Monday, July 10, 2017

Novel : Kemelut Kasih - Part 31




Bab 31

“A
ku nak kau buat salinan gambar tu sebanyak sepuluh keping… Semua gambar yang ada ni sepuluh keping semuanya, setiap satu gambar kau scan, atau kau guna fotostat warna… kau buat sepuluh keping salinan setiap satu.. Ingat tu…..” berulang kali dia memesan, tegas.
            Kedengaran suara menyahut di talian sebelah sana.
            “Aku tak kira….. aku nak gambar tu 3 hari lagi... kau touch up kasi cantik sikittt….. ” ulangnya lagi sambil membayangkan perjalanan rancangannya agar berjalan dengan lancar.
            Dia tersenyum puas… dan kemudiannya menghamburkan ketawa berdekah-dekah…




Cik Rin…. En. Faizul di talian…” suara telefonis sementara yang menggantikan Dania yang sedang dalam pantang, melahirkan puteri kedua.
“Ok…” ringkas Charina menjawab. Sebentar  kemudian talian disambungkan.
“Yes…?? May I help you..??” suara Charina, kedengaran formal. Suasana pagi dan masih dalam mood kerja pastinya.
“Pihak Megah nak buat janjitemu dengan you and Man… berkaitan rancangan yang diusulkan dulu tu….” Suara Faizul dari talian di sebelah sana.
“Bila tu..?? kat mana..??” ringkas dan padat Charina menyoal.
“Lunch Meeting.. ?? Tomorrow.. ?? ” soalan berbalas soalan.
Charina membelek dan memerhati kalendar yang bertanda di atas meja di hadapannya.
“Why not minggu depan..?? Besok sampai hujung minggu ni jadual I penuh la Joe…” suara Charina lembut. Diperhatinya lagi tanda-tanda bulatan dan pangkah yang dicoretkan di atas kalendarnya. Besok hari Khamis, terdapat satu mesyuarat  pengurusan di pejabatnya.  Lusa dah hari Jumaat, kemudian Sabtu Ahad dah cuti mingguan. Dia kurang menggemari membuat temu janji pada hari Jumaat kerana padanya masa berlalu begitu pantas pada hari itu. Lagi pula kalau membabitkan dikalangan lelaki, mereka perlu bergegas menunaikan solat Jumaat selepas itu pula. Atau jika appoinment mereka dibuat selepas solat Jumaat jangka masa sudah agak suntuk dia rasakan.
“Erm.. ok.. kalau macam tu, I set on Monday, shall we..??” soal Faizul lagi tidak putus asa.
“Orait, deal…” setuju Charina, namun tangannya masih lagi membelek-belek kalendar yang berada di tangannya sedari tadi.
“Nanti you inform Man, ok…?” sambung  Faizul lagi.
“Ok…. Nanti I bagitau dia..” Charina meletakkan kalendar itu di tempatnya dan tangannya menekan pula pada Lotus Notes Application untuk memeriksa sekiranya ada email terkini yang di terima sambil sebelah lagi tangannya memegang gagang telefon.
            Good.. ok la Erin, I got to go.. see u then… miss u, bye” selepas mengucapkan bait kata itu Faizul  ketawa kecil.
            Charina buat-buat batuk mendengar ucapan penutup dari Faizul itu tadi.
            “Ok, Joe.. bye…” Sengaja dia tidak membalas ucapan rindu dari Faizul tadi. Gagang diletakkan di tempatnya. Kemudian dia kembali meneliti email terbaru yang diterimanya dan selepas itu menyambung kerja-kerja dan laporan yang masih belum selesai.

