Cinta Lelaki vs Cinta Wanita
CINTA LELAKI * Cinta lelaki selalunya manis, kerana lelaki yang bercinta seringkali memberi ucapan dan kata-kata manis. Sering juga menabur janji-janji manis yang melekakan * Cinta lelaki mudah diagih-agihkan. Buktinya, lihat sahaja lelaki mampu untuk memberi cinta kepada lebih dari seorang perempuan dalam satu-satu masa * istimewanya cinta lelaki, ia sukar dipamerkan. Cintanya ada dalam hati, untuk dirasai bukan untuk ditontoni. Kerana cinta itu terlalu istimewa dan terlalu peribadi kepada seorang lelaki CINTA WANITA * Cinta wanita selalunya pahit. Wanita yang bercinta kadang kala rela menerima janji-janji manis lelaki yang belum tentu ada kebenarannya. Ada masanya sanggup terseksa demi lelaki yang dicintainya * Cinta wanita pula selalunya setia. Tulus dan romantis. Kerana wanita yang bercinta selalu sangat kudus hatinya * Cinta wanita terlalu jelas pada pandangan matanya, tingkah lakunya dan juga tutur katanya..