Tuesday, October 7, 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 23





Bab 23


                Shahrul memandu tenang sambil menikmati lagu-lagu kompilasi pujaan awal tahun 90-an dahulu. Sewaktu dirinya dan juga Charina masih  di alam persekolahan rendah. Sesekali dia menggenggam erat tangan isterinya di sebelah, dan sesekali dia menggigit jari jemarinya mesra. Charina hanya tersenyum tetapi sesekali terjerit kegelian. Terpancar cahaya penuh kebahagiaan air muka mereka.
            “Sayang mengantuk ke, kalau mengantuk tidurlah…,” suara Shahrul begitu romantis dan lembut. Renungan penuh kasih sayang ditumpahkannya kepada isteri yang berada di tepi. Tangannya mengelus-elus perlahan peha Charina. Terasa perasaan sayang yang teramat kepada isterinya yang suatu dulu tidak pernah dia jangkakan. Kini baru dia sedari, betapa indahnya perasaan bila ikatan sudah dimerterai secara sah. Dia memandang jam. Pukul 10.00 pagi. Cahaya mentari sudah pun menunjukkan sinarnya.. Mereka bertolak selepas Subuh tadi dari rumah mereka di Bandar Sunway.
“Sayang…” panggil Shahrul.
“Hmm…??” Manja Charina menyahut. “Apa bang..??” suara Charina kemudian.  Ditolehkan pandangannya mengadap sang suami di sisi.
Kacak!
Setiap kali dipandang, semakin sayang!
“Sayang sayangkan Abang tak..??” sambil melontarkan renungan romantis.
Charina tersenyum. “Sayang…,” ucapnya sepatah. “Mestilah sayang…” kemudian dia mengekek sekejap. “Napa tiba-tiba abang tanya camni..??” soal Charina kemudian.
“Nothing.. just nak pastikan perasaan Sayang terhadap Abang aje….”
Masing-masing saling menyimpul senyum.
Teringat kembali kenangan beberapa tahun dahulu. Bagaimana konflik cinta  dan kemelut kasih antara mereka. Hampir mereka memutuskan pertunangannya kerana Charina tidak sanggup meruntuhkan kisah kasih antara Shahrul dan Suraya, wanita yang hadir terdahulu di hati Shahrul sebelum dirinya.
Fikirannya menerawang mengingatkan kembali sewaktu dia menyuarakan keputusan dan suara hatinya kepada Umi dan Abahnya agar memutuskan ikatan pertunangan mereka.


“Abah tak setuju…!”


Charina mengangkat muka memandang bapanya. Tidak percaya dengan ketegasan bapanya. Biasanya bapanya amat lembut dan sangat bertolak ansur. Kali ini, kata bererti kota! Maka tiga bulan selepas itu berlangsunglah majlis perkahwinan yang serba sederhana tetapi amat meriah., seperti yang dirancangkan. Seminggu sebelum ulang tahunnya yang ke 22. Walau dalam separuh hati, namun dia tetap redha.
Hari itu telah tiba. Di penghujung bulan April, semua persiapan berjalan lancar. Hampir genap setahun dia dan Shahrul ditunangkan, maka majlis perkahwinan akad nikah telah disempurnakan malam tadi. Sementara hari ini pula, pagi tadi sudah berlangsung Majlis Khatam Quran, sementara sekarang, dia sedang mempersiapkan diri sementara menunggu Mak Andam datang untuk menghiasnya.. Selepas Zohor nanti rombongan dari pihak lelaki akan sampai.
Charina berjalan melihat 9 buah dulang hantaran yang sudah disiapkan oleh Kak Linda, anak Mak Ngah Azimah yang telah menyiapkan hantaran sewaktu majlis pertunangannya tahun lalu. Cantik! Semuanya dihias indah dalam warna hijau epal lembut. Sepadan dengan set bilik tidur dan juga pelaminnya. Terkilan juga rasa di hati kerana tiada kesempatan untuk dia menghias sendiri. Ikutkan angan-angannya sewaktu dulu, dia mahu membuat dan menghias sendiri semua barangan hantarannya. Tetapi tidak sempat kerana sewaktu itu dia tengah bertarung dengan final exam untuk tahun terakhirnya.
Kini, cukup sebulan dia menamatkan pengajian, dia sudah bergelar isteri orang. Sungguh tidak disangka secepat itu dia akan berkahwin. Mengikut perkiraanya, dia mahu menamatkan alam bujang setelah dua tiga tahun menempuh alam pekerjaan. Namun apa mahu dikata, sudah jodoh, maka dia pasrah!
“Erin, Mak Andam dah sampai….,” kedengaran suara Uminya dari balik kain langsir yang menutupi pintu bilik. Kemudian, Mak Andam yang telah ditempah muncul di muka pintu bersama Umi dan adiknya Charini.
“Lambat ke..??” Soal Kak Ayu Nadia, yang sebenarnya merupakan seorang lelaki lembut. “Mintak maaf banyak-banyak yea Erin, Akak terlambat… tadi datang separuh jalan kereta meragam pulak.. terpaksa berpatah balik tukar kereta, you…. Nasib baik takde lah jauh sangat.” Sambungnya lagi.
“Takpe kak, masih banyak masa lagi.. Dia orang datang lepas Zohor, sekarang baru nak pukul 11 pagi…” balas Charina sambil tersenyum.
“Iya lah tu kak… padahal dia dah risau dah Kak Ayu tak sampai-sampai lagi tadi…,” selamba derk si Charini menyampuk, sengaja dia mahu menyempil melihat kakaknya dirias.
“Akak ni professional.. jangan risau ye dik…. Kalau kasi masa setengah jam pun Akak sempat siapkan kau dengan jelitanya… Tengok, alaaa lawanya pengantin kita hari ni… Jangan masam-masam dik.. Mari sini Akak mekapkan kau…”
“ Mari duduk sini…,” ujar Kak Ayu Nadia sambil membuka beg make upnya. “Ok, kau duduk diam-diam,” pesannya umpama menyuruh kanak-kanak yang nakal. Dia memulakan tugas dengan menyapu penyegar dan kemudian baru meletakkan pelembap. Seterusnya alas bedak.. Charini memerhati satu persatu dengan penuh minat.
“Akak Ayu boleh tolong mekapkan saya sekali tak..??” mulut becok Charini mula menjalankan tugasnya. Kemudian dia tersengih.
Sambil menjalankan tugasnya Ayu Nadia menjawab, “Hmm, boleh.. kau bayar aku RM 350 aku mekapkan kau.. sanggup..?” selamba dia bersuara. “Jangan kenyit mata kau sangat Erin..” suaranya lagi. “Susah Akak nak ratakan ni..”
“ Haa.. sanggup ke kau..?” selamba sekali lagi Ayu Nadia menyoal.
“Huh.. tak nak la.. mahal giler….!” Sahut Charini dengan muka yang kelat.
“No pitih, No lawa…,’ sambung Ayu Nadia lagi. Boleh tahan lasernya. Tangannya laju meratakan lipstick di bibir Charina. Kemudian dia ketawa kuat.  “Sekejap lagi, kalau sempat nanti Kak Ayu riaskan kau sama.. Aku  tau kau pun nak lawa macam Kak Erin kau jugak kan…” dia mengusik Charini. Suara lembutnya dileretkan panjang.
“Betul ni Kak Ayu….?” Pantas Charini menyoal meminta kepastian.
“Ye lah.. aku mekap nipis je kat kau.. mana boleh nak lawan pengantin…”
“Yahoooo…” sorak Charini dan melompat-lompat kecil. Charina tersenyum melihat gelagat adiknya. Umur dah 17 tahun, perangai masih kebudakan. Mungkin kerana statusnya selaku anak bongsu.
“Jangan senyum…”  tegur  Kak Ayu.
“Elok sikit Rini.. kena barang tu nanti habis  ranap..,” tiba-tiba terjengul Makcik Zabedah, jiran sebelah di muka pintu. Charini terdiam dan mengetap bibir. “Mak Bedah saja masuk nengok kau dimekap..” suara Makcik Bedah kemudian. “Nak tengok jugak barang hantaran kamu ni sekali.. cantik ya..” suaranya lagi sambil meninjau dan membelek barangan hantaran yang disusun elok di tepi katil itu. Kemudian masuk pula Mak Teh Limah. Kemudian kedua-duanya berborak sesama mereka. Sekejap kemudian mereka keluar.
“Kita kunci pintu ni kejap ye Erin..,” suara Kak Ayu. “Rini, awak  tolong tutup pintu tu.., rimas aku tengok orang keluar masuk ni….,” pinta Kak Ayu Nadia. Charini bingkas menutup pintu. Belum pun beberapa minit ada orang yang mengetuk.
Hampir sejam lebih kemudian, segalanya siap dan Kak Ayu mengenakan mekap ringkas di muka Charini. Setelah itu, Charina mengenakan kebaya songket pula sebagai baju pertama. Dan tidak lama kemudian, rakan-rakannya dari sekolah tiba dan dia sempat melayan mereka sebelum rombongan pengantin dari pihak lelaki tiba jam 1.45 minit petang. Majlis petang itu berjalan lancar. Kemudian Majlis Menghantar Menantu berlangsung seminggu kemudian di rumah keluarga Shahrul. Seminggu kemudian mereka mula kembali ke Kuala Lumpur dan menetap di Subang Jaya, kerana Shahrul bekerja di Bandar Sunway, bandar yang berhampiran.



