Thursday, July 11, 2013

Perihal A&H : Fakta tentang Lelaki & Wanita



Perwatakan seseorang itu memang sukar untuk diramal, tetapi jom baca 5 fakta tentang pasangan kita yang jarang kita ketahui

FAKTA TENTANG LELAKI

  1. Apabila lelaki bercakap "ermmm, tengoklah dulu" itu bermaksud si dia kurang setuju dengan pendapat kamu ataupun si dia memang bermaksud "tidak!"
  2. Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku. Oleh sebab itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini
  3. Lelaki tidak suka gadis terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
  4. Kebanyakan masa lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan
  5. Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai sahaja

FAKTA TENTANG PEREMPUAN

  1. Perempuan suka berpura-pura seperti mereka seorang yang sukar untuk difahami. Namun hakikatnya dalam hati, mereka berharap agar mereka dapat difahami oleh kaum lelaki
  2. Bila si dia tidak ambil peduli di mana kamu berada, dengan siapa kamu bersama atau apa sahaja tentang kamu itu bermakna kamu tidak lagi dalam fikirannya
  3. Sekiranya dia mula berkata "kenapalah dari dulu lagi kita tidak bertemu" itu bermakna kamulah satu-satunya calon yang paling sesuai untuknya dan si dia betul-betul menghargai kehadiran kamu
  4. Siapa kata perempuan mudah tertarik dengan kekacakan lelaki sahaja? Sebenarnya mereka lebih tertarik dengan lelaki kelakar dan ambil berta tentang dirinya
  5. Mereka cukup pantang bila si kekasih hati menghilangkan diri bukan kerana 'queen control' tetapi bagi mereka adalah satu keperluan untuk mereka tahu di mana pasangan mereka berada.

Tuesday, July 9, 2013

Perihal Kaum Adam : Rahsia Lelaki



Pssstttt! korang.....

lelaki memang sukar nak di fahamikan? memang tak di nafikan macam-macam ragam misteri yang menyukarkan seorang perempuan memahami mereka. Jika kamu nak tahu 20 pekara misteri tentang lelaki (yang mereka cuba sorokkan dari kamu) jom baca beberapa rahsia yang sempat di 'korek' sendiri dari kaum lelaki :)

1.       Lelaki memang suka perempuan yang cantik, namun tidak semua yang akan bersungguh-sungguh untuk mendekati perempuan tersebut kerana bagi mereka, mereka hanya suka melihat sahaja.

2.       Lelaki boleh mengambil masa beberapa minit sahaja menyukai seseorang! Malah, mereka juga boleh melupakan seseorang dalam sekelip mata!

3.       “Awak buat apa tuh?” atau “Awak dah makan?” itu memang soalan lazim mereka untuk memulakan perbualan. Ini adalah satu teknik lelaki untuk membuangkan gugupnya ketika berbicara dengan kamu.

4.       Lelaki lebih terpikat dengan perempuan yang ‘jual mahal’ kerana bagi mereka lebih mencabar.

5.       Buat pengetahuan kamu, lelaki suka jika tangannya di sentuh oleh pasangannya tidak kiralah sama ada sengaja atau tidak di sengajakan.

6.       Hati-hati ketika menghantar pesanan ringkas pada seorang lelaki, kerana jika kamu hantar pesanan yang tidak lengkap mereka akan terus ‘jump into the conclusion’.

7.       Lelaki memang nakal, adakalanya sampai boleh di katakan ‘ulat bulu naik daun’ jugalah. Namun, di sebalik kenakalan mereka, bila mereka berhadapan dengan wanita idaman mereka akan terdiam dan membisu seribu bahasa. Percayalah!

8.       Jika kamu kata ‘TIDAK’ pada lelaki, mereka tidak akan terus berputus asa. Malah mereka akan menganggap perkataan itu seperti ‘Sila cuba lagi!’.

9.       Lelaki suka seorang perempuan yang kelakar, spontan, dan agak kalam kabut (in a good way) kerana, bagi mereka perempuan seperti ini comel dan boleh membuatkan hatinya sentiasa tercuit.

10.   Mereka sangat berharap mempunyai seorang kekasih hati yang boleh di jadikan sebagai ‘geng kamcing’ mereka juga.

11.   Kamu boleh menguji kesetiaan dan keikhlasan seorang lelaki, namun jangan berterusan dan berlarutan kerana lama kelamaan mereka akan mula hilang minat dengan kamu.

12.   Lelaki lebih suka meminta nasihat dan pandangan daripada kaum sejenisnya sahaja manakala perempuan pula hanya tempat meluahkan isi hati dan rasa.

13.   Jika si dia suka mengusik kamu sehingga adakalanya membuatkan kamu tersipu-sipu itu bermakna si dia menyukai kamu.

14.   Mereka akan menjadi ‘singa’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi bila dengan kekasih hati  mereka akan terus bertukar menjadi ‘kucing’ yang paling jinak dan manja.

15.   Walaupun dalam keadaan cemas dan tegang mereka akan sentiasa berlagak ‘cool’ dan tenang untuk menghadapinya. Padahal dalam hati degupannya dah seakan bunyi ‘heavy metal’. Jadi nak tahu si dia betul-betul cuba menyembunyikan gugupnya atau sebaliknya lihat adakah si dia berpeluh atau tidak.

16.   Jika lelaki kata dia gagal mengenali kami itu bermakna si dia cuba ingin memberitahu kamu tidak ‘sekepala’ dengannya.

17.   Sekirannya kamu di jadikan sebagai tempat mengadu nasib tentang hubungan dengan kekasih hatinya percayalah, selepas sahaja dia memutuskan hubungan kamu pasti akan dijadikan sebagai penganti! Kerana mereka akan tertarik dengan sikap penyabar dan keikhlasan kamu berkawan dengannya.

18.   Jika di siang hari mereka menghabiskan masa dengan berpuluh wanita yang berbeza, di malam hari sebelum melelapkan mata hanya aka nada satu nama sahaja yang bermain di fikirannya.

19.   Lelaki lebih cerewet memilih pasangan hidup. Jadi, hati-hati ya kaum perempuan kerana tidak semestinya kamu sudah bersama dengannya 10 tahun kamu confirm akan jadi pasangan hidupnya.

20.   Mereka lebih tertarik dengan perempuan yang jauh lebih tua daripadanya ketika mereka berusia 23 tahun ke atas kerana sewaktu itu mereka mula memikirkan sesuatu hubungan yang lebih serius berbanding biasa.

