di Kumpulan Kayangan Berhad itu.
Faizul mengekori penyambut tetamu yang berambut panjang melepasi paras
bahu dan bermekap cantik itu. Baju kebaya yang dipakainya menunjukkan jelas
bentuk badannya. Sendat! Nasib baik kau cantik…. Sempat pula Faizul meneliti
dan mengomen.
Shafikah membuka pintu bilik menunggu dan kemudian mempersilakan Faizul
duduk di sofa yang sedia tersusun indah di bilik sederhana besar itu.
Sebelum meninggalkan Faizul, dia menghadiahi sebuah senyuman mesra.
Faizul menganggukkan kepalanya, dan turut membalas satu senyuman
formal. Sedang dia leka membaca akhbar The Star, tiba-tiba
kedengaran sebuah ketukan dan kemudian Charina muncul di muka pintu.
“Wah, what a surprise!” Charina mempamerkan senyuman. “Bila
sampai….?? Sorry, I lambat sikit tadi.. Ada lunch meeting with client
kat Sheraton…” Dia menerangkan.
“It’s okay.. it’s not your fault anyway… lagipun I yang datang secara
mengejut, kan” Faizul senyum senget. “….kebetulan I pun ada meeting juga dengan
Prima Corporation kat tingkat 25 kat sini…. So, after lunch dengan
diorang tadi.. I ingat nak singgah jumpa you sekejap…. Alang-alang dah ada area sinikan…” dia menyambung menerangkan keadaan.
Charina angguk.
“Come… let’s move to my office…” pelawa Charina.
Faizul meletakkan akhbar yang dibacanya tadi.
“Dah jumpa En. Jamil belum…??” mesra Charina bertanya. Mereka berjalan beriringan.
“Belum…”
“Ok… why not kita pergi jumpa dia dulu….” Usul Charina.
“No problem..”
Mereka berjalan melintasi bilik mesyuarat dan sebuah bilik konferens
sebelum membelok ke kanan. Sejumlah 50 staff di situ dipisahkan dengan partition-partition
yang berwarna biru langit setinggi 3 kaki. Masing-masing sibuk dengan
aktiviti sendiri.
Ada yang sedang mengadap komputer menyiapkan report. Ada yang
sedang bergayut, ada pula yang sedang berkumpul sesama sendiri. Tidak kurang
yang sedang melayari internet. Faizul senyum. Pemandangan biasa di sebuah
syarikat yang agak besar bilangan kakitangannya. Tambahan pula selepas makan
tengah hari.
“Ini Bahagian Operasi… yang sebelah sana tu Bahagian Akaun….” Terang
Charina. “Yang bilik berkaca dalam sana tu pulak our library..” Faizul
angguk. “Bahagian Perhubungan Korporat, Sumber Manusia and few lagi department
kat tingkat atas..” Charina menerangkan sepintas lalu bahagian-bahagian yang
terdapat di Kumpulan Kayangan Berhad itu.
“Lin… En. Jamil ada tak..??” soal Charina pada Shazlin, pembantu peribadi En.
Jamil Hidayat.
“Belum sampai lagi la Erin…,” jawab Shazlin. “Tadi dia ada meeting
kat dengan S/U MOF kat Putrajaya…”
“Ohh, ok….. thanks Lin…” balas Charina. “Ops, before
terlupa.. kenalkan.. Faizul, ini
Shazlin.. P.A En. Jamil.. and Lin, this is Faizul, Senior Software
Engineer Megah Trading…”
“Oh, hi… nice meeting you….” Sapa Shazlin mesra. Dia menghulurkan tangan untuk
bersalaman.
“Nice meeting you too….” Balas Faizul dan menghadiahi sekuntum senyuman.
Sebelum mereka berlalu, Shazlin menghadiahi satu kenyitan mata dan
senyuman nakal kepada Charina. Means, boleh tahan…. Charina hanya
tersenyum. Faizul yang perasankan adegan tersebut tidak mempamerkan sebarang
reaksi. Pura-pura tidak faham.
“Eleh, blah la… Takkan ‘kurak-kurak’ dalam perahu kot…..” Charina
menyakat sambil ketawa, mesra.
“What..??” soal Faizul pula. Kehairanan.
“She’s interested in you…… Takkan tak paham kot….?” Duga Charina. “Kurak-kurak
dalam perahuk, purak purak tidak tahukkk…” Dia menaikkan sebelah keningnya. Rakan
lamanya yang sudah di anggap seperti saudara sendiri. Sebab itu dia tidak
merasa kekok bersama Faizul. Tambahan lagi peristiwa lalu yang tersimpan kukuh
dahulu menambahkan kepercayaannya kepada jejaka yang berkulit sawo matang, bertubuh
tegap, serta berkumis nipis yang menambahkan lagi kekacakan wajahnya itu.
“Oh, really…??” Faizul
menyoal endah tak endah. “Untungnya I…..” dia membalas gurauan itu.
Mereka ketawa serentak.
“Serius Joe… takkan you takde sesiapa….. lagipun Lin tu pun bujang lagi tau..
Sweet pulak tuu…” promote
Charina habisan.
“Hmm…. Boleh tak kita cakap pasal lain, Puan Charina…??” Soal Faizul
pula cuba menamatkan topik yang ingin dihindarinya. Perkataan Puan Charina itu
ditekankan. Terasa sayu dan cemburu jauh di sudut hati. Selama ini dia
menganggap rasa hatinya terhadap Charina sudah padam, namun masih bersisa
rupanya.
Dahulu, dia cuba menjarakkan hubungan mereka sesudah tahu Charina sudah
bertunang. Maka setelah Charina keluar dari KOSASS, kolej yang telah menemukan
mereka dahulu, dia juga sudah jarang datang melawat rakannya itu. Tambahan lagi
dengan tugasnya selaku Software Engineer kepada sebuah syarikat
multinasional yang memerlukan dia sering bergerak dan out station keluar
negara.
Charina tersenyum.
“Ok, no problem…. Sorry my dear friend….. ” Charina membuka pintu biliknya.
“Have a seat..” pelawanya.
Faizul memandang sepintas lalu bilik yang dihiasi dengan tiga pasu pokok
bunga hidup dan berdindingkan kertas dinding dwi warna hijau-krim itu.
“Nice..” sepatah komen Faizul..
“Mestilah.. tengok la siapa tuannya..” Charina bergurau mesra. Terlalu lama rasanya
mereka terputus hubungan. Hampir 5 tahun… Selepas Kak Linz keluar bergraduat dan
setelah dia keluar menyewa di luar kampus bersama rakan-rakannya, mereka sudah
jarang keluar bersama, jua jarang berhubungan.
Pelbagai topik yang mereka bualkan, dan perdebatkan bersama. Dari kisah
peribadi hinggalah jua ke bisnes. Habis keluar cerita-cerita lama yang lucu dan
tidak dapat mereka lupakan. Kisah Yati, Ita, Shikin dan Kak Linz juga
rakan-rakan Faizul yang pernah mereka kenali turut ditanya khabar.
Tidak lama kemudian Shariman yang kebetulan baru balik dari luar turut
serta dan setelah hampir sejam di situ, Faizul memohon diri untuk beransur
pulang ke pejabatnya.
Comments
FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