Saturday, July 13, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 13


Thirteen~


Bab 13

       Setelah memberi keterangan di Balai Polis Port Dickson, Charina dibenarkan balik. Farid dan Budin turut dibebaskan kerana tiada bukti kukuh yang boleh disabitkan mereka bersalah. Namun mereka diberi amaran secara lisan.
Pihak polis mengatakan, jika perlakuan mereka itu dianggap bersalah, maka Charina juga turut bersalah kerana berada di situ dan mengikuti mereka ke situ dengan sengaja. Charina terkedu, namun dia faham kerana dia juga mempelajari undang-undang di dalam kertas Commercial Law pada semester lepas. Sedikit sebanyak dia memahami prosedur proses pengadilan, di mana "Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sebaliknya dibuktikan dia bersalah." Nampaknya dia tiada bukti yang nyata yang boleh ditonjolkan sebagai bahan bukti bahawa dia telah diperdaya oleh Farid dan Budin itu.
Dia sudah menceritakan segalanya peristiwa dari awal hingga akhir bagaimana Budin yang mengaku sebagai Tengku Mazri datang menjemputnya di kolej dan membawanya ke Bukit Tunku sebelum membawanya ke Port Dickson ini kepada pihak polis. Namun, dia tiada bukti! Tiada siapa yang tahu kes itu kecuali mereka bertiga. Namun, mereka berdua lebih cekap memutar belitkan cerita menjadikan seolah-olah dia pula yang gatal dan bersalah kerana mengikut mereka ke mari. Serasa perasaan malu yang teramat di kala itu. Jika ditutup dengan sepuluh helai gebar pun belum tentu hilangnya perasaan malunya itu. Tiba-tiba dia teringat, Pak Wahab dan Mak Yam tahu akan perkara itu.
Oh, ya….. ada lagi….. Pak Wahab dan Mak Yam…. Mereka tahu pasal hal ini. Tapi…. tentulah mereka tidak dapat bekerjasama dengannya kerana Farid merupakan majikan mereka. Apa-apahal, tentu mereka akan berpihak kepada majikan mereka. Jika tidak pun, mereka pasti mendiamkan diri tidak mahu campur tangan. Duga Charina sendiri. Dengan itu dia memutuskan tidak mahu melanjutkan perkara ini. Biarlah cerita ini menjadi satu pengalamannya agar dia lebih berhati-hati dengan ragam manusia di masa depan!
Mungkin juga ini salahnya sendiri kerana terlalu lurus dan jujur mempercayai orang lain. Charina menerima peristiwa ini berlaku di atas kekhilafan dirinya sendiri dan tidak berhasrat untuk memanjangkan kes itu. Seboleh mungkin dia tidak mahu menghebahkan kepada sesiapa pun melainkan kepada yang terlibat secara langsung itu sahaja. Dia juga tidak berhasrat untuk memberitahu kedua ibu bapanya, apatah lagi kepada Shahrul dan keluarganya.
Charina berharap peristiwa ini akan menjadi satu kenangan buatnya yang akan mengajar agar dia lebih matang dalam menempuhi rencam dunia yang pelbagai dan membolehkan dia lebih berhati-hati di masa akan datang. Benarlah kata orang tua-tua, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Sedangkan pada masa sekarang pun, rambut yang hitam boleh diwarnakan, apatah hati yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mungkin pelbagai warna dicampur adukkan membentuk satu warna yang amat menggerunkan!
