Wednesday, May 6, 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 27





Bab 27

L
if ditekan ke tingkat 17. Setelah melepasi satu tingkat ke satu tingkat sebelum lif sampai ke destinasinya. Suraya menunggu penuh konsentrasi. Tiba-tiba deringan handphonenya berbunyi nyaring. Dia memandang sepintas lalu sebelum menekan butang reject. Tidak selesa kerana masih terdapat 4 orang yang masih bersama-sama di dalam ruangan lif yang sempit itu.
Setelah lif sampai di tingkat 17, dia melangkah keluar penuh gaya. Anggun! Sambil membimbit briefcasenya di sebelah kiri tangannya, dia kembali mendail nombor talian yang dimatikan sebentar tadi. Di muka pintu Zach’s Construction Corporation Sdn Bhd,  dia berhenti seketika sebelum pintunya dibuka oleh penyambut tetamu merangkap telefonis dari dalam.
“Selamat Pagi, Cik Suraya..!” sopan Adilla menegur.
Suraya angguk, namun masih tegas. Gaya wanita aristokrat terpancar di wajahnya. Dia amat beruntung, dalam usia masih muda sudah bergelar pengurus. Namun dia tidak mahu dia bergelar pengurus di situ hanya kerana dia anak kepada Pengarah Eksekutif di situ. Adik kepada Pengurus Besar dan juga Pengurus Kewangan. Dia mahu dia diterima dan layak memegang title itu kerana dia memang berhak memikul beban kerja dan tugas tersebut. Pengurus Pembangunan Perniagaan!
Yes, Zarith..??” setelah talian di sebelah sana diangkat Suraya bersuara. Dia melangkah masuk ke ruang pejabatnya. Dia meletakkan briefcase dan tas tangannya di atas meja kerjanya sebelum melangkah menarik bidai yang melindungi pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Cahaya pagi menerjah masuk ke biliknya.
Suara Harith bersuara di sebelah talian sebelah sana sebentar sebelum Suraya menutup talian telefon tangannya.
“Ok, kita jumpa nanti malam… Bye….”
Suraya membuka briefcasenya dan mengeluarkan dokumen-dokumen berkaitan kerjasama antara syarikatnya dengan Milia Corporation. Cadangan projek perumahan  mega yang akan menaikkan lagi nama syarikatnya dan juga sekutunya, dan juga mungkin membolehkan pekerja-pekerja di kedua-dua syarikat memperolehi  bonus dalam enam ke sepuluh bulan menjelang akhir tahun nanti dan selama beberapa tahun pastinya.
Dia sekali lagi meneliti plan-plan dan rekabentuk rumah pelbagai jenis itu. Sesekali membelek laporan bajet-bajet dan sebutharga yang dilampirkan bersama. Sekali lagi talian tangannya menyanyikan nada polyphonic.
“Yes Rith..??” Mengeluh.
You no need to worry my dear.. I remember our celebration today… Yes dear…  Yess.. Please… We'll see and talk later.. Ok, bye honey.. daaa…” Dia mengeluh. Penat melayan karenah cemburu tak bertempat Zarith. Anak Datin Maznah dan Dato’ Mansur yang mamanya berkenankan sangat tu. Setelah putus hubungan dan Shahrul beberapa tahun lepas, mamanya tidak tunggu lama terus mengenalkan Zarith kepadanya. Segala-galanya telah dirancang rapi oleh kedua-dua ibu mereka yang kerap berjumpa kerana aktif berpersatuan bersama-sama.
Dia tidak mahu terikat. Dia sudah puas dengan komitmen. Padanya dia hanya berkawan sahaja dengan Zarith. Biarlah dia berjaya di dalam kerjayanya dahulu sebelum mengikat sebarang pertalian. Walaupun berkawan dengan Harith, dia mahu dan berhak memilih sesiapa sahaja menjadi rakannya, mahupun boyfriendnya.
Malam nanti mereka telah berjanji untuk menghadiri Majlis Sambutan Harijadi  Datin Maznah, Mummy Zarith. Majlis yang akan dibuat secara besar-besaran itu biasanya tiap tahun akan disambut secara meriah di mana-mana hotel yang terpilih di sekitar ibu kota ini. Kenangannya terimbau kembali pada peristiwa yang sudah tiga tahun berlalu.