"Dah bangun Sayang..?” terdengar sapaan mesra dari sisi. Terasa tangan diletak di atas pehanya.
Charina membuka matanya. Terasa silau menikam mata. Dia menggosok matanya perlahan.
“Sedapnya tidur…” dia menggeliat manja. Tangan didepakan. Agak lenguh setelah hampir beberapa jam di dalam kereta. “Kat mana dah ni, bang..??” dia memandang sekeliling. Pokok-pokok sawit di kiri kanan menguasai pemandangan.
“Merapoh.. Dah nak masuk sempadan Gua Musang pun…” jawab Shahrul. “Lama Sayang tidur yea.. Abang sunyi tau…,” Charina berpaling melihat Shahrul yang sedang tersenyum.
“Alaa.. sayang abang….” Charina memaut manja lengan kiri Shahrul dan menyandarkan kepalanya perlahan. Dia kemudian mencapai sun glassesnya dan memakainya. “Abang nak Sayang takeover pulak tak..??” pelawa Charina.
“Takpa.. Abang masih larat…” tolak Shahrul. Sesekali dia menyanyi mengikut rentak lagu di radio kaset. Kemudian mereka berborak dan saling bertukar topik. Anggaran lebih kurang empat jam lagi mereka akan sampai ke Kota Bharu.
“Kita solat Zohor di R&R Gua Musang ni dulu la yea lepas kita isi minyak ni..” suara Shahrul kemudian.
“Okay.. bisa aje, deh…” balas Charina pula.
Setengah jam kemudian, setelah selesai segalanya, mereka kembali menyambung perjalanan dan hampir pukul empat, mereka selamat tiba di detinasi. Mereka singgah di rumah keluarga Shahrul terlebih dahulu dan kemudian besok pagi baru mereka merancang kembali ke rumah keluarga Charina.

Mereka balik bercuti sempena meraikan perkahwinan Chairul Azlan, abang Charina yang mana bertemu jodoh dengan seorang doktor di Hospital Pakar Perdana, sebuah hospital swasta di Kota Bharu ini.

Tuesday, September 30, 2014

Tips Perkahwinan : 15 PETUA KEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI










Hakikatnya, tugas isteri zaman sekarang bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami. Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk, tetapi bagaimana pula dengan suami?



Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.

Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.

1. Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.

2. Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.

3. Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.

4. Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.

5. Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

6. Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.


7. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.



8. Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.

9. Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. 
Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.

10. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah 
yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan
 jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah
 lembut.


11. Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. J
angan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu 
dia yang anda cuma risau.



12. Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.



13. Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.


14. Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat 
demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.

15. Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.


sumber : FB

Novel : Kemelut Kasih - Part 22






Bab 22

"Encik Shahrul, ini fail yang Encik minta tadi…..”


