Wednesday, May 6, 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 27





Bab 27

L
if ditekan ke tingkat 17. Setelah melepasi satu tingkat ke satu tingkat sebelum lif sampai ke destinasinya. Suraya menunggu penuh konsentrasi. Tiba-tiba deringan handphonenya berbunyi nyaring. Dia memandang sepintas lalu sebelum menekan butang reject. Tidak selesa kerana masih terdapat 4 orang yang masih bersama-sama di dalam ruangan lif yang sempit itu.
Setelah lif sampai di tingkat 17, dia melangkah keluar penuh gaya. Anggun! Sambil membimbit briefcasenya di sebelah kiri tangannya, dia kembali mendail nombor talian yang dimatikan sebentar tadi. Di muka pintu Zach’s Construction Corporation Sdn Bhd,  dia berhenti seketika sebelum pintunya dibuka oleh penyambut tetamu merangkap telefonis dari dalam.
“Selamat Pagi, Cik Suraya..!” sopan Adilla menegur.
Suraya angguk, namun masih tegas. Gaya wanita aristokrat terpancar di wajahnya. Dia amat beruntung, dalam usia masih muda sudah bergelar pengurus. Namun dia tidak mahu dia bergelar pengurus di situ hanya kerana dia anak kepada Pengarah Eksekutif di situ. Adik kepada Pengurus Besar dan juga Pengurus Kewangan. Dia mahu dia diterima dan layak memegang title itu kerana dia memang berhak memikul beban kerja dan tugas tersebut. Pengurus Pembangunan Perniagaan!
Yes, Zarith..??” setelah talian di sebelah sana diangkat Suraya bersuara. Dia melangkah masuk ke ruang pejabatnya. Dia meletakkan briefcase dan tas tangannya di atas meja kerjanya sebelum melangkah menarik bidai yang melindungi pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Cahaya pagi menerjah masuk ke biliknya.
Suara Zarith bersuara di sebelah talian sebelah sana sebentar sebelum Suraya menutup talian telefon tangannya.
“Ok, kita jumpa nanti malam… Bye….”
Suraya membuka briefcasenya dan mengeluarkan dokumen-dokumen berkaitan kerjasama antara syarikatnya dengan Milia Corporation. Cadangan projek perumahan  mega yang akan menaikkan lagi nama syarikatnya dan juga sekutunya, dan juga mungkin membolehkan pekerja-pekerja di kedua-dua syarikat memperolehi  bonus sekurang-kurangnya lima bulan menjelang akhir tahun nanti dan selama beberapa tahun pastinya.
Dia sekali lagi meneliti plan-plan dan rekabentuk rumah pelbagai jenis itu. Sesekali membelek laporan bajet-bajet dan sebutharga yang dilampirkan bersama. Sekali lagi talian tangannya menyanyikan nada polyphonic.
“Yes Rith..??” Mengeluh.
You no need to worry my dear.. I remember our celebration today… Yes dear…  Yess.. Please… We'll see and talk later.. Ok, bye honey.. daaa…” Dia mengeluh. Penat melayan karenah cemburu tak bertempat Zarith. Anak Datin Maznah dan Dato’ Mansur yang mamanya berkenankan sangat tu. Setelah putus hubungan dan Shahrul beberapa tahun lepas, mamanya tidak tunggu lama terus mengenalkan Zarith kepadanya. Segala-galanya telah dirancang rapi oleh kedua-dua ibu mereka yang kerap berjumpa kerana aktif berpersatuan bersama-sama.
Dia tidak mahu terikat. Dia sudah puas dengan komitmen. Padanya dia hanya berkawan sahaja dengan Zarith. Biarlah dia berjaya di dalam kerjayanya dahulu sebelum mengikat sebarang pertalian. Walaupun berkawan dengan Zarith, dia mahu dan berhak memilih sesiapa sahaja menjadi rakannya, mahupun boyfriendnya.
Malam nanti mereka telah berjanji untuk menghadiri majlis sambutan hari ulangtahun  Datin Maznah, Mummy Zarith. Majlis yang akan dibuat secara besar-besaran itu biasanya tiap tahun akan disambut secara meriah di mana-mana hotel yang terpilih di sekitar ibu kota ini. Kenangannya terimbau kembali pada peristiwa yang sudah tiga tahun berlalu.