Di dalam era kehidupan manusia yang serba mencabar ini, pelbagai pengalaman hidup yang perit, manis, tawar lembar menyebabkan manusia lupa akan rasa prihatin dan perikemanusiaan sesama sendiri, sehingga menimbulkan pelbagai jenis jenayah yang kadang kalanya tidak dapat diterima akal fikiran. Dewasa ini, setiap hari di dada media elektronik mahupun media cetak, kisah-kisah jenayah masih menjadi agenda utama. Peristiwa rompakan senjata, rompakan bank, kes pembunuhan, penculikan, pencabulan, masalah keruntuhan moral ~ bohsia, bohjan, buang bayi, sodomi semakin melarat-larat.
Namun dia pasti, setiap masalah dapat diselesaikan. Sepertimana firman Allah pernah menyebut setiap penyakit ada penawarnya, sudah pastilah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang pastinya semua orang perlulah kembali kepada ajaran yang maha Esa yang dibawa oleh Nabi s.a.w, yakni kembali kepada Islam!
Setelah semuanya selesai, masing-masing keluar dan pulang menghala ke arah tujuan mereka sendiri. Farid dan Budin dengan megahnya keluar sambil melemparkan senyuman mengejek ke arahnya.
"Sayang, nanti you datang lagi ke tempat I lagi tau….," ujar Farid mengada sambil mengenyitkan mata ke arahnya tanpa mempedulikan pandangan tajam dari Faizul dan Azmi. Budin yang di sisi tersengih-sengih. Charina tidak mempedulikan kata-kata Farid sambil melangkah laju mengekori langkah Faizul ke keretanya yang diletakkan di satu sudut di balai polis itu. Hatinya menyumpah-nyumpah geram namun disabarkan hatinya.
Setelah alarm dipetik dan pintu dibuka, Charina memboloskan diri ke dalam kereta pantas tanpa suara. Di dalam hati dia kesal di atas segala yang terjadi itu. Namun nasi telah menjadi bubur. Sejuta kali dikesalkan pun, perkara sudah pun berlaku. Dia sedar ini semua merupakan dugaan Allah ke atasnya!
Di dalam perjalanan pulang, Faizul menceritakan bagaimana dia terdengar jeritan meminta tolong beberapa kali. Sewaktu itu, dia dan rakan sepejabatnya, Azmi sedang dalam perjalanan pulang dari berjumpa client setelah habis sesi janji temu dengan clientnya di restoran yang berdekatan di PD ini.
Memandangkan clientnya tertinggal beberapa dokumen penting di chalet yang berdekatan dengan chalet Farid, dia dan Azmi sudi mengikut client mereka pulang ke chalet itu untuk mengambil dokumen berkenaan. Dan dia mendengar laungan meminta tolong itu setelah melalui jalan yang berdekatan dengan chalet kejadian tersebut di dalam perjalanan pulang. Dia terus menghentikan keretanya lalu berlari pantas menendang ke arah pintu chalet yang tertutup kemas.
"Tapi Faizul tak sangka yang perempuan yang meminta tolong itu adalah Erin……," tambah Faizul lagi sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali seolah tidak mempercayainya. Dia merenung wajah Charina yang masih ayu meskipun agak muram dari cermin pandang belakang. Perasaan simpati, kasih dan ingin melindungi bersesak di dadanya.
Sayangkah aku kepadanya..?? Cintakah aku terhadap gadis ini …?? Soalan itu tiba-tiba muncul di benak Faizul.
