Posts

Showing posts from October, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 16

Image
                      Bab 16             T iga minggu telah berlalu semenjak peristiwa Farid, Budin dan Charina dulu. Namun sehingga hari ini tiada lagi gangguan dari pemuda berdua itu. Diam-diam Charina bersyukur. Semoga mereka tidak akan mengganggunya lagi! Seingatnya, dia telah menolak secara baik setiap kali Farid membicarakan pasal mereka. Farid seringkali datang menemuinya di kolej. Dia faham maksud Farid, namun dia melayan Farid sekadar teman biasa sahaja. Tiada keistimewaan langsung yang ditunjukkan.                Layanannya sama seperti layanan rakan-rakan lelaki sekolej yang lain. Dia sedar dia sudah terikat, meskipun pada mulanya layanan dari Shahrul amat dingin. Sehinggalah baru-baru ini sikap Shahrul terhadapnya mulai berubah. C...

DIY - Mekap cara smokey eyes

Image

Selingan : Pak Pandir & Si Luncai

Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut. Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya.  Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira.  Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandi...

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Ngeri Di Suatu Kemalangan

Image
Kisah Benar Mati Hina Dalam Kemalangan Ngeri Semasa Berzina  | Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran! Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. Mereka jadi terked...