“S
ue, jangan lupa.. malam ni kita ada jemputan makan malam… Mama dah sediakan baju untuk Sue pakai… Ada atas katil Sue di atas sana… ”  Sebaik sahaja dia melangkah memasuki ruang rehat rumahnya, Mamanya bersuara. 
Dia memandang kehairanan ke arah Mamanya. Pertama sekali kerana Mamanya jarang berada di rumah di waktu-waktu begitu dan keduanya  kerana pelawaan Mamanya untuk makan malam itu.
 “Makan malam apa ni Mama.. ?? Semalam Mama tak cakap apa pun.. ? Sue penat la Mama….”  Rengeknya manja. Dia sudah  tahu helah mamanya yang mahu mengenalkan anak kenalannya setelah dia putus hubungan dengan Shahrul 2 bulan lepas.
“Penat apanya, makan malam sahaja… Dah, jangan nak mengelak…. Mama dah janji dengan Datin Maznah tu… Jangan nak malukan Mama…. ” putus Mamanya.
Suraya mengeluh. Dia berjalan menuju ke biliknya.
“Jangan lupa, pukul 8.00 malam nanti kita pergi… Mama tunggu Sue.. ”
Suraya meneruskan langkahnya tanpa menyahut. Namun tepat pukul 8.00 dia sudah bersiap mengenakan gaun ungu kehitaman bareback yang telah mamanya sediakan. Dia meneliti wajah jelitanya yang terpantul dari cermin meja hiasan di biliknya. Dia merapi-rapikan sanggul yang disusun kemas, rambut sedikit terurai di tepi  kedua-dua telinganya dan mengenakan subang dan rantai warna senada.
Dalam diam dia memuji kejelitaan dirinya. Dan mempersendakan Shahrul yang bodoh kerana melepaskan dirinya kerana Charina gadis kampungan itu. Namun dalam diam dia mengakui bahawa Charina sebenarnya mempunyai  aura yang boleh memikat sesiapa sahaja walau dalam kesederhanaannya.
Jemputan makan malam itu sebenarnya lebih kepada Sambutan Hari Ulangtahun Datin Maznah yang ke 49 tahun. Walaupun sudah agak berusia, namun Datin Maznah masih mahu menyambutnya dengan cara yang meriah sekali. Sambutan majlis diadakan di persekitaran kolam renang Concorde Hotel di Kuala Lumpur. Pada malam itu juga dia telah dikenalkan dengan Zarith, anak Datin Maznah dan Dato’ Mansur yang baru sahaja menamatkan pengajian dari UK dan akan mewarisi perniagaan perkapalan bapanya. Selaku waris tunggal, jika sesiapa yang akan berkahwin dengan Zarith, sesungguhnya dia akan beroleh kesenangan dengan harta dan wang yang melimpah ruah. Itu yang Mamanya mahukan selama ini.
“Kenalkan, ini anak Aunty… Zarith Azhar Ahmadi….” Datin Maznah yang bermekap tebal dengan baju bersinar-sinar memperkenalkan anak tunggal kesayangannya.
Dia menghulurkan tangan.
Zarith tersenyum memikat. “Nice meeting you..” matanya merenung tajam anak dara Datin Farina yang bergaun ungu-hitam anggun itu. Seksi!
“I selalu dengar your name from my mum… but I don’t think you are so gorgeous… damn gorgeous…. Serius..” Zarith  memuji Suraya. Matanya meliar.
Suraya menghadiahkan senyuman paling manis.
“Thanks… Anyway, you pun apa kurangnya…” She mean it. Bukan sekadar berbasa basi. Zarith tersenyum bangga.
“Wanna dance..??” pelawa Zarith.
“Sure.. why not..” Dan mereka hanyut dalam dakapan masing-masing. Selepas pertemuan pertama maka menyusul pertemuan kedua ketiga dan seterusnya. Datin Farina dan Datin Maznah hanya tersenyum melihat perkembangan itu. Harapan hati masing-masing untuk berbesan nampaknya akan tercapai. Namun itu kisah 3 tahun dahulu. Sekarang, nampaknya mereka masih belum mahu mengikat dengan apa jua tali ikatan walau sudah berkali-kali di suruh bertunang. Kedua-dua nya memberi alasan mahu menumpukan pada kerjaya masing-masing sebelum mengikat sebarang tali ikatan.
Namun, semenjak akhir-akhir ini, mereka sering kali bertengkar dan sudah jarang berjumpa. Tidak sekerap dahulu. Ada-ada sahaja perihal yang akan mereka tengkarkan.