Charina menundukkan kepalanya sambil menggigit bibir. Perasaan malu yang teramat sangat bersarang di hatinya. "Memang saya yang bodoh kerana mempercayai mereka. Saya… saya … saya tak sangka yang mereka sanggup mengkhianati saya. Saya…," suaranya terhenti di situ. Ada cecair jernih yang bertakung di bibir mata, namun dia cuba menghindarinya daripada mengalir.
"Jangan menyalahkan diri sendiri. Erin tak bodoh, tapi mungkin nasib Erin yang kurang bernasib baik. Tapi….. syukurlah Erin tidak menjadi mangsa rakus si Farid durjana tu…., " suara Faizul lagi penuh geram. Sungguh-sungguh dia geram!
"Betul tu… awak bernasib baik kerana kami tiba tepat pada masanya….." Tambah Azmi pula. Dia yang berada di kerusi penumpang di depan berpaling ke arah Charina yang berseorangan di belakang.
"Awak rapat ke dengan mereka tu?" Soal Azmi lagi sambil memalingkan kembali wajahnya ke depan.
Charina sepi seketika untuk mencari kata yang paling sesuai. Sambil tangannya menyapu wajahnya dengan tisu.
"Budin tu saya tak kenal langsung le, cuma sekali dulu. Tapi dengan Farid tu agak rapat juga beberapa bulan dulu. Dia selalu datang ke kolej saya selepas satu peristiwa dulu." Terang Charina sambil menceritakan peristiwa ketumpahan air laici yang memalukannya dahulu sehinggalah dia semakin rapat dengan Farid. Faizul dan Azmi menganggukkan kepalanya beberapa kali. Charina turut memberitahu berkenaan hasrat Farid yang beberapa kali proposednya tetapi dia menolak. Dia tidak segan meluahkan kepada mereka berdua kerana mereka sudah mengetahui kisah yang amat mengaibkannya beberapa jam tadi, dan Charina berasa amat terhutang budi di atas bantuan mereka itu.
"Err, Faizul…."
Faizul berpaling ke arah Charina sebentar dan kemudian kembali memandang ke depan. Jalan agak lengang. Suasana mulai kelam. Mentari semakin menghilang di ufuk barat.
"Kenapa?" Soal Faizul setelah Charina senyap buat seketika.
"Err, saya nak mintak tolong agar awak rahsiakan kejadian tadi dari Kak Linz dan roomates saya yang lain, ya…..," pinta Charina lembut penuh harapan. Seboleh mungkin dia tidak mahu rakan-rakannya mengetahui kes tersebut. Faizul agak rapat dengan mereka sebilik. Beberapa kali mereka keluar makan beramai-ramai sehinggakan sudah mesra. Ibarat kawan yang sudah bertahun-tahun kenal.
"Tapi kenapa?" Soal Faizul hairan sambil berpaling ke arahnya seketika sekali lagi sebelum kembali menumpu perhatian kepada pemanduannya.
"Takde apa, cuma saya tak nak mereka tau je…. Saya tak mahu susahkan mereka dengan cerita saya ni….." Senyap seketika.
"Lagipun, saya rasa tak payah la kes ni dihebohkan. Kira stop sampai tadi je. Kiranya antara kita saja yang tahu….," terang Charina lagi.
Faizul senyap seketika sebelum mengangguk.
"Kalau mereka kacau awak lagi?" Soal Azmi pula.
"Takpe… saya rasa mereka takkan ganggu saya lagi…" Balas Charina.
"Awak yakin?" Faizul pula menyoal. "Awak tak dengar kata-kata Farid tadi?" Sambungnya lagi.
Charina senyap.
"Entah… tapi saya rasa mereka takkan berani buat begitu lagi pada saya. Kalau mereka berani apa-apakan saya lagi. Taulah saya apa yang saya nak lakukan. Saya akan lapor kepada pihak universiti dan pihak polis." Terang Charina lagi tegas.
Mereka mengangguk-angguk.
"Tolong ya, jangan kasi tau mereka." Pinta Charina lagi penuh mengharap.
