Posts

Showing posts from September, 2012

Ceritera CINTA : KALAU SI DIA TAK JAWAB CALL...

Image
Apa nak buat? musti gelabah kan.. musti susah hati kan.. Jom kita lihat bawah... ♥ Berikan dia masa untuk bertendang.. eh, bertenang.. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia ♥Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya... tapi jangan hantar mesej-mesej yg menyakitkan hati dan akan membawa lebih banyak keburukan, okesss.. ♥ Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf dengan dia. Tak salahkan kalau kita memohon maaf..?? ♥ Kalau dia tak angkat juga, mungkin dia ada masalah atau kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk beritahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerjanya. Kalau ...

Novel : Kemelut Kasih - Part 2

Image
Part TwO Bab 2      S atu  goyangan tangan di bahu menyedarkanku dari lena. Syarifuddin, teman yang baru ku kenali kira-kira hampir 9 jam yang lalu menyengih menunjukkan 32 mutiaranya yang tersusun rapi.  “Awak…dah sampai dah…” ujarnya sambil senyum. Hish, murah senyuman sungguh! Kalau aku tergoda, sape nak jawab tu?? Aku yang baru tersedar terpisat-pisat memandang keliling. Beberapa orang yang sedang berjalan di ruang tengah bas tersekat-sekat menunggu penumpang di depan turun terlebih dahulu. Suasana di luar sana masih lagi gelap. Sekilas aku memandang jam Bum Equipment bertali emas di tangan pemberian Umi sempena ulangtahunku ke 19 tahun yang lalu. 5.30 minit pagi. Sebentar kemudian aku kembali memandang Syarifuddin yang manis tersenyum. Aku membalas senyumannya lalu mengemaskan rambutku yang sedikit kusut itu. “Tadi saya dah kejutkan awak semasa nak sampai tadi, tapi… awak tak sedar pun” Si Syarifuddin yang peramah itu...

Edisi Lelaki (lagi) : Jenis Lelaki Yg Membahayakan Wanita

Image
Ini tips untuk ladies/anak gadis/wanita di luar sana, kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga. SATU Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka. DUA Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak. TIGA Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua? jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti ...

Ceritera Lelaki : Rahsia Lelaki Mengikut 4 Unsur

Image
Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur (1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan (2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh (3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas (4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas ~LELAKI TANAH~ Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria. (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING) Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima’, selalu sihat, banyak kerja. ~LELAKI AIR~ Sifat air dika...

Terkenang-kenang: Kenangan Zaman Persekolahan

Image
Hi, Salam! Untuk menambahkan posting dan hapdet ku... kui kui kui... Kenangan masa sekolah yea.. Ermm... 1. Aku tak masuk tadika... Masuk terus darjah satu... Masa peksa penggal pertama, terus dapat tempat pertama... Ingat lagi, masa cikgu kelas jalan masuk, letak buku atas meja. Pastu tanya, "nak tau tak siapa dapat tempat pertama..?" sume jawab "naaakkkkkk..." pastu cikgu sebut la nama aku.... pastu sume mata pandang kt aku.... hehe.. sampai la aku hengat detik ittewww...... That time markah aku 100 BM 100 Math, 98 English.. and 96 utk apa ntah..lupa.. 2. Aku dulu skolah sume fonfuan... Masa lepas SPM, dapat panggilan lewat sket masuk U.. so aku naik la Lower Six jap.... pastu... nak jadik citer cikgu nak lantik aku jadik Head Girl that time... kebetulan aku dapat Matriks... terus aku lawrik masuk matriks.. padahal masa tu aku dah nekad nk ambik STPM dah masa tu... tanak aku... kalo lantik jadik S/U ke.. Bendahari ka... Penolong Ketua ka takpa gaks.......

Novel : Working Title - Kemelut Kasih Part 1

Image
Novelku ... Give a try to baca.. hehehehh... ^ - ^ sedikit info : cerita/konon2 novel la ni kan *-^ dah lama aku cuba-cuba tulis dan terperap dr zaman aku belajar kt UPM lagi, tak silap di sem. 3/4... sampai sekarang masih tergantung dan tak terusik walau dh almost 350 pages.. walau dh almost 12/13/14 thn berlalu.. haish.. apa la nk jadi ni ruzie oiii... *dusyum* Bab 1 Suasana  sunyi dan tenang sewaktu mendengar kuliah Undang-undang Perniagaan dan Komersil dari Prof. Madya Dr. Shahabudin kira-kira sejam yang lepas mulai bertukar. Masing-masing mulai riuh dan sibuk untuk berjumpa dengan ahli kumpulan kertas kerja yang baru sahaja diumumkan oleh pembantu Prof. Madya Dr. Shahabudin sebelum kelas berakhir tadi. Charina cepat-cepat mengemaskan nota-nota kuliahnya dan berjalan pantas menghala ke arah pintu Dewan Kuliah 1 yang luas itu meninggalkan suara-suara yang semakin membingitkan. Tangannya sudah pun memulas tombol pintu apabila dia terdengar satu suara memanggil...