Wednesday, July 3, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 12



~TweLvE~

 

 



Bab 12

        Tengku Mazri membelok ke kanan ke arah beberapa buah chalet yang agak menarik dan besar berbanding chalet yang kami lalui tadi. Kedudukan chalet ini adalah berjauhan di antara satu sama lain dan mempunyai halaman yang disusun reka amat menarik dengan pokok-pokok bunga yang pelbagai warna itu. Akhirnya dia menghentikan keretanya di sebuah chalet yang paling hujung di antara susunan chalet-chalet tadi.

Charina pantas keluar setelah melihat Mazri yang baru sahaja menutup pintu kereta itu berjalan menghala ke arahnya untuk membuka pintu kereta sebelahnya. Dia tidak mahu dilayan umpama puteri raja. Segan dan tidak biasa dilayan sebegitu.

Tengku Mazri tersenyum meleret melihat gelagatku.

"Jom…," ucapnya lalu dia berjalan menuju ke chalet tersebut dan aku mengikutnya dari belakang. "Mungkin Farid dah lama menunggu kita…..," sambungnya lagi lalu tunduk membuka tali kasutnya.

         Aku tersenyum meleret tanpa kata. Takut juga rasa di hatiku kerana kami sudah lama tidak bersua muka semenjak pertemuan kami di kolejku dahulu. Itu pun berakhir dengan pertengkaran kecil, namun baru-baru ini dia ada menghantar bunga melalui delivery sewaktu pesta konvo.

          Aku membuka sandalku dan mengikuti langkah Mazri yang sudah berada di ambang pintu. Dia mengeluarkan kunci dan membukanya cermat. Hatiku berdebar-debar. Entah siapa lah yang berada di dalam. Betul ke dia ni boleh dipercayai. Sepantas kilat perasaan itu muncul dibenakku. Terasa menyesal pula kerana mengikutnya ke mari.

               "Jemputlah masuk….," suaranya setelah melihat langkahku yang teragak-agak itu. Aku menelan liur sambil menyentuh hujung rambutku yang melepasi bahu itu perlahan. Wajahku cuba aku selambakan sebaik mungkin agar tidak dia sedari perasaanku di kala ini. 

Aku mengangguk kepala perlahan sambil tersenyum pendek.

"Sunyi je nampaknya, takde orang ke?" Aku cuba bersuara agar Tengku Mazri tidak dapat meneka perubahan sikapku.

"Farid tidur kot…," balas Tengku Mazri lalu membiarkan pintu terbuka. Mungkin juga dia memahami perasaanku di kala ini. Dia berjalan menghala ke arah sebuah bilik yang berada di chalet itu. Terdapat tiga buah bilik di chalet itu. Aku memerhati sepintas lalu. Cantik! Susunan perabotnya kemas dan tersusun.

"Awak duduklah dulu ya… saya nak cari Farid sekejap." Ucapnya lagi lalu memboloskan diri memasuki bilik yang pertama tadi. Sekali lagi aku menelan liur namun aku cuba mententeramkan hatiku ini. Sebentar kemudian Tengku Mazri keluar sambil menggelengkan kepalanya.

"Farid takdelah… mungkin dia keluar kot….," ujarnya lagi lalu tersenyum ke arahku. "Tadi minta tolong kita jemput, sekarang dia pula ntah ke mana…," Tengku Mazri membebel seorang diri, perlahan namun dapat aku dengarinya.

"Awak duduk dulu la ya… saya nak ke belakang sekejap."

Aku mengangguk. Selepas Tengku Mazri menghilang di sebalik tirai yang berenda indah itu, aku bangun untuk melihat gambar yang tergantung di dinding berhadapanku itu. Gambar keluarga Farid rupanya. Daripada gambar itu aku dapat ketahui bahawa Farid masih mempunyai dua saudara. Seorang abang dan seorang kakak. Ooo… dia yang bongsu rupanya…. 

           Sedang asyik aku memerhatikan gambar yang kedua, terdengar satu deruan enjin kereta yang menghampiri chalet tersebut dan kemudian dimatikan. Aku terus memerhatinya dari tingkap berukir yang dibuka oleh Tengku Mazri tadi sebelum dia menghilang. Kelihatan Farid bersusah payah keluar dari kereta Mercedez model terbaru itu sambil dibantu oleh pemandunya. Dia berjalan dalam susah payah sehinggalah sampai di beranda chalet itu.
             Charina cepat-cepat menuju ke sofa yang empuk itu dan membuka sebiji majalah lalu membeleknya sepintas lalu. Sebenarnya dia tidak pasti apa yang perlu dia lakukan ketika itu. Dia tidak mahu Farid mengetahui aksinya diperhatikan. Dalam diam, timbul juga rasa kasihan melihatkan keadaan Farid itu. Charina terus membelek majalah.

"Eh, Erin… dah sampai pun….," terdengar suara Farid dari belakangnya. Charina berpaling ke arah Farid yang baru melepasi pintu itu. Dia melemparkan senyuman manisnya lalu bangun untuk membantu Farid yang terhencot-hencot dibantu oleh Pak Wahab, pemandunya itu. Pada ketika itu Tengku Mazri turut keluar dari bilik belakang.

"Haa.. ke mana kau tadi Farid? Aku ke rumah kau tadi, Mak Yam cakap kau kat sini. Kami ke mari kau takde la pulak…" Soal Tengku Mazri pantas sambil menatang semangkuk buah anggur dan sebotol air coke yang diletakkan di dalam sebiji talam yang sudah pastinya berukir indah di kelilingi beberapa biji gelas.

           Huh! Orang bangsawan yang hartawanlah katakan…. Mestilah sepadan dengan perkakas yang menawan belaka. Cetus Charina di dalam hati. Keluarganya sendiri pun boleh dikatakan dalam golongan berada, namun tidaklah semewah itu sehingga membeli peralatan yang tentunya ditempah khas itu.

          "Aku singgah di gym tadi sekejap untuk praktis kaki aku ni…." Balas Farid sambil menunjukkan ke arah kakinya yang bersimen, dibaluti kain kasa yang tebal. Kini kain putih itu nampaknya tercemar dihiasi pelbagai signature dan kata-kata. Mungkin ditulis oleh Farid sendiri atau rakan-rakannya.

           Setelah didudukkan di sofa, Farid merenung wajah manis Charina sehingga Charina serba salah. Tiba-tiba Farid tersenyum .

              "Alahai… rindunya saya kat awak Erin…. Dah lama kita tak bercanda," lancang mulut Farid bersuara di hadapan Pak Wahab dan Tengku Mazri, sepupu Farid yang tua empat tahun dari Charina dan tiga tahun dari Farid sendiri. Matanya tidak putus merenung wajah ayu Charina. 
                Sambil itu dia memegang pergelangan tangan Charina dan menariknya sehingga Charina terduduk di sebelahnya. Charina yang merasa malu secepat kilat cuba menjauhkan diri dan bangun dari situ namun sepantas kilat Farid meletakkan tangannya di bahu Charina dan mengeratkan pelukan di bahu Charina. Wajah Charina yang cerah dibaluti warna kemerahan. Dia cuba merungkaikan pelukan di bahunya.

             "Farid, jangan buat saya macam ni… lepaskan please." Dia memohon Farid melepaskan tangannya secara hormat, namun dipersendakan oleh Farid. Sebelah tangannya lagi ditaut di melintasi hadapan dada Charina. Charina bertambah segan dan hampir-hampir menangis kegeraman. Dia cuba bertindak kasar setelah rayuannya secara lembut tadi tidak dipedulikan.

"Ehem!" Tengku Mazri berdehem.

" Farid…. Cukuplah tu… takkan kau nak dedahkan aksi kau kat sini di depan kami ni….," Tengku Mazri cuba menyelamatkan Charina dari pelukan Farid.  "Kot ye pun, respeklah kami kat sini… kami ni bukannya tunggul…. Dan Charina ni bukannya patung mainan……," sambung Tengku Mazri lagi menyindir lalu menuang air coke ke dalam gelas selamba. Farid melonggarkan dakapannya. Charina bingkas bangun.

"Pak Wahab, jemput minum… Charina…. Dan Farid, jemput minum semuanya…" suara Tengku Mazri lagi.

"Takpe lah, Pak Wahab dah minum tadi. Sekarang Pak Wahab nak balik. Nanti kalau Tuan Farid nak balik, telefonlah ya…. Nanti Pak Wahab datang ambil." Selepas  bercakap dia terus undur dan berlalu.

"Pak Wahab!" Panggil Charina yang sedang berdiri. Pak Wahab terhenti dan menoleh.

"Saya nak ikut balik sama Pak Wahab. Nanti Pakcik turunkan saya di Kuala Lumpur." Suara Charina setelah mendengar kata-kata Pak Wahab tadi. Tidak sanggup rasanya dia berada di situ lagi memandangkan layanan kurang ajar yang diterimanya dari Farid sebentar tadi. 
             
        Jauh-jauh dia datang semata-mata memenuhi hasrat hatinya, namun ini layanan yang diperolehinya, bentak hati Charina. Perasaan kesal menyelubungi hatinya kerana telah terpedaya dengan Farid dan sepupunya itu!

Pak Wahab menoleh ke arah kedua-dua Tengku yang berada di situ mencari jawapan daripada majikannya.

"Duduklah dulu, nanti saya hantar awak. Pak Wahab boleh pergi." Putus Tengku Mazri kemudian. Pak Wahab mengangguk dan meneruskan langkahnya lalu hilang di balik pintu chalet tersebut. Sebentar kemudian kedengaran suara enjin kereta semakin menjauh dan lama-kelamaan menghilang di bawa deru dan bayu laut.

Charina yang dijatuhkan air mukanya oleh Farid itu tadi berdiri di tepi sofa itu ragu-ragu.

"Haa, Charina… duduklah. Jemput minum…. Janganlah segan." Suara Tengku Mazri lagi beria.

Charina memandang kosong. Dadanya berdebar.

"Saya nak balik…..!" Suaranya jelas tanpa emosi. Dia berjalan pantas ke arah pintu, namun segera ditahan oleh Tengku Mazri yang sudahpun bangun dari sofa tersebut dan menghentikan langkah Charina di muka pintu.

"Maafkan Farid, dia cuma bergurau tadi tu…." Suaranya lagi. "Farid, minta maaf dengan Charina atas kelakuan kamu tadi." Arah Tengku Mazri kemudiannya.

Mereka berdua sama-sama memandang ke arah Tengku Farid yang sedang berehat di sofa itu. Farid tidak bersuara.

"Farid!" Suara Tengku Mazri lagi. Matanya merenung tajam ke arah Farid seolah memberi satu warning.

"Okaylah… okaylah…. Maafkan saya, Rin." Suara Farid kemudian namun tidak memberi apa-apa kesan ke atas perasaan Charina yang tercalar. "Saya dah lama merindui awak. Perasaan saya terhadap awak tetap tidak berubah seperti mana yang saya katakan dulu terhadap awak." Sambungnya pula.

"Saya cintakan awak, Charina Shafini." Luah Farid tanpa ragu. Tercetus satu keluhan dibibirnya. Namun Charina membatu cuma. Padanya, ungkapan Farid itu umpama menanam tebu di pinggir bibir. Player!

Sebenarnya, sudah beberapa kali dia terserempak dan melihat Farid bersama beberapa perempuan di kampus. Padanya, Farid berhak berkawan dengan sesiapa juga kerana mereka hanyalah kawan semata. Tiada ikatan perasaan walaupun sering Farid meraih dan merayu cinta darinya.

Dia turut hairan bagaimana dia boleh berkawan dengan Farid dan terjebak dengan perangkap Farid yang licik ini. Sehingga dia sanggup mengikut sehingga ke Port Dickson ini semata-mata untuk melawat Farid yang kononnya sedang sakit itu! Betapa bodohnya dia kerana terpedaya dengan tipu muslihat romeo itu. Perasaan kesal datang bertimpa-timpa dalam masa sedetik itu. Mungkin juga sepupunya ini pun terlibat sama. Mereka berpakat untuk mengenakannya dalam diam dengan rancangan yang disusun rapi. Mungkin!

Menyesal aku tidak berkeras mengikut Pak Wahab yang nak balik tadi…. suara Charina di dalam hati. Menyesal! Menyesal!! Menyesal!!! Menyesal tidak sudah Charina kerana dia tidak berkeras untuk mengikut Pak Wahab balik tadi. Namun sudah terlewat kerana Pak Wahab sudah berlalu pergi.

Charina memandang tajam ke arah Farid dan kemudian ke arah Tengku Mazri. Cahaya matanya memancarkan api kemarahan. Kedua-dua pemuda tersebut turut memandang ke arahnya.

"Ooo… awak memang sengaja nak perangkap saya, kan?" Soal Charina menduga sambil berpaling ke arah Farid dan kemudian Mazri bersilih ganti. Secara tiba-tiba dadanya berdebar-debar.

"Eh, apa awak cakap ni Charina….," soal Tengku Mazri kembali. Persoalan berbalas persoalan juga.

"Bodohnya saya kerana percayakan kamu berdua…." Suara Charina perlahan kepada dirinya sendiri dan sekali lagi mengulanginya kuat. Sungguhpun dia tidak pasti akan penglibatan Tengku Mazri itu, namun nalurinya kuat mengatakan dia turut sama terlibat untuk mengenakannya. 

Dia berpaling ke arah pintu dan cuba menerpa tetapi dihalang oleh tubuh sasa Tengku Mazri, pantas.

"Ha… ha… ha…!!" Ketawa Farid pula kuat lalu bangun dari sofa yang didudukinya itu kasar. Dia merungkaikan kain balutan yang besar di kaki, lengan dan kepalanya rakus.

"Awak tertipu Rin… Awak tertipu….," suara Farid lagi lalu melempar kasar kesemua balutan itu ke lantai chalet.

"Pak Wahab dan Mak Yam pun turut tertipu…. Ha! Ha! Ha!" Farid ketawa besar.

Mata Charina terbeliak meskipun dia sudah dapat menduga taktik kotor Tengku Farid itu. Dia berpaling lagi untuk lari tetapi pintu chalet telahpun ditutup oleh Tengku Mazri, sepupu Farid itu. Lelaki sasa itu turut ketawa lantang. Dia memerhati aksi kalut Charina.

"Bagus kerja kamu, Budin…! Good job, my friend.." Ucap Farid lagi lalu berjalan ke depan menghampiri Charina yang berada di antara Farid dan lelaki yang di kenalinya sebagai Tengku Mazri itu. Bahu Budin ditepuk-tepuk beberapa kali.

Charina terkejut bukan kepalang. Rupanya lelaki itu bukannya sepupu Farid yang bernama Tengku Mazri, tetapi rakan Farid yang bernama Budin. Sewaktu itu barulah dia mengingati lelaki inilah yang menjatuhkan air laici sehingga lencun bajunya dahulu. Mata Charina terbeliak. Macam mana dia boleh terlupa??! 

Akalnya berjalan pantas. Dia terus meluru ke arah tingkap yang terbuka luas tetapi pantas tubuhnya dipeluk dan ditarik kasar dari belakang. Kedua-dua lelaki itu ketawa besar. Kaki Charina tergawang-gawang cuba menendang dan melepaskan diri. Namun semakin kasar rasanya cengkaman Budin yang memeluknya itu.

"Tolong!" Dia menjerit tetapi mulutnya diserkup pantas, keras.

Kini dia diseret ke arah sofa dan dihempas kasar. Dia terjatuh menelentang. Sakit dengan terjahan kasar itu, namun tidak dihiraukan. Segera dia bingkas dan membetulkan skirt labuhnya yang tersingkap ke atas paha menyerlahkan kulitnya yang melepak. Belum pun sempat dia bangun untuk melarikan diri, kini Farid pula datang menekan tubuhnya sehingga dia terduduk. Budin yang menghempasnya tadi mengambil seutas tali dan berjalan menghala ke arahnya.

"Okay, mari kita lihat permainan yang menarik ini, Sayang…." Ujar Farid sambil terus menekan tubuh Charina dari bergerak. Budin pula mengikat tali tersebut ke pergelangan tangannya dan kedua-dua kakinya yang mulus itu. 

Ikatan yang agak kuat dan tali yang keras itu membuatkan Charina menahan kesakitan. Budin yang menyamar sebagai Tengku Mazri tadi semakin mengetatkan ikatan. Kulitnya yang halus sudah terasa perit dan terluka. Pedih! 

Selepas mengikat tali itu, Budin menghadiahkan ciuman di pipinya. Namun lekas dia meronta dan menjerit kegeraman. Kedua-dua beruk jantan itu tergelak besar. Di dalam hati berbakul-bakul dia menyumpah syaitan berdua yang bertopengkan manusia itu.

"Tolongggggg!!!! Tolonggggg!!!!!" Jerit Charina lagi meminta tolong. Dia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi hampa. Kedua-dua pemuda itu semakin kuat ketawa.

Tiba-tiba Farid duduk di sofa dan menghimpit tubuh Charina. Dia mencium dahi Charina lama dan kemudian beralih pula ke pipinya, kemudian di kedua matanya. Charina cuba melarikan wajahnya tetapi tangan kasar Farid itu mencengkam wajahnya kuat. Charina betul-betul ketakutan tetapi dia masih mencari akal. Dadanya berdegup kencang. Dia hampir-hampir menangis namun dikuatkan semangatnya. Kakinya yang terikat itu cuba digerak-gerakkan untuk menendang Farid. Budin yang berdiri ketawa sakan.

Farid membetulkan kedudukan Charina yang beralih tadi. Kuat jugak budak ni, getusnya di dalam hati. Dia merenung bibir comel Charina dan cuba merapatkan bibirnya ke situ penuh gaya. Charina yang melihat aksi itu sekali lagi menjerit meminta tolong. Dia memejamkan mata. Di dalam hatinya dia berdoa agar ada sesiapa yang mendengar laungannya. Teriakannya itu mematikan pergerakan Farid.

Farid merenungnya tajam dan rakus memerhati seluruh tubuh Charina ke atas ke bawah beberapa kali menyebabkan bibir Charina bergetar.

"Farid, tolonglah lepaskan saya. Apa salah saya, Farid…. Saya takde salah apa-apa pun kat awak." Rayu Charina akhirnya setelah penat meronta. "Please, Farid.. lepaskan saya." Akhirnya empangan airmatanya yang ditanggung tadi terpecah jua. Tidak tertahan rasanya perasaan takut di kala itu. Kaki dan tangannya masih melunjur di sofa itu mengikat pergerakannya.

Farid tersenyum mendengar rayuan Charina itu.

"Tidak Erin, you terlalu liar untuk I, Rin." Suara Farid. "Semua perempuan jatuh di kaki aku ni, tapi kau tidak, Charina. Aku cuba serius dengan kau! Aku rayu dan tagih cinta kau.. tapi kau tak endahkan langsung perasaan aku! Kau yang paksa aku buat macam ni!"  tinggi intonasi suara Farid, menyalahkan Charina.

"Semoga dengan cara macam ni, awak akan menjadi milik saya selamanya, Sayang." bisik Farid pula kemudiannya di telinga Charina dengan penuh harapan. 

Pelukannya dikemaskan. Rapat. Ketat. Charina kaku disitu. Air mata tidak henti mengalir. 

Kemudian Farid ketawa lagi. "Ya, dengan cara inilah satu-satunya kau akan jadi milik aku nan abadi, Sayang" Dia ketawa dan ketawa lantang. Budin sudah menghilang di balik tabir entah ke mana.

Charina ketakutan separuh mati. Tubuhnya bergetar menahan sendu. Sakit-sakit dan lenguh seluruh sendinya kala ini, namun tidak dihiraukan. Tangan Farid bergerak menyapu airmatanya yang mengalir rancak.

"Syyy… Jangan menangis Sayangku," perlahan dia mengusap airmata di pipi Charina. Lama dia merenung wajah polos Charina. Perasaan sayang dan kasih bercampur baur. Kemudian dia tunduk mencium batang hidung Charina.

"Maafkan saya Farid, tapi kita memang tidak ditakdirkan bersama.." suara Charina kemudiannya. "Sebenarnya Farid, saya sudah menjadi tunangan orang, Farid.." luah Charina, akhirnya. Berterus-terang membuka rahsianya yang tersimpan kemas selama ini.

Farid tersentak. Pantas muka Charina direnung tajam. Lama.

"Tipu! Kau tipu aku…. Kau penipu Charina….!!" Pekik Farid tidak mahu menerima alasan Charina.

"Betul Farid, itulah yang sebetulnya….. Saya sudah terikat sebelum kita berkawan lagi. Saya adalah tunangan orang. Tolonglah terima hakikat ini, dan please.. lepaskan saya.. Kasihanilah saya!" Rayu Charina lagi, tidak putus asa.

"Hah! Hah! Ha haaa haaaaa….!! Kau ingat senang-senang je aku nak lepaskan kau? Kau ingat senang-senang jer aku nak terpedaya dengan alasan kau ni? Tidak Charina, tidak! Kali ini aku tidak akan lepaskan kau !!" 

"Bukan senang aku rancang sebegini jauh untuk dapatkan kau jatuh ke pangkuan aku..!" Dia ketawa lagi. 

Farid mula bergerak menghimpit Charina kembali. Jarinya yang panjang mula merungkaikan butang baju di dada Charina. Charina cuba mengelak dan menelangkupkan badannya dari dicerobohi tetapi sepantas itu Farid mematikan pergerakannya dengan menekan berat badannya ke atas Charina. 

Charina terpaku. Kini dua biji butangnya telah terbuka hampir menyerlahkan bra hitamnya yang berenda. Charina terpaku sementara Farid ketawa keras. Nafasnya turun naik kencang. Sebelah tangannya lagi cuba meyingkap skirt labuh Charina. Charina mengetap bibir penuh benci dan cuba meronta.

Farid bertindak pantas dan cuba meraba ke dadanya. Kedudukannya yang terbatas dan terikat itu memudahkan usaha Farid. Namun Charina tidak putus asa. Dia tidak berhenti meronta-ronta.

"Tolong! Tolongg!!" Teriak Charina tidak putus asa. Farid sibuk menggomolnya. Tiba-tiba satu tendangan di pintu meyebabkan pintu itu terbuka luas. Seseorang menerjah masuk umpama Superman menyelamatkan mangsanya. Lelaki itu menendang Farid yang sedang asyik. Farid terpelanting ke lantai. Sepantas kilat dia bangun melawan lelaki penyelamat tadi.

Charina terus membetulkan keadaan dirinya tetapi tangannya yang masih terikat menyebabkan dia tidak dapat membutangkan blausnya. Dia merengkok ketakutan dan menggeletar menangisi dirinya yang malang. Tidak dihiraukan pertarungan kedua pemuda itu kerana sibuk melayan perasaan, tetapi dia sempat melihat Budin keluar dari arah belakang dan membantu Farid. Namun di kala itu seorang lagi muncul dari pintu depan dan mereka berlawan seorang lawan seorang. Dia tidak ingat berapa lama mereka bertarung sehinggalah keadaan semuanya senyap sunyi.

"Adik… mari saya bukakan ikatan ni…" suara seorang pemuda yang entah dari mana datangnya. Charina mendongak.

Faizul!!

"Charina!"

Mereka sama-sama terperanjat.

"Erin… awak…?" Kata-kata Faizul putus di situ. Dia cepat-cepat merungkaikan tali yang membaluti kaki dan tangan Charina dan selepas itu terus menarik kepala Charina ke arah dadanya yang bidang.

Charina teresak-esak. Malu dan terhina bercampur baur menjadi satu. Tangannya pantas membutangkan kembali blausnya. Nasib baik camisole yang dipakai menghadang pemandangan yang lebih mengaibkan. Faizul mengusap-usap rambutnya perlahan sambil menenangkan dirinya. Charina berasa selamat berada di situ. Esakannya kian reda.

"Macam mana awak berada di sini ni Erin…. jauhnya awak datang….?" Ucap Faizul kehairanan sambil melihat wajah Charina yang muram. Charina membukam.

"Lihat… mereka dah pun tertangkap!" Suara Faizul lagi lalu menunjukkan ke arah Farid dan Budin yang sedang diikat oleh seorang lagi rakan Faizul. Kedua-dua petualang tadi diikat tangannya ke belakang dan diletakkan sekali di atas sofa.

"Woi! Lepaskan aku la weyy….," Jerit Farid sambil meronta-ronta. "Ini tempat aku…. Ini chalet keluarga aku! Aku akan dakwa kamu kerana menceroboh tempat aku… Lepaskan aku!!" Dia meronta-ronta lagi.

"Woi..!" Suara Farid lagi setelah kata-katanya tidak bersambut.

"Hoi…"

"Diam!" Tengking rakan Faizul garang.

Pantas dia terdiam.

"Polis akan datang sekejap lagi." Suara Faizul pula memberitahu semua. Tadi dia telah menelefon balai polis dengan menggunakan telefon bimbitnya. Dia duduk bersebelahan Charina di atas kerusi makan sambil memandang ke arah Farid, Budin dan Azmi, rakannya itu.