Faizul senyap.
"Please….," pintanya bersungguh.
"Tapi….. saya rasa mereka patut tahu….," Faizul meluahkan pendapatnya. Azmi diam tanpa kata. "Kenapa awak tak nak mereka tahu? Awak ni peliklah…," sambung Faizul lagi.
"Ala… tolong la… Saya tak nak susahkan mereka. Lagi pun, saya malu…!" Jawab Charina perlahan.
"Apa yang nak dimalukan? Kalau mereka tahu lagi senang untuk mereka mengawasi keselamatan awak di masa akan datang." Ujar Azmi pula yang diam dari tadi. Hanya sesekali menambah kata.
"Sebenarnya, pada saya ini privacy…. Saya tak suka orang tahu pasal saya… pasal kisah peribadi saya…. Tambahan lagi hal ini boleh menjatuhkan maruah saya..!" Luah Charina lagi. Cecair jernih sudah bergenang di bibir mata. "Tolong ya Joe… jangan pecahkan kisah ni…." Sambungnya lagi penuh mengharap.
Faizul senyap seketika.
"Tapi itu untuk kebaikan awak juga…."
"Please….."
"Yalah! Saya tak akan beritahu dekat Linz…." Putus Faizul akhirnya. "….. tapi kali ini saja…. Kalau apa-apa lagi yang berlaku di masa depan tu, saya tak janji akan simpan rahsia ni lagi dari mereka….. Dan, lagi satu, tolong la beritahu mereka jika apa-apa yang berlaku kelak….dan … termasuk juga saya…..," repek Faizul lagi.
Aku lega mendengar kata-katanya.
"Yalah, kalau ada apa-apa di masa depan tu, saya bagi tau mereka….," balasku sekadar menyedapkan hatinya.
Sebenarnya aku pun tidak tahu kenapa aku agak keberatan untuk memberitahu apa-apa masalahku jua terhadap sesiapa pun even kepada Umi ataupun Abah. Biasanya aku lebih senang menyelesaikan masalahku sendiri. Selagi aku boleh menyelesaikan tanpa bantuan, aku cuba menyelesaikannya sendiri. Itulah perangaiku selama ini. Aku sendiri turut hairan dengan sikapku yang satu ini.
Faizul sudah memandu melepasi Plaza Tol UPM. Setelah tiba di lampu isyarat memasuki UPM, dia memberi isyarat ke kiri dan kemudian terus memandu menuju ke kolej. Setelah tiba di KOSASS, dia terus balik tanpa bertemu dengan Kak Linz kerana dia mengejar masa untuk menghantar Azmi di pejabat mereka di Jalan Klang Lama kerana kereta Azmi ditinggal di pejabat mereka sebelum mereka ke PD pagi tadi.
Selepas memerhati kereta Honda Civic itu hilang dari pandangan, aku berjalan lemah menuju ke bilik sambil benakku ligat mencari idea mencipta alasan yang munasabah kerana pulang agak lewat sedangkan aku sudah meninggalkan mesej untuk keluar sekejap cuma. Jam di tanganku menunjukkan ke angka 8.00 malam. Aku mempercepatkan langkah kerana waktu Maghrib sudah lanjut. Namun akhirnya aku berlari-lari anak menuju ke bilik. Sesampai di bilik, Yati dan Syikin tengah solat sementara Kak Linz sudahpun siap dan sedang melipat sejadah dan kain telekung.
"Haa… dari mana ni…. Malam-malam baru balik?" Sapa Kak Linz setelah melihatku.
Aku senyum tawar. Wajahku menggambarkan keletihan yang teramat.
"Ada hal tadi. Nanti karang la Erin cerita, sekarang nak solat dulu." Jawabku sambil menyalin blaus dan skirt labuhku yang dipakai tadi. Nasib baik tak koyak! Aku bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan bergegas menunaikannya. Setelah itu aku kembali ke tandas untuk membersihkan badan.