S
uasana di Restoran Sari Ratu di Desa Pandan yang terkenal dengan masakan padang itu agak tenang pada tengah hari Isnin itu. Charina dan Shariman melangkah masuk dan terus menghala ke arah Faizul dan dan seorang wakil Syarikat Megah yang terlebih dahulu tiba di situ. Mereka saling berjabat tangan.
So, how are you Miss Charina..?” soal En. Fauzi Dahari, wakil Syarikat Megah. “Makin cantik, anggun..” pujinya lagi.
            “Alhamdulillah, baik… thanks.. tapi tak perlu la puji.. saya alah dengan pujian ni..” Charina senyum dan cuba bergurau, disambut dengan ketawa dari ketiga-tiga lelaki di sisinya.
            “Dia memang lawa sejak dulu.. ntah kenapa tak pernah nak percaya cakap dan terima pujian orang..” Faizul pula tiba-tiba menyampuk menyedapkan cerita.
            “En. Faizul, please….” Perlahan namun tegas suara Charina. Dia berharap topik itu dimatikan secepat mungkin. Mukanya sudah berona kemerahan. Malu. Segan semuanya bercampur. Walaupun dia sudah bukan anak dara pingitan lagi, namun dia masih mempunyai batas-batas yang perlu dia pelihara. Dia tidak suka dipuji-puji dan diagungkan hanya kerana dia punyai rupa.
            “Aku tanak campur.. sebelum teman sebelah kita ni hilang mood, perbincangan kita nanti tak tercapai matlamat, why not kita isi perut kita dulu..” suara Shariman pula. Sebenarnya tadi dia turut mahu menyampuk gurau-gurauan tadi, namun tidak jadi setelah melihat reaksi negatif Charina.
            Mereka segera memesan makanan. Makan hidang.
            Shariman memerhati Charina sekilas di sisinya. Dalam hati dia agak kehairanan kenapa reaksi Charina agak berbeza hari itu. Biasanya dia senang diajak bergurau. Begitu juga yang difikirkan dengan Faizul.
 Namun setelah itu keadaan berjalan agak lancar. Sambil makan mereka membincangkan langkah-langkah alternatif yang perlu diambil untuk memantapkan kembali operasi Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd. yang mempunyai beberapa cabang bisnes itu. Mereka turut menerima cadangan dari Charina dan Shariman selaku penasihat dan konsultan perniagaan mereka. Sama ada penjenamaan semula syarikat, ataupun menerima suntikan modal dari orang perseorangan mahupun syarikat luar mahupun dalam negara yang berminat untuk bekerjasama. Beberapa cadangan lagi akan diberikan secara formal melalui kertas kerja yang akan dimajukan nanti.
Sewaktu sesi makan-makan dan perbincangan mereka hampir selesai, pintu restoran itu dibuka dan satu suara yang ketawa manja mengganggu perbualan mereka. Seperti dirancang, ke empat-empat  mereka sepakat menoleh memandang ke pintu.
Charina terperanjat memandang Shahrul yang sedang membuka pintu untuk Suraya. Tangan Suraya mencubit manja lengan Shahrul dan mereka tertawa mesra. Kemudiannya dia pula mengekori Suraya yang berjalan ke satu meja yang tidak jauh dari meja mereka.
Seolah-olah terasa diperhati, Shahrul memandang ke arah meja Charina. Dia terpaku sebentar, dan kemudiannya seolah tersedar dari lamunan dia berjalan menghala ke arah meja mereka dan menjabat tangan semua lelaki di meja itu. Dia sedar akan renungan mata isterinya itu.