“S
ue, jangan lupa.. malam ni kita ada jemputan makan malam… Mama dah sediakan baju untuk Sue pakai… Ada atas katil Sue di atas sana… ”  Sebaik sahaja dia melangkah memasuki ruang rehat rumahnya, Mamanya bersuara. 
Dia memandang kehairanan ke arah Mamanya. Pertama sekali kerana Mamanya jarang berada di rumah di waktu-waktu begitu dan keduanya  kerana pelawaan Mamanya untuk makan malam itu.
 “Makan malam apa ni Mama.. ?? Semalam Mama tak cakap apa pun.. ? Sue penat la Mama….”  Rengeknya manja. Dia sudah  tahu helah mamanya yang mahu mengenalkan anak kenalannya setelah dia putus hubungan dengan Shahrul 2 bulan lepas.
“Penat apanya, makan malam sahaja… Dah, jangan nak mengelak…. Mama dah janji dengan Datin Maznah tu… Jangan nak malukan Mama…. ” putus Mamanya.
Suraya mengeluh. Dia berjalan menuju ke biliknya.
“Jangan lupa, pukul 8.00 malam nanti kita pergi… Mama tunggu Sue.. ”
Suraya meneruskan langkahnya tanpa menyahut. Namun tepat pukul 8.00 dia sudah bersiap mengenakan gaun ungu kehitaman bareback yang telah mamanya sediakan. Dia meneliti wajah jelitanya yang terpantul dari cermin meja hiasan di biliknya. Dia merapi-rapikan sanggul yang disusun kemas, rambut sedikit terurai di tepi  kedua-dua telinganya dan mengenakan subang dan rantai warna senada.
Dalam diam dia memuji kejelitaan dirinya. Dan mempersendakan Shahrul yang bodoh kerana melepaskan dirinya kerana Charina gadis kampungan itu. Namun dalam diam juga, dia mengakui dan tidak menafikan bahawa Charina sebenarnya memiliki suatu  aura yang boleh memikat sesiapa sahaja, walau dia sangat sederhana orangnya.
Jemputan makan malam itu sebenarnya lebih kepada Sambutan Hari Ulangtahun Datin Maznah yang ke 49 tahun. Walaupun sudah agak berusia, namun Datin Maznah masih mahu menyambutnya dengan cara yang meriah sekali. Sambutan majlis diadakan di persekitaran kolam renang Concorde Hotel di Kuala Lumpur. Pada malam itu juga dia telah dikenalkan dengan Zarith, anak Datin Maznah dan Dato’ Mansur yang baru sahaja menamatkan pengajian dari UK dan akan mewarisi perniagaan perkapalan bapanya. Selaku waris tunggal, jika sesiapa yang akan berkahwin dengan Zarith, sesungguhnya dia akan beroleh kesenangan dengan harta dan wang yang melimpah ruah. Itu yang Mamanya mahukan selama ini.
“Kenalkan, ini anak Aunty… Zarith Azhar Ahmadi….” Datin Maznah yang bermekap tebal dengan baju bersinar-sinar memperkenalkan anak tunggal kesayangannya.
Dia menghulurkan tangan.
Zarith tersenyum memikat. “Nice meeting you..” matanya merenung tajam anak dara Datin Farina yang bergaun ungu-hitam anggun itu. Seksi!
“I selalu dengar your name from my mum… but I don’t think you are so gorgeous… damn gorgeous…. Serius..” Zarith  memuji Suraya. Matanya meliar.
Suraya menghadiahkan senyuman paling manis.
“Thanks… Anyway, you pun apa kurangnya…” She mean it. Bukan sekadar berbasa basi. Zarith tersenyum bangga.
“Wanna dance..??” pelawa Zarith.
“Sure.. why not..” Dan mereka hanyut dalam dakapan masing-masing. Selepas pertemuan pertama maka menyusul pertemuan kedua ketiga dan seterusnya. Datin Farina dan Datin Maznah hanya tersenyum melihat perkembangan itu. Harapan hati masing-masing untuk berbesan nampaknya akan tercapai. Namun itu kisah 3 tahun dahulu. Sekarang, nampaknya mereka masih belum mahu mengikat dengan apa jua tali ikatan walau sudah berkali-kali di suruh bertunang. Kedua-dua nya memberi alasan mahu menumpukan pada kerjaya masing-masing sebelum mengikat sebarang tali ikatan.
Namun, semenjak akhir-akhir ini, mereka sering kali bertengkar dan sudah jarang berjumpa. Tidak sekerap dahulu. Ada-ada sahaja perihal yang akan mereka tengkarkan.

        
                Zarith menghempas pintu BMW 318i nya  keras. Berdentum bunyinya. Sepanas hatinya yang baru sahaja lepas bertengkar dengan Suraya, walaupun melalui telefon sahaja. Kadang-kadang atas sebab-sebab remeh sahaja mereka boleh bertengkar sekarang.
Seperti  hal yang berlaku sebentar tadi, dia menelefon Suraya. Mulanya terdengar bunyi nada deringan namun kemudiannya dimatikan oleh Suraya. Dalam hatinya dia berasakan Suraya menduakan kasihnya. Mungkin Suraya bersama kekasih barunya, jadi dia mematikan panggilannya. Zarith dapati walaupun selama ini mereka sudah memahami perangai masing-masing, namun dia mendapati Suraya tidak menyerahkan sepenuh hatinya kepadanya. Kadang kala serasa masih ada barrier di antara mereka. Dia sesungguhnya jelous dan tidak puas hati. Egonya tercalar!
Zarith sedar, walaupun dia bakal mewarisi harta yang bukan kepalang dari kedua ibu bapanya, dan dia boleh memilih mana-mana gadis yang dia inginkan, namun dia tetap berhasrat  mahukan Suraya  menjadi isterinya. Kerana mereka setaraf dan pakej yang ada pada Suraya lengkap untuk mereka bergelar suami isteri yang ideal di pandangan masyarakat dan juga di kalangan mereka, golongan elit. Dan gadis-gadis lain hanya akan dijadikan gula-gulanya sahaja. Teman penghibur di kala sunyi!
Zarith melangkah laju memasuki ruang tamu rumahnya yang tersergam indah. Sudah hampir 20 tahun mereka bermastautin di Bukit  Tunku itu. Datin Maznah yang kebetulan baru turun dari kamarnya hanya menggelengkan kepala melihatkan gelagat anak bujangnya itu.
“Kenapa Rith..?? Kamu berdua bergaduh lagi ke..??” Datin Maznah sudah faham benar, kalau muka anaknya itu macam ayam berak kapur, kalau bukan kerana hal-hal berkaitan kerja, pastinya kerana Suraya. Bergaduhlah tu.. apalagi…
Zarith mendengus dan terus menaiki tangga menuju ke kamarnya. Datin Maznah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Zarith pastinya sedang bersiap untuk ke pejabatnya setelah selesai berjogging di taman yang tidak jauh dari situ. Sudah menjadi rutin anaknya itu untuk berjogging di waktu pagi, dan selepas itu  barulah dia bersiap ke pejabat.
“Kak Saadiah, siapkan sarapan.. sekejap lagi siap la Zarith tu….” Suara Datin Maznah pada  pembantu rumahnya. “Untuk saya siapkan segelas jus oren dan roti bakar ya… Saya nak pergi lihat bunga-bunga orkid saya  kat laman sekejap.. ”
“Baik Datin..” sahut Kak Saadiah yang sedang menyapu lantai dapur ketika itu.
Setelah memberi arahan, wanita yang baru melepasi  usia 50an itu beransur keluar untuk menjenguk bunga-bunganya di laman.

