Tips Perkahwinan : Cara Mengenali Calon Pasangan Hidup Tanpa Bercinta




Dalam Islam tidak dikenali istilah percintaan.

Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut taaruf.

Taaruf biasanya didahulukan dengan nadhar, iaitu melihat calon suami atau isteri yang akan dikenalkan.

Bila dalam proses melihat nadhar ini jika ada ketertarikan maka akan dilanjutkan dengan perkenalan atau taaruf iaitu berbincang-bincang menyamakan persepsi dan menambahkan latar belakang tentang calon pasangan.

             "Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini?"


Hanya dengan memandang sudah mampu membuatkan seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam


1. Mengenali Calon Pasangan : Keadaan Keluarga

       "Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat"        (HR Abu Daud)

Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain

Perkara ini untuk melengkapkan informasi mengenai calon pasangan kita. Dari informasi ini kita boleh mengetahui siapakah calon-calon pasangan kita ini. Bagaimanakah latar belakang keluarganya dan perkara-perkara lain yang penting untuk kita tahu
2. Mengenali Calon Pasangan : harapan dan Prinsip Hidup

Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah gowwam dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera

Kerana itu setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing. Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata-kata sedemikian rupa seperti        "Jika awak menjadi isteri saya nanti harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah"  atau          "Jika awak menjadi isteri saya nanti mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah"

Kita boleh menggunakan bahasa yang lebuh verbal seperti "Apa yang awak rancang bila sudah berkahwin nanti"  Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan

3. Mengenali Calon Pasangan : Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Disukai

Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari awalnya.

Dalam pelayaran bahtera rumahtangga perlu saling mengerti. Contohnya paling mudah, isteri yang suka masakan pedas sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.

Suami yang memang tidak suka berkemas kerana lama menjadi bujang setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf.

Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi adalah natural dan tidak saling memaksa.

4. Mengenali Calon Pasangan : Ketakwaan Calon Pasangan
Apa yang terpenting semasa taaruf?

Yang semestinya menduduki keutamaan tertinggi adalah bagaimana nilai ketakwaan lelaki/ wanita tersebut.

Ketakwaan di sini adalah ketaatan kepada Allah. Kerana apabila seorang lelaki itu senang dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya.

Tetapi bagaiman caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?

Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur.

Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua dan lain-lain.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat nampaknya tidak perlu ditawar-twar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.



kredit : akuislam
notakakiHD : note ini adalah untuk diri sendiri jugak ni ^_^

INFO : What Is Ur Number



RUMUS : a = 1,  i = 9, u = 3, e = 5, o = 6

CONTOH :  Siti Saleha
*KAMU HANYA PERLU TAMBAH 'VOKAL'  (A-E-I-O-U) YANG ADA PADA NAMA KAMU 


NOMBORNYA : 9 + 9 + 1 + 5 + 1  = 25
                                 2 + 5  = 7

JAWAPANNYA :