Shahrul yang sedang asyik meneliti data dalam fail biru yang baru diterimanya semalam mengangkat wajahnya sebentar memandang wajah Izati, kerani akaun yang manis itu. Dia mengangguk.
            “Terima kasih… Letakkan di situ. Saya akan lihat sekejap lagi.” Ringkas dia bersuara. Setelah itu, Izati berlalu. Selepas menghirup sedikit air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh tea lady sebentar tadi, Shahrul kembali membelek helaian yang seterusnya. Padanya, cadangan dari Syarikat Pembinaan Megah Padu  Bhd itu amat menarik, namun ada sesuatu yang tidak kena di sini.
            Cadangan projek pembinaan perumahan, sekaligus penubuhan Bandar baru di kawasan Kampung Perantau itu memang baik. Dengan konsep yang ala country, tenang dan  mewah. Bayangkan, seratus lapan puluh tiga blok perumahan yang dicadangkan merangkumi kawasan perumahan mewah sehinggalah perumahan kos rendah  di susun atur begitu elok, namun ia akan menyebabkan beribu lagi penduduk setinggan yang akan kehilangan tempat tinggal. Tambahan lagi kawasan itu adalah kawasan tadahan hujan. Kalo ia diceroboh dan diteroka, mungkin akan berlaku lebih banyak lagi runtuhan tanah yang akan mengakibatkan lebih ramai nyawa yang terkorban sekiranya ia tidak diselenggara secara baik!
Untuk membina kawasan perumahan golongan elit dan pertengahan yang selesa dan menarik, mereka terpaksa mengabaikan kebajikan golongan berpendapatan rendah. Ini tidak adil bagi golongan bawahan itu! Itu pendapat Shahrul. Dia berfikir-fikir sejenak untuk mengemukakan fakta dan logiknya sebagai bukti dan ujahan yang kukuh agar dapat mempengaruhi pihak pengurusan atasan yang akan bermesyuarat esok, agar dapat memikirkan kembali untuk meneruskan kerjasama antara kedua syarikat gergasi itu. Dia berhasrat agar pembinaan perumahan itu ditimbal balik. Paling tidak pun dirombak kembali agar semua pihak dapat merasa nikmatnya. Namun dia pasrah, siapalah dia  untuk mempengaruhi top management mereka. Namun, dia cuba berusaha. Belum cuba, belum tahu!
Sekali lagi dia meneguk kopi hitam yang sudah separuh itu. Sambil tangannya terus membelek helaian butiran yang terperinci tentang Projek Perumahan Kampung Perantau itu yang dinamakan “Kayangan Height” sambil meneliti anggaran belanjawan bagi projek bernilai RM 250.5b. Wow! Tinggi tttuu… Namun semuanya tidak mustahil memandangkan perancangan yang cukup lengkap dan rapi.
Sebuah bandar baru yang dijangka berciri semi-moden tetapi masih mengekalkan ciri tradisional. Hebat! Semuanya lengkap dengan kemudahan pasaraya yang canggih selain bank dan kompleks sukan serta renang yang lengkap. Tidak ketinggalan padang golf elit. Beberapa buah hotel dan chalet turut disenarai dalam pembinaan. Namun adakah berbaloi sekiranya beribu lagi penduduk setinggan di Kampung Perantau yang sudah berkampung di situ sejak zaman berzaman lagi kehilangan tempat tinggalnya…? Dan Malaysia akan kehilangan salah satu kawasan tadahan hujan yang terbesar..??
Tugasnya selaku Eksekutif Akaun di Milia Corporation yang mengendalikan urusan kewangan pelbagai projek kontraktor itu agak mencabar memandangkan projek pembinaan mega yang merangkumi kos yang sangat tinggi. Lagi pula, tugasnya selaku Pegawai Akaun Projek amat berisiko memandangkan penyata aliran wang yang keluar masuk amatlah kerap. Penyalahgunaan kuasa dan rasuah kewangan mungkin menjadi satu perangkap dirinya suatu hari kelak. Jadi dia perlu berhati-hati!
Hampir seminggu yang lalu, sewaktu dia memeriksa aliran wang tunai dan penyata kewangan bagi Projek Pembinaan Seri Cahaya, satu lagi projek raksasa Milia Corporation yang telah tiga tahun dalam pembinaan amatlah berbeza berbanding resit-resit dan claim yang dikepilkan bersama. Mungkin terdapat sesuatu propaganda atau masalah dalaman di sini. Itulah mungkin penyebab kenapa beberapa Akauntan dan Eksekutif Akaun yang sebelum ini tidak dapat bertahan lama. Oleh itu, dia perlu berhati-hati. Lagi pula dia masih baru dalam dunia pekerjaan. Baru 2 tahun. Masih belum masak benar dengan selok belok asam garam dunia pekerjaan. Namun, dia perlu berwaspada!
Izati, kerani akaun yang manis tadi muncul kembali membawakan beberapa dokumen yang perlu dikepilkan bersama dokumen Projek Kampung Perantau atau juga Kayangan Height  tadi. Setelah itu dia terus pergi, namun tidak lama kemudian suaranya bergema dihujung interkom.
“Encik Shahrul, Mr. Ng panggil encik ke biliknya….,” suara Izati.
Shahrul yang sedang asyik meneliti dokumen tadi tersentak dan kemudiannya mengangguk kepalanya perlahan. “Ok, terima kasih Zati.. Beritahu Mr.Ng sebentar lagi saya k e sana….”
“Baik, encik”
Beep.



                    "Sayang, abang dah balik…,” sayup dengar suara Shahrul dari ruang tamu, namun masih jelas di pendengaran Charina. Sebentar kemudian terdengar tapak kaki mampir ke dapur. Dia sedang asyik menggoreng keledek dan keropok untuk minum petang. Kemudian satu lingkaran tangan melilit di pinggangnya dan sebuah ciuman dihadiahkan di dahinya dari belakang. Dia menjerit kecil. Sebetulnya, dia bercuti hari ini. Dia berpaling dan tersenyum memandang Shahrul.
            “Awalnya abang balik hari ni..??” Soal Charina manja sambil menghadiahkan senyuman manis. Sambil itu dia membalik-balikkan keledek yang sedang digoreng.
            “Hm.. malam nanti keluar lagi, ada perbincangan ngan client sikit. Sebelum balik tadi Mr.Ng panggil abang ke biliknya. Serahkan sikit report yang dia ada. Lepas tu, abang ingat nak jumpa Man Itik la kejap. Dah lama tak jumpa dan lepak ngan kawan-kawan.” Shahrul bersuara sekaligus memberitahu planningnya malam nanti.
            “Hmm, ok… so malam ni makan kat luarlah ni yea..,” Charina yang sudah mulai faham dengan rutin hidupnya semenjak berumah tangga hampir 5 bulan yang lalu.
“Tak la.. malam ni abang ‘makan’ ngan Sayang la…,” ujar Shahrul sambil ketawa kecil. Charina yang terasa lain dengan ayat suaminya itu berpaling sekilas memandang suaminya yang sudah pun melangkah ke peti ais sambil melonggarkan tali lehernya.
“Gatal..!” sepatah dia bersuara memahami maksud tersirat  Shahrul tadi. Namun dia juga tergelak kecil. Penuh gurauan.
Tawa Shahrul masih bersisa.
“Lapar la, Yang…” ujar Shahrul pendek sambil merengek manja. Dia duduk di meja di sisi dapur sambil menuangkan air.
Charina berkira-kira sebentar sebelum membalas kata suaminya. Sama ada benar lapar yang dimaksudkan atau makna yang keduanya.
“La.. kan Ayang tengah siapkan minum petang ni….,” suara Charina sambil memadamkan suis dapur dan mengangkat hasil gorengan ke meja untuk dihidang. Sekali lagi dia berjalan ke kabinet dan mengambil gelas untuk diisi air limau sunquick yang sudah siap dibancuh tadi.
Sedang Charina asyik mengatur hidangan, Shahrul menarik Charina ke atas ribanya, dan memeluknya erat.  Romantis. Charina menjerit perlahan, manja. Namun segera Shahrul menutupi dengan kucupan di bibirnya yang merkah.
“Abang lapar la Yang….,” kali ini maksud sebenar Shahrul sudah di fahaminya. Ada renungan dan godaan manja di sudut matanya.
“Makan la,  kan orang dah hidang ni….,” Charina masih ingin main-main. Matanya diarahkan pada hidangan di meja. Sambil membalas senyuman nakal.
“Ayang ni…..,” Shahrul memberi renungan nakal.
“La..kan makanan dan minum Sayang dah hidang ni….,” Charina masih bersuara walau memahami hasrat hati suaminya.
“Abang nak ‘makan’ ngan Sayang dulu.. Pastu kita kita makan yang ni plak… Ok yang..,” goda Shahrul lagi. Matanya dalamnya merenung tajam. Charina ketawa polos.
“Abang ni….,” Charina mencubit lengan Shahrul manja. Mukanya tersorok di dada Shahrul.. Walau sudah hampir setengah tahun, namun masih mempunyai perasaan malu. Tidak sabar, Shahrul terus mencempung tubuh Charina  dan menghala ke bilik tidur, diiringi gelakan manja dari keduanya.



