Novel : Kemelut Kasih - Part 17
~SeveNTeeN~ Bab 17 M alam itu, Faizul datang secara tiba-tiba. Berseorangan. Dia memang sering ke mari. Kadang-kala dia datang bersama teman rumah bujangnya, Rahmat dan kadang kalanya Shamsul. Hubungan antaranya dengan kami satu bilik sudah mesra. Kerapkali kami keluar bersama-sama satu bilik, kadangkalanya pula hanya aku, Kak Linz dan Faizul. Biasanya kami hanya keluar makan di kawasan berdekatan. Paling tidak pun kami berborak-borak di bawah. Aku melangkah menuruni tangga, juga berseorangan. Kak Linz ke rumah abangnya yang berada di Desa Serdang. Yati pula masih sibuk dengan aktiviti ROTUnya, sedangkan Syikin pula dari awal lagi dah lesap. Berdating dengan Abang Hakimi agaknya. Ini merupakan kali pertama Faizul ke mari selepas peristiwa yang menimpaku hari itu. Aku merasakan kedatangannya sekali ini pun pastinya sedikit sebanyak berkaitan dengan hal ku itu. Perasaan segan menguasai diriku di kala ini apabila mengingatkan peristiwa yang...