“Hi, Sayang…” sapanya mesra dan menghadiahkan senyuman paling manis. “Tak sangka kita terjumpa kat sini pulak eks..” sambungnya lagi. “Abang ada perbincangan dengan client Abang..” tanpa dipinta dia menjelaskan. Matanya di halakan ke arah Suraya yang sudah pun memilih salah sebuah meja tidak jauh dari situ dan duduk membelakangi mereka. Mungkin tidak sedar rakannya berhenti seketika di tengah jalan. Ketiga-tiga lelaki di sisi Charina sunyi seketika. Mereka memerhati wajah Charina yang tenang, namun tidak dapat meneka isi hatinya.
“Lunch Meeting juga ke..?” soal Shahrul lagi kepada Fauzi yang duduk bertentangan Charina.
Fauzi senyum dan mengangguk.
“Oo.. so you ni husband Puan Charina lah ya…” balas Fauzi pula dengan sopan dan mesra. Sekali lagi mereka berjabat tangan.
“Ya.. kami tengah berbincang tadi.. tapi dah hampir selesai pun.. ” Fauzi menambah lagi.
“Haah… lunch time dah nak habis.. kami dah nak berangkat pun..” sambung Shariman pula. Dia sudah 3 kali bertemu dengan Shahrul. Masuk ini kali yang ke empat.
Shahrul mengangguk. Matanya di halakan ke arah Faizul. Macam pernah jumpa… hatinya berkira sebentar. Otaknya  ligat memikir. Ohh….
“Macam pernah jumpa..?” suara Shahrul akhirnya.
Tiba-tiba perbualan mereka diganggu. Rupanya Suraya yang sudah menyedari rakannya hilang mampir menyertai perbualan mereka.
“Sue.. ini Charina.. Erin.. ni Sue…” perkenal Shahrul ringkas.
Mata bundar Suraya yang cantik bermekap memerhati wajah ayu Charina tajam. Dia senyum tegas dan menganggukkan kepalanya perlahan, formal. Hatinya tersumbat dendam lama yang masih belum padam namun dia bijak mengawal emosinya. Charina menghulur tangan untuk berjabat. Suraya menyambut sambil lewa.
“Ok la… we got to go… nak sambung kerja yang masih belum siap.. nanti tak siap bos pukul…” Shariman meminta diri sambil berlucu. Mereka ketawa kecil. Serentak mereka bangun dari kerusi. Fauzi dan Faizul berjalan menghala ke kaunter setelah bil yang diminta dari pelayan dihantar sebentar tadi.
Shariman menepuk bahu Shahrul perlahan.
“Bang, saya mintak diri dulu.. jumpa kat rumah nanti.. ” lembut Charina  bersuara dan melemparkan senyuman dan anggukan hormat pada Suraya.
“Ok Sayang… ”
Kemudian dia dan Shariman berjalan menyaingi Faizul dan Fauzi yang baru siap membayar bil.
“Untungnya Shahrul punyai isteri yang sporting macam Puan Charina kita ni..” sempat lagi Fauzi mengomen sekaligus memuji Charina sebelum mereka berpisah ke arah kereta masing-masing
“Kalau isteri aku dah lama dah terbang  sudu garfu  kat situ…” sambung Fauzi lagi berlucu. Shariman tertawa kecil.
Charina hanya melarikkan senyuman kecil, tidak bersuara. Namun hatinya terasa sebal juga. Isteri mana yang tidak cemburu. Tambahan lagi client suaminya tadi merupakan bekas pacarannya suatu ketika dulu.
Faizul hanya terdiam, dia memahami situasi Charina. Fikirannya terlontar pada kenangan yang pernah mereka lalui dulu sewaktu diperkenalkan semasa dia, Charina dan rakan sekolahnya Linz sewaktu membeli belah di pasaraya Extra di Mines Shopping Fair kira-kira lebih 3 tahun yang lalu. Kini setahunya pasaraya Extra itu sudahpun tiada, dan  diambil alih dengan Pasaraya Giant.
Setiba di kereta masing-masing mereka berpisah menghala ke pejabat masing-masing. Charina menumpang kereta Shariman tadi. Lagi pula mereka tiada temujanji lain selepas ini.









