Novel : Kemelut Kasih - Part 28
Bab 28
Shahrul berjalan
laju menuju ke lobi Hotel Istana di Jalan Raja Chulan itu. Dia memandang jam
sekilas, 3.42 minit petang. Lebih setengah jam dia terlewat. Rakan setugasnya yang sudah tiba terlebih
dahulu sudah beberapa kali menelefonnya, kerana client dan juga bakal
rakan usahasama yang akan mereka temui sudah tiba terlebih dahulu.
Sebetulnya dia begitu kesal kerana terpaksa lewat menghadiri temujanji ini. Sudahlah
projek yang bakal mereka tandatangani nanti amat besar nilainya. Namun apakan
dayanya. Dia terpaksa mengharungi perangkap kesesakan di jalan raya dari Shah
Alam tadi setelah selesai menghadiri satu lagi temujanji yang diadakan terlebih
awal.
Sewaktu melalui Lebuhraya Persekutuan tadi, sebaik sahaja selepas flyover di persimpangan
Motorola dan Bandar Sunway, terdapat lima buah kereta yang berlanggaran sesama
sendiri. Itulah yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk. Di tambah lagi dengan
menjelangnya waktu makan tengah hari. Sekali lagi terdapat sebuah kereta yang
rosak berhampiran Mid Valley menambahkan
kesesakan yang sedia ada. Shahrul mengeluh perlahan. Diusapnya keringat yang
memercik di dahinya.
Dari jauh sudah ternampak figura Ahmad Rahimi, rakan setugas yang turut
sama bertemu janji dengan client mereka dari Zach’s Construction
Corporation Sdn Bhd itu. Kelihatan juga dua orang tetamu mereka, seorang lelaki
dan seorang lagi perempuan yang duduk membelakanginya.
“There he is.. Dah sampai pun..” suara Rahimi setelah terpandangkan
Shahrul yang semakin mampir.
Kedua-dua tetamu mereka berpaling.
Sekali lagi, kejutan yang tidak diduga bagi Suraya dan Shahrul. Tidak
sama sekali mereka menyangka akan kembali bersua lagi setelah lebih tiga tahun berpisah.
“You apa khabar..?” suara Shahrul membuka bicara. “Sorry lambat,
jalan jem teruk dari Shah Alam tadi…” tanpa dipinta dia menjelaskan.
“Nevermind… Rahimi dah terangkan tadi…” Suraya membalas. “Meet
my colleague, Mahfuz …” Suraya memperkenalkan lelaki yang berada di sisinya.
Mereka bersalaman. Sewaktu nama penuh Shahrul disebut tadi oleh rakannya Rahimi,
dia seakan tersentak sebentar. Teringatkan bekas kekasihnya yang sudah
menghilang selepas menceritakan perihal pertunangannya dahulu. Sebetulnya, dia
juga yang melarikan diri dari Shahrul.
“Dah lama kenal ke..??” soal Rahimi pula.
“Satu fakulti.. satu kelas dulu..” terang Shahrul tanpa menambah dan
menerangkan kisah lama mereka.
“oOOo.. kisahnya…” Mahfuz berlucu. Mereka ketawa kecil.
“Dah makan ke semua..??” Soal Shahrul pula.
“Kenapa, nak belanja ke..??” soal Suraya pula pantas. Dia mengerling
manja dan menduga.
“Kalau itu boleh dianggap sebagai tanda maaf kerana terlewat, tiada
salahnya..” Shahrul angguk dan menghadiahkan sejalur senyuman. Sebetulnya segan yang teramat. Imej
professionalisme dia sudah tercalar di awal pertemuan mereka lagi.
“Aku dah makan tadi.. tapi kalau kau nak belanja lagi sekali.. perut ini
masih boleh diisi, no problem !” Rahim berlucu pula.
Mereka berempat ketawa.
“Kau ni asyik ingat makan sahaja….” tambah Shahrul bergurau. “Aku tak kisah.. terpulang la.. mungkin
nak berbincang sambil makan…Apapun terpulang pada Cik Suraya dan Encik Mahfuz
kita ni ler… ” Shahrul bersuara.
“I pun tak kisah.. ” suara Mahfuz ringkas.
Semuanya memandang ke arah Suraya seolah menunggu kata putus darinya. Suraya tersenyum manis “Why not? As long we meet our meeting objective today… janji matlamat perbincangan kita tercapai… don't we?” putusnya. Semuanya
tersenyum lega.
Mereka berjalan ke ruang makan yang terdapat di Hotel Istana itu, dan
setelah selesai menjamu selera, mereka beralih ke suatu sudut dan membincangkan
soal-soal untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Perbincangan pembinaan Projek
Perumahan Mega Angel Heights itu memerlukan perancangan yang rapi dan teliti
dari semua aspek. Apatah lagi menurut
perancangan, tempoh masa siap yang dijangka adalah dalam masa 5 tahun.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju
dan sedia bertolak ansur dalam beberapa hal yang berkaitan, mereka menangguhkan
temujanji mereka ke suatu tarikh yang lain kerana masih banyak perkara yang
perlu dibincangkan bersama.
