Posts

Showing posts from February, 2013

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Hakim dan Seorang Nenek Tua

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus  ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-ti...

Novel : Kemelut Kasih - Part 9

Image
~NiNe~ Bab 9       S hahrul  membonceng Suraya menuju ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana pada pukul 10.00 pagi nanti mereka mempunyai kelas Islamic Banking yang akan diajar oleh Dr. Fikry nanti. Sambil menunggang motor, dia memandang sepintas lalu jam di tangannya - 9.52 pagi. Suraya di belakang memeluk pinggangnya erat. Shahrul menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduannya. "Shah, balik kelas nanti temankan I pergi The Mines ye…," suara Suraya daripada belakang. "I nak beli barang la…" sambungnya lagi manja. "Nak beli apa?" Soal Shahrul ingin tahu. "Eh, mana boleh cakap… rahsia orang perempuan …" Shahrul tergelak kasar. "Ha.. ni mesti nak beli 'benda' tu nie…." Duga Shahrul serkap jarang. Dia tergelak lagi. Suraya menepuk bahu Shahrul manja. "Eee… teruk la you ni… dirty minded …. Bukan benda tu la…" jawab Suraya balik. "Dah you jugak yang cakap benda o...

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Penjual Tempe

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~   Lama tak berhapdet belog ini kan.. hehe.. Cam biasa, hasil copy dan paste, untuk perkongsian kita bersama Namun, baca dan nilai, dan renungkan intipati di sebaliknya... dan semoga manfaat darinya..  * _ ^ Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua i...