                 Setelah meletakkan tas tangan dan beg bimbitnya, Charina melangkah memasuki pantry sambil membawa bungkusan sarapan paginya. Dari jauh sudah kedengaran suara riuh rendah pekerja Perbadanan Kayangan Berhad di tingkat 18 ini bergurau  senda sesama sendiri.
“Morning semua…,” sapanya riang. Kelihatan Alias, Malik, Rahman dan Wan Hisham di satu meja di sudut agak terasing dari yang lain sedang menyedut rokok, tentunya sudah menghabiskan sarapan pagi masing-masing. Kelihatan beberapa gumpalan bungkusan makanan yang sudah selesai bertumpu di tengah-tengah meja.
“Hai, Erin… lawanya dia pagi ni….,” sapa Malik. “Mantap…,” sambungnya lagi. Sambil disahut gelak oleh tiga lagi rakannya.
“Tima kasih….,” sengaja Charina membalas gurauan mereka.
“Erin, jangan layan bapak-bapak budak ni.. tak sedar umur dah lanjut masih nak ngurat anak dara orang lagi…,” suara Kak Marliah yang bangun menuju ke sinki. “Akak, air teh satu yer…,” pinta Kak Marliah pada Kak Sunarti, tea lady yang berasal dari Jawa Tengah itu.
“Anak dara mananya Kak Lia.. udah kahwin.. melepas saya…,” sahut Sabri pula dari meja sebelah disahut gelak sakan dari semua yang ada di situ.
Charina membalas gurauan mereka, dan tergelak kecil. “Ambooi.. suka korang yea, pantang ada peluang… hentam habisan,” senyum.
“Saya air kopi ya kak..” suara Charina bila Sunarti berpaling padanya. Charina berjalan dan duduk di kerusi yang baru sahaja dikosongkan oleh Maria Athirah, Pengurus Kanan Pentadbiran yang baru habis makan seketika tadi. Dia membuka kelongsong makanannya.
“Sedapnya lauk… paru goreng dan kerang.. perghh..!” Charina berpaling  pada Kak Marliah, kerani HR yang gempal itu. Ibu beranak tiga yang menetap di Sentul itu memang agak kepoh orangnya, juga lucu, namun baik hati.
“Ambik la kak, sentuh sikit…,” pelawa Charina.
“Erin cuti yea semalam, kenapa… takkan honeymoon lagi kot….” Soal Yati rakan setugasnya dari Unit Pengawalan Pemasaran dan  Sokongan.
“Ha ah.. ada settle hal sikit..” Kemudian masing-masing menghabiskan sarapan masing-masing dan kemudian melangkah ke meja kerja masing-masing.
“Nona manis, En. Jamil mahu ketemu anda di dalam..,” tiba-tiba muncul Julia di sisi ruang kerjanya sewaktu Charina sedang asyik menaip laporan.
“Apa ibu..??” soal Charina meminta kepastian, mengajuk bahasa yang digunakan oleh Pembantu Peribadi Encik Jamil Hidayat, Pengurus Besar di firma itu.
“Encik Jamil nak jumpalah..” balas Julia dan terus berlalu ke tempatnya di hadapan.
“oOOo.. okay, sebentar…” dia menyudahkan ayat terakhir dan bangun sambil mencapai fail berisi laporan kedudukan kewangan semasa perniagaan capital-venture antara firmanya dan Syarikat Megah Trading Sdn Bhd, sebuah firma perkilangan mencipta komposisi elektronik yang berpusat di Puchong, Selangor itu.
 Laporan Kewangan Syarikat Megah ini menunjukkan penurunan yang drastik dalam tempoh tiga tahun kebelakangan. Jika keadaan ini berterusan, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan dari terus menanggung beban kewangan kerana perkongsian modal yang agak besar.
“Saya menyarankan Syarikat Megah patut melakukan penjenamaan semula dan penstrukuran balik dalam syarikat mereka, Encik Jamil.” Charina mengemukakan pendapatnya dan mengemukakan beberapa laporan yang telah dia perhatikan bersama seorang lagi kliknya yang diberi tanggungjawab menjaga akaun syarikat tersebut. 
Sejurus selepas bergraduat beberapa bulan dahulu, dia menghantar permohonan meminta kerja di firma latihan praktikalnya dahulu. Nasibnya agak baik kerana seorang staff yang bekerja di sini dahulu terpaksa berpindah mengikut suaminya yang berpindah ke Sabah. Lantas permohonannya terus diproses dan dipanggil memasuki firma semi-government yang terkemuka dalam bidang capital-venture di Malaysia ini
“Penjenamaan semula..,” Encik Jamil Hidayat mengulang kembali perkataan yang diutarakan Charina sambil mengangkat cermin matanya dan meneliti laporan yang terbentang di atas mejanya.
“Penjenamaan semula..,” sekali lagi dia mengulang perkataan tersebut. “Sounds like good idea.. Awak dan Shariman kemukakan saranan dan laporan lanjut. Nanti kita panggil pihak Megah untuk duduk dan bermesyuarat bersama.” Ringkas Encik Jamil bersuara memberi arahan. Ketuanya itu masih tegap dan segak meskipun akan pencen tiga tahun lagi. Anak-anaknya pun semua sudah remaja. Malah anak sulungnya sudah hampir sebaya Abang Long nya.
Charina mendongak dari melihat laporannya. “Baik Encik Jamil.” Dia mengumpul semua kertas yang berterabur di meja ketuanya. “Ada apa-apa lagi, Encik..??” soalnya sambil bangun dari kerusi.
“Takde..” sepatah bosnya membalas. “….oh ya, terlupa saya…15 haribulan nanti kita ada jemputan dari Mergastua Muafakat  untuk makan malam syarikatnya kan, jangan lupa hadir dan bawak la suami kamu bersama…” sambung Encik Jamil lagi.
“Insya Allah, Boss….” Setelah itu dia pun berlalu.
Setibanya di ruang kerjanya, telefon bimbitnya berdering lantang melagukan kumpulan Five, We Will Rock You. Tertera nombor rumah mentuanya dari Kota Bharu.

‘Hello, Assalamualaikum…” suara ibu mertuanya kedengaran ceria di sebelah sana. “Yea mama.. kami balik hujung minggu nanti, Insya Allah….” lembut dan sopan Charina berbicara bersama mentuanya. “Okay, Erin beli barang yang Mama pesan tu.. Insya Allah, don’t worry Mama…,” dia meyakinkan . Kemudian mereka berbual lagi beberapa topik sebelum masing-masing meletakkan telefon.