“Minta diri dulu, I dah janji dengan my wife.. Nak lawat
kawan dia yang bersalin kat HUKM..” Mahfuz meminta diri setelah mereka selesai
bermesyuarat.
“Aku pun terpaksa minta diri jugalah, Rul.. Maaf ye Cik Suraya.. Ada
janji temu lain pulak ni…” suara Rahimi pula kemudiannya meminta diri.
Akhirnya tinggallah mereka berdua sebelum beredar ke kereta
masing-masing. Namun masih sempat berborak sebelum masing-masing berpisah.
“How are you Sue..? It's quite a long time until we met right...” lembut Shahrul bersuara bersama selajur senyuman. Kali ini perbualan
mereka lebih kasual. Tadi agak formal kerana atas urusan pekerjaan. Tambahan
lagi terdapat rakan sepejabat masing-masing.
“Owh, I’m fine, fine.. Surely fine.. and how about you…” Suraya pula bersuara. Badannya berpaling sedikit ke arah Shahrul. Diperhatinya sepintas lalu bekas kesayangannya suatu ketika dahulu. Masih segak sama seperti dahulu, malah lebih berketrampilan sejajar dengan kematangan setelah memasuki dunia pekerjaan, mungkin.
“As what you're seeing, right in front of you now…. Yah, me too definely fine.. thanks…” Shahrul
membalas. Dia senyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
“So how was your kid… dah berapa orang agaknya..?” soal Suraya pula.
Sengaja berbasa-basi.
“Hurm, not yet…” balas Shahrul pantas. “Belum ada rezeki kami buat masa sekarang… and
how about you..?” Soalnya balik. Ingin juga dia ketahui kondisi bekas kekasihnya dahulu ini. Ralat juga dengan kisah lama. Mereka saling menyayangi di antara satu sama lain. Namun, tetap tidak berjodohan. Dia memandang sepintas lalu gadis di hadapannya. Jika dahulu Suraya jelita, sekarang bertambah anggun!
“I’m still single Shah..” Suraya bersuara perlahan. "..and available.." Kedengaran lirih di situ walau tiada niat untuk dapatkan simpati mahu menyalahkan hal lama.
“Oh.. I’m sorry…” Shahrul speechless.
“It’s okay.. belum jodoh I..”
“Takkan orang selawa you belum ada yang sangkut..?” Shahrul cuba
menceriakan keadaan.
“What to do… Lawa pun bukannya ada yang hendak… Dulu pernah la
ada… Tapi tak kesampaian.. He left me for another girl… nak buat
camana…. So sekarang nie I kawin la dulu ngan my carreer…” dalam
baik Suraya mengenakan Shahrul.
“Well….. nevermind... You no need to worry… Sampai masa nanti, ada le tu… Jangan
lupa jemput I tau…” Shahrul cuba menamatkan topik.
“Kenapa pula nak jemput you.. sebab you memang patut
hadir.. Wajib..” Suraya membalas berani. Kemudian dia ketawa polos. Shahrul
yang mulanya terpaku dengan gurauan
berani Suraya akhirnya turut sama tergelak .
“Okaylah.. I’ve to go…” Shahrul meminta diri.
“Me too…” Sambut Suraya. Di kala itu talian tangannya berdering nyaring. Dia
memandang sekilas. Zarith!
“Ok la, see you..” dia menamatkan perbualan.
Shahrul angguk.
Suraya menekan butang dan menjawab panggilan itu. Matanya menuruti dari
jauh langkah Shahrul yang sudah menghampiri keretanya di tempat parkir kereta
di luar sana.
Hatinya berdebar kencang. Darahnya serasa panas menyirap. Kasihnya pada
Shahrul masih bersisa, walau kasih mereka sudah lama berlalu. Dia mengeluh
perlahan, dan melayan panggilan Zarith.
Charina menghidangkan
makan malam. Sementara Shahrul masih berada di bilik lagi, sedang menunaikan
solat Maghrib. Tidak lama kemudian, Shahrul muncul. Dia berjalan dan memeluk
pinggang ramping Charina sebelum duduk di kerusi menghadap hidangan.
|
“Sayang apa khabar..? Macam mana
suasana kat opis ari ni..? Ada apa-apa cerita menariks tak..?” Soal Shahrul,
cuba mengetahui aktiviti isterinya hari itu.
“Biasa-biasa aje bang, nothing new.. routine and routine..!” Charina membalas
sambil menyendukkan udang masak sambal dan cendawan goreng telur ke pinggan suaminya sebelum
menyendukkan ke dalam pinggannya sendiri.
“Abang pulak
macam mana.. ?” Soal Charina pula. Dia mengambil ikan masin gelama
pula dan menggaul-gaul mesra sebelum menyuap ke mulut bersama nasi.
