Posts

Showing posts from January, 2012

Ceritera CINTA : Perkara Lebih Mujarab dari I Love U! - part 1

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Ok, aku ada baca satu artikel kek satu majalah ni.. Aku rasa, bagus untuk dikongsi2 bersama.. Jom tgk bawah! SATU Di suatu pagi hari minggu, bestkan tarik selimut.. pejam mata rapat2.. bangun lambat2 dan bermalas2an.. owhh, owh bestnyaaaa... Tapi, jangan lupa solat Subuh.. pastu sama2 menyarung kasut getah dan berjalan beriringan sambil menghidup udara segar. Nak berlari2 kecilan punnn boleh... Hati rasa nyaman, fikiran pun tenang.. Kasih sayang pun melimpah.. cubalah! DUA Kalau malas berjalan kaki, atau belari.. apakata beli sepasang basikal? Langkah pun lebih pantas sambil mencipta momen manis bersama.. hehe TIGA Dia sedang bertempur dengan kerja penting di pejabat. Makan tengahari pun entah ada entahkan tidak.. Jadi, apa salahnya kan kalau telefon budak penghantar pizza barang sekotak dua.. Dia pasti terkejut dan gumbira.. malah, rasa terharu dan lebih sayang padamu... perhaps.. :) E...

Meraban

Tiap kali pergi pasar malam, mesti habis duit... nyampas.. Ok, seb baik besok lusa aku dah nak balik kampungs sat kan.. jimaaatt la sikit.. kalo tak 2 3 jenis buah dah ada untuk stok di rumah.. :P kononnya la kan.. kadang2 habis.. kadang makan nya sikit.. pastu dibuang, haish.. Ok, mari kita lihat apa hasil buangan dan tidak perlu untuk hari ini 1. Laksam (dengan telur burung dan serunding.. yummyyyy) - RM 4-00 2. Rangka ayam - nak yg garing - RM 2-50 3. Keropok - RM 2-00 4. Tudung bawal two tone (kaler peach) - RM 10-00 5. Anak tudung bawal (hitam, hijau, pink & dark purple) - RM 30-00 hurm.... hurmm... perlu ke beli tudung dan anak tudung tu? perlu ke? so total up belanja untuk malam ini sahaja di pasar malam=RM 48.50 syabbas bettey! huhuhuu... welll... itu la pompuan.... menyamfahhhh!!! sebab tu i hate pergi pasar malam.. (ok, ini alasan semata) ekekekeke.. :P Ok la.. chiow...

Mari dengar satu cerita : Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ P ada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah j...

Ceritera CINTA : Tanda Cinta Semakin Pudar!

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ ♥ Malas angkat telefon.. ♥ Taip sms pun pendek2 jer.. ♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..! ♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.' ♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!! ♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja.. ♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati.. ♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.. ♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia.. ♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.. ♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.. ♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.. ♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.. ♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...

Mari Layan Lagu : OST DDLJ - Dilwale Dulhania Le Jayenge

Kita layan lagu Hindustan la pulak yek.. Suuuuka sangat lagu ni... sapa penah nampak muka org tuuuu jer tgk org lain pun nampak muka dia..? tgk sana nampak dia... tgk sini pownn nampak dia.. sapa? sapaa....? musti selalu kann, esp. org yg dalam DAP, ngeeeee update : meh kita tambah lagi lagu2 dari DDLJ ini.. layannnn  <---- update on 23 Apr'12 info : Filem DDLJ ni pertama kali ditayangkan pada tahun 1996... namun kembali 'boom' selepas Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) yang meletp pada tahun 1998 - note : aku suka DDLJ lagi,, hehe

Ceritera CINTA : Cara mengembalikan kemanisan dalam alam rumahtangga

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Ok, tips cinta lagi.. tapi, dalam alam berumah tangga pulak ya.. cekidout! 1. Cuit-cuit Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayanamanya. 2. Kenyit-kenyit. Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda. 3. Ops, maaf terpegang. Tidak...

Ceritera ILMU : 7 Sunnah Rasul Yang Perlu dijaga

Image
لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama...

Salam Ukhuwah!

Hi, Salam Ukhuwah dan salam tahun baru 2012 dan lepas 6 hari baru nak ucap salam tahun baru kan.. aiyooo...! Hurm, berubahnya dan beralihnya setahun lagi kita, maka seiringan itu, maka meningkatlah lagi usia kita ke arah dan aras yang lebih matang, mudah-mudahan :) Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia kita.. Apa azam tahun baru? For me, nope.. malas nak berazam ni.. yang akhirnya di brought forward. so tahun ni, saya start gone with the flow. :) tak perlu nak tunggu tahun baru nak berazam kan..? Janji dalam diri kita sudah tahu apa yang kita mahu... and work for it! Biasa la, tak mahu bebel panjang2.. We stop for now. Till we meet again. Salam. -Dew-

Ceritera CINTA

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ ♥ Kata Najwa ---->> Cinta Muka Buku ♥ ♥ Kata Rangga ---->> Ada Apa Dengan Cinta ♥ ♥ Kata Radja ---->> Benci Bilang Cinta ♥ ♥ Kata Agnes Monica ---->> Cinta Tak Ada Logika ♥ ♥ Kata Polis ---->> Cinta Itu Sukar Ditangkap ♥ ♥ Kata Ustaz ---->> Cinta Itu Anugerah ♥ ♥ Kata Doktor ---->> Cinta Tak Dapat Diubati ♥ ♥ Kata Guru ---->> Cinta Tak Boleh DiPelajari ♥ ♥ Kata Hakim ---->> Cinta Tak Boleh Di Hukum ♥ ♥ Kata Orang ---->> Cinta Itu Indah ♥ ♥ Kata Ulama ---->> Cinta ALLAH Yang Abadi ♥ Sumber : FB Islam Iman Ihsan