Siri : Nadja - Satu






SATU


                       Deringan telefon di atas mejanya kedengaran
nyaring. Nadja berlari-lari anak sebelum talian tiba-tiba sunyi. Dia yang tadinya sedang membuat salinan di mesin fotokopi  berpatah balik untuk menyambung kerjanya yang terhenti seketika akibat deringan telefon itu. Baru tiga langkah, sekali lagi deringan telefon di mejanya kedengaran. Terus dia menyambung lari menuju ke meja kerjanya sepantas mungkin.
Sebelum itu dia sempat melihat Encik Lokman, seorang Eksekutif Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran di pejabatnya sedang menghala ke mesin salinan pendua yang digunakannya sebentar tadi. Dua fail manila yang agak tebal berada di tangan Encik Lokman
Pastinya dia juga ingin menggunakan mesin itu. Sebelum mengangkat gagang, Nadja sempat  mengisyaratkan dokumen yang ada di sisi mesin itu adalah miliknya dan menyuruh Encik Lukman menggunakan dahulu serta mengenepikan dokumen yang masih berada di  muka cermin mesin fotostat tersebut.
            “Hello..” suaranya yang lunak sempat menjawab panggilan itu. Suasana sunyi seketika. “Hello…?” sekali lagi dia mengulangi perkataan yang biasa diguna pakai apabila seseorang menjawab atau membuat panggilan.
            “Hai Honey..” riang lagi mesra kedengaran suara di talian sebelah sana. Nadja yang sudah mengenali suara si pemanggil terus tersenyum lebar.
            “Kenapa call guna ofis..? Napa tak call guna handset je?” balas Nadja pula  manja. Namun sengihannya masih bersisa. Dia yang tadinya berdiri terus duduk sebentar di kerusinya.
Wahidah yang berada di meja kerja sebelah kirinya, namun  dipisahkan dengan partition biru-kelabu itu hanya memandang rakan sekerjanya sepintas lalu. Gelagat biasa dilihat di waktu pagi, sebelum kembali memandang skrin komputer. Sudah menjadi rutinnya setiap pagi untuk memeriksa emel dari Lotus Notesnya. Selain memeriksa emel-emel yang dihantar dari rakan-rakan, seringkali juga pihak  atasan di syarikat itu akan memberi sebarang tugasan hanya melalui Lotus Notes sahaja. Tidak perlu dipanggil mengadap di pejabat.
“Tadi I dah call you trough your handphone, tapi tak berangkat pun… That why I call nombor ofis you…” si pemanggil menjelaskan seringkas mungkin.
Nadja terus membuka locker almarinya dan mencapai tas tangan. Segera dia memerhati telefon tangan jenis Sony Ericson K750inya. Ternyata ada 3 missed call di situ. Dia menekan lagi butang di telefon tangannya. Terpapar nama buah hatinya di situ yang hanya disimpan dengan nama Captain Gaban. Dia meneliti waktu panggilan, 9.15 minit pagi. Hanya waktu panggilan paling akhir yang direkodkan. Ooohh.. hampir  sepuluh minit yang lalu, sewaktu dia sedang membuat salinan dokumen sebentar tadi.
 “I tengah fotostat la tadi, wak…” dia menjelaskan.
“Busy ke..?” ayat biasa yang disoal jika menelefon di waktu pejabat ini.
“Biasa je…” juga ringkas dia membalas. Buat masa ini tiada kerja yang perlu disiapkan segera.
Suasana sunyi seketika.
“You rindu I tak?” suara garau di sebelah tanya bertanya
“Taakk..” pantas Nadja menjawab dalam gurauan. Kemudian dia ketawa nakal. Ketawa kecil turut meletus dari dalam gagang telefon.
“Oklah, I nak sambung buat keje ni.. Kita sms je la ek..” Nadja mahu mematikan talian secepat mungkin setelah melihat Encik Lokman sudah beredar  menuju ke biliknya. Tidak mahu kerjanya yang tergendala sebentar tadi tertangguh lagi.
“Ok, I miss you… I love you.. Muah” tanpa silu ucapan itu diluahkan. Nadja hanya ketawa polos. Sengaja tidak mahu menjawab, malu sekiranya didengari rakan-rakan sepejabatnya.
“Ok, babai” Klik. Gagang diletakkan  kembali ke tempat asalnya. Dia tersenyum sebentar sebelum kembali ke mesin fotostat menyambung kerja yang tergendala tadi. Tangannya meneruskan kerja, namun fikirannya melayan jauh mengenangkan peristiwa 4 tahun lalu bagaimana yang merapatkan dia dan Captain Gaban tadi.