1 : PERLUKAN KESEDARAN
  • Kamu seorang yang keras kepala
  • Suka membuat keputusan tanpa perlu menerima pendapat orang lain
  • Kamu mempunyai kepakaran dalam pengurusan masa, malah kamu menitikberatkan kualiti dan suka menyendiri
  • Sikap lain yang ada dalam diri adalah kamu seorang yang kurang bersabar dan adakalnya terlalu berterus terang. Malah kamu juga kurang peka dengan keadaan sekeliling.
  • Mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri. Oleh kerana itu, hubungan dalam percintaan kamu kerap terputus di tengah jalan.
2: PERLU KEDAMAIAN
  • Kamu merupakan seorang yang sangat serius dalam percintaan
  • Sifat 'give & take yang ada pada kamu sangat disenangi oleh pasangan kamu
  • Tetapi yang tidak bagusnya, kadangkala kamu mudah lupa diri tatkala sedang bersenang-lenang dengan kemewahan yang dimiliki. Sifat seperti ini akan menyebabkan kawan kamu lari meninggalkan kamu
  • Awas, kawan-kawan adalah harta yang penting dalam hiudp, jika hilang kawan maka tak bermaknalah hidup
3: PERLU INSPIRASI HIDUP
  • Kamu seorang yang sering mengutamakan kebahagiaan orang lain. Malah kamu juga mampu membuatkan seseorang terhibur dengan sikap kamu yang bersahaja.
  • Seorang yang kreatif, suka mengekspresi diri, suka bersosial, dan mempunyai unsur 'humor' dalam diri
  • Tergolong dalam golongan romantik, sangat mesra  dengan pasangan dalam percintaan
  • Kelemahan kamu, mudah berubah fikiran jika terkena hasutan orang lain
  • Pastikan kamu fikir masak-masak dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara, kerana ada kalanya kamu suka bertindak melulu
4: PERLU HALA TUJU YANG JELAS
  • Kamu merupakan seorang yang amat komited dalam setiap apa yang dilakukan termasuklah pembelajaran, sukan dan persahabatan
  • Kamu bukanlah seorang yang suka 'bermain-main'. Sikap kamu ini memang seharusnya dipuji dan dijadikan contoh oleh kawan-kawan yang lain.
  • Masalah hati, kamu bukanlah seorang yang romantik terhadap pasangan. Namun begitu, kamu seorang yang amat setia dan mencintai pasangan kamu sepenuh hati
  • Kadang kala kamu ni jenis keras kepala dengan pasangan. Tetapi, adakalanya ia berkesan bila diterapkan dalam hubungan, kerana pasangan kamu dapat lihat betapa kamu bersungguh-sungguh dan tahu apa yang kamu mahukan dalam hubungan
5 : PERLU KEBEBASAN
  • 'Freedom' adalah pegangan kamu. Kamu lebih selesa hubungan yang tidak terikat
  • Sering mempunyai masalah ketetapan masa
  • Adakalanya kamu sukar menemui jalan penyelesaian ketika mempunyai masalah
  • Kamu seorang yang menarik dan memounyai karisma yang tersendiri
  • Dalam percintaan, meskipun pertengkaran dengan si dia sering kali berlaku, namun hubungan kamu dan si dia boleh bertahan dalam jangka masa yang lama. Bak kata orang tua-tua, gaduh-gaduh sayang
6 : PERLUKAN SOKONGAN
  • Keluarga, kawan-kawan dan persekolahan adalah belahn jiwa kamu
  • Mampu memikul banyak tanggungjawab, seorang yang setia, mudah memahami dan tidak takut cabaran
  • Ingin melindungi, memelihara dan menyayangi insan teristimewa dengan sepenuh hati
  • Harapan paling besar kamu adalah hidup bersama keluarga yang harmoni dan bahagia
  • Tidak mustahil percintaan yang kamu alami merupakan sebuah kisah yang penuh ceria dan menyimpan 1001 kenangan manis dalam hidup
7 : PERLUKAN WAKTU UNTUK BERFIKIR
  • Kamu seorang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi
  • Tidak suka menyendiri, membaca, dan berfikir
  • Kamu boleh dikatakan golongan yang tenang dan berfikiran positif
  • Kelemahan kamu, sering melihat sesuatu dengan cara dan pandangan kamu sendiri
  • Dalam percintaan, kamu sering mempunyai masalah walaupun sudah menyedari sejak dari awal. Cubalah untuk menerima, kamu tak akan dapat menyelesaikan masalah selagi kamu tidak dapat mengawal perasaan yang tidak masuk akal
8 : PERLU PENGHARGAAN
  • Kamu tergolong dalam kumpulan pemimpin
  • Mempunyai nilai pertimbangan yang bagus efisien dan pekerja yang bersungguh-sungguh
  • Sikap keinginan dan keberanian yang kuat membuatkan kamu tidak sukar untuk mencapai apa yang dikehendaki
  • Di sisi lain, kamu menjadi seorang yang hangat dan penuh dengan rasa kasih sayang walaupun komitmen diri sendiri yang tidak henti-henti
  • Kamu juga bijak meilai perasaan orang lain
  • Pasangan kamu adalah orang yang paling bertuah memiliki kamu
9 : PERLU PERHATIAN
  • Seorang yang suka berdikari dan gemarkan pelajaran
  • Kamu juga memiliki jiwa, cinta dan kasih sayang yang kengkap untuk kesempurnaan dunia
  • Merupakan seorang idealis dan romantik walaupun tidak menyedari perkara tersebut
  • Kamu juga mempunyai daya fikir yang rasional dan kerap kali benar dalam berbocara
  • Kelemahan kamu, sering mengharapkan cinta dan kasih sayang dalam setiap perkara yang dibuat sama ada kecil ataupun besar

Tips Perkahwinan : Pesanan Untuk Inche Suami





1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/ cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak jugak.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk bersandar kekenyangan macam maharaja sambil baca 'paper'

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya lagi. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh jer.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best  dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' nak mintak pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlan secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan, Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan, tapi saya dengar dari seorang Ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuklah. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini enteng sahaja.

Allah s.w.t berfirman,  "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Kredit : FB Dato Dr. Hj. Fadzillah Kamsah


Friday, July 12, 2013

Perihal Rumahtangga : 10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU





SATU
Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan, sebab abang memang tak tahu

DUA
Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu. (psst, ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu

TIGA
Buatkan surprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal

EMPAT
Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang

LIMA
Kalau kita berjalan bersama, abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat

ENAM
Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih. Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

TUJUH
Kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang

LAPAN
Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja rumah, terus je mintak tolong, tak perlu berkias-kias

SEMBILAN
Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali, "Abang sayang saya tak?" sebab bila abang dah jawab sayang, memang abang maksudkannya

SEPULUH
Abang tahu abang buat salah, tapi tolonglah jangan membebel tentang kesalahan abang


notakakiHD : noted!

Thursday, July 11, 2013

Perihal A&H : Fakta tentang Lelaki & Wanita



Perwatakan seseorang itu memang sukar untuk diramal, tetapi jom baca 5 fakta tentang pasangan kita yang jarang kita ketahui

FAKTA TENTANG LELAKI

  1. Apabila lelaki bercakap "ermmm, tengoklah dulu" itu bermaksud si dia kurang setuju dengan pendapat kamu ataupun si dia memang bermaksud "tidak!"
  2. Lelaki tidak boleh belajar tentang perempuan dari internet mahupun buku. Oleh sebab itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan atau tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini
  3. Lelaki tidak suka gadis terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
  4. Kebanyakan masa lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang perempuan
  5. Semestinya lelaki juga akan bersedih jika sesebuah hubungan terputus di tengah jalan. Bezanya dengan kaum hawa, mereka tidak menunjukkan kesedihan di hadapan orang ramai sahaja

FAKTA TENTANG PEREMPUAN

  1. Perempuan suka berpura-pura seperti mereka seorang yang sukar untuk difahami. Namun hakikatnya dalam hati, mereka berharap agar mereka dapat difahami oleh kaum lelaki
  2. Bila si dia tidak ambil peduli di mana kamu berada, dengan siapa kamu bersama atau apa sahaja tentang kamu itu bermakna kamu tidak lagi dalam fikirannya
  3. Sekiranya dia mula berkata "kenapalah dari dulu lagi kita tidak bertemu" itu bermakna kamulah satu-satunya calon yang paling sesuai untuknya dan si dia betul-betul menghargai kehadiran kamu
  4. Siapa kata perempuan mudah tertarik dengan kekacakan lelaki sahaja? Sebenarnya mereka lebih tertarik dengan lelaki kelakar dan ambil berta tentang dirinya
  5. Mereka cukup pantang bila si kekasih hati menghilangkan diri bukan kerana 'queen control' tetapi bagi mereka adalah satu keperluan untuk mereka tahu di mana pasangan mereka berada.

Tuesday, July 9, 2013

Perihal Kaum Adam : Rahsia Lelaki



Pssstttt! korang.....

lelaki memang sukar nak di fahamikan? memang tak di nafikan macam-macam ragam misteri yang menyukarkan seorang perempuan memahami mereka. Jika kamu nak tahu 20 pekara misteri tentang lelaki (yang mereka cuba sorokkan dari kamu) jom baca beberapa rahsia yang sempat di 'korek' sendiri dari kaum lelaki :)

1.       Lelaki memang suka perempuan yang cantik, namun tidak semua yang akan bersungguh-sungguh untuk mendekati perempuan tersebut kerana bagi mereka, mereka hanya suka melihat sahaja.

2.       Lelaki boleh mengambil masa beberapa minit sahaja menyukai seseorang! Malah, mereka juga boleh melupakan seseorang dalam sekelip mata!