        
                Zarith menghempas pintu BMW 318i nya  keras. Berdentum bunyinya. Sepanas hatinya yang baru sahaja lepas bertengkar dengan Suraya, walaupun melalui telefon sahaja. Kadang-kadang atas sebab-sebab remeh sahaja mereka boleh bertengkar sekarang.
Seperti  hal yang berlaku sebentar tadi, dia menelefon Suraya. Mulanya terdengar bunyi nada deringan namun kemudiannya dimatikan oleh Suraya. Dalam hatinya dia berasakan Suraya menduakan kasihnya. Mungkin Suraya bersama kekasih barunya, jadi dia mematikan panggilannya. Zarith dapati walaupun selama ini mereka sudah memahami perangai masing-masing, namun dia mendapati Suraya tidak menyerahkan sepenuh hatinya kepadanya. Kadang kala serasa masih ada barrier di antara mereka. Dia sesungguhnya jelous dan tidak puas hati. Egonya tercalar!
Zarith sedar, walaupun dia bakal mewarisi harta yang bukan kepalang dari kedua ibu bapanya, dan dia boleh memilih mana-mana gadis yang dia inginkan, namun dia tetap berhasrat  mahukan Suraya  menjadi isterinya. Kerana mereka setaraf dan pakej yang ada pada Suraya lengkap untuk mereka bergelar suami isteri yang ideal di pandangan masyarakat dan juga di kalangan mereka, golongan elit. Dan gadis-gadis lain hanya akan dijadikan gula-gulanya sahaja. Teman penghibur di kala sunyi!
Zarith melangkah laju memasuki ruang tamu rumahnya yang tersergam indah. Sudah hampir 20 tahun mereka bermastautin di Bukit  Tunku itu. Datin Maznah yang kebetulan baru turun dari kamarnya hanya menggelengkan kepala melihatkan gelagat anak bujangnya itu.
“Kenapa Rith..?? Kamu berdua bergaduh lagi ke..??” Datin Maznah sudah faham benar, kalau muka anaknya itu macam ayam berak kapur, kalau bukan kerana hal-hal berkaitan kerja, pastinya kerana Suraya. Bergaduhlah tu.. apalagi…
Zarith mendengus dan terus menaiki tangga menuju ke kamarnya. Datin Maznah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Zarith pastinya sedang bersiap untuk ke pejabatnya setelah selesai berjogging di taman yang tidak jauh dari situ. Sudah menjadi rutin anaknya itu untuk berjogging di waktu pagi, dan selepas itu  barulah dia bersiap ke pejabat.
“Kak Saadiah, siapkan sarapan.. sekejap lagi siap la Zarith tu….” Suara Datin Maznah pada  pembantu rumahnya. “Untuk saya siapkan segelas jus oren dan roti bakar ya… Saya nak pergi lihat bunga-bunga orkid saya  kat laman sekejap.. ”
“Baik Datin..” sahut Kak Saadiah yang sedang menyapu lantai dapur ketika itu.
Setelah memberi arahan, wanita yang baru melepasi  usia 50an itu beransur keluar untuk menjenguk bunga-bunganya di laman.

















2 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya aidil fitri cik penulis..
X sabar nak tunggu sambungan seterusnya..

HaNi.Dew said...

Terima kasih, Miss...
Nnt ada masa saya upload ya... ;)