                        "Aja… ada my friend nak kenal dengan you la.. Dia mintak nombor phone you.. boleh tak I bagi nombor you kat dia ni..?” soal Kak Faridah tiba-tiba. Sewaktu itu mereka berada di Restoran Cerana, Cheras sempena meraikan seorang rakan mereka, Kak Raja, khabarnya kerabat negeri Perak sempena mendapat kerja baru. Hari ini merupakan hari terakhir dia bekerja bersama-sama mereka di sebuah syarikat logistik yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur itu.  .Nadja yang sedang menyenduk masak lemak ikan keli terhenti seketika. Mukanya agak kehairanan. Dahinya berkerut.
“Kawan..? Siapa kak..?” Dia memandang wajah Kak Faridah sebentar sebelum kembali menyenduk Kailan Ikan Masin ke pinggannya. Rakannya di sebelah, Wan Marini pula mengambil giliran menyenduk Kailan Ikan Masin yang disenduknya tadi.
“Haah, siapa Kak..?” Wan Marini turut menyoal Kak Faridah ingin tahu. Kini kedua-dua anak gadis yang baru tamat pengajian di sebuah universiti tempatan di pinggir ibu kota sudah memandang wajah cantik perempuan berusia lewat 30-an itu. Biarpun usianya bakal menjangkau usia 40-an dua tahun lagi, dan dua anaknya sudah menghampiri usia remaja, namun badan Akak Faridah ini masih ramping umpama anak dara. Dia yang selalu bergaya moden itu juga seorang yang bersemangat waja. Sudah beberapa tahun dia menjanda dan kedua-dua anaknya tinggal bersamanya.
“Ya la, siapa kawan you tu yang berminat dengan cik adik manis kita ni, Eda?” soal Kak Raja pula. Dia memandang wajah manis  Nadja yang ayu bertudung, jua wajah Wan Marini  yang duduk di sebelahnya. Kedua-dua wajah yang mempamerkan perasaan ingin tahu itu di pandang bergilir-gilir.
 Kak Raja yang sudah menghampiri usia 50-an ini juga merupakan seorang janda beranak seorang. Lelaki. Kedua-dua mereka turut membawa anak-anak masing-masing pada malam itu.
Ini merupakan kali pertama Wan Marini dan Nadja bersua muka dengan anak teruna Kak Raja, yang beberapa tahun lebih muda dari mereka. Khabarnya masih meneruskan pelajaran di kolej swasta di ibu kota dalam bidang Teknologi Maklumat. Manakala kedua-dua anak Kak Faridah yang masih di sekolah menengah dan rendah itu pula  sudah beberapa kali mereka bersua muka.
“Ala.. kawan I.. tadi kan kita pegi MINDEF untuk you handover kerja-kerja you yang masih sangkut kat Nadja ni… dia ada nampak kita bertiga kat sana tadi..” jawab Kak Faridah menjawab soalan Kak Raja dan mula membuka cerita.
“So lepas tu dia call I few times dari siang tadi lagi… nak kenal you..” terangnya lagi sambil memandang wajahku. “I cakap I kena tanya you dulu la kan..” sambungnya lagi. Dia mengunyah nasi, sambil sesekali menyenduk Lala Goreng Pedas ke pinggannya.
Aku yang sedang menyuapkan nasi ke mulut tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Segan sebenarnya mendengar ucapan yang keluar dari mulut Kak Faridah itu.  Mungkin tata susila sebagai gadis melayu dan sekaligus beragama Islam ini masih kuat di jiwaku. Namun ku pandang sahaja wajah Kak Faridah dan kemudiannya Marini, rakan sekelasku dan juga rakan serumahku sewaktu belajar dahulu yang duduk di sisi, melihat reaksinya. .
 Setelah bekerja, kebetulan Marini terlebih dahulu mendapat kerja di syarikat ini. Sementara aku pula baru habis kontrak kerja sementara di sebuah syarikat yang memerlukan khidmat tenaga sementara di waktu itu. Kebetulan ada kekosongan jawatan di syarikat Marini, jadi aku turut memohon. Sudah rezekiku, aku diterima. Dan dari saat itulah aku berkenalan dengan kedua-dua rakan sekerja yang sudah berpangkat kakak kepada kami ini. Meskipun beza usia yang agak banyak, namun mungkin kerana dengan status mereka  membuatkan hati mereka sentiasa muda.
Marini yang sudah bertunang itu memandang sebentar ke wajahku sebelum menyoal Kak Faridah lebih lanjut.
“Berapa umur dia Kak..?”
Aku hanya diam memerhati. Anak-anak Kak Faridah dan Kak Raja asyik dengan santapan masing-masing. Hanya mulut kami sahaja yang rancak bersuara. Desiran air pancutan dan kolam menerbitkan suasana yang sungguh damai.
“Lebih kurang sebaya Akak je..” ringkas Kak Faridah menjawab.
Ku lihat wajah Marini berubah sedikit. Aku turut terkejut sama sebenarnya, namun tidak ku pamerkan reaksiku itu.
“Dah kahwin ke belum ni kak..?” soal Marini pantas menambahkan lagi rasa segan yang sudah sedia hinggap di hatiku.
“Sudah.. ” balasnya ringkas. “Alah.. kawan je la.. bukan suruh kahwin pun..” masih ku ingat lagi kata-kata Kak Faridah sewaktu itu.
Sewaktu itu aku mahu mengatakan, ‘takpe lah kak..’ alasan biasa untukku mengelak dari membuat sebarang hubungan, ataupun menerima huluran salam perkenalan. Malahan, sebelum ini, pernah jua ku terima pelbagai lamaran perkenalan, malahan ada juga nombor telefon yang ditinggalkan di cermin keretaku Namun entah mengapa, aku tidak pernah membalasnya. Mungkin masih belum terdetik dalam hatiku untuk membalasnya dan hatiku belum terbuka untuk  semua itu.
Walau apapun, sesekali ada jua aku kuar berkawan, tetapi setelah mereka menampakkan minatnya untuk melanjutkan persahabatan yang lebih intim, pelbagai perangai dan helah yang aku buat untuk membuatkan mereka berputus asa,
Yang sebetulnya, aku jua tidak faham dan mengerti kenapa aku harus bersikap sedemikian. Padahal aku tidak pernah mengalami kekecewaan, mahupun sebarang trauma.. Malah yang pastinya, aku sendiri yang sering mengecewakan hasrat beberapa rakan lelaki semenjak dari zaman belajar dahulu lagi. Hmm.. Entahlah… Mungkin juga aku belum bersedia untuk berkomitment. Mungkin..
Tapi sampai bila aku harus bersikap sebegini..? Umur sudah hampir menjangkau suku abad.
“Ala, kawan je.. apa salahnya, kan Kak?” tiba-tiba Marini pula bersuara sambil memandang ke arahku. Aku memandang kosong.
“So macam mana ni Aja.. nak bagi ke tidak ni?” soal Kak Faridah lagi mahukan jawapan.
“Alah, you ni, bagi je..” tambah Kak Raja pula menyokong.
“Ok, I bagi eks…” sahut Kak Faridah lagi lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia menekan sebentar punat untuk membuat panggilan. Tidak berapa lama kemudian, talian disambungkan dan dia  bercakap sebentar dengan rakannya itu. Pastinya pasal aku turut dibicarakan.  Sebentar kemudian Kak Faridah memberi nombor talian bimbitku kepada rakannya itu. “Nak cakap tak..?” soalnya sambil memandangku. Aku menggeleng-gelengkan kepala tidak mahu. Mereka bercakap lagi lebih kurang lima minit sebelum memutuskan talian.
“Dah.. dia cakap nanti dia call you..” jelas Kak Faridah lagi. “Dia ni baik.. you don’t worry la… Actually, dia ni suka bagi syarahan  agama kat I… kadang-kadang naik rimas I dibuatnya” sambung Kak Faridah lagi. “Nanti you jumpa dia you kenal-kenal la dengan dia… Kawan je.. bukannya I suruh you kahwin pun…” panjang lebar pula dia menerangkan.
Aku hanya diam namun hanya mengangguk.
Kemudian kami saling bertukar cerita dan bergurau senda. Hampir pukul 10.30 kami bersurai. Aku dan Marini menaiki satu kereta. Marini yang kini tinggal bersama abangnya di Kota Kemuning Shah Alam terlebih dahulu datang ke rumahku dan kami bersama-sama datang ke sini.
Aku tiba di rumah hampir pukul 11.15 minit malam. Setelah menyalin baju dan menunaikan solat, aku bersiap untuk beradu. Lagi pula besok hari bekerja. Baru sahaja meletakkan kepala ke bantal, telefon bimbitku yang aku letakkan di sisi berdering lantang.
Di skrin terpampang satu nombor yang agak asing, dari kod kawasan, aku cuba   meneka-neka  panggilan ini mungkin dari area pusat bandaraya . Pada  deringan kelima aku menekan butang hijau.
“Hello..? Assalamualaikum…” aku memulakan bicara.
Kedengaran ucapan salam dijawab di sebelah sana. Agak asing di pendengaranku. Aku hanya mengagak, mungkinkah si dia ini rakan Kak Faridah tadi..?