"Macam mana boleh jadi begini ni, Erin?" Soal Faizul lagi setelah soalannya yang sama tadi tidak berjawab. Kesemua mata memandang ke arah Charina. Semuanya menunggu Charina membuka mulut. Charina menelan liur untuk menenangkan hatinya. Perasaannya dan semangatnya kini beransur pulih meskipun masih bersisa perasaan getar, malu dan takut.

"Sebenarnya…." Charina mula menceritakan kisah awalnya sehinggalah ke akhirnya bagaimana dia tertipu dengan rancangan Farid dan Budin itu. Sesekali dia mengesat air mata yang masih bersisa. Faizul dan Azmi menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Kita akan serahkan kes ini ke pihak polis. Jangan risau. Kes ini akan diadili sebaiknya." Azmi, rakan Faizul itu pula bersuara menenangkan perasaan Charina.

"Itu bukan salah aku…. Dia yang gatal datang mencariku…." Lancang Farid bersuara, tidak mahu mengaku kalah. "Aku tak bersalah! Aku tak bersalah! Ini tempat aku… Dia yang gatal menggoda aku…" Suaranya lagi. "Takkan aku nak lepaskan, kot.." Sinis nada suara Farid merobek hati Charina dengan kebodohannya itu.

"Diam!" Keras suara Faizul menengking Farid yang mula merapu. Sebentar kemudian kedengaran enjin kereta polis memasuki perkarangan chalet itu. Setelah itu dua orang polis lelaki dan seorang polis wanita muncul di pintu.

Selepas diberi penerangan ringkas akan peristiwa itu, polis membawa Farid dan Budin menaiki kereta mereka menuju ke balai polis yang berdekatan. Farid dan Budin terpaksa akur meskipun mulut Farid dan Budin berkeras mengatakan mereka tidak bersalah. 

Setelah itu, Charina, Faizul dan rakannya Azmi menyusuri polis tadi dengan kereta Faizul yang diletakkan tidak jauh dari chalet keluarga Farid. 

Sewaktu melalui kawasan pantai yang di penuhi ramai orang, mereka kehairanan melihat sebuah kereta polis yang bersiren dan diekori oleh sebuah kereta Honda Civic. Mengetahui tiada siapa yang dapat menjelaskan keadaan, mereka kembali kepada aktiviti masing-masing ~ bercanda, bermandi-manda.

Tuesday, July 2, 2013

Lawak & Selingan

Kedai Emas

seorang perempuan masuk ke sebuah kedai emas. beliau melihat2 koleksi emas yang ada. dari satu bahagian ke satu bahagian,  tiba2 ternampak satu cincin emas yg tersangatlah cantik. semasa melihat cincin tersebut, beliau membuang angin dgn bunyi yg antara sedar tak sedar. tiba2 seorang jurujual dtg dan menegur beliau dari belakang. perempuan tersebut pun kerisauan takut2 jurujual itu terdengar kentutnya.past i malu nanti. dgn wajah kerisauan, 

''hai Puan, ada apa2 yg boleh saya bantu?''... sapa jurujual itu.

'oh selamat, dia tak dengar....'. kata perempuan tersebut di dalam hati. hilang kerisauannya. lalu dia pun bertanya pada jurujual tersebut.

''berapa harga cincin ni?''. sambil menunjuk2 ke arah cincin yg cantik tadi.

lalu jurujual tersebut pun menjawab, ''kalau tengok cincin sahaja pun Puan boleh terkentut, saya risau kalau beritahu harganya nanti, puan pasti terberak''




Peguam dan Saksi


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Awak kenal ini? 

... 
Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

...Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!