Tuesday, April 7, 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 26





Bab 26


       Hujan turun dengan lebatnya. Suasana di pagi Ahad itu amat hening dan dingin. Setelah selesai bersolat Subuh tadi, Shahrul kembali meneruskan tidurnya. Charina yang bangun  untuk menyiapkan sarapan pagi juga turut ditarik untuk tidur bersamanya.  Charina terjerit kecil.
            “Sayang neh tak sporting la…. Temankan la abang sambung tidur…” Dia memeluk erat pinggang Charina dan menarik badan Charina merapati badannya. Aura hangat dari tubuh kedua-duanya  bersatu.
            “Abang, saya nak siapkan sarapan ni…” terang Charina pula.
            “Takpe… Sayang sarapanlah dengan Abang dulu..” mukanya dipalingkan ke arah Charina sambil menghadiahkan senyuman menggoda.
            “Gatal Abang tau…” mencubit manja lengan Shahrul.
            “Wau.. sedapnya kena cubit…. Nah, cubitlah lagi…..!” Shahrul makin mengada. “Nah, nah… cubit tang perut neh…” Shahrul cuba menyelak gebar…
“Ish, Abang neh tak senonoh…..!”
Shahrul ketawa  kuat. Sambil mengeratkan lagi pelukannya. Terasa damai dan tenang dirinya di kala itu. Baru dia tahu nikmatnya menjadi seorang suami. Kalaulah dari dulu dia tahu berkahwin ini nikmat sekali, sudah lama dia berkahwin dan  awal-awal lagi menunaikan salah satu tuntutan agama itu.
“Abang saaayangggg Sayang…..” ucap Shahrul lagi. Dia memalingkan wajah isterinya dan mencium polos bibir Charina. Kemudian beralih ke dahi, dan bahu……. Charina menggeliat manja bercampur geli.
“Sayang pun saayaaaang sangat sama Abang….” Balas Charina manja. Shahrul tersenyum bangga dan makin merapatkan lagi pelukannya. Sambil itu dia mencari-cari peluang mencium-cium isterinya. Charina yang sudah memahami hasrat suaminya itu berpaling menghadap suaminya dan seterusnya mereka hilang dalam sebuah pelayaran yang sangat indah, yang hanya dirasai dan dinikmati oleh mereka berdua sahaja………..



              Faizul memandang jam tangan Tissotnya sepintas lalu. Jarum panjang menunjukkan ke angka tiga dan jarum pendek pula menunjukkan ke angka dua. Tetapi dia tidak menyalahkan Charina kerana dia datang ke situ tanpa janji temu, mahupun menelefon terlebih awal.
Kebetulan dia ke Menara UOA di Jalan Pinang itu kerana ada janji temu dengan client syarikatnya di menara yang sama dengan syarikat Charina.
“Encik Faizul boleh tunggu di bilik menunggu sekejap sementara Puan Charina kembali ke pejabat.” Terang Shafikah yang bertugas sebagai penyambut tetamu di Kumpulan Kayangan Berhad itu.
Faizul mengekori penyambut tetamu yang berambut panjang melepasi paras bahu dan bermekap cantik itu. Baju kebaya yang dipakainya menunjukkan jelas bentuk badannya. Sendat! Nasib baik kau cantik…. Sempat pula Faizul meneliti dan mengomen.
Shafikah membuka pintu bilik menunggu dan kemudian mempersilakan Faizul duduk di sofa yang sedia tersusun indah di bilik sederhana besar itu. Sebelum meninggalkan Faizul, dia menghadiahi sebuah senyuman mesra.
Faizul menganggukkan kepalanya, dan turut membalas satu  senyuman  formal. Sedang dia leka membaca akhbar The Star, tiba-tiba kedengaran sebuah ketukan dan kemudian Charina muncul di muka pintu.
“Wah, what a surprise!” Charina mempamerkan senyuman. “Bila sampai….?? Sorry, I lambat sikit tadi.. Ada lunch meeting with client kat Sheraton…” Dia menerangkan.
“It’s okay.. it’s not your fault anyway… lagipun I yang datang secara mengejut, kan” Faizul senyum senget. “….kebetulan I pun ada meeting juga dengan Prima Corporation kat tingkat 25 kat sini…. So, after lunch dengan diorang tadi.. I ingat nak singgah jumpa you sekejap…. Alang-alang dah ada area sinikan…” dia menyambung menerangkan keadaan.
Charina angguk.
“Come… let’s move to my office…” pelawa Charina.
Faizul meletakkan akhbar yang dibacanya tadi.
“Dah jumpa En. Jamil belum…??” mesra Charina bertanya. Mereka berjalan beriringan.
“Belum…”
“Ok… why not kita pergi jumpa dia dulu….” Usul Charina.
“No problem..
Mereka berjalan melintasi bilik mesyuarat dan sebuah bilik konferens sebelum membelok ke kanan. Sejumlah 50 staff di situ dipisahkan dengan partition-partition yang berwarna biru langit setinggi 3 kaki. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.
Ada yang sedang mengadap komputer menyiapkan report. Ada yang sedang bergayut, ada pula yang sedang berkumpul sesama sendiri. Tidak kurang yang sedang melayari internet. Faizul senyum. Pemandangan biasa di sebuah syarikat yang agak besar bilangan kakitangannya. Tambahan pula selepas makan tengah hari.
“Ini Bahagian Operasi… yang sebelah sana tu Bahagian Akaun….” Terang Charina. “Yang bilik berkaca dalam sana tu pulak our library..” Faizul angguk. “Bahagian Perhubungan Korporat, Sumber Manusia and few lagi department kat tingkat atas..” Charina menerangkan sepintas lalu bahagian-bahagian yang terdapat di Kumpulan Kayangan Berhad itu.
“Lin… En. Jamil ada tak..??” soal Charina pada Shazlin, pembantu peribadi En. Jamil Hidayat.
“Belum sampai lagi la Erin…,” jawab Shazlin. “Tadi dia ada meeting kat dengan S/U  MOF kat Putrajaya…”
“Ohh, ok….. thanks Lin…” balas Charina. “Ops, before terlupa.. kenalkan.. Faizul,  ini Shazlin.. P.A En. Jamil.. and Lin, this is Faizul, Senior Software Engineer Megah Trading…”
“Oh, hi… nice meeting you….” Sapa Shazlin mesra. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Nice meeting you too….” Balas Faizul dan menghadiahi sekuntum senyuman.
Sebelum mereka berlalu, Shazlin menghadiahi satu kenyitan mata dan senyuman nakal kepada Charina. Means, boleh tahan…. Charina hanya tersenyum. Faizul yang perasankan adegan tersebut tidak mempamerkan sebarang reaksi. Pura-pura tidak faham.
“Eleh, blah la… Takkan ‘kurak-kurak’ dalam perahu kot…..” Charina menyakat sambil ketawa, mesra.
“What..??” soal Faizul pula. Kehairanan.
“She’s interested in you…… Takkan tak paham kot….?” Duga Charina. “Kurak-kurak dalam perahuk, purak purak tidak tahukkk…” Dia menaikkan sebelah keningnya. Rakan lamanya yang sudah di anggap seperti saudara sendiri. Sebab itu dia tidak merasa kekok bersama Faizul. Tambahan lagi peristiwa lalu yang tersimpan kukuh dahulu menambahkan kepercayaannya kepada jejaka yang berkulit sawo matang, bertubuh tegap, serta berkumis nipis yang menambahkan lagi kekacakan wajahnya itu.
“Oh, really…??” Faizul  menyoal endah tak endah. “Untungnya I…..” dia membalas gurauan itu. Mereka ketawa serentak.
“Serius Joe… takkan you takde sesiapa….. lagipun Lin tu pun bujang lagi tau.. Sweet pulak tuu…”  promote Charina habisan.
“Hmm…. Boleh tak kita cakap pasal lain, Puan Charina…??” Soal Faizul pula cuba menamatkan topik yang ingin dihindarinya. Perkataan Puan Charina itu ditekankan. Terasa sayu dan cemburu jauh di sudut hati. Selama ini dia menganggap rasa hatinya terhadap Charina sudah padam, namun masih bersisa rupanya.
Dahulu, dia cuba menjarakkan hubungan mereka sesudah tahu Charina sudah bertunang. Maka setelah Charina keluar dari KOSASS, kolej yang telah menemukan mereka dahulu, dia juga sudah jarang datang melawat rakannya itu. Tambahan lagi dengan tugasnya selaku Software Engineer kepada sebuah syarikat multinasional yang memerlukan dia sering bergerak dan out station keluar negara.
Charina tersenyum.
“Ok, no problem….  Sorry my dear friend….. ” Charina membuka pintu biliknya.
“Have a seat..” pelawanya.
Faizul memandang sepintas lalu bilik yang dihiasi dengan tiga pasu pokok bunga hidup dan berdindingkan kertas dinding dwi warna hijau-krim itu.
“Nice..” sepatah komen Faizul..
“Mestilah.. tengok la siapa tuannya..” Charina bergurau mesra. Terlalu lama rasanya mereka terputus hubungan. Hampir 5 tahun… Selepas Kak Linz keluar bergraduat dan setelah dia keluar menyewa di luar kampus bersama rakan-rakannya, mereka sudah jarang keluar bersama, jua jarang berhubungan.
Pelbagai topik yang mereka bualkan, dan perdebatkan bersama. Dari kisah peribadi hinggalah jua ke bisnes. Habis keluar cerita-cerita lama yang lucu dan tidak dapat mereka lupakan. Kisah Yati, Ita, Shikin dan Kak Linz juga rakan-rakan Faizul yang pernah mereka kenali turut ditanya khabar.
Tidak lama kemudian Shariman yang kebetulan baru balik dari luar turut serta dan setelah hampir sejam di situ, Faizul memohon diri untuk beransur pulang ke pejabatnya.