Novel : Kemelut Kasih - Part 21





Bab 21

  
               Masa perpisahan akhirnya tiba juga. Barang-barang semuanya telah dikemaskan. Bilik sudahpun kosong. Kunci-kunci juga baru dihantar ke Pejabat Am Kolej. Nampak gayanya, dia dan Yati juga akan berubah blok. Sementara Kak Linz dan Syikin akan keluar terus dari bumi UPM ini. Dan status pelajar mereka telah ditamatkan serta merta. Maklumlah, mereka sudah menamatkan pelajaran mereka… he.. he..
Yati telah ditempatkan di blok  Kijang sementara dia pula ke blok Rusa. Tapi, Charina pula memilih untuk menetap diluar kampus bersama-sama teman sekursusnya. Dia memilih untuk  menjadi PLK, Pelajar Luar Kampus. Mereka telah bersama-sama memilih untuk menyewa di sebuah rumah di area Serdang ini. Dia ingin merasa kehidupan di rumah sewa pula. Kehidupan di kolej yang padat dengan aktiviti sudah dirasa. Kini dia ingin merasa hidup bujang bersama rakan-rakan perempuan pula. Yalah, sementara belum menjadi hak orang…. 
Dua hari lepas dia telah memindahkan kesemua barang-barangnya ke rumah  baru mereka yang terletak di antara bandar Serdang dan Seri Kembangan ini. Anita juga turut menyewa bersamanya.
“Rin, Kak Linz balik dulu…,” ujar Kak Linz memandangkan ibu, ayah dan abangnya telahpun beredar ke kereta mereka setelah bersalam dengan mereka tadi.
Aku angguk.
“Jangan lupa Erin tau…,” aku menyalami tangannya. Aku mengeluarkan sebuah bungkusan dari beg di bahuku lalu diberikan kepadanya.
“Nah… hadiah sempena perpisahan kita… Contact-contact lah selalu, yea…”
“Eh, apa ni…?” soal Kak Linz pula agak terkejut. Dia membelek-belek bungusan itu. “Terima kasih, Rin…” senyum. Kami bersalaman dan saling melagakan pipi. Kemudian dia beralih ke arah Yati pula. Aku menghulurkan satu lagi bungkusan yang sama diberikan kepada Kak Linz ke arah Syikin. Dia menyambut dan mengucapkan terima kasih. Adegan bersama Kak Linz sekali lagi berulang.
Nampaknya, ibu Syikin, Abang Ngah dan Abang Longnya juga telah pun sampai. Kami sama-sama mengangkat beberapa biji beg dan kotak-kotak Syikin ke keretanya. Kak Linz telahpun berlalu selepas bersalaman dengan ibu Syikin. Setelah semuanya selesai, Syikin juga berlalu. Nampaknya, kini tinggallah aku dan Yati. Yati akan berangkat pulang ke Terengganu pada malam ini, sementara aku pula akan pulang bila Abang Chairul akan tiba. Mungkin esok atau mungkin juga lusa. Sekejap lagi kami akan berangkat ke rumah baruku. Dan malam nanti aku akan menghantar Yati ke Stesyen Komuter Serdang. Dari situ dia akan mengambil komuter ke Hentian Putra sebelum mengambil bas ke destinasinya di Kuala Terengganu.
Suasana di blok sudah senyap mulai semalam. Sudah ramai pelajar yang balik ke kampung halaman. Semester baru akan bermula dua bulan dari sekarang.  Setelah kami bersalaman dengan rakan-rakan yang masih ada di kolej, kami pun beredar ke rumah baruku. Selepas Maghrib pula, aku menghantar Yati ke Stesen Komuter Serdang. Kini tinggallah aku dan dua lagi rakan yang sama-sama menyewa denganku di rumah sewa itu. Anita pula telah pun pulang ke kampung halamannya di Pahang pagi kelmarin lagi.




                     Charina merenung wajah Shahrul dengan tenang. Namun wajah pemuda yang berdiri di hadapannya agak bercelaru. Beberapa kali dia menghela nafas namun tiada sepatah kata pun lagi yang terkeluar. Telah seminggu dia pulang ke bandar ini, baru inilah kali pertama Shahrul datang berjumpanya. Charina hanya berdiam diri menunggu butir kata dari Shahrul. Sebenarnya dia sudah nekad dengan keputusannya yang difikirkannya beberapa hari lepas.
“Kenapa Erin balik tergesa-gesa hari tu..??” soal Sharul akhirnya. Mukanya yang tadi asyik merenung air tasik yang berombak tenang dipalingkan menentang wajah tunangannya. “Puas abang cari Erin, tapi rupanya Erin dah balik sini.” Sambungnya  lagi. “Orang telefon dia matikan!”
Charina menundukkan wajah. Rambutnya yang terurai itu menutupi sebahagian wajahnya. Kakinya menguis-nguis perlahan rerumput. Dia mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang difikirkannya beberapa hari lalu. Shahrul masih menunggu jawapan dari mulut Charina.
“Takde, hari tu Abang Long datang lebih awal dari yang dia cakap,” suara Charina. “Malam lepas hal tu, Abang Long sampai. Lepas tu kami pergi tidur rumah Mak Ngah kat Taman Melati. Esok tu kami terus balik.” Terang Charina panjang lebar.
Shahrul mengangguk.
“Abang ingatkan Erin sengaja nak larikan diri dari Abang.”
“Erin, Abang minta maaf atas perlakuan Suraya hari tu.”
“Dah la bang.. Erin tak salahkan Suraya.. kalau Erin kat tempat dia pun mungkin Erin akan bertindak macam tu. Atau mungkin lebih teruk dari tu,” suara Charina pula. Tangannya mencarik-carik sehelai daun kering yang hinggap jatuh di bahunya. Pandangan matanya dihalakan jauh ke arah Tasik Perindu, tasik buatan bekas lombong di Taman Tengku Anis, sekitar pinggir Bandar Kota Bharu ini. Ramai remaja bermain bola sepak di kawasan padang berhampiran. Kanak-kanak pula begitu asyik dengan papan gelungsur dan buaian serta jongkang-jongketnya. Segelintir golongan yang berumur pula sedang berjongging sebagai riadah di waktu petang. Shahrul mengambil sebiji batu yang berada di hujung kakinya dan membalingnya jauh ke arah tasik. Riak-riak air tasik yang tenang bergolak seketika.
“Abang, Erin nak cakap sikit, boleh..,” suara Charina memecah kesunyian antara mereka.
Shahrul berpaling menatap wajah Charina. Dia menunggu butir kata dari Charina.
“Apa dia, Sayang….” guraunya mesra.  Matanya yang tajam memikat kelihatan begitu menawan. Charina cuba melarikan diri dari memandang matanya. Takut terpikat!
“…mmm… sebenarnya, dah lama Erin nak cakap pasal benda ni, tapi memandangkan perhubungan kita berdua tak begitu baik, Erin tangguhkan dulu… tapi.. hari ni, Erin perlu katakan juga….,” lambat-lambat Charina bersuara meluahkan kata.
Muka Shahrul berkerut mendengar kata-kata Charina yang agak meragukan itu. Kedua-dua keningnya yang lebat dan terbentuk itu agak rapat membuatkan matanya lebih memikat.
“….sebenarnya, Erin rasa….” Dia terdiam seketika.
“Sebenarnya Erin rasa amat bersalah terhadap Suraya.”
“Dah, cukup Erin…! It’s enough..!! dah banyak kali Abang dengar kata-kata tu dari mulut Erin…”
“Erin tahu, Erin yang menyebabkan perhubungan Abang ngan Suraya bergolak.” Charina terus menyambung tanpa mempeduli kata-kata Shahrul. “Erin rasa selama ini Erin mementingkan diri sendiri. Mungkin Erin rasa sebab Erin nak jaga hati orang tua kita, tapi…. Erin tetap rasa Erin yang bersalah kerana tidak berkeras menolak dari awal lagi.” Dia berjalan menghala ke hadapan dan duduk di sebuah kerusi batu yang baru sahaja ditinggalkan oleh sepasang kanak-kanak yang sedari tadi asyik bergurau senda dan saling berkejaran di sekeliling bangku batu tersebut.
“Kalau tidak, mungkin percintaan Abang dengan Suraya tiada masalah.”
Senyap seketika.
“Abang berterus teranglah saja dengan Mama dan Papa Abang… Nyatakan yang hubungan Abang dengan Suraya… Erin rela undur diri….”
“Erin…!!!”
“Tentang keluarga Erin usahlah Abang risaukan.. tahulah Erin menguruskannya kelak…” Charina  mencuri pandang ke arah wajah Shahrul yang kelihatan agak tegang. Matanya luas memandang tepat wajah Charina seolah tidak percaya dengan kata-kata tunangnya itu.
Shahrul mengeluh berat. Tangannya meraut wajah berkali-kali. Dia bangun dan berjalan ke hadapan. Apabila menghampiri tebing tasik, dia berhenti dan melontarkan sebiji batu yang berada di genggamannya sedari tadi. Air tasik sekali lagi berolak dibuai olakan batu.
“Erin janganlah salahkan diri Erin… ini semua sebenarnya salah Abang. Abang yang tidak berterus terang dari awal. Abang harus menanggung kesalahan Abang ini. Abang akui, Abang ego dan kini Abang terperangkap dengan ego Abang sendiri.” Ujarnya lirih, namun matanya dihalakan ke Tasik Perindu yang damai itu.
“Hmm, baguslah tuu.. kita sama-sama bersalah…,” ujar Charina pula sinis.
Shahrul berpaling ke belakang mendengar suara Charina yang agak kuat dan sinis itu, seketika, kemudian dia kembali merenung air tasik yang beralun lembut di hadapannya itu.
“Oklah Abang. Itu je yang Erin nak cakapkan… Abang ceritalah perihal sebenarnya pada keluarga Abang… Erin ada hal sikit ni, Erin pergi dulu…. Permisi!” sepantas  itu dia memohon diri.
Tiba-tiba dia berasa tidak sabar untuk keluar dari kemelut kasih yang tidak berkesudahan itu. Dia berasa amat letih dengan semua sandiwara yang melibatkan dirinya tanpa dia ingini. Dia terus melangkah meninggalkan Shahrul sendirian dan berjalan pantas menuju ke kereta comelnya yang diparkir di kawasan parkir kereta bahagian hadapan Tasik Perindu itu.
Shahrul terperanjat dengan tingkah Charina yang tiba-tiba berubah itu. Jika tadi dia agak tenang, namun agak emosi kemudiannya. Dia berlari mengejar Charina yang sudah berjalan pantas merentas kawasan permainan kanak-kanak itu.
“Erin…!!!” Laungan Shahrul dari arah belakang semakin hamper.
Charina semakin mempercepatkan langkahnya. Namun laungan Shahrul semakin mampir. Akhirnya bahunya terasa di sentuh dan ditarik ke arah belakang. Langkahnya terhenti tiba-tiba.
“Erin, kenapa dengan Erin ni… kenapa tiba-tiba sahaja Erin pergi…?” aju Shahrul sambil menghela nafas panjang dan tercungap. “Lagipun, kita tengah berbincang. Erin, how could you just go like that….”
“Tiada  apa lagi yang nak kita bincangkan. Erin dah ambik keputusan.. kita putus cara baik sajalah Abang….” Wajahnya mempamerkan raut selamba. Hatinya cuba dikeraskan.
“Dan Abang bolehlah menyambung kembali kasih yang terjalin antara Abang dan Suraya seperti biasa. Anggaplah kita tak pernah ada apa-apa selama ini!” dia mula berpaling mahu meneruskan langkahnya.
Namun, tangan sasa Shahrul masih memegang erat bahunya membataskan pergerakannya. Shahrul merenung tajam wajah ayu Charina seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Selama ini, dia hanya nampak perwatakan yang agak baik, manis, beralah dan halus budi bahasa pada Charina. Tapi hari ini dia sudah tahu satu lagi perangai Charina. Meskipun bersopan santun dan berbudi bahasa, namun dia agak tegas dan keras. Apatah lagi jika dirinya diperkotak-katikkan.
“Erin, Abang belum habis cakap… ada hal lain yang Abang  nak bincangkan tadi.” Suara Shahrul pula kemudiannya, serius.
“Takpe, apa saja keputusan Abang, Erin setuju, cuma yang pentingnya Abang berterus terang sajalah dengan family Abang secara baik.” Pantas Charina menjawab. Shahrul terpaku melihatkan reaksi negatif Charina.
Charina mula bergerak. Dia menjatuhkan tangan Shahrul yang berada di bahunya dan mula berpaling.
“Erin…” nada suara Shahrul sukar dimengertikan. Mungkin terpaku dengan reaksi Charina yang tidak diduga itu. Dia baru saja mempercepatkan langkah ke arah Charina yang semakin menghampiri keretanya yang terletak bersebelahan kereta Satria GTinya sendiri. Namun tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
“Erin, tungguu…” laungnya ke arah Charina yang sudah pun membolosi badannya ke dalam kereta. Charina tidak menghiraukan panggilannya. Dia menutup pintu keretanya cepat dan mula menghidupkan enjin keretanya. Matanya memandang perlakuan Shahrul yang agak kalut itu. Dari dalam keretanya dia melihat Shahrul kelam kabut menyeluk poket seluarnya dan bercakap dengan telefon bimbitnya sambil tangannya masih melambai-lambai memanggil dirinya, mungkin menyuruh dirinya menunggu Shahrul.
Charina menekan pedal cluth dan memasukkan gear undur dan mula mengundurkan bontot keretanya tetapi berhenti mengejut seketika apabila bunyi hon yang kuat dari sebelah kanan di belakang keretanya. Dia terdiam seketika untuk menghilangkan rasa terkejutnya. Kemudian dia kembali memandang ke arah Shahrul yang masih sibuk melayan perbualan di telefon bimbitnya.
Tiba-tiba terdetik perasaan kesian terhadap Shahrul. Tidak patut dia berkelakuan kasar seperti itu terhadap Shahrul. Dia sedar perangainya, dalam lembut ada kasar, dan dalam keras ada juga timbang rasanya. Sebentar kemudian dia keluar tanpa mematikan enjin kereta dan melangkah ke arah Shahrul yang baru sahaja habis bercakap di telefon.
“Abang, Erin minta maaf….” Suara Charina tulus. Shahrul mengangkat kepalanya. Terkejut dengan sapaan dari Charina itu. Dia menjangkakan Charina sudah pun berlalu sewaktu dia asyik menjawab panggilan sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang memanggilnya untuk satu sesi temuduga sebentar tadi.
Masing-masing terdiam dan saling merenung tanpa kata. Namun, sekali lagi deringan telefon yang terputus tadi mengganggu internal interaction antara mereka. Shahrul kelihatan agak serba salah untuk menyambut panggilan itu.
“Erin minta maaf atas perlakuan Erin tadi.” Ujar Charina tanpa menunggu panjang. “Tapi Erin terpaksa…” putus.
“Erin pergi dulu….” sambungnya lagi dan terus berlalu ke keretanya lima langkah di hadapan.
Shahrul yang masih serba salah dengan situasi itu agak tergamam. Namun akhirnya dia membiarkan tingkah Charina itu dan menyambut panggilan daripada Milia Corporation yang beribu pejabat di Bandar Sunway, Petaling Jaya itu.
Biarlah!
Lagipun esok masih ada untuk mereka berbicara. Putus Shahrul akhirnya.



Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...