Monday, April 17, 2017
Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Sebiji Kurma
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang....~
Assalam kawan2.. lama saya tak mampir di blog sendiri ni kan 😃
Sebagai langkah nak menghapus sesawang, moh la saya berkongsi satu cerita seperti di bawah... Semoga mendapat manfaat bersama 😊
*SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA*
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berhampiran mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak hampir di timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang beliau beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa dengan penuh khusyuk.
Tiba tiba ia mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.
“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata salah satu dari sang malaikat .
“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil Haram,” jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia tergamam. Jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT, gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
“Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua si penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda.
“4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Dimanakah beliau sekarang?” tanya Ibrahim.
“Sudah meninggal sebulan yang lalu, sayalah sekarang meneruskan pekerjaannya menjual kurma,” jawab anak muda itu.
“Innalillahi wainna'ilaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?”
Kemudian Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya. Anak muda itu mendengarkan penuh minat.
“Nah, begitulah,” kata Ibrahim setelah bercerita.
“Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?”
“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak tahu dengan saudara-saudara saya yang 11 orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka, kerana mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya.”
“ Di mana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu," lanjut Ibrahim.
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi hendak menemui mereka.
Meskipun rumahnya berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakankan oleh Ibrahim.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada di bawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu, sedang berbual-bual.
“Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”
“Oh, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan," kata malaikat yang lainnya.
"Ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”
*Sahabat...*
Luar biasa cerita ini, seolah menampar kita. Jangankan sebutir kurma, mungkin sudah tak terhitung berapa banyak hak orang lain yg kita rebut selama ini? Dengan menghalalkan segala cara berniaga, mendapatkan projek, berpolitik, berkuasa untuk mendapatkan harta.
Setelah harta berada di tangan, tanpa sedar kita menganggap itu hak kita, rezeki kita sepenuhnya.
Kalau sebutir kurma saja membuat doa terhalang, bagaimana dgn ratusan ribu, bahkan berjuta,wang yg kita ambil selama ini sebenarnya bukan sepenuhnya hak kita?
Itu akhirnya membuat kita jauh dari ALLAH. Sulit menerima hidayah, sehingga berani menentang aturan ALLAH. Mudah menghalalkan segala cara. Mudah berbohong. Tidak malu engkar janji.
Kenapa..?
Kerana harta yg masuk perut kita terlalu kotor keadaannya.Akibatnya dari sudut yg lain-anak2 nakal, suami/isteri bergaduh, banyak penyakit, selalu ditipu/tertipu,perselisihan sesama keluarga, dan lain gangguan semacamnya.
Itulah kemungkinan disebabkan oleh harta yg sebenarnya bukan hak kita.
Harta *penghalang doa* semacam ini yg membuat doa-doa kita tidak sampai ke langit.
Wallahu a'lam bissawab...
Sumber: WhatsApp Group Sharing
Saturday, January 21, 2017
Yehhaaaa..... I'm backkk!
"Lihatlah sekitar alam...
Dunia luas terbentang..."
Hi.. Assalam,,,
Lama nau nau tak tinggal jejak kat sini...
Teruk betul tuan dia ni kan... tskk tskkkk tsssk....
So stop by tinggal jejak la jap 😏 😃
banyak nak citer... banyak nak story...
Edisi jenjalan ke Korea/ Japan/ Ho Chi Minh.. KK
eh banyak lah lagi...
ntah bila ada masa (alasan) atau mood (tu yg sebenarnya)
one fine dayy... hope so....
heeeeeeeeee
stop for now...
harap mood menulis akan ada nanti...
bye for now
Sunday, May 29, 2016
Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Peniaga Daging
Assalam & hai kenkawan..
Lamanyaa blog ni tak berhapdet kan..
So sempena upacara pecah tanah di thn 2016, yg dh nak memasuki
Usia pertengahan tahun ni..
Ai nk berkongsi la barang satu cerita untuk manfaat kita bersama 😊
ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACANYA
Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Roh Org tua itu : Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....
Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
SEMOGA YG MENULIS "AAMIIN" DI KOMENTAR DIJAUHKAN DARI SEGALA PENYAKIT, DILANCARKAN SEMUA URUSAN, DAN DIBERI REZEKI YANG BERLIMPAH..AAMIIN
Wednesday, August 26, 2015
Novel : Kemelut Kasih - Part 28
Bab 28
Shahrul berjalan
laju menuju ke lobi Hotel Istana di Jalan Raja Chulan itu. Dia memandang jam
sekilas, 3.42 minit petang. Lebih setengah jam dia terlewat. Rakan setugasnya yang sudah tiba terlebih
dahulu sudah beberapa kali menelefonnya, kerana client dan juga bakal
rakan usahasama yang akan mereka temui sudah tiba terlebih dahulu.
Sebetulnya dia begitu kesal kerana terpaksa lewat menghadiri temujanji ini. Sudahlah
projek yang bakal mereka tandatangani nanti amat besar nilainya. Namun apakan
dayanya. Dia terpaksa mengharungi perangkap kesesakan di jalan raya dari Shah
Alam tadi setelah selesai menghadiri satu lagi temujanji yang diadakan terlebih
awal.
Sewaktu melalui Lebuhraya Persekutuan tadi, sebaik sahaja selepas flyover di persimpangan
Motorola dan Bandar Sunway, terdapat lima buah kereta yang berlanggaran sesama
sendiri. Itulah yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk. Di tambah lagi dengan
menjelangnya waktu makan tengah hari. Sekali lagi terdapat sebuah kereta yang
rosak berhampiran Mid Valley menambahkan
kesesakan yang sedia ada. Shahrul mengeluh perlahan. Diusapnya keringat yang
memercik di dahinya.
Dari jauh sudah ternampak figura Ahmad Rahimi, rakan setugas yang turut
sama bertemu janji dengan client mereka dari Zach’s Construction
Corporation Sdn Bhd itu. Kelihatan juga dua orang tetamu mereka, seorang lelaki
dan seorang lagi perempuan yang duduk membelakanginya.
“There he is.. Dah sampai pun..” suara Rahimi setelah terpandangkan
Shahrul yang semakin mampir.
Kedua-dua tetamu mereka berpaling.
Sekali lagi, kejutan yang tidak diduga bagi Suraya dan Shahrul. Tidak
sama sekali mereka menyangka akan kembali bersua lagi setelah lebih tiga tahun berpisah.
“You apa khabar..?” suara Shahrul membuka bicara. “Sorry lambat,
jalan jem teruk dari Shah Alam tadi…” tanpa dipinta dia menjelaskan.
“Nevermind… Rahimi dah terangkan tadi…” Suraya membalas. “Meet
my colleague, Mahfuz …” Suraya memperkenalkan lelaki yang berada di sisinya.
Mereka bersalaman. Sewaktu nama penuh Shahrul disebut tadi oleh rakannya Rahimi,
dia seakan tersentak sebentar. Teringatkan bekas kekasihnya yang sudah
menghilang selepas menceritakan perihal pertunangannya dahulu. Sebetulnya, dia
juga yang melarikan diri dari Shahrul.
“Dah lama kenal ke..??” soal Rahimi pula.
“Satu fakulti.. satu kelas dulu..” terang Shahrul tanpa menambah dan
menerangkan kisah lama mereka.
“oOOo.. kisahnya…” Mahfuz berlucu. Mereka ketawa kecil.
“Dah makan ke semua..??” Soal Shahrul pula.
“Kenapa, nak belanja ke..??” soal Suraya pula pantas. Dia mengerling
manja dan menduga.
“Kalau itu boleh dianggap sebagai tanda maaf kerana terlewat, tiada
salahnya..” Shahrul angguk dan menghadiahkan sejalur senyuman. Sebetulnya segan yang teramat. Imej
professionalisme dia sudah tercalar di awal pertemuan mereka lagi.
“Aku dah makan tadi.. tapi kalau kau nak belanja lagi sekali.. perut ini
masih boleh diisi, no problem !” Rahim berlucu pula.
Mereka berempat ketawa.
“Kau ni asyik ingat makan sahaja….” tambah Shahrul bergurau. “Aku tak kisah.. terpulang la.. mungkin
nak berbincang sambil makan…Apapun terpulang pada Cik Suraya dan Encik Mahfuz
kita ni ler… ” Shahrul bersuara.
“I pun tak kisah.. ” suara Mahfuz ringkas.
Semuanya memandang ke arah Suraya seolah menunggu kata putus darinya. Suraya tersenyum manis “Why not? As long we meet our meeting objective today… janji matlamat perbincangan kita tercapai… don't we?” putusnya. Semuanya
tersenyum lega.
Mereka berjalan ke ruang makan yang terdapat di Hotel Istana itu, dan
setelah selesai menjamu selera, mereka beralih ke suatu sudut dan membincangkan
soal-soal untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Perbincangan pembinaan Projek
Perumahan Mega Angel Heights itu memerlukan perancangan yang rapi dan teliti
dari semua aspek. Apatah lagi menurut
perancangan, tempoh masa siap yang dijangka adalah dalam masa 5 tahun.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju
dan sedia bertolak ansur dalam beberapa hal yang berkaitan, mereka menangguhkan
temujanji mereka ke suatu tarikh yang lain kerana masih banyak perkara yang
perlu dibincangkan bersama.
“Minta diri dulu, I dah janji dengan my wife.. Nak lawat
kawan dia yang bersalin kat HUKM..” Mahfuz meminta diri setelah mereka selesai
bermesyuarat.
“Aku pun terpaksa minta diri jugalah, Rul.. Maaf ye Cik Suraya.. Ada
janji temu lain pulak ni…” suara Rahimi pula kemudiannya meminta diri.
Akhirnya tinggallah mereka berdua sebelum beredar ke kereta
masing-masing. Namun masih sempat berborak sebelum masing-masing berpisah.
“How are you Sue..? It's quite a long time until we met right...” lembut Shahrul bersuara bersama selajur senyuman. Kali ini perbualan
mereka lebih kasual. Tadi agak formal kerana atas urusan pekerjaan. Tambahan
lagi terdapat rakan sepejabat masing-masing.
“Owh, I’m fine, fine.. Surely fine.. and how about you…” Suraya pula bersuara. Badannya berpaling sedikit ke arah Shahrul. Diperhatinya sepintas lalu bekas kesayangannya suatu ketika dahulu. Masih segak sama seperti dahulu, malah lebih berketrampilan sejajar dengan kematangan setelah memasuki dunia pekerjaan, mungkin.
“As what you're seeing, right in front of you now…. Yah, me too definely fine.. thanks…” Shahrul
membalas. Dia senyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
“So how was your kid… dah berapa orang agaknya..?” soal Suraya pula.
Sengaja berbasa-basi.
“Hurm, not yet…” balas Shahrul pantas. “Belum ada rezeki kami buat masa sekarang… and
how about you..?” Soalnya balik. Ingin juga dia ketahui kondisi bekas kekasihnya dahulu ini. Ralat juga dengan kisah lama. Mereka saling menyayangi di antara satu sama lain. Namun, tetap tidak berjodohan. Dia memandang sepintas lalu gadis di hadapannya. Jika dahulu Suraya jelita, sekarang bertambah anggun!
“I’m still single Shah..” Suraya bersuara perlahan. "..and available.." Kedengaran lirih di situ walau tiada niat untuk dapatkan simpati mahu menyalahkan hal lama.
“Oh.. I’m sorry…” Shahrul speechless.
“It’s okay.. belum jodoh I..”
“Takkan orang selawa you belum ada yang sangkut..?” Shahrul cuba
menceriakan keadaan.
“What to do… Lawa pun bukannya ada yang hendak… Dulu pernah la
ada… Tapi tak kesampaian.. He left me for another girl… nak buat
camana…. So sekarang nie I kawin la dulu ngan my carreer…” dalam
baik Suraya mengenakan Shahrul.
“Well….. nevermind... You no need to worry… Sampai masa nanti, ada le tu… Jangan
lupa jemput I tau…” Shahrul cuba menamatkan topik.
“Kenapa pula nak jemput you.. sebab you memang patut
hadir.. Wajib..” Suraya membalas berani. Kemudian dia ketawa polos. Shahrul
yang mulanya terpaku dengan gurauan
berani Suraya akhirnya turut sama tergelak .
“Okaylah.. I’ve to go…” Shahrul meminta diri.
“Me too…” Sambut Suraya. Di kala itu talian tangannya berdering nyaring. Dia
memandang sekilas. Zarith!
“Ok la, see you..” dia menamatkan perbualan.
Shahrul angguk.
Suraya menekan butang dan menjawab panggilan itu. Matanya menuruti dari
jauh langkah Shahrul yang sudah menghampiri keretanya di tempat parkir kereta
di luar sana.
Hatinya berdebar kencang. Darahnya serasa panas menyirap. Kasihnya pada
Shahrul masih bersisa, walau kasih mereka sudah lama berlalu. Dia mengeluh
perlahan, dan melayan panggilan Zarith.
Charina menghidangkan
makan malam. Sementara Shahrul masih berada di bilik lagi, sedang menunaikan
solat Maghrib. Tidak lama kemudian, Shahrul muncul. Dia berjalan dan memeluk
pinggang ramping Charina sebelum duduk di kerusi menghadap hidangan.
|
“Sayang apa khabar..? Macam mana
suasana kat opis ari ni..? Ada apa-apa cerita menariks tak..?” Soal Shahrul,
cuba mengetahui aktiviti isterinya hari itu.
“Biasa-biasa aje bang, nothing new.. routine and routine..!” Charina membalas
sambil menyendukkan udang masak sambal dan cendawan goreng telur ke pinggan suaminya sebelum
menyendukkan ke dalam pinggannya sendiri.
“Abang pulak
macam mana.. ?” Soal Charina pula. Dia mengambil ikan masin gelama
pula dan menggaul-gaul mesra sebelum menyuap ke mulut bersama nasi.
“Hmm…. hari ni abang terlewat menghadiri temu janji dengan client.. And
Erin tau, sapa client abang tu.. ?? ” Soal Shahrul pada Charina.
“La abang neh.. abang tak cakap.. manalah Erin nak tau.. ”
Charina malas nak berteka teki. “Nak air bang.. ?” Soalnya lagi lalu
menuangkan air ke gelas yang terletak kemas di depan pinggan suaminya.
“Tima kasih, Sayang…” dia meneguk air sekejap "Erin tak nak teka siapa abang jumpa tadi?”
soalnya memancing.
“Siapa ya?" dia mahu menyenduk kuah tambah ke pinggan suaminya, tetapi Shahrul memberi isyarat tidak mahu.
"Abang jumpa kekasih lama abang eh.. ??” teka Charina lagi, selamba. Sengaja bergurau. Dia bangun untuk ke dapur untuk membawa pinggannya yang dah habis mengemaskan meja setelah semuanya selesai makan.
"Abang jumpa kekasih lama abang eh.. ??” teka Charina lagi, selamba. Sengaja bergurau. Dia bangun untuk ke dapur untuk membawa pinggannya yang dah habis mengemaskan meja setelah semuanya selesai makan.
“Wah, terrornya sayang abang…. Cemana Sayang tau
neh.. ?” Shahrul terkejut dengan
tekaan Charina itu.
“Eh, betul ke..?? Sayang main teka je la..” Dia mengangkat muka memandang
Shahrul sekilas sebelum kembali meneruskan mengemas dan membasuh pinggan
mangkuk di sinki. Shahrul masih menemaninya di meja makan.
“So, Suraya macam mana bang? Mesti makin lawa kan? Anak Datuk lagi pulak..”
Tangannya ligat membilas pinggan yang sudah disabun. Terselit jua cemburu di
hati. Maklum la, kasih mereka amat utuh suatu ketika dahulu. Hanya situasi yang
memisahkan mereka.
“Lawa memang la lawa…..”
“Ehem, apa dia bang.. ??” pantas Charina menyampuk. Dia cuba
mengawal perasaan cemburunya.
“Yea la, dia memang lawa pun… hakikat kan… Tapi takda maknanya pun… Sebab
abang dah ada Sayang…” Shahrul mengambil hati Charina.
“Lagipun, sayang abang ni lawa hapa…? Ayu.. manis.. anggun.. cute… semuanya
lah milik sayang….” Puji Shahrul lagi..
“Hmm… yea lah tuu…..” Puji ada makna ttuuu…..
Charina sengaja menarik muncung. Tapi tangannya masih ligat mengelap air
yang memercik di sekitar sinki.
“La…. Abang baru perasan, rupanya isteri abang ni makin bertambah lawanya
bila dia tarik muncung camni… macam mana selama neh abang tak
sedar.. ?” Shahrul bergurau mengambil hati isterinya.
Charina mencebek.
"See, cebek pun cantik" kemudian Shahrul tergelak-gelak kecil.
"See, cebek pun cantik" kemudian Shahrul tergelak-gelak kecil.
“Ya lah tu bang…” Charina mengalah, malas mahu melanjutkan bibit-bibit
pergaduhan. Dia yang sudah habis mengemas berjalan ke ruang tamu. Shahrul
mengekor sambil berjalan rapat dan memeluk bahu isterinya dengan tangan kanannya. Mereka berjalan
seiringan ke ruang tamu. Charina melentukkan kepalanya ke bahu Shahrul.
“Manjanya isteri abang nie…,” usik Shahrul sambil mencuit hidung isterinya. "Ni yang buat abang bertambah sayang ni.." usik Shahrul lagi... Charina hanya membiarkan gelagat
suaminya. Terselit kebahagiaan yang amat sangat. Namun di hatinya terasa cuak
juga. Mungkinkah kasih sayang yang ini hanya untuk sementara cuma..?? Terselit
kebimbangan di hatinya, mungkinkan kasih antara suami dan bekas kekasihnya itu
akan bertaut kembali..?? Sementelah pula mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi anak sehingga kini. Dia tidak berani memikirkan perkara yang masih belum
terjadi.. Namun dia berdoa semoga rumahtangganya dijauhi dari segala masalah
yang tidak diingini.
Apapun, syukur pada tuhan, kerana menganugerahi seorang suami yang baik.
Dia tidak pernah menyangka akan dilayan sebegini rupa oleh Shahrul.
Sungguh dia tidak pernah menyangka, kalau diikutkan dengan bibit pergaduhan di awal perkenalan mereka dahulu.
Dalam diam dia mengeluh kecil.
Sungguh dia tidak pernah menyangka, kalau diikutkan dengan bibit pergaduhan di awal perkenalan mereka dahulu.
Dalam diam dia mengeluh kecil.
Wednesday, May 6, 2015
Novel : Kemelut Kasih - Part 27
Bab 27
L
|
if ditekan ke
tingkat 17. Setelah melepasi satu tingkat ke satu tingkat sebelum lif sampai ke
destinasinya. Suraya menunggu penuh konsentrasi. Tiba-tiba deringan handphonenya
berbunyi nyaring. Dia memandang sepintas lalu sebelum menekan butang reject.
Tidak selesa kerana masih terdapat 4 orang yang masih bersama-sama di dalam
ruangan lif yang sempit itu.
Setelah lif sampai di tingkat 17, dia melangkah keluar penuh gaya.
Anggun! Sambil membimbit briefcasenya di sebelah kiri tangannya, dia kembali mendail
nombor talian yang dimatikan sebentar tadi. Di muka pintu Zach’s Construction Corporation
Sdn Bhd, dia berhenti seketika sebelum
pintunya dibuka oleh penyambut tetamu merangkap telefonis dari dalam.
“Selamat Pagi, Cik Suraya..!” sopan Adilla menegur.
Suraya angguk, namun masih tegas. Gaya wanita aristokrat terpancar di
wajahnya. Dia amat beruntung, dalam usia masih muda sudah bergelar pengurus.
Namun dia tidak mahu dia bergelar pengurus di situ hanya kerana dia anak kepada
Pengarah Eksekutif di situ. Adik kepada Pengurus Besar dan juga Pengurus
Kewangan. Dia mahu dia diterima dan layak memegang title itu kerana dia
memang berhak memikul beban kerja dan tugas tersebut. Pengurus Pembangunan
Perniagaan!
“Yes, Zarith..??” setelah talian di sebelah sana diangkat Suraya
bersuara. Dia melangkah masuk ke ruang pejabatnya. Dia meletakkan briefcase dan
tas tangannya di atas meja kerjanya sebelum melangkah menarik bidai yang
melindungi pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Cahaya pagi menerjah masuk ke
biliknya.
Suara Zarith bersuara di sebelah talian sebelah sana sebentar sebelum
Suraya menutup talian telefon tangannya.
“Ok, kita jumpa nanti malam… Bye….”
Suraya membuka briefcasenya dan mengeluarkan dokumen-dokumen
berkaitan kerjasama antara syarikatnya dengan Milia Corporation. Cadangan
projek perumahan mega yang akan
menaikkan lagi nama syarikatnya dan juga sekutunya, dan juga mungkin
membolehkan pekerja-pekerja di kedua-dua syarikat memperolehi bonus sekurang-kurangnya lima bulan menjelang
akhir tahun nanti dan selama beberapa tahun pastinya.
Dia sekali lagi meneliti plan-plan dan rekabentuk rumah pelbagai jenis
itu. Sesekali membelek laporan bajet-bajet dan sebutharga yang dilampirkan
bersama. Sekali lagi talian tangannya menyanyikan nada polyphonic.
“Yes Rith..??” Mengeluh.
“You no need to worry my dear.. I remember our celebration today… Yes
dear… Yess.. Please… We'll see and talk
later.. Ok, bye honey.. daaa…” Dia mengeluh. Penat melayan karenah cemburu
tak bertempat Zarith. Anak Datin Maznah dan Dato’ Mansur yang mamanya
berkenankan sangat tu. Setelah putus hubungan dan Shahrul beberapa tahun lepas,
mamanya tidak tunggu lama terus mengenalkan Zarith kepadanya. Segala-galanya
telah dirancang rapi oleh kedua-dua ibu mereka yang kerap berjumpa kerana aktif
berpersatuan bersama-sama.
Dia tidak mahu terikat. Dia sudah puas dengan komitmen. Padanya dia
hanya berkawan sahaja dengan Zarith. Biarlah dia berjaya di dalam kerjayanya
dahulu sebelum mengikat sebarang pertalian. Walaupun berkawan dengan Zarith,
dia mahu dan berhak memilih sesiapa sahaja menjadi rakannya, mahupun
boyfriendnya.
Malam nanti mereka telah berjanji untuk menghadiri majlis sambutan
hari ulangtahun Datin Maznah, Mummy Zarith.
Majlis yang akan dibuat secara besar-besaran itu biasanya tiap tahun akan
disambut secara meriah di mana-mana hotel yang terpilih di sekitar ibu kota
ini. Kenangannya terimbau kembali pada peristiwa yang sudah tiga tahun berlalu.
“S
|
ue, jangan lupa..
malam ni kita ada jemputan makan malam… Mama dah sediakan baju untuk Sue pakai…
Ada atas katil Sue di atas sana… ”
Sebaik sahaja dia melangkah memasuki ruang rehat rumahnya, Mamanya
bersuara.
Dia memandang kehairanan ke arah Mamanya. Pertama sekali kerana Mamanya
jarang berada di rumah di waktu-waktu begitu dan keduanya kerana pelawaan Mamanya untuk makan malam
itu.
“Makan malam apa ni Mama.. ?? Semalam Mama tak cakap apa
pun.. ? Sue penat la Mama….” Rengeknya manja. Dia sudah tahu helah mamanya yang mahu mengenalkan anak
kenalannya setelah dia putus hubungan dengan Shahrul 2 bulan lepas.
“Penat apanya, makan malam sahaja… Dah, jangan nak mengelak…. Mama dah
janji dengan Datin Maznah tu… Jangan nak malukan Mama…. ” putus Mamanya.
Suraya mengeluh. Dia berjalan menuju ke biliknya.
“Jangan lupa, pukul 8.00 malam nanti kita pergi… Mama tunggu Sue.. ”
Suraya meneruskan langkahnya tanpa menyahut. Namun tepat pukul 8.00 dia
sudah bersiap mengenakan gaun ungu kehitaman bareback yang telah mamanya
sediakan. Dia meneliti wajah jelitanya yang terpantul dari cermin meja hiasan
di biliknya. Dia merapi-rapikan sanggul yang disusun kemas, rambut sedikit
terurai di tepi kedua-dua telinganya dan
mengenakan subang dan rantai warna senada.
Dalam diam dia memuji kejelitaan dirinya. Dan mempersendakan Shahrul yang
bodoh kerana melepaskan dirinya kerana Charina gadis kampungan itu. Namun dalam
diam juga, dia mengakui dan tidak menafikan bahawa Charina sebenarnya memiliki suatu aura yang boleh memikat sesiapa sahaja, walau
dia sangat sederhana orangnya.
Jemputan makan malam itu sebenarnya lebih kepada Sambutan Hari Ulangtahun
Datin Maznah yang ke 49 tahun. Walaupun sudah agak berusia, namun Datin Maznah
masih mahu menyambutnya dengan cara yang meriah sekali. Sambutan majlis
diadakan di persekitaran kolam renang Concorde Hotel di Kuala Lumpur. Pada
malam itu juga dia telah dikenalkan dengan Zarith, anak Datin Maznah dan Dato’
Mansur yang baru sahaja menamatkan pengajian dari UK dan akan mewarisi
perniagaan perkapalan bapanya. Selaku waris tunggal, jika sesiapa yang akan
berkahwin dengan Zarith, sesungguhnya dia akan beroleh kesenangan dengan harta
dan wang yang melimpah ruah. Itu yang Mamanya mahukan selama ini.
“Kenalkan, ini anak Aunty… Zarith Azhar Ahmadi….” Datin Maznah yang
bermekap tebal dengan baju bersinar-sinar memperkenalkan anak tunggal
kesayangannya.
Dia menghulurkan tangan.
Zarith tersenyum memikat. “Nice meeting you..” matanya merenung
tajam anak dara Datin Farina yang bergaun ungu-hitam anggun itu. Seksi!
“I selalu dengar your name from my mum… but I don’t think you
are so gorgeous… damn gorgeous…. Serius..” Zarith memuji Suraya. Matanya meliar.
Suraya menghadiahkan senyuman paling manis.
“Thanks… Anyway, you pun apa kurangnya…” She mean it. Bukan
sekadar berbasa basi. Zarith tersenyum bangga.
“Wanna dance..??” pelawa Zarith.
“Sure.. why not..” Dan mereka hanyut dalam dakapan masing-masing.
Selepas pertemuan pertama maka menyusul pertemuan kedua ketiga dan seterusnya.
Datin Farina dan Datin Maznah hanya tersenyum melihat perkembangan itu. Harapan
hati masing-masing untuk berbesan nampaknya akan tercapai. Namun itu kisah 3
tahun dahulu. Sekarang, nampaknya mereka masih belum mahu mengikat dengan apa
jua tali ikatan walau sudah berkali-kali di suruh bertunang. Kedua-dua nya
memberi alasan mahu menumpukan pada kerjaya masing-masing sebelum mengikat
sebarang tali ikatan.
Namun, semenjak akhir-akhir ini, mereka sering kali bertengkar dan sudah
jarang berjumpa. Tidak sekerap dahulu. Ada-ada sahaja perihal yang akan mereka
tengkarkan.
Zarith menghempas pintu BMW 318i nya keras. Berdentum bunyinya. Sepanas hatinya yang baru sahaja lepas bertengkar dengan Suraya, walaupun melalui telefon sahaja. Kadang-kadang atas sebab-sebab remeh sahaja mereka boleh bertengkar sekarang. |
Seperti hal yang berlaku sebentar
tadi, dia menelefon Suraya. Mulanya terdengar bunyi nada deringan namun
kemudiannya dimatikan oleh Suraya. Dalam hatinya dia berasakan Suraya menduakan
kasihnya. Mungkin Suraya bersama kekasih barunya, jadi dia mematikan
panggilannya. Zarith dapati walaupun selama ini mereka sudah memahami perangai
masing-masing, namun dia mendapati Suraya tidak menyerahkan sepenuh hatinya kepadanya.
Kadang kala serasa masih ada barrier di antara mereka. Dia sesungguhnya
jelous dan tidak puas hati. Egonya tercalar!
Zarith sedar, walaupun dia bakal mewarisi harta yang bukan kepalang dari
kedua ibu bapanya, dan dia boleh memilih mana-mana gadis yang dia inginkan,
namun dia tetap berhasrat mahukan
Suraya menjadi isterinya. Kerana mereka
setaraf dan pakej yang ada pada Suraya lengkap untuk mereka bergelar suami
isteri yang ideal di pandangan masyarakat dan juga di kalangan mereka, golongan
elit. Dan gadis-gadis lain hanya akan dijadikan gula-gulanya sahaja. Teman
penghibur di kala sunyi!
Zarith melangkah laju memasuki ruang tamu rumahnya yang tersergam indah.
Sudah hampir 20 tahun mereka bermastautin di Bukit Tunku itu. Datin Maznah yang kebetulan baru
turun dari kamarnya hanya menggelengkan kepala melihatkan gelagat anak
bujangnya itu.
“Kenapa Rith..?? Kamu berdua bergaduh lagi ke..??” Datin Maznah sudah
faham benar, kalau muka anaknya itu macam ayam berak kapur, kalau bukan kerana
hal-hal berkaitan kerja, pastinya kerana Suraya. Bergaduhlah tu.. apalagi…
Zarith mendengus dan terus menaiki tangga menuju ke kamarnya. Datin
Maznah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Zarith pastinya sedang bersiap
untuk ke pejabatnya setelah selesai berjogging di taman yang tidak jauh dari
situ. Sudah menjadi rutin anaknya itu untuk berjogging di waktu pagi, dan
selepas itu barulah dia bersiap ke
pejabat.
“Kak Saadiah, siapkan sarapan.. sekejap lagi siap la Zarith tu….” Suara Datin Maznah
pada pembantu rumahnya. “Untuk saya
siapkan segelas jus oren dan roti bakar ya… Saya nak pergi lihat bunga-bunga
orkid saya kat laman sekejap.. ”
“Baik Datin..” sahut Kak Saadiah yang sedang menyapu lantai dapur ketika
itu.
Setelah memberi arahan, wanita yang baru melepasi usia 50an itu
beransur keluar untuk menjenguk bunga-bunganya di laman.
Tuesday, April 7, 2015
Novel : Kemelut Kasih - Part 26
Bab 26
Hujan turun
dengan lebatnya. Suasana di pagi Ahad itu amat hening dan dingin. Setelah
selesai bersolat Subuh tadi, Shahrul kembali meneruskan tidurnya. Charina yang
bangun untuk menyiapkan sarapan pagi
juga turut ditarik untuk tidur bersamanya.
Charina terjerit kecil.
“Sayang neh tak sporting la….
Temankan la abang sambung tidur…” Dia memeluk erat pinggang Charina dan menarik
badan Charina merapati badannya. Aura hangat dari tubuh kedua-duanya bersatu.
“Abang, saya nak siapkan sarapan ni…”
terang Charina pula.
“Takpe… Sayang sarapanlah dengan
Abang dulu..” mukanya dipalingkan ke arah Charina sambil menghadiahkan senyuman menggoda.
“Gatal Abang tau…” mencubit manja lengan
Shahrul.
“Wau.. sedapnya kena cubit…. Nah,
cubitlah lagi…..!” Shahrul makin mengada. “Nah, nah… cubit tang perut neh…”
Shahrul cuba menyelak gebar…
“Ish, Abang neh tak senonoh…..!”
Shahrul ketawa kuat. Sambil
mengeratkan lagi pelukannya. Terasa damai dan tenang dirinya di kala itu. Baru
dia tahu nikmatnya menjadi seorang suami. Kalaulah dari dulu dia tahu berkahwin
ini nikmat sekali, sudah lama dia berkahwin dan
awal-awal lagi menunaikan salah satu tuntutan agama itu.
“Abang saaayangggg Sayang…..” ucap Shahrul lagi. Dia memalingkan wajah
isterinya dan mencium polos bibir Charina. Kemudian beralih ke dahi, dan bahu…….
Charina menggeliat manja bercampur geli.
“Sayang pun saayaaaang sangat sama Abang….” Balas Charina manja. Shahrul
tersenyum bangga dan makin merapatkan lagi pelukannya. Sambil itu dia
mencari-cari peluang mencium-cium isterinya. Charina yang sudah memahami hasrat
suaminya itu berpaling menghadap suaminya dan seterusnya mereka hilang dalam
sebuah pelayaran yang sangat indah, yang hanya dirasai dan dinikmati oleh
mereka berdua sahaja………..
Faizul memandang jam
tangan Tissotnya sepintas lalu. Jarum panjang menunjukkan ke angka tiga dan
jarum pendek pula menunjukkan ke angka dua. Tetapi dia tidak menyalahkan
Charina kerana dia datang ke situ tanpa janji temu, mahupun menelefon terlebih
awal.
Kebetulan dia ke Menara UOA di Jalan Pinang itu kerana ada janji temu
dengan client syarikatnya di menara yang sama dengan syarikat Charina.
“Encik Faizul boleh tunggu di bilik menunggu sekejap sementara Puan
Charina kembali ke pejabat.” Terang Shafikah yang bertugas sebagai penyambut
tetamu di Kumpulan Kayangan Berhad itu.
Faizul mengekori penyambut tetamu yang berambut panjang melepasi paras
bahu dan bermekap cantik itu. Baju kebaya yang dipakainya menunjukkan jelas
bentuk badannya. Sendat! Nasib baik kau cantik…. Sempat pula Faizul meneliti
dan mengomen.
Shafikah membuka pintu bilik menunggu dan kemudian mempersilakan Faizul
duduk di sofa yang sedia tersusun indah di bilik sederhana besar itu.
Sebelum meninggalkan Faizul, dia menghadiahi sebuah senyuman mesra.
Faizul menganggukkan kepalanya, dan turut membalas satu senyuman
formal. Sedang dia leka membaca akhbar The Star, tiba-tiba
kedengaran sebuah ketukan dan kemudian Charina muncul di muka pintu.
“Wah, what a surprise!” Charina mempamerkan senyuman. “Bila
sampai….?? Sorry, I lambat sikit tadi.. Ada lunch meeting with client
kat Sheraton…” Dia menerangkan.
“It’s okay.. it’s not your fault anyway… lagipun I yang datang secara
mengejut, kan” Faizul senyum senget. “….kebetulan I pun ada meeting juga dengan
Prima Corporation kat tingkat 25 kat sini…. So, after lunch dengan
diorang tadi.. I ingat nak singgah jumpa you sekejap…. Alang-alang dah ada area sinikan…” dia menyambung menerangkan keadaan.
Charina angguk.
“Come… let’s move to my office…” pelawa Charina.
Faizul meletakkan akhbar yang dibacanya tadi.
“Dah jumpa En. Jamil belum…??” mesra Charina bertanya. Mereka berjalan beriringan.
“Belum…”
“Ok… why not kita pergi jumpa dia dulu….” Usul Charina.
“No problem..”
Mereka berjalan melintasi bilik mesyuarat dan sebuah bilik konferens
sebelum membelok ke kanan. Sejumlah 50 staff di situ dipisahkan dengan partition-partition
yang berwarna biru langit setinggi 3 kaki. Masing-masing sibuk dengan
aktiviti sendiri.
Ada yang sedang mengadap komputer menyiapkan report. Ada yang
sedang bergayut, ada pula yang sedang berkumpul sesama sendiri. Tidak kurang
yang sedang melayari internet. Faizul senyum. Pemandangan biasa di sebuah
syarikat yang agak besar bilangan kakitangannya. Tambahan pula selepas makan
tengah hari.
“Ini Bahagian Operasi… yang sebelah sana tu Bahagian Akaun….” Terang
Charina. “Yang bilik berkaca dalam sana tu pulak our library..” Faizul
angguk. “Bahagian Perhubungan Korporat, Sumber Manusia and few lagi department
kat tingkat atas..” Charina menerangkan sepintas lalu bahagian-bahagian yang
terdapat di Kumpulan Kayangan Berhad itu.
“Lin… En. Jamil ada tak..??” soal Charina pada Shazlin, pembantu peribadi En.
Jamil Hidayat.
“Belum sampai lagi la Erin…,” jawab Shazlin. “Tadi dia ada meeting
kat dengan S/U MOF kat Putrajaya…”
“Ohh, ok….. thanks Lin…” balas Charina. “Ops, before
terlupa.. kenalkan.. Faizul, ini
Shazlin.. P.A En. Jamil.. and Lin, this is Faizul, Senior Software
Engineer Megah Trading…”
“Oh, hi… nice meeting you….” Sapa Shazlin mesra. Dia menghulurkan tangan untuk
bersalaman.
“Nice meeting you too….” Balas Faizul dan menghadiahi sekuntum senyuman.
Sebelum mereka berlalu, Shazlin menghadiahi satu kenyitan mata dan
senyuman nakal kepada Charina. Means, boleh tahan…. Charina hanya
tersenyum. Faizul yang perasankan adegan tersebut tidak mempamerkan sebarang
reaksi. Pura-pura tidak faham.
“Eleh, blah la… Takkan ‘kurak-kurak’ dalam perahu kot…..” Charina
menyakat sambil ketawa, mesra.
“What..??” soal Faizul pula. Kehairanan.
“She’s interested in you…… Takkan tak paham kot….?” Duga Charina. “Kurak-kurak
dalam perahuk, purak purak tidak tahukkk…” Dia menaikkan sebelah keningnya. Rakan
lamanya yang sudah di anggap seperti saudara sendiri. Sebab itu dia tidak
merasa kekok bersama Faizul. Tambahan lagi peristiwa lalu yang tersimpan kukuh
dahulu menambahkan kepercayaannya kepada jejaka yang berkulit sawo matang, bertubuh
tegap, serta berkumis nipis yang menambahkan lagi kekacakan wajahnya itu.
“Oh, really…??” Faizul
menyoal endah tak endah. “Untungnya I…..” dia membalas gurauan itu.
Mereka ketawa serentak.
“Serius Joe… takkan you takde sesiapa….. lagipun Lin tu pun bujang lagi tau..
Sweet pulak tuu…” promote
Charina habisan.
“Hmm…. Boleh tak kita cakap pasal lain, Puan Charina…??” Soal Faizul
pula cuba menamatkan topik yang ingin dihindarinya. Perkataan Puan Charina itu
ditekankan. Terasa sayu dan cemburu jauh di sudut hati. Selama ini dia
menganggap rasa hatinya terhadap Charina sudah padam, namun masih bersisa
rupanya.
Dahulu, dia cuba menjarakkan hubungan mereka sesudah tahu Charina sudah
bertunang. Maka setelah Charina keluar dari KOSASS, kolej yang telah menemukan
mereka dahulu, dia juga sudah jarang datang melawat rakannya itu. Tambahan lagi
dengan tugasnya selaku Software Engineer kepada sebuah syarikat
multinasional yang memerlukan dia sering bergerak dan out station keluar
negara.
Charina tersenyum.
“Ok, no problem…. Sorry my dear friend….. ” Charina membuka pintu biliknya.
“Have a seat..” pelawanya.
Faizul memandang sepintas lalu bilik yang dihiasi dengan tiga pasu pokok
bunga hidup dan berdindingkan kertas dinding dwi warna hijau-krim itu.
“Nice..” sepatah komen Faizul..
“Mestilah.. tengok la siapa tuannya..” Charina bergurau mesra. Terlalu lama rasanya
mereka terputus hubungan. Hampir 5 tahun… Selepas Kak Linz keluar bergraduat dan
setelah dia keluar menyewa di luar kampus bersama rakan-rakannya, mereka sudah
jarang keluar bersama, jua jarang berhubungan.
Pelbagai topik yang mereka bualkan, dan perdebatkan bersama. Dari kisah
peribadi hinggalah jua ke bisnes. Habis keluar cerita-cerita lama yang lucu dan
tidak dapat mereka lupakan. Kisah Yati, Ita, Shikin dan Kak Linz juga
rakan-rakan Faizul yang pernah mereka kenali turut ditanya khabar.
Tidak lama kemudian Shariman yang kebetulan baru balik dari luar turut
serta dan setelah hampir sejam di situ, Faizul memohon diri untuk beransur
pulang ke pejabatnya.
Friday, February 6, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerpen : Kasih Kita
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...
-
Assalam.. lama tak jenguk dan update blog ini kan so sebagai upacara pecah tanah di tengah tahun ini, saya nak share sebuah kisah yang mu...
-
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Entry tertunda : Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019 Yuhuuu... dah updat...
-
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...



