Posts

Showing posts from September, 2014

Tips Perkahwinan : 15 PETUA KEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI

Image
Hakikatnya, tugas isteri zaman sekarang bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami. Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk, tetapi bagaimana pula dengan suami? Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik. Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami. 1. Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami. 2. Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan. 3. Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali. 4. Tanya su...

Novel : Kemelut Kasih - Part 22

Image
Bab 22 "E ncik Shahrul, ini fail yang Encik minta tadi…..” Shahrul yang sedang asyik meneliti data dalam fail biru yang baru diterimanya semalam mengangkat wajahnya sebentar memandang wajah Izati, kerani akaun yang manis itu. Dia mengangguk.             “Terima kasih… Letakkan di situ. Saya akan lihat sekejap lagi.” Ringkas dia bersuara. Setelah itu, Izati berlalu. Selepas menghirup sedikit air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh tea lady sebentar tadi, Shahrul kembali membelek helaian yang seterusnya. Padanya, cadangan dari Syarikat Pembinaan Megah Padu  Bhd itu amat menarik, namun ada sesuatu yang tidak kena di sini.             Cadangan projek pembinaan perumahan, sekaligus penubuhan Bandar baru di kawasan Kampung Perantau itu memang baik. Dengan konsep yang ala country , tenang dan  mewah. Bayangkan, seratus lapan puluh tiga blok...

Siri : Nadja - Satu

Image
SATU                        Deringan  telefon di atas mejanya kedengaran nyaring.  Nadja berlari-lari anak sebelum talian tiba-tiba sunyi. Dia yang tadinya sedang membuat salinan di mesin fotokopi  berpatah balik untuk menyambung kerjanya yang terhenti seketika akibat deringan telefon itu. Baru tiga langkah, sekali lagi deringan telefon di mejanya kedengaran. Terus dia menyambung lari menuju ke meja kerjanya sepantas mungkin. Sebelum itu dia sempat melihat Encik Lokman, seorang Eksekutif Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran di pejabatnya sedang menghala ke mesin salinan pendua yang digunakannya sebentar tadi. Dua fail manila yang agak tebal berada di tangan Encik Lokman Pastinya dia juga ingin menggunakan mesin itu. Sebelum mengangkat gagang, Nadja sempat  mengisyaratkan dokumen yang ada di sisi mesin itu adalah miliknya dan menyuruh Encik Lukman menggunakan dahulu serta mengenepikan doku...

Novel : Kemelut Kasih - Part 21

Image
Bab 21                   Masa perpisahan akhirnya tiba juga. Barang-barang semuanya telah dikemaskan. Bilik sudahpun kosong. Kunci-kunci juga baru dihantar ke Pejabat Am Kolej. Nampak gayanya, dia dan Yati juga akan berubah blok. Sementara Kak Linz dan Syikin akan keluar terus dari bumi UPM ini. Dan status pelajar mereka telah ditamatkan serta merta. Maklumlah, mereka sudah menamatkan pelajaran mereka… he.. he.. Yati telah ditempatkan di blok  Kijang sementara dia pula ke blok Rusa. Tapi, Charina pula memilih untuk menetap diluar kampus bersama-sama teman sekursusnya. Dia memilih untuk  menjadi PLK, Pelajar Luar Kampus. Mereka telah bersama-sama memilih untuk menyewa di sebuah rumah di area Serdang ini. Dia ingin merasa kehidupan di rumah sewa pula. Kehidupan di kolej yang padat dengan aktiviti sudah dirasa. Kini dia ingin merasa hidup bujang bersama rakan-rakan perempuan pula. Yalah, sementara belu...

Novel : Kemelut Kasih - Part 20

Image
Bab 20 “S ue … mari makan, nak…,” suara Mak Limah dari luar pintu anak Dato’ Zahari itu. Kali ini sudah masuk lapan kali dia mengetuk pintu bilik Suraya. Namun tiada tindak balas. Petang tadi, Suraya balik dengan mata merah dan muka yang masam mencuka. Kakinya yang berskirt pendek itu dihentak kuat-kuat seolah meluah perasaan tidak puas hati. Sebetulnya, dari ngauman enjin keretanya sewaktu memasuki kawasan banglo ini pun  Mak Limah sudah mengetahui ada yang tak kena dengan Suraya. Dan dari hempasan pintu keretanya juga dia sudah mengetahui mood Suraya yang tidak baik itu. Setibanya dia di banglo mewah tujuh bilik ini tadi, terus dia meluru ke biliknya dan sampai sekarang masih belum keluar.             “Suraya… bukaklah pintu ni… mari kita makan, Sue…,” pujuk Mak Limah lagi belum putus asa. Sebetulnya, dia sudah memahami karenah anak manja Dato’ Zahari ini. Kuat merajuk, namun mudah di...