“Hmm…. hari ni abang terlewat menghadiri temu janji dengan client.. And
Erin tau, sapa client abang tu.. ?? ” Soal Shahrul pada Charina.
“La abang neh.. abang tak cakap.. manalah Erin nak tau.. ”
Charina malas nak berteka teki. “Nak air bang.. ?” Soalnya lagi lalu
menuangkan air ke gelas yang terletak kemas di depan pinggan suaminya.
“Tima kasih, Sayang…” dia meneguk air sekejap "Erin tak nak teka siapa abang jumpa tadi?”
soalnya memancing.
“Siapa ya?" dia mahu menyenduk kuah tambah ke pinggan suaminya, tetapi Shahrul memberi isyarat tidak mahu.
"Abang jumpa kekasih lama abang eh.. ??” teka Charina lagi, selamba. Sengaja bergurau. Dia bangun untuk ke dapur untuk membawa pinggannya yang dah habis mengemaskan meja setelah semuanya selesai makan.
"Abang jumpa kekasih lama abang eh.. ??” teka Charina lagi, selamba. Sengaja bergurau. Dia bangun untuk ke dapur untuk membawa pinggannya yang dah habis mengemaskan meja setelah semuanya selesai makan.
“Wah, terrornya sayang abang…. Cemana Sayang tau
neh.. ?” Shahrul terkejut dengan
tekaan Charina itu.
“Eh, betul ke..?? Sayang main teka je la..” Dia mengangkat muka memandang
Shahrul sekilas sebelum kembali meneruskan mengemas dan membasuh pinggan
mangkuk di sinki. Shahrul masih menemaninya di meja makan.
“So, Suraya macam mana bang? Mesti makin lawa kan? Anak Datuk lagi pulak..”
Tangannya ligat membilas pinggan yang sudah disabun. Terselit jua cemburu di
hati. Maklum la, kasih mereka amat utuh suatu ketika dahulu. Hanya situasi yang
memisahkan mereka.
“Lawa memang la lawa…..”
“Ehem, apa dia bang.. ??” pantas Charina menyampuk. Dia cuba
mengawal perasaan cemburunya.
“Yea la, dia memang lawa pun… hakikat kan… Tapi takda maknanya pun… Sebab
abang dah ada Sayang…” Shahrul mengambil hati Charina.
“Lagipun, sayang abang ni lawa hapa…? Ayu.. manis.. anggun.. cute… semuanya
lah milik sayang….” Puji Shahrul lagi..
“Hmm… yea lah tuu…..” Puji ada makna ttuuu…..
Charina sengaja menarik muncung. Tapi tangannya masih ligat mengelap air
yang memercik di sekitar sinki.
“La…. Abang baru perasan, rupanya isteri abang ni makin bertambah lawanya
bila dia tarik muncung camni… macam mana selama neh abang tak
sedar.. ?” Shahrul bergurau mengambil hati isterinya.
Charina mencebek.
"See, cebek pun cantik" kemudian Shahrul tergelak-gelak kecil.
"See, cebek pun cantik" kemudian Shahrul tergelak-gelak kecil.
“Ya lah tu bang…” Charina mengalah, malas mahu melanjutkan bibit-bibit
pergaduhan. Dia yang sudah habis mengemas berjalan ke ruang tamu. Shahrul
mengekor sambil berjalan rapat dan memeluk bahu isterinya dengan tangan kanannya. Mereka berjalan
seiringan ke ruang tamu. Charina melentukkan kepalanya ke bahu Shahrul.
“Manjanya isteri abang nie…,” usik Shahrul sambil mencuit hidung isterinya. "Ni yang buat abang bertambah sayang ni.." usik Shahrul lagi... Charina hanya membiarkan gelagat
suaminya. Terselit kebahagiaan yang amat sangat. Namun di hatinya terasa cuak
juga. Mungkinkah kasih sayang yang ini hanya untuk sementara cuma..?? Terselit
kebimbangan di hatinya, mungkinkan kasih antara suami dan bekas kekasihnya itu
akan bertaut kembali..?? Sementelah pula mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi anak sehingga kini. Dia tidak berani memikirkan perkara yang masih belum
terjadi.. Namun dia berdoa semoga rumahtangganya dijauhi dari segala masalah
yang tidak diingini.
Apapun, syukur pada tuhan, kerana menganugerahi seorang suami yang baik.
Dia tidak pernah menyangka akan dilayan sebegini rupa oleh Shahrul.
Sungguh dia tidak pernah menyangka, kalau diikutkan dengan bibit pergaduhan di awal perkenalan mereka dahulu.
Dalam diam dia mengeluh kecil.
Sungguh dia tidak pernah menyangka, kalau diikutkan dengan bibit pergaduhan di awal perkenalan mereka dahulu.
Dalam diam dia mengeluh kecil.
Comments