Novel : Kemelut Kasih - Part 10
Bab 10 S uraya menarik muncung panjang sewaktu Shahrul datang mengambilnya untuk ke kelas pada petang itu. Dia memakai helmet lalu membonceng TZM Shahrul itu tanpa mengeluarkan sepatah kata. Ikutkan hati dia tidak mahu pergi ke kelas itu sebagai tanda protesnya terhadap Shahrul. Tetapi memandangkan kelas itu merupakan kelas tutorial Auditing, dia terpaksa pergi. Dia tidak mahu lagi diherdik oleh tutor berbangsa India itu. Dua minggu lepas dia telah dimalukan di hadapan rakan sekelas kerana tidak menghantar latihan yang diberi sedangkan Shahrul dan beberapa orang lagi pelajar lelaki yang lain tidak menerima sebarang tindakan. Tetapi untuk ponteng kelas itu, dia tidak berani kerana telah diberi amaran lisan oleh tutor itu. Hah, ini semua gara-gara budak perempuan yang ditemuinya di The Mines tadi la…!! Ujarnya sendiri menyalahkan Charina yang ditemuinya tadi. Setelah mereka beredar tadi, barulah dia menyedari budak perempuan ...