3.       “Awak buat apa tuh?” atau “Awak dah makan?” itu memang soalan lazim mereka untuk memulakan perbualan. Ini adalah satu teknik lelaki untuk membuangkan gugupnya ketika berbicara dengan kamu.

4.       Lelaki lebih terpikat dengan perempuan yang ‘jual mahal’ kerana bagi mereka lebih mencabar.

5.       Buat pengetahuan kamu, lelaki suka jika tangannya di sentuh oleh pasangannya tidak kiralah sama ada sengaja atau tidak di sengajakan.

6.       Hati-hati ketika menghantar pesanan ringkas pada seorang lelaki, kerana jika kamu hantar pesanan yang tidak lengkap mereka akan terus ‘jump into the conclusion’.

7.       Lelaki memang nakal, adakalanya sampai boleh di katakan ‘ulat bulu naik daun’ jugalah. Namun, di sebalik kenakalan mereka, bila mereka berhadapan dengan wanita idaman mereka akan terdiam dan membisu seribu bahasa. Percayalah!

8.       Jika kamu kata ‘TIDAK’ pada lelaki, mereka tidak akan terus berputus asa. Malah mereka akan menganggap perkataan itu seperti ‘Sila cuba lagi!’.

9.       Lelaki suka seorang perempuan yang kelakar, spontan, dan agak kalam kabut (in a good way) kerana, bagi mereka perempuan seperti ini comel dan boleh membuatkan hatinya sentiasa tercuit.

10.   Mereka sangat berharap mempunyai seorang kekasih hati yang boleh di jadikan sebagai ‘geng kamcing’ mereka juga.

11.   Kamu boleh menguji kesetiaan dan keikhlasan seorang lelaki, namun jangan berterusan dan berlarutan kerana lama kelamaan mereka akan mula hilang minat dengan kamu.

12.   Lelaki lebih suka meminta nasihat dan pandangan daripada kaum sejenisnya sahaja manakala perempuan pula hanya tempat meluahkan isi hati dan rasa.

13.   Jika si dia suka mengusik kamu sehingga adakalanya membuatkan kamu tersipu-sipu itu bermakna si dia menyukai kamu.

14.   Mereka akan menjadi ‘singa’ bila bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi bila dengan kekasih hati  mereka akan terus bertukar menjadi ‘kucing’ yang paling jinak dan manja.

15.   Walaupun dalam keadaan cemas dan tegang mereka akan sentiasa berlagak ‘cool’ dan tenang untuk menghadapinya. Padahal dalam hati degupannya dah seakan bunyi ‘heavy metal’. Jadi nak tahu si dia betul-betul cuba menyembunyikan gugupnya atau sebaliknya lihat adakah si dia berpeluh atau tidak.

16.   Jika lelaki kata dia gagal mengenali kami itu bermakna si dia cuba ingin memberitahu kamu tidak ‘sekepala’ dengannya.

17.   Sekirannya kamu di jadikan sebagai tempat mengadu nasib tentang hubungan dengan kekasih hatinya percayalah, selepas sahaja dia memutuskan hubungan kamu pasti akan dijadikan sebagai penganti! Kerana mereka akan tertarik dengan sikap penyabar dan keikhlasan kamu berkawan dengannya.

18.   Jika di siang hari mereka menghabiskan masa dengan berpuluh wanita yang berbeza, di malam hari sebelum melelapkan mata hanya aka nada satu nama sahaja yang bermain di fikirannya.

19.   Lelaki lebih cerewet memilih pasangan hidup. Jadi, hati-hati ya kaum perempuan kerana tidak semestinya kamu sudah bersama dengannya 10 tahun kamu confirm akan jadi pasangan hidupnya.

20.   Mereka lebih tertarik dengan perempuan yang jauh lebih tua daripadanya ketika mereka berusia 23 tahun ke atas kerana sewaktu itu mereka mula memikirkan sesuatu hubungan yang lebih serius berbanding biasa.

Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...