Friday, February 6, 2015

Jom Layan Lagu : Seruan Jiwa - Salma





Novel : Kemelut Kasih - Part 25




Bab 25

E
ncik Zul… kenalkan…. Our greatest Company Advisor, Charina.. " Lelaki yang dipanggil Encik Zul yang sedang rancak berborak bersama beberapa temannya tadi kemudian berpaling…..
Faizul!
Charina!
Mereka saling terperanjat. Kemudian masing-masing menghamburkan ketawa kecil. Tidak menyangka akan berjumpa kembali setelah hampir 3 tahun  tidak bersua.
“You apa khabar…Tetap anggun macam dulu juga..” Puji Faizul ikhlas. Dia merenung raut wajah Charina yang pernah dipujanya dalam diam suatu ketika dulu. Malah hingga sekarang pun dia pasti kasihnya masih bersisa.
“Wah wah… dah kenal rupanya sebelum ni..,” usik En. Jamil Hidayat.
“Kami kenal sewaktu belajar dulu, En. Jamil… kawan lama…” suara Charina pula menerangkan keadaan.
“Atau kekasih lama…??” Shariman pula menyampuk memeriahkan suasana..
Sipi…..!” sepatah kata Faizul menghamburkan ketawa bukan kepalang dari lelaki-lelaki tiga orang yang berdiri di kiri dan kanan Charina.
“Amboi-amboi korang.. mentang-mentanglah saya sorang perempuan, semua  sepakat buli saya yea….,” Terasa segan juga dirinya dijadikan topik bahan ketawa. Namun dia cuba bersikap sporting.
Sorry la Erin.. saya gurau je, jangan ambil hati pulak..” Faizul masih lagi budiman seperti dahulu.
“It’s okay.. I know you just joking… ” Dia tersenyum manis.
“So… are you married..??” Soal Faizul kemudiannya setelah melihat cincin bertatah berlian di jari manis Charina.
Charina mengangkat tangannya dan menelek cincin kahwinnya itu.
“Yup ! I am..” Dia mengangguk perlahan dan menghadiahkan senyum kecil.
“Kempunanlah saya…..” Dalam gurau dia bermaksudkannya. Charina tersenyum. Namun seakan tidak percaya.
“Takkan lah orang handsome macam you masih belum berpunya…..?”
“Hmm, apa nak buat… I nak kan you, tapi you pulak  menolak… Kecewa separuh mati tau….” Faizul masih tidak habis bergurau….
“Betul tu En. Zul…. Dulu sewaktu dia mula masuk Kayangan pun, saya cuba jugak masuk jarum.. Tapi tak jalan laaa…..” tiba-tiba Shariman pula menyampuk. Sekali lagi ketiga-tiga lelaki di sisinya ketawa serentak.
“Amboi Man ni…. Sempat pulak awak kenakan saya yea…. Patutnya awak back-up saya…. Ini tidak…” Charina sengaja menyakat rakan sejawatannya walaupun terasa merah mukanya di kala itu. Bossnya, En. Jamil hanya ketawa sahaja.
“Nasib baik quota saya dah penuh…… Kalau tak, mahu juga jadi calon tuh…” tambah En. Jamil lagi sengaja menghangatkan suasana. Sekali lagi meledak ketawa dari ke empat-empat mereka.
Terdengar derapan sepatu menghampiri mereka yang sedang rancak berbual di sekitar kolam renang di hotel itu.
“Wah, wah wahhh..!!! Rancaknya berborak…. Topik menarik barangkali..?” Keempat-empat berpaling. Ketua Pengarah Eksekutif (CEO)  Megah Trading,  Datuk Abdul Mujahid Abidin rupanya yang datang menyapa.
Setelah men to men berjumpa maka makin rancaklah kisah mereka. Dari kancah usik mengusik ke persoalan dunia perniagaan, sukan, seterusnya dunia politik dan isu semasa dunia sekarang. Satu demi satu topik yang mereka bincangkan. Tidak lama kemudian Charina meminta diri untuk pulang setelah jam sudah menjangkau usia 11.30  malam.
Faizul mengiringinya  ke kereta. Pelbagai kisah lama yang mereka bangkitkan. Namun Charina amat bersyukur, Faizul tidak mengungkitkan kisah yang cuba dipadamkan dalam lipatan kisah hidupnya. Kisah di PD yang boleh mengaibkan dirinya suatu waktu dahulu. Mujurlah Faizul dan rakannya Azmi itu boleh dipercayai kerana sehingga ke hari ini tiada sesiapa pun yang tahu kisah itu melainkan mereka yang terlibat secara langsung sahaja.
Setelah bertukar-tukar nombor telefon, mereka berpisah membawa haluan masing-masing.




        
 Suraya melangkah penuh yakin namun menggoda memasuki ruang pejabatnya yang terhias indah itu.  Dengan top putih sleveless bersama jaket  jingga pekat dipadankan dengan pencil skirt hitam atas dari lutut berbelah di tepi yang dikenakannya menampilkan imej wanita korporat yang anggun sekali.
Setelah menamatkan pelajarannya di kampus hijau dulu, dia berehat selama setengah tahun sebelum membantu perniagaan papanya, Dato’ Zahari. Tiga tahun dulu, sewaktu mula bertugas, dia menjawat jawatan Eksekutif Perhubungan Awam. Kini seiring dengan pertambahan pengalaman dan usia, dan memperolehi kepercayaan papanya, dia sudah boleh memegang jawatan Pengurus  Pembangunan Perniagaan di situ. Dato’ Zahari pula  yang sudah mula mempercayai pengurusannya anak-anaknya, Shamsul selaku Pengarah Urusan dan Syairul selaku Pengurus Kewangan. Dia selaku Pengarah Eksekutif hanya memantau sahaja segala aktiviti syarikat dan menasihati sepintas lalu sekiranya khidmat nasihatnya diperlukan.
Suraya membuka tirai yang menutupi cermin luas di pejabatnya yang berada di tingkat 17 di Menara Great Eastern di Jalan Ampang itu. Satu panorama indah  terbentang menghiasi biliknya dan segala aktiviti penduduk kota metropolitan yang senantiasa sibuk dan mengejar masa ini dapat dilihat dari biliknya. Cahaya matahari pagi menerjah masuk menerusi jendela yang telus cahaya itu.
Dia membelek-belek organizer yang terletak di sisi kanan meja kerjanya. Meneliti appointment yang perlu dihadirinya hari itu.  Pukul 10.30 pagi, janji temu bersama seorang officer dari sebuah syarikat pembinaan yang akan bekerjasama dengan Zach’s Holdings Sdn Bhd ini nanti. Milia Corporation Sdn Bhd!
 Dia meneliti seimbas lalu profail syarikat yang berada di sisi organizernya tadi. Telah seminggu profail syarikat itu berada di situ. Namun baru kini dia berkesempatan membukanya. Dia meneliti pula pengalaman dan senarai projek-projek pembinaan yang pernah Milia Corporation handle. Menarik! Belasan projek raksasa telah mereka berjaya tamat dan selesaikan mengikut spesifikasi dan jangka masa yang tidak jauh beza dari jadual… Selain itu kedudukan kewangan mereka juga agak kukuh dengan keuntungan sebelum cukai yang tinggi.
Dia meneliti lagi sebelum pembantunya mengetuk pintu dan membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk dia tandatangan dan khidmat nasihatnya untuk sebarang sebutharga yang akan di hantar kepada pemaju yang berkaitan .




Monday, October 13, 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 24



Bab 24

A
ku telah dilahirkan sebagai anak bongsu seorang yang agak ternama dalam dunia perniagaan. Dan sebagai anak yang paling kecil, aku agak manja dan mudah tersentuh. Jua agak degil dan suka mengikut kata hati. Namun, aku mudah mendengar kata sebenarnya. Terutama lagi bila pengasuhku merangkap pembantu rumahku yang bersuara. Tak tau kenapa, aku amat senang dengannya. Dan dia sudahku anggap umpama ibuku sendiri. Sebenarnya ibu yang kedua. Mungkin juga aku membesar dalam limpahan kasih sayangnya. Berbanding ibuku sendiri yang terlalu aktif berpersatuan dan sering sibuk dengan  aktiviti dan rakan-rakannya.
            Aku memulakan persekolahan di sebuah tadika antarabangsa yang terkemuka di ibu negara, seterusnya memasuki sekolah rendah juga yang elit dan seterusnya sebuah sekolah berasrama penuh yang elit di ibu negara. Kemudian, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku memilih untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti tempatan. Selama belajar semenjak matriks lagi, aku sudah punyai pacaranku, namun setelah hampir menamatkan pembelajaran, kami terpaksa menamatkan hubungan kami atas sebab-sebab tanpa kerelaanku sendiri. Sakit, pedih, semuanya ada. Maklum la.. mungkin juga kerana ia adalah cinta pertamaku, kalau dikira secara seriusnya. Dan bertahan agak lama juga. Lima tahun…
            Kalau dikira tempoh berkahwin, mungkin kami sudah punya 3 orang, atau mungkin juga 4 orang anak. Itu pun kalau aku melahirkan anak setiap tahun. Senyum. Tapi apakan daya, jodoh tiada. Kalau aku menangis airmata darah sekalipun, kalau sudah termaktub dia bukan milikku, aku tidak mampu menghalang. Namun jika sekiranya masih ada sisa kasihnya untukku. Aku masih mahu meraih kasihnya. Walau dengan apa cara sekalipun…. Aku pasrah.
           

            “Kak Erin…. Abang Man di talian..,” suara Dania yang bertugas selaku penyambut tetamu dan reception bergema di telinganya. Sejurus kemudian terdengar rakan setugasnya.
            “Yes, Man..??” soalnya kepada Shariman, klik yang turut bertanggungjawab mengendalikan akaun Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd. Lusa mereka akan bersama-sama dengan bos mereka, En. Jamil Hidayat menghadiri Annual Dinner kumpulan syarikat itu. Selama 5 bulan kebelakangan ini, mereka agak sibuk memerhati dan mengendalikan akaun syarikat yang sudah hampir lumpuh itu, tetapi masih sempat mahu menganjurkan Jamuan Makan Tahunan itu. Mungkin sebagai proses mengelabui mata rakan dan musuh perniagaan untuk menunjukkan organisasi mereka masih kukuh.
            “Nothing, just nak remind…. Bos nko la soh aku remind neh…. Lusa jangan lupa dinner kita ngan Megah. Mungkin that time kita ada peluang bincang ngan lanjut pasal cadangan penjenamaan semula syarikat atau mungkin jugak restructuring back syarikat diorang” lancar Shariman bertutur.
            “Laaa.. engkau neh.. ingatkan apa la yang penting sangat tadi tu… sampai call aku, tak menyempat sampai ke opis… Kau kat mana ni Man…?”  Soal Charina.
            “Ngan bos kesayangan kau la… Dia ajak aku pi jumpa another company yang dengarnya berminat nak join capital ngan kita. Mungkin IT Equipts…. Hardware maybe…”
            “Habis kau call aku ni, En. Jamilnya mana ? Takkan sebelah kau kot.. hehehe…… ’’  Charina tergelak kecil. 
“Aku tengah tunggu dia la ni… dia pi men….. Encik Bashir dari Xin-Tech tu pun tak sampai-sampainya lagi… Tadi kami berborak macam-macam.. pastu dia suruh aku remind kau pasal dinner kat Megah tu…. So that's why aku call kau.. Cik Charina oii….. Eh, lupa.. dah kahwin.. Puan Charina..”
Charina tergelak. Siot jer, sempat lagi mengenakan aku dalam baik.
“Apasal… dia takut aku skip ke… hehehe….” Charina tertawa kecil. Mulanya dia memang ada niat pun, namun  dia menukar rancangannya untuk turut sama pergi pagi tadi. “Okay lah, ada apa lagi tak.. nak kuar brunch la, lapar…. Tau la orang tu lunch kat  Hilton ari neh… hehe…”
“Okay, aku pun.. got to go….,” sahut Shariman di sebelah sana. Dia sudah nampak susuk tubuh bosnya dan dua orang lelaki yang tidak dikenali sambil berjalan beriringan ke arahnya. Salah seorangnya adalah En. Bashir Tajudin, MD of Xin-Tech Bhd, salah sebuah syarikat pengeluar hardware IT terkemuka negara.
             

           “Sayang….,” panggil Shahrul lalu disertai pelukan seperti biasanya. Dia menghadiahi ciuman pantas di pipi. Tangannya memeluk erat pinggang ramping Charina yang asyik  memberus rambutnya sambil memandang cermin di meja solek.
            “Saya, bang…” dia membalas renungan dari dalam cermin memerhati Shahrul di belakangnya yang asyik memeluk pinggangnya dan seolah tidak mahu melepaskannya. Sekejap dia berpaling seketika dan membalas ciuman lembut di bibir Shahrul.
            “Cantik la Sayang malam ni… Jelous Abang tau….. jangan mengurat sesiapa kat majlis tu nanti tau…..” rengek Shahrul tiba-tiba.  Dia memandang tajam wajah Charina.
Setelah perkahwinan mereka selama setengah tahun ini, baru Charina menyedari dan dapat melihat the true colour of Shahrul. Dia memang seorang yang penyayang, romantis, juga manja. Dalam masa yang sama, dia tegas dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Sesekali dia masih keluar melepak bersama rakan-rakan dan kliknya sewaktu belajar dahulu. Kadang-kadang lewat malam baru dia pulang. Namun, Charina tidak kisah, kerana dia memahami dan cuba menjadi seorang isteri yang sporting, dan tidak terlalu mengawal suami, dalam erti kata lain, Queen Control.
Dahulu, pada awalnya, tidak terfikir yang mereka akan bersatu jua. Apatah lagi dengan situasi dan layanan Shahrul yang agak dingin kepadanya. Dulu dia pernah terfikir, jika sekiranya mereka jadi kahwin atas kehendak kedua orang tua mereka, mungkin perkahwinan mereka umpama boneka sahaja. Di sebaliknya penuh lakonan semata. Tapi, sungguh dia tidak menyangka, mereka bahagia. Dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Namun dia tidak dapat mengagak, sampai bila hubungan mesra mereka ini akan bertahan. Ntahlah… bukannya dia ragu… Cuma sekarang masih dalam situasi honeymoon orang kata, semuanya nampak indah… Mungkin dalam jangka masa dua tahun lagi situasi turut berubah mengikut persekitaran.
“Abang jangan risau la, bang…. Takkan Erin nak carik lain pulak… Abang sorang pun dah tak larat Erin nak layan tau….”  dia bergurau dan tergelak halus. Dia bangun dan menyudahkan siapan mekapnya yang terakhir. Lalu berpaling dan memeluk bidang dada Shahrul yang tidak berbaju. Sebetulnya dia baru sahaja lepas mandi, dan sekejap lagi Shahrul turut akan keluar untuk makan malam bersama client besar syarikatnya.
“Abang tak kira.. Erin kena pejam mata je sepanjang majlis tu… takpun sepanjang majlis Erin kena buat mata juling…..” Shahrul buat muka serius. “Orang cakap isteri abang buta ke… juling pun tak mengapalah… Orang cakap kesian, cantik-cantik tapi buta pun, takpe la...” Dia menyambung lagi. Namun, sebentar kemudian dia tergelak. Mungkin membayangkan wajah isterinya seperti yang dikatakannya.
“Abang ni teruk tau…. Nyampah !” Charina mencubit manja lengan Shahrul. “Ada patut nak soh orang buat camtu…. Orang tak curang la.. Don’t  worry…” Charina bersuara. “Tapi main-main mata sikit takpe kot… Alaa, menikmati keindahan ciptaan tuhan….” Sempat dia bersuara, bergurau dan kemudian mengekek halus. Dia melihat mata Shahrul yang sedang mengenakan pakaian batik di badannya membesar.
Sayang… ! Shahrul  membeliakkan matanya. Namun akhirnya dia turut sama ketawa menyedari gurauan isterinya.
“Okay, sweetheart… I’ve to go.. I don’t wanna late…” suara Charina, mencapai tas tangan dan berjalan mencium pipi Shahrul dan menyalam dan mencium tangan Shahrul.  Shahrul membalas ciuman dan memeluk badan langsing isterinya seketika. Setelah itu, dia sendiri menyikat rambutnya, mengenakan haruman dan keluar beriringan menaiki kereta masing-masing. Masing-masing tidak mahu terikat dengan waktu sekiranya menaiki satu kereta sahaja. Mungkin majlis berakhir lewat, atau mungkin juga Charina mahu balik awal sebelum majlis berakhir  dan meeting Shahrul entah pukul berapa akan berakhir. Atau mungkin juga selepas meeting mereka masih mahu berborak-borak kosong sambil minum kopi.

M
ajlis Makan Malam Tahunan Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya itu memang meriah. Hadiah-hadiah bagi cabutan bertuah mereka juga amat lumayan, khabarnya. Pelbagai barangan elektronik berjenama disediakan berserta tiket pelancongan ke luar negara.
            Charina melangkah cermat memasuki ruang legar sambil matanya cuba memerhati mencari Shariman. Selain bosnya En. Jamil Hidayat, mereka berdua sahaja yang dijemput bagi mewakili Kumpulan Kayangan Berhad.
            Charina menghulurkan kad undangan kepada penyambut tetamu yang melayaninya dan kemudian dia di bawa ke meja bernombor 5 yang kebetulan berada di kedudukan yang agak strategik dan di tengah- tengah majlis.
“Hai Puan Charina… baru sampai..??” Tiba-tiba dia disapa seseorang. “ Oh, hai Mira.. ya, baru sahaja sampai nie… Segan juga, maklum la tak kenal sesiapa… nasib juga kita semeja…" dia tersenyum. Seterusnya dia rancak berbicara dan mengenali para tetamu yang hadir ke majlis tersebut. 








Tuesday, October 7, 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 23





Bab 23


                Shahrul memandu tenang sambil menikmati lagu-lagu kompilasi pujaan awal tahun 90-an dahulu. Sewaktu dirinya dan juga Charina masih  di alam persekolahan rendah. Sesekali dia menggenggam erat tangan isterinya di sebelah, dan sesekali dia menggigit jari jemarinya mesra. Charina hanya tersenyum tetapi sesekali terjerit kegelian. Terpancar cahaya penuh kebahagiaan air muka mereka.
            “Sayang mengantuk ke, kalau mengantuk tidurlah…,” suara Shahrul begitu romantis dan lembut. Renungan penuh kasih sayang ditumpahkannya kepada isteri yang berada di tepi. Tangannya mengelus-elus perlahan peha Charina. Terasa perasaan sayang yang teramat kepada isterinya yang suatu dulu tidak pernah dia jangkakan. Kini baru dia sedari, betapa indahnya perasaan bila ikatan sudah dimerterai secara sah. Dia memandang jam. Pukul 10.00 pagi. Cahaya mentari sudah pun menunjukkan sinarnya.. Mereka bertolak selepas Subuh tadi dari rumah mereka di Bandar Sunway.
“Sayang…” panggil Shahrul.
“Hmm…??” Manja Charina menyahut. “Apa bang..??” suara Charina kemudian.  Ditolehkan pandangannya mengadap sang suami di sisi.
Kacak!
Setiap kali dipandang, semakin sayang!
“Sayang sayangkan Abang tak..??” sambil melontarkan renungan romantis.
Charina tersenyum. “Sayang…,” ucapnya sepatah. “Mestilah sayang…” kemudian dia mengekek sekejap. “Napa tiba-tiba abang tanya camni..??” soal Charina kemudian.
“Nothing.. just nak pastikan perasaan Sayang terhadap Abang aje….”
Masing-masing saling menyimpul senyum.
Teringat kembali kenangan beberapa tahun dahulu. Bagaimana konflik cinta  dan kemelut kasih antara mereka. Hampir mereka memutuskan pertunangannya kerana Charina tidak sanggup meruntuhkan kisah kasih antara Shahrul dan Suraya, wanita yang hadir terdahulu di hati Shahrul sebelum dirinya.
Fikirannya menerawang mengingatkan kembali sewaktu dia menyuarakan keputusan dan suara hatinya kepada Umi dan Abahnya agar memutuskan ikatan pertunangan mereka.


“Abah tak setuju…!”


Charina mengangkat muka memandang bapanya. Tidak percaya dengan ketegasan bapanya. Biasanya bapanya amat lembut dan sangat bertolak ansur. Kali ini, kata bererti kota! Maka tiga bulan selepas itu berlangsunglah majlis perkahwinan yang serba sederhana tetapi amat meriah., seperti yang dirancangkan. Seminggu sebelum ulang tahunnya yang ke 22. Walau dalam separuh hati, namun dia tetap redha.
Hari itu telah tiba. Di penghujung bulan April, semua persiapan berjalan lancar. Hampir genap setahun dia dan Shahrul ditunangkan, maka majlis perkahwinan akad nikah telah disempurnakan malam tadi. Sementara hari ini pula, pagi tadi sudah berlangsung Majlis Khatam Quran, sementara sekarang, dia sedang mempersiapkan diri sementara menunggu Mak Andam datang untuk menghiasnya.. Selepas Zohor nanti rombongan dari pihak lelaki akan sampai.
Charina berjalan melihat 9 buah dulang hantaran yang sudah disiapkan oleh Kak Linda, anak Mak Ngah Azimah yang telah menyiapkan hantaran sewaktu majlis pertunangannya tahun lalu. Cantik! Semuanya dihias indah dalam warna hijau epal lembut. Sepadan dengan set bilik tidur dan juga pelaminnya. Terkilan juga rasa di hati kerana tiada kesempatan untuk dia menghias sendiri. Ikutkan angan-angannya sewaktu dulu, dia mahu membuat dan menghias sendiri semua barangan hantarannya. Tetapi tidak sempat kerana sewaktu itu dia tengah bertarung dengan final exam untuk tahun terakhirnya.
Kini, cukup sebulan dia menamatkan pengajian, dia sudah bergelar isteri orang. Sungguh tidak disangka secepat itu dia akan berkahwin. Mengikut perkiraanya, dia mahu menamatkan alam bujang setelah dua tiga tahun menempuh alam pekerjaan. Namun apa mahu dikata, sudah jodoh, maka dia pasrah!
Erin, Mak Andam dah sampai….,” kedengaran suara Uminya dari balik kain langsir yang menutupi pintu bilik. Kemudian, Mak Andam yang telah ditempah muncul di muka pintu bersama Umi dan adiknya Charini.
“Lambat ke..??” Soal Kak Ayu Nadia, yang sebenarnya merupakan seorang lelaki lembut. “Mintak maaf banyak-banyak yea Erin, Akak terlambat… tadi datang separuh jalan kereta meragam pulak.. terpaksa berpatah balik tukar kereta, you…. Nasib baik takde lah jauh sangat.” Sambungnya lagi.
“Takpe kak, masih banyak masa lagi.. Dia orang datang lepas Zohor, sekarang baru nak pukul 11 pagi…” balas Charina sambil tersenyum.
“Iya lah tu kak… padahal dia dah risau dah Kak Ayu tak sampai-sampai lagi tadi…,” selamba derk si Charini menyampuk, sengaja dia mahu menyempil melihat kakaknya dirias.
“Akak ni professional.. jangan risau ye dik…. Kalau kasi masa setengah jam pun Akak sempat siapkan kau dengan jelitanya… Tengok, alaaa lawanya pengantin kita hari ni… Jangan masam-masam dik.. Mari sini Akak mekapkan kau…”
“ Mari duduk sini…,” ujar Kak Ayu Nadia sambil membuka beg make upnya. “Ok, kau duduk diam-diam,” pesannya umpama menyuruh kanak-kanak yang nakal. Dia memulakan tugas dengan menyapu penyegar dan kemudian baru meletakkan pelembap. Seterusnya alas bedak.. Charini memerhati satu persatu dengan penuh minat.
“Akak Ayu boleh tolong mekapkan saya sekali tak..??” mulut becok Charini mula menjalankan tugasnya. Kemudian dia tersengih.
Sambil menjalankan tugasnya Ayu Nadia menjawab, “Hmm, boleh.. kau bayar aku RM 350 aku mekapkan kau.. sanggup..?” selamba dia bersuara. “Jangan kenyit mata kau sangat Erin..” suaranya lagi. “Susah Akak nak ratakan ni..”
“ Haa.. sanggup ke kau..?” selamba sekali lagi Ayu Nadia menyoal.
“Huh.. tak nak la.. mahal giler….!” Sahut Charini dengan muka yang kelat.
No pitih, No lawa…,’ sambung Ayu Nadia lagi. Boleh tahan lasernya. Tangannya laju meratakan lipstick di bibir Charina. Kemudian dia ketawa kuat.  “Sekejap lagi, kalau sempat nanti Kak Ayu riaskan kau sama.. Aku  tau kau pun nak lawa macam Kak Erin kau jugak kan…” dia mengusik Charini. Suara lembutnya dileretkan panjang.
“Betul ni Kak Ayu….?” Pantas Charini menyoal meminta kepastian.
“Ye lah.. aku mekap nipis je kat kau.. mana boleh nak lawan pengantin…”
“Yahoooo…” sorak Charini dan melompat-lompat kecil. Charina tersenyum melihat gelagat adiknya. Umur dah 17 tahun, perangai masih kebudakan. Mungkin kerana statusnya selaku anak bongsu.
“Jangan senyum…”  tegur  Kak Ayu.
“Elok sikit Rini.. kena barang tu nanti habis  ranap..,” tiba-tiba terjengul Makcik Zabedah, jiran sebelah di muka pintu. Charini terdiam dan mengetap bibir. “Mak Bedah saja masuk nengok kau dimekap..” suara Makcik Bedah kemudian. “Nak tengok jugak barang hantaran kamu ni sekali.. cantik ya..” suaranya lagi sambil meninjau dan membelek barangan hantaran yang disusun elok di tepi katil itu. Kemudian masuk pula Mak Teh Limah. Kemudian kedua-duanya berborak sesama mereka. Sekejap kemudian mereka keluar.
“Kita kunci pintu ni kejap ye Erin..,” suara Kak Ayu. “Rini, awak  tolong tutup pintu tu.., rimas aku tengok orang keluar masuk ni….,” pinta Kak Ayu Nadia. Charini bingkas menutup pintu. Belum pun beberapa minit ada orang yang mengetuk.
Hampir sejam lebih kemudian, segalanya siap dan Kak Ayu mengenakan mekap ringkas di muka Charini. Setelah itu, Charina mengenakan kebaya songket pula sebagai baju pertama. Dan tidak lama kemudian, rakan-rakannya dari sekolah tiba dan dia sempat melayan mereka sebelum rombongan pengantin dari pihak lelaki tiba jam 1.45 minit petang. Majlis petang itu berjalan lancar. Kemudian Majlis Menghantar Menantu berlangsung seminggu kemudian di rumah keluarga Shahrul. Seminggu kemudian mereka mula kembali ke Kuala Lumpur dan menetap di Subang Jaya, kerana Shahrul bekerja di Bandar Sunway, bandar yang berhampiran.



"Dah bangun Sayang..?” terdengar sapaan mesra dari sisi. Terasa tangan diletak di atas pehanya.
Charina membuka matanya. Terasa silau menikam mata. Dia menggosok matanya perlahan.
“Sedapnya tidur…” dia menggeliat manja. Tangan didepakan. Agak lenguh setelah hampir beberapa jam di dalam kereta. “Kat mana dah ni, bang..??” dia memandang sekeliling. Pokok-pokok sawit di kiri kanan menguasai pemandangan.
“Merapoh.. Dah nak masuk sempadan Gua Musang pun…” jawab Shahrul. “Lama Sayang tidur yea.. Abang sunyi tau…,” Charina berpaling melihat Shahrul yang sedang tersenyum.
“Alaa.. sayang abang….” Charina memaut manja lengan kiri Shahrul dan menyandarkan kepalanya perlahan. Dia kemudian mencapai sun glassesnya dan memakainya. “Abang nak Sayang takeover pulak tak..??” pelawa Charina.
“Takpa.. Abang masih larat…” tolak Shahrul. Sesekali dia menyanyi mengikut rentak lagu di radio kaset. Kemudian mereka berborak dan saling bertukar topik. Anggaran lebih kurang empat jam lagi mereka akan sampai ke Kota Bharu.
“Kita solat Zohor di R&R Gua Musang ni dulu la yea lepas kita isi minyak ni..” suara Shahrul kemudian.
“Okay.. bisa aje, deh…” balas Charina pula.
Setengah jam kemudian, setelah selesai segalanya, mereka kembali menyambung perjalanan dan hampir pukul empat, mereka selamat tiba di detinasi. Mereka singgah di rumah keluarga Shahrul terlebih dahulu dan kemudian besok pagi baru mereka merancang kembali ke rumah keluarga Charina.

Mereka balik bercuti sempena meraikan perkahwinan Chairul Azlan, abang Charina yang mana bertemu jodoh dengan seorang doktor di Hospital Pakar Perdana, sebuah hospital swasta di Kota Bharu ini.

Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...