Monday, July 1, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 11


~ELeVeN~


Bab 11

     "Eerr, saudari ni Charina Shafini ke?" Satu suara dari belakang menyapa membuatkan Charina terperanjat. Seorang pelajar lelaki yang tidak dikenalinya berdiri dalam keadaan tergesa-gesa yang menyapanya itu membuatkan dia merasa kehairanan. Sewaktu itu dia baru balik seorang diri dari kafeteria setelah membeli makanan untuk makan tengah hari. Hari ini hari Sabtu dan dia tiada kelas hari itu.
"Ya, saya… kenapa?" Soalnya kembali ingin tahu. Dia cuba mengingati pemuda tersebut. Rasa-rasanya macam pernah lihat, tapi tidak pasti di mana. Fikirannya menerawang cuba mengingati kalau-kalau dia pernah bertemu dengan pemuda itu, tetapi gagal.
"Saya membawa pesanan dari Farid…." Kata-katanya putus di situ.
"Kenapa dengan Farid?" Soalnya pantas. Mesti ada sesuatu yang terjadi memandangkan pemuda itu agak kalut keadaannya.
"Dia kemalangan kereta. Jadi dia suruh saya datang menjemput awak untuk melawatnya."
"Oh, dia kemalangan? Astaghfirullahalazim…. Bila? Dengan apa?" Soal Charina turut terperanjat.
"Semalam… Dia okay .. sekarang dia sudah dibawa pulang ke rumahnya. Jadi dia minta tolong saya datang jemput awak. Tadi saya bertanya kepada pelajar di Koperasi tadi sebab tiada siapa yang boleh saya minta tolong panggilkan awak di sini… Kebetulan pula awak lalu di sini…." Panjang lebar dia menjelaskan sambil menunjukkan seorang pelajar lelaki yang menjaga koperasi kolej. Dia kini berjalan ke arah dua rakannya yang berada di dalam koop. Mungkin Teko ! Agakku sendiri. 
          Aku turut memerhati sekeliling, ruang foyer blok kosong. Memang jarang terdapat pelajar di waktu tengah hari ini terutamanya pada hari-hari Sabtu dan Ahad kerana ramai yang pulang ke kampung atau paling tidak pun keluar ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan melepas tension.
"Oh, ya ke… nanti saya simpan makanan ni di bilik dulu ya…," pinta aku sebentar. Dia mengangguk. Sebenarnya aku juga berniat untuk membawa seorang rakan sebagai teman. Tak manislah aku seorang perempuan ke rumah Farid. Setiba di bilik, tiada seorang pun. Yati ke kelas, Syikin pula berdating di Kuala Lumpur sementara Kak Linz keluar mencari bahan untuk tesisnya. Aku mengeluh. Siapalah yang aku mahu ajak ni…? Ha… Zazila…, cepat-cepat aku berlari ke tingkat satu, tetapi dia juga tiada. Keluar KL, kata teman sebiliknya. Argh! Siapa yang aku nak ajak ni? Zazila takde. Anita pula ke Melaka, Amira balik kampung…. Ish, sapa yang aku nak ajak ni??
Pergi sorang jer la nampaknya……., desis hatiku sendiri. Tak nak pergi karang, apa pulak kata lelaki yang bersusah payah datang mencari aku tu…..
"Eee… tapi malulah… takkan aku sorang je…" Charina berkira-kira sendiri. Setelah itu dia kembali ke bilik menulis secebis nota pendek memberitahu rakan-rakan sebiliknya yang dia keluar sekejap sebelum beredar menemui budak lelaki yang menunggunya di foyer dalam keadaan tergesa-gesa itu.
Setelah itu mereka beredar dengan menaiki WMN 4028, Satria Neo milik Farid. Si pemuda memandu dalam kadar kelajuan sederhana laju.
"Teruk ke sakitnya?" Soal Charina memulakan bicara membelah suasana sunyi di dalam kereta. Sebenarnya hatinya agak keberatan untuk mengikut lelaki tersebut. Tetapi apabila difikirkan bersusah-payah dia memandu ke sini untuk menjemputnya setelah disuruh Farid, hatinya kasihan dan tidak sampai hati. Lagi pun kawannya itu dalam kesusahan. Tak baik menghampakan hajat orang yang sedang sakit, pujuk hati Charina sendiri.
" Boleh tahan laa…. Kakinya kena simen dan tangan kirinya patah……" si lelaki menerangkan.
"Ooo…. Berlanggar dengan apa?" Charina hairan kerana kereta Farid yang tidak mengalami sebarang kerosakan itu.
"Dia naik motornya, Harley. Habis rosak. Dengarnya berbelas ribu jugak nak baiki motor tu…. Berlanggar dengan kereta…. Kereta tu yang salah sebab tak beri signal sebelum membelok. Yang si Farid ni pulak tengah laju…. Apalagi….," jelas si lelaki panjang lebar.
Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil membetulkan duduk. Tak selesa berdua-duan sebegitu. Tambahan pula dia tidak aku kenali.
"Dia kat rumah nenek dia sebab Mummy ngan Daddynya ke Amerika. Ada urusan business. Sampai sekarang ni mereka tak tahu lagi anak mereka accident…." Tanpa ditanya si lelaki menjelaskan.
"Oooohh… mak ayah dia tak tahu lagi…?" Suaraku pula, sedikit kehairanan.
Dia menganggukkan kepalanya perlahan tanpa bersuara. Dia mencelah-celah melarikan kereta dari kesibukan jalan. Cekap. Setelah sampai di satu selekoh yang tajam, dia membelok penuh gaya lagak seorang professional. Kecut perut aku dibuatnya. Setelah itu dia memandu laju memintas beberapa buah kereta yang memandu laju. Aku menahan nafas. Setelah keadaan agak lengang, dia memperlahankan sedikit kelajuan.
"Kenapa? Takut ke?" Dia tersengih sambil berpaling ke arah Charina. Selepas itu matanya kembali menumpu di jalan.
Charina menelan liur. "Haa? Takut? … err, tak jugak…" balasnya.
Si lelaki ketawa polos.
"Tak nak ngaku pulak…" Charina membiarkan kata-katanya berlalu dibawa angin. Malas untuk memanjangkan lagi perbualan.
Charina terasa perjalanan mereka terlalu jauh untuk ke Bukit Tunku itu sehinggakan dia tertidur sendiri. Dia kembali tersedar apabila merasakan kereta itu berhenti di satu kawasan perumahan elit yang hanya mampu diduduki oleh hartawan-hartawan dan jutawan-jutawan sahaja. 
Dia mengosok-gosokkan matanya beberapa kali. Mazri sudah pun berlalu ke pintu pagar yang maha tinggi dan besar itu dan bercakap-cakap dengan seseorang, mungkin pembantu rumah itu. Dia terlihatkan kepala Mazri yang terangguk-angguk beberapa kali. Setelah itu Mazri kembali mengatur langkah ke arah kereta itu. Charina memandangnya penuh kehairanan apabila Mazri kembali memandu kereta dan menghala ke jalan yang mereka lalui tadi.
"Farid baru saja pergi ke chalet milik peribadi keluarganya untuk berehat." Terang Mazri setelah melihat pandangan kehairanan daripadaku. Aku terdiam. Fikiranku melayang-layang berfikir ke mana pula yang ingin kami tujui.
"Jadi kita nak ke mana ni? Balik?" Soalku pula setelah perasaan mengantukku mulai hilang.
"Ke chalet keluarga Farid la…" Suara Mazri pula. Dia menumpukan pemerhatian kepada pemanduannya. Aku mengeluh kecil. Penat bercampur lapar membuatkan aku tidakmahu bersoal jawab lebih panjang.
"Eh, awak dah makan belum tadi?" Soal Mazri sambil menoleh ke arahku.
"Belum." Perlahan suaraku menjawab soalannnya. Kalau perutku tidak mendendangkan lagu saat ini aku pasti menjawab sudah. Tetapi memandangkan perutku sudah mendendangkan lagu


rock, rap dan ntah hapa-hapa lagu sejak tadi lagi aku terpaksa mengakuinya.
"Oh, kenapa tak cakap tadi. Lapar la ni ya?" Dia ketawa polos.
Aku menarik muka dan tidak menjawab.
"Okay… kita berhenti makan di kedai depan tu ya…," ujarnya lalu memberi signal ke kanan dan membelok ke sebuah restoran yang terletak kemas di salah sebuah deretan kedai di Jalan Saujana itu.
Mazri mematikan enjin kereta itu dan mula melangkah keluar dari Satria Neo milik Farid itu. Sebelum itu dia sempat mencapai ray bannya dan mengenakan di wajahnya. Aku serba salah untuk menuruti langkahnya tetapi apabila dia berjalan ke arah tempatku dan membukakan pintu kereta di sebelahku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menuruti langkahnya yang panjang itu memasuki restoran ekslusif yang pada pandanganku hanya mampu di masuki oleh pelanggan-pelanggan bertaraf tinggi sahaja. Mazri menggenggam kemas telapak tanganku meskipun aku cuba menguraikan pegangannya itu.
"Awak, tak payahlah… saya boleh makan balik nanti. Kan saya dah beli makanan tadi." Perlahan aku bersuara namun aku pasti Mazri dapat mendengarnya.
"Takpe… kita nak pergi PD ni…. Jauhnya boleh le tahan. Jadi awak perlu makan untuk mengalas perut awak yang kosong tu." Jawabnya sambil memalingkan muka ke arahku dan melihatku ke atas dan ke bawah. Kemudian dia mengukirkan senyuman manis lalu berpaling menghadiahkan pula senyumannya kepada pelayan tetamu Restoran Duniamu yang sudah bersedia untuk menjemput kami.
Seorang pelayan lelaki yang memakai vest membawa kami ke sebuah meja yang kosong di situ. Aku agak terpaku kerana meskipun sering melihat restoran seperti ini, namun aku tidak pernah lagi memasuki restoran mewah sebegini. Pada aku, aku lebih selesa menjamu selera di warung-warung atau pun di gerai-gerai yang melambak terdapat di sekitar kampus dan juga di sekitar ibu kota ini sekiranya aku dan rakan-rakan keluar berjalan-jalan. Lagi pula tiada protokol yang perlu kami ikuti berbanding restoran ekslusif ini.
Setelah pelayan datang menghidangkan makanan yang diorder, kami makan tanpa banyak bercakap. Hanya sesekali soalan yang diajukan oleh Mazri kepadaku yang membuatkan aku perlu menjawabnya. Jika soalan itu agak peribadi, aku membalasnya dengan senyuman dan memberitahu aku tidak mahu menjawab soalan itu.
Nampaknya Mazri ini okay orangnya. Agak peramah, pandai mengambil hati dan juga pandai menghormati orang lain. Rupa-rupanya dia merupakan sepupu kepada Farid. Dia baru sahaja menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi beberapa minggu lalu. Katanya dari UPM juga. Aku agak terperanjat mendengar kata-katanya itu. Patutlah aku berasakan seolah-olah pernah melihatnya sewaktu aku bertemu dengannya pada mulanya tadi. Rupa-rupanya dia satu fakulti denganku, cuma berbeza course sahaja. Dia juga memberitahuku bahawa dia juga merasa seolah pernah melihatku sewaktu mula bertemu tadi tetapi tidak tahu di mana. Setelah mendengar luahanku pula kami ketawa serentak. Sekarang dia sedang menjawat jawatan Pengarah Urusan di salah sebuah syarikat milik ayahnya di Petaling Jaya. Setelah siap makan kami kembali bertolak menuju ke Port Dickson.

Cerita Pasal Bola : Kelantan Juara Piala FA 2013



Salam!

Hi Kenkawan..

Dah 2 hari berlalu, baru arini nak hapdet pasal kemenangan team TRW dalam saingan Piala FA 2013, Malaysia. Tahniah buat team Kelantan di atas kejayaan menewaskan team JDT yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Sabtu lalu - 29 Jun 2013.

Persaingan yang dianggap mencipta sejarah yang tersendiri di arena bola sepak tempatan. Sambutan yang amat menggalakkan dari kedua-dua penyokong pasukan masing-masing. Sedari awal lagi, pelbagai isu berbangkit dan juga provokasi di antara kedua-dua penyokong dari negeri di pantai timur- Kelantan- dan juga dari selatan tanah air-Johor. Tidak ketinggalan juga dengan isu-isu tiket perlawanan yang amat sukar diperolehi. Seperti mana yang dilaporkan di dada akhbar, mahupun jua mukabuku, jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV) menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dari para penyokong TRW setelah kaunter tiket yang dikhabarkan ditutup setelah 15 minit dibuka. Begitu juga dengan penjualan di Stadium bagi team JDT di Larkin, ditutup setelah setengah jam dijual. Gelagat para penyokong kedua pasukan yang agressif dan tidak berpuas hati mendapat liputan meluas di media massa tempatan.

Namun hari final itu sendiri, segalanya berjalan lancar. Kemeriahan dirasai seawal pagi Jumaat lagi setelah ramai warga  kedua pasukan yang tidak berjaya membeli di negeri masing-masing, beratur seawal 5 pagi lagi di SNBJ.

Final kali ini aku tidak bercadang untuk menonton di stadium. Ini kerana provokasi2 berbangkit yang panas sedari awal lagi di antara kedua-dua penyokong TRW dan JDT ini. Lagipula, peruntukan tiket yang hanya 30,000 di antara penyokong TRW, dan jugak 30,000 kepada penyokong JDT, jadi aku merasakan lebih baik diberikan kepada 'lelaki-lelaki' yang pastinya lebih ghairah untuk menonton di stadium sendiri. Maka dengan itu, aku mengalah untuk menonton dari depan kaca TV sahaja-lah. Tengok, baik kan aku.. ngeeeeeee  ^_^  (masuk lif tekan sendiri lah, habis tu sapa lagi nak tekan kan.. Ngeeee lagii....)

Ok, pendekkan cerita.. Aku amat berpuas hati dengan prestasi my love love team TRW  di malam itu. Walaupun hanya mencapai kemenangan 1-0 ke atas pasukan yang terdiri dari raaaamai bintang2 ternama tanahair dan juga bintang import, namun, aksi mantap dan bergaya yang dipamerkan oleh skuad Sang Kijang mampu meraih dan memuaskan hati semua penyokong TRW di malam itu.

Lorongan cantik dari Jeneral TRW, Badhri Radzi (Piya) kepada penyerang berbisa Norfarhan Mohamad (Paan), berjaya mendahului JDT seawal minit ke 15 lagi. beberapa percubaan tepat yang lain, namun nasib tidak menyebelahi TRW, dan mata 1-0 berkekalan di separuh masa pertama.

Babak separuh masa kedua turut kekal dengan 1-0 sehingga ke akhir perlawanan sekaligus menobatkan TRW selaku juara Piala FA 2013, di mana berjaya mengekalkan gelaran juara bertahan pada tahun nan lalu, dan juga layak untuk ke pentas Piala AFC 2014 buat kali ketiga berturut-turut.

Akhir kata, ganbatte  TRW. Tahniah TRW.
Tahniah jua buat semua para pemain, pihak pengurusan dan
tidak ketinggalan para penyokong setia yang berdiri kukuh di belakang selama ini.

Kita tunggu TRW mara ke perlawanan akhir di Piala Malaysia pula selepas ini ^_^

Akhir kata, selamat maju jaya buat TRW.


Jom kita  layan gambar dan juga tonton beberapa klip di bawah ini

















Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...