Posts

Showing posts from May, 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 27

Image
Bab 27 L if ditekan ke tingkat 17. Setelah melepasi satu tingkat ke satu tingkat sebelum lif sampai ke destinasinya. Suraya menunggu penuh konsentrasi. Tiba-tiba deringan handphone nya berbunyi nyaring. Dia memandang sepintas lalu sebelum menekan butang reject . Tidak selesa kerana masih terdapat 4 orang yang masih bersama-sama di dalam ruangan lif yang sempit itu. Setelah lif sampai di tingkat 17, dia melangkah keluar penuh gaya. Anggun! Sambil membimbit briefcasenya di sebelah kiri tangannya, dia kembali mendail nombor talian yang dimatikan sebentar tadi. Di muka pintu Zach’s Construction Corporation Sdn Bhd,  dia berhenti seketika sebelum pintunya dibuka oleh penyambut tetamu merangkap telefonis dari dalam. “Selamat Pagi, Cik Suraya..!” sopan Adilla menegur. Suraya angguk, namun masih tegas. Gaya wanita aristokrat terpancar di wajahnya. Dia amat beruntung, dalam usia masih muda sudah bergelar pengurus. Namun dia tidak mahu dia bergelar pengurus d...