Novel : Kemelut Kasih - Part 30





Bab 30

S
hahrul membimbit beg-beg plastik di sebelah tangan kanannya sambil sebelah tangannya lagi memegang erat tangan Charina. Mereka melintas jalan di depan Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Sogo. Hampir dua jam dia menemani isterinya membeli belah di hujung minggu ini. Kebetulan pula mereka ke sana pada hari Sabtu, yang mana setiap Sabtu pasar malam  di kawasan Masjid India yang lebih dikenali dengan nama Jalan TAR itu akan membuatkan keadaan menjadi  bertambah sibuk. Pelbagai jenis orang, bangsa, kecil mahupun besar mengambil kesempatan untuk membeli belah, mencari makan dan melepak memerhati suasana. Tidak kurang pula yang mengambil peluang untuk mencuri sekiranya ada yang terlalai dan teralpa sebentar.
Dalam keriuhan suasana itu, sepasang mata yang tajam asyik memerhati Shahrul dan Charina berjalan bergandingan mesra. Tiap inci pergerakan pasangan itu dipandang sehingga hilang dari pandangan.  Hatinya penuh dengan dendam kesumat .




“A
bang, cantik tak baju ni..??” Charina mengunjukkan sehelai blaus dan skirt corak dan warna senada.
Shahrul memerhati sepintas lalu.
“Apa yang Sayang pakai semuanya lawa …” Shahrul menjawab ringkas.
“Abang ni…. Tak sporting arr…..” ujar Charina sambil mencebek dan membelek-belek beberapa helai lagi pakaian yang berkenan di hatinya. Sudah beberapa kali dia berpusing di Bahagian Pakaian Wanita di tingkat 2 di Kompleks Sogo ini.
“La… betul apa yang Abang cakap tu….” Shahrul tak mahu mengalah.
“Malas lah layan Abang ni…. Tau la dah penat….” Dia membelek lagi sehelai baju kain chifon corak abstrak hijau lumut bercampur kuning cair dan sedikit kaler coklat. Kain payung warna dan corak senada diacu-acu di badannya beberapa kali. Dia mencapai pula paten baju yang sama tapi kaler berbeza. Diacu-acukannya lagi ke badannya.
“Bang, pergi je la duduk kat sana tu…” muncungnya dihalakan ke satu sudut kecil dan bolehlah digunakan untuk melepas penat seketika. “Kesian saya tengok… ” sambungnya lagi. “lagipun saya nak cuba dulu dua tiga helai baju ni..  Abang pi dok sana sat naa….” Sambungnya lagi manja. Mood membeli-belahnya memang tengah meninggi. Lagi pula sudah lama dia tidak membeli pakaian baru. 
“Ya la Sayang… buat la apa yang Sayang suka… Abang nak pi bawah jap… kat area Abang pulak…. Nak le cari jugak sehelai dua baju Abang… tie yang sepadan.. slack ….” Balas Shahrul pula kemudiannya.
“Ewah ewaahhh… dia pula yang lebehh nampak..” Charina mengusik.
“Ok… sat lagi saya join Abang kat sana, ok…” sambungnya lagi.
“Ok.. kita tengok sapa yang siap dulu..” sambung Shahrul lagi mengusik isterinya. Dia ketawa kecil.
“Abang cabar saya ya Bang..?” Charina sedikit tercabar.
Shahrul senyum dan hanya mengangkat keningnya.
See u then..” dia kemudian terus berlalu menuju ke Bahagian Lelaki di tingkat satu.


D
ia memerhati gambar-gambar yang diambil hampir 3 tahun yang lalu. Dalam sepuluh keping banyaknya. Dia membelek lagi gambar tadi tanpa puas. Dan akhirnya dia ketawa kuat. Di kepalanya sudah terbayang apa yang akan dilakukan dengan gambar-gambar itu….. Kau lihat sahaja nanti…… Dendamnya masih tersumat dan tidak akan terlerai….



S
uraya memerhati organizernya sebentar. Setelah lunch bersama Zarith sebentar tadi, dan sempat juga bertengkar kecil, dia berehat sahaja di pejabatnya. Dia membelek organizernya beberapa kali.
Hari Rabu ini dia akan ke Shah Alam untuk berjumpa seorang rakan persatuan ibunya yang bercadang untuk mengubahsuai rumahnya ke konsep yang berlainan setelah puas dengan konsep ala Bali selama ini. Jadi dia perlu ke sana untuk melihat apa perubahan yang diinginkan Datin Rubiah dan mengemukakan sebutharga secepat mungkin. 
Kebetulan Datin Rubiah juga akan berjumpa dengan  penghias dalaman pada masa dan  tarikh yang sama, sementara syarikatnya untuk menjalankan kerja ubahsuai tersebut. Sesi ini memudahkan untuk ketiga pihak berbincang secara langsung idea-idea secara bersama.
Pada hari Khamis pula dia ada Management Meeting di pejabatnya bersama semua shareholder dan juga pihak-pihak pengurusan, yang biasanya mengambil masa agak lama dari tengahari berlanjutan sehingga ke pukul 7 atau 8 malam biasanya. Pelbagai perkara yang dibahaskan pada waktu itu. Jadi hari ini dia agak lapang. Sambil memikirkan apa yang ingin dilakukan. Tiba-tiba dia teringatkan Shahrul lantas memutuskan untuk menelefonnya. Terdengar tiga kali deringan sebelum talian sebelah sana diangkat.
            “Hello… Shah.. it’s me… how are you..??” dia memulakan bicara.
            “Fine, thank you… hope you too..” balas Shahrul  pula. “Anything Sue..??” soal Shahrul.
“Nothing, just nak cakap… bajet yang you bagi kat I aritu I dah forward kat brother and father I..  seems like they agree… but then until right now it still hanging, no final decision has been made… Apapun, kalau ada keputusannya nanti, I cakap kat you ok….” Suara Suraya manja.
“ooOoo.. ok…” pendek Shahrul bersuara.
“Errr, Shah…. Why not we go for a dinner today..??” soal Suraya lagi. “I saja nak dengar cerita you, dah lama kita tak jumpa kan…. Boring pulak rasanya dok mengadap kerja-kerja ni je.. lagi pula kita boleh bincang our project…??” tambahnya lagi.
Shahrul berkira-kira sebentar.
“Sue, really sorry.. hari ni I dah ada janji la… Next time ok…” Shahrul cuba mengelak. “Lagi pula you need to remember, bab keje I dah hampir settle… sekarang you hanya perlu liase dengan Mr. William and Puan Marina, don’t  you..??” Shahrul mengingatkan.
“Ala you ni Shah.. I tau la pasal tu… kita keluar makan je.. bukan buat apa pun…  wife you marah ehh.. ?? ” Suraya cuba merayu. “We still friend, are we..??” bakat menggodanya masih kuat.
“Of course, we do… but Sue… I really got something urgent…. I’m sorry..  Lainkali saja la ye….” Terang Shahrul. Sebetulnya dia hanya nak temankan Charina pergi mencari hadiah sempena kawan pejabat Charina berkahwin. Selain itu dia juga mahu mengelak dari terlalu rapat dengan Suraya. Bunga-bunga tindakan yang adakala ditonjolkan Suraya semenjak mereka kembali bersua  ini kadang kala amat merimaskannya.  Dia tidak mahu Charina terasa hati. Lagi pula sekarang dia sudah jatuh cinta, jatuh sayang sepenuh hati pada isteri yang dikahwini atas dasar janji orang tua mereka itu. Dia tidak tau apa akan terjadi kalau-kalau sesuatu yang akan terjadi di antara mereka. Selama ini mereka hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.
Bunyi suara mengeluh agak kuat dari sebelah sana.
“You memang…. Ok la…. Next time…” akhirnya Suraya mengalah. Selepas bercakap beberapa detik lagi masing-masing mematikan talian masing-masing.














Novel : Kemelut Kasih - Part 29




Bab 29

“H
ey Kasut… Long time no see haaa…” Lelaki yang berkemeja lengan panjang berjalur halus biru, bertali leher biru tua, dan berves corak kekotak kecil itu menyapa.
Shahrul melangkah ke hadapan penuh yakin. Dia tersenyum setelah mengenali rakan yang menyapanya tadi. Panggilan Kasut hanya  khusus di kalangan rakan sekolejnya sahaja.
“Lorr, engkau Farid…!!!! Hidup lagi engkau rupanya… Apa khabar..?” Mereka berjabat tangan. Kemudian dia menepuk bahu bekas rakan sekolej juga sebloknya dahulu. Namun setelah Farid dijatuhkan hukuman gantung semester kerana masalah peribadi dahulu, langsung mereka tidak pernah bertemu.
“Baik… aku baik…. Kau buat apa kat sini..?” Soal Farid lagi. Dia memandang Shahrul seimbas lalu. Kot warna pasir yang dikenakan bersama kemeja krim berjalur hitam. Seluar hitam melengkapkan gaya tokoh korporat muda.
“Kerja la, apa lagi…. Ada appointment la kat sini…” terang Shahrul lagi.
“Kau buat apa sekarang, Farid..?” soal Shahrul pula.
“Aku ambil alih bisnes bapak aku… Ekceli, bapak aku ada bukak subsidiari baru.. so aku handle one of the subsidiary….  logistic…” Terang Farid lagi.
Shahrul mengangguk.
“Eh.. takpe la.. kita jumpa lain kali la.. Aku dah lambat, nak cepat neh…”  suara Shahrul akhirnya. “Ni kad aku.. ada apa-apa call je le.. Mana tau nak kuar minum, lepak-lepak ke….” Dia menghulurkan kad namanya kepada Farid. Farid menyambut. Dia turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkannya pada Shahrul.
“Ok.. see you…”
Masing-masing meneruskan hala tuju masing-masing.


S
hahrul serius meneliti bajet yang diserah oleh Suraya untuk disemak kembali. Dibalik-balikkannya beberapa kali naskah yang diberi untuk pengubahsuaian kembali bajet Projek Perumahan Mega Angel Height mengikut konsep terkini yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Projek mega yang akan menaikkan nama syarikat mereka dan pastinya jua mereka yang terlibat disebalik semuanya kembali menemukan mereka, namun dalam situasi yang berlainan. Dia harap mereka boleh bekerjasama dalam situasi professioanlisme dan tidak mencampur adukkan masalah peribadi yang terdahulu.
“Abang, tak nak tidur lagi ke…??” soal Charina sambil meletakkan  secawan kopi di sebelah suaminya. Dia memerhati jam di dinding. 12.15 minit pagi. Dia duduk bertenggek di atas tempat tangan kerusi suaminya yang sedang asyik meneliti dari kertas dan juga komputer ribanya itu. Tangannya membelai-belai rambut suaminya. Shahrul memeluk pinggang isterinya dan meraih sebelah lagi tangan isterinya, dan mengucupnya perlahan.
“Sayang tidur dulu…. Abang nak habiskan sedikit sahaja lagi ni…. Sebab kita kena cepat submit bajet yang baru….. Lusa diorang nak tengok….”  Shahrul menjelaskan. “Abang kena siapkan ni dulu… nanti besok nak tunjuk kat Mr. William, lepas dia approve, Abang  kena serah dekat Puan Marina pula sebelum submit ke Zach’s Holdings…” tambah Shahrul lagi.
Charina mengangguk. Kepalanya dilentukkan ke kepala suaminya. Matanya memerhati  butiran yang terpapar di skrin yang sedang diperincikan suaminya.
“Okay bang.. Sayang masuk tidur dulu ya… Ngantuklah.. besok nak keje….”
“Ok Sayang.. gud nite….” Dia mencium dahi isterinya.
“Nite, Bang.. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam….”
Charina berlalu ke kamar peraduannya sementara Shahrul masih meneruskan dengan kerja-kerja yang perlu disudahkannya segera. Menjelang pukul 3.00 pagi baru dia beransur menyusuri Charina di kamar.










Monday, April 17, 2017

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Sebiji Kurma


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang....~

Assalam kawan2.. lama saya tak mampir di blog sendiri ni kan 😃
Sebagai langkah nak menghapus sesawang, moh la saya berkongsi satu cerita
seperti di bawah... Semoga mendapat manfaat bersama 😊






*SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA*

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berhampiran mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak hampir di timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang beliau beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa dengan penuh khusyuk.

Tiba tiba ia mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.

“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata salah satu dari sang malaikat .

“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil Haram,” jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia tergamam. Jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT, gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

“Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua si penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda.

“4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua.Dimanakah beliau sekarang?” tanya ibrahim.

“Sudah meninggal sebulan yang lalu,sayalah sekarang meneruskan pekerjaannya menjual kurma,” jawab anak muda itu.

“Innalillahi wainna'ilaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?”

Kemudian Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya. Anak muda itu mendengarkan penuh minat.

“Nah, begitulah,” kata Ibrahim setelah bercerita.

“Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?”

“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak tahu dengan saudara-saudara saya yang 11 orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka, kerana mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya.”

“Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu," lanjut Ibrahim.

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi hendak menemui mereka.

Meskipun rumahnya berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakankan oleh Ibrahim.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada di bawah kubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu,sedang berbual-bual.

“Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”

“Oh, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan," kata malaikat yang lainnya.
"Ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”

*Sahabat...*

Luar biasa cerita ini, seolah menampar kita. Jangankan sebutir kurma, mungkin sudah tak terhitung berapa banyak hak orang lain yg kita rebut selama ini? Dengan menghalalkan segala cara berniaga, mendapatkan projek, berpolitik, berkuasa untuk mendapatkan harta.

Setelah harta berada di tangan, tanpa sedar kita menganggap itu hak kita, rezeki kita sepenuhnya.

Kalau sebutir kurma saja membuat doa terhalang, bagaimana dgn ratusan ribu, bahkan berjuta,wang yg kita ambil selama ini sebenarnya bukan sepenuhnya hak kita?

Itu akhirnya membuat kita jauh dari ALLAH. Sulit menerima hidayah, sehingga berani menentang aturan ALLAH. Mudah menghalalkan segala cara. Mudah berbohong. Tidak malu engkar janji.

Kenapa..?
Kerana harta yg masuk perut kita terlalu kotor keadaannya.Akibatnya dari sudut yg lain-anak2 nakal, suami/isteri bergaduh, banyak penyakit, selalu ditipu/tertipu,perselisihan sesama keluarga, dan lain gangguan semacamnya.

Itulah kemungkinan disebabkan oleh harta yg sebenarnya bukan hak kita.

Harta *penghalang doa* semacam ini yg membuat doa-doa kita tidak sampai ke langit.

Wallahu a'lam bissawab...

Sumber: WhatsApp Group Sharing

Saturday, January 21, 2017

Yehhaaaa..... I'm backkk!



"Lihatlah sekitar alam...
Dunia luas terbentang..."


Hi.. Assalam,,,
Lama nau nau tak tinggal jejak kat sini...
Teruk betul tuan dia ni kan... tskk tskkkk tsssk....

So stop by tinggal jejak la jap 😏 😃


banyak nak citer... banyak nak story...
Edisi jenjalan ke Korea/ Japan/ Ho Chi Minh.. KK
eh banyak lah lagi...

ntah bila ada masa (alasan) atau mood (tu yg sebenarnya)
one fine dayy... hope so....

heeeeeeeeee


stop for now...

harap mood menulis akan ada nanti...

bye for now

Sunday, May 29, 2016

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Peniaga Daging



Assalam & hai kenkawan..
Lamanyaa blog ni tak berhapdet kan..

So sempena upacara pecah tanah di thn 2016, yg dh nak memasuki
Usia pertengahan tahun ni..

Ai nk berkongsi la barang satu cerita untuk manfaat kita bersama 😊


ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACANYA

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Roh Org tua itu : Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....

Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

SEMOGA YG MENULIS "AAMIIN" DI KOMENTAR DIJAUHKAN DARI SEGALA PENYAKIT, DILANCARKAN SEMUA URUSAN, DAN DIBERI REZEKI YANG BERLIMPAH..AAMIIN

Wednesday, August 26, 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 28




Bab 28

           Shahrul berjalan laju menuju ke lobi Hotel Istana di Jalan Raja Chulan itu. Dia memandang jam sekilas, 3.42 minit petang. Lebih setengah jam dia terlewat.  Rakan setugasnya yang sudah tiba terlebih dahulu sudah beberapa kali menelefonnya, kerana client dan juga bakal rakan usahasama yang akan mereka temui sudah tiba terlebih dahulu.
Sebetulnya dia begitu kