~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Date : 27-30 Nov'13
(Wed-Sat)
(Wed-Sat)
Yeehaaaa!!
Banyak benor teman berjalan-jalan tahun ni kan.. kihkihkih.. Sukaaaaaaa!!!
Kali ni aku join geng si Mc Ja (Rohaiza) pulak and R (Arni) with her collegemates kt UKM dulu.. Then 3 kawan R join our group. Sepatutnya 10 orang yang join trip ini, tapi at last Rina one of their collegemate member tak ble join. So ber-sembilan- orang lah kami ke bumi Medan di minggu nan lalu... Mc Ja tu pulak mulanya hampir tak dapat mengjoinkan diri, namun at last ble join for last before dia jadik hak orang... :) Ikut plan, hari kami rancang jalan, dia nak akad nikah... Namun akhirnya ditangguhkan ke awal tahun nanti. Jadinya, sempat la lagi dia mengjoinkan diri...
Hari Selasa aku, R dan Zue masih keje.. sampai rumah almost 8 malam, terus bersiap dan final check luggage add & buang sana sini. Kul 11 malam, aku kuar and pergi amek R kat Desa Petaling. Plannya pi bermalam di rumah Mc Ja di Semenyih. Zue dan K Long pulak bergerak dari Johor Bahru selepas kerja petang Selasa tu. Nana pulak sampai di KLIA dari Sabah almost 1030 malam... Jadi, anggaran pukul 1 pagi baru bertemu di Bandar Sunway Semenyih tu.. First time aku jumpa and kenal Zue, K Long (Nurul) & Nana.. (juga 3 kawan R yang join kami). Sume memang sporting dan 'masuk' kepala. Kami bersiap-siap untuk beradu lebih kurang pukul 2 pagi, sebab pukul 3 pagi sudah mau bangun bersiap2... pukul 4 pagi sudah perlu keluar dari rumah... Sebab flight kul 740 pagi khennn.... check in perlu 2 jam sebelum itu..
Tepat pukul 740 pagi, pesawat Air Asia dari LCCT bertolak ke Airport Kualanamu (KNO), Medan, Sumatera Utara. Kami tiba di KNO tepat jam 735 pagi, waktu Medan. Eh eh... camane tu.. hehehee... macam tak bergerak pulak masa tu kan... Ngeeee.. Sesampai di sana, pak supir kami, Pak Lutfi sudah siap menunggu-in. So terus kami siap ke Danau Toba. Anggaran 4 jam dari Airport Kualanamu ke danau hasil letusan gunung berapi yang sedalam 500 kaki itu.
itineriary/tentative kami untuk 4 hari itu
Dalam perjalanan, kami bersinggahan lunch di Garuda dahulu, dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Danau Toba di Parapat. Boleh tahan penat la jugak.. maklum tidur hanya anggaran 1 jam sahaja. Sehari sebelum kerja keras ya dong.. Maklum mau cotikkk... Walau penat, namun tak boleh tidur di dalam perjalanan. Kami hanya menyinggah makan tenghari dan membeli kacang tumbuk sahaja di dalam perjalanan.
Urm, aku rasa tak payah citer panjang lebar sangat kot kan, sebab aturcara perjalanan ble rujuk pic kat atas tu.. lengkap! heeeee.... Trip kali ni pun best... sume kepala memang ngamm punya. Sume satu kepala.. Walau baru kenal dah macam bertahun kenal.. Actually, aku hanya kenal Mc Ja dan Arnie sahaja sebelum ini. K Long Nurul dan Nana adalah kawan sekolej dan se-universiti Mc Ja dan R. Sementara Zue pulak kawan sewataniah dan seROTU K Long. While Ina, Iza dan Norliza adalah kawan kepada Arnie. Kami berkenalan di dalam trip Medan ini.
KAMI. lengkap 9 orang. ^ ____ ^
So, nikmati lah bebebeberapa pic kami di bawah ini.. :)
Lagenda Batu Tergantung
Sebuah mitos & cerita baru kami ketahui bila berada di Danau Toba petang itu. Kisahnya seorang anak gadis tempatan yang cantik di situ, yang ingin melarikan diri bila mahu dikahwinkan dengan jejaka pilihan keluarga. Jadi dia ke mari dan terjun mahu membunuh diri. Namun rambutnya yang panjang tersekat di dahan dan ranting/akar pokok. Jadinya dia tergantung dan proses penyejukan berulangan sehingga menjadi Batu Tergantung seperti pic di bawah ini. Wallahu'alam.
kami di rumah Batak Karo
di Pulau Samosir bersama Pak Lutfi - pak supir kami -
Actually, ada 5 jenis Batak seperti yang tertera di pic bawah ini
Orang Minang di N9 adalah tergolong dalam Batak Mandailing.
4 lagi golongan batak yang lain adalah Batak Pak Pak, Batak Karo, Batak Simalungun dan Batak Toba.
bawaaa, daku pergiiii....
Air Terjun SiPiso-piso
dikatakan mendapat nama kerna air terjunnya yang menjunam dan tajam umpama pisau (piso), berketinggian 150 kaki.
Tasik yang sempat di snap di persekitaran Air Terjun Sipiso-piso.
Indah sekali. Namun sewaktu di sana, cuaca agak kelam.
Kalau cuaca cerah, pasti cantik sekali dengan langit membiru dan pokok nan menghijau. Kann..
Ini pulak Gunung Berapi Sinabung yang masih aktif, dan sewaktu kami di sana, menurut Pak Lutfi, masih mengeluarkan laharan-laharan kecil (rujuk gambar bawah yang sempat kami snap dalam perjalanan kembali ke bandar Medan, jelas kelihatan laharan laharan kecil kan)
Di waktu malam kedua di Hotel Green Garden, Berastagi, kami sempat dibawa hot spring/ mandi air hangat berhampiran kawasan itu. Panas banget airnya dong..
Di waktu malam kedua di Hotel Green Garden, Berastagi, kami sempat dibawa hot spring/ mandi air hangat berhampiran kawasan itu. Panas banget airnya dong..
Percutian di Medan ni, ok la.. Bagi aku agak murah sebab untuk package kami ber-9- ini, package RM 380/seorang yang merangkumi van, minyak dan pak supir untuk perjalanan selama 4 hari 3 malam ini, hotel (3 buah hotel) - Danau Toba International Cottage di Parapat, Green Garden di Berastagi dan Grand Kanaya Hotel di bandar Medan. Kesemua sekurangnya bertaraf 3/4 bintang. Makanan juga merangkumi B/L/D. Lauk pauk di Medan, uiiihhhhh sesangat la mewahnya, paling kurang 8 lauk. Boleh imagine tak? memang tahap jalan-jalan cari makan dah bagi kami 9 orang ni. Paling meriah, lunch di Restoran Minang, 13 lauk okeh... Kesemua makanan adalah mantap, lazat dan memuaskan *two thumbs up*
Ok, kalau-kalau ada antara korang yang terasa nak pi Medan, boleh menghubungi Pak Erwin di email fantasyhol@gmail.com. Dia merupakan majikan kepada Pak Lutfi, supir kami. Boleh cuba dapatkan harga-harga yang terbaik dan menariks...
Selain tu, tiket pesawat pergi dan balik RM 254. Kalau nak tambah luggage, adalah RM44/20 kg. So, saranan saya, jika anda pergi secara individu, boleh kongsi berdua/bertiga/seramaimana - 20 kg bagi dua, so RM22/each - Kalau nak lagi jimat, kalau luggage agak ringan, sila angkat ke atas sahaja, asalkan beratnya tidak melebihi 7kg ya. Jika untuk balik ke sini, dinasihatkan beli setidaknya luggage 20kg untuk anda seorang sahaja (untuk sebarang pembelian-sudah-jangka-waktu-cuti :) Jika tidak, charge airasia sekarang, setiap lebihan 1kg luggage, anda akan dikenakan charge sebanyak RM50/kg. Cuba kalau lebih 3kg.. Bukankan sudah RM150 duit anda melayang? huhuhu... Oleh itu, rancang luggage anda dengan teliti dan wisely, okey..
Urm, apa lagi nak cakap ni ek... Panjang sangat dah ni. Owh ya, di petang hari ke 3 dan awal hari ke 4, sebelum ke airport, kami dibawa shopping di Pasar Ikan (atau pasar lama). Pelbagai jenis kain-kain dan pakaian dijual di sini sebagai cenderahati sempena pulang ke Malaysia nanti. Kain-kain sulam, kain meter, beg-beg, barangan kulit, tudung, telekung dan pelbagai lagi juga ada dijual di sini. FM, and such. Hanya sediakan ongkos nya aja yah... :)
Kita end di sini dulu.
Jika ada info lain, akan ku tambah secara berperingkat nanti
Chiow
NotakakiHD : another nice and memorabale trip, ever. Luv the friendship. Miss the time there... Surely we will plan another trip together next year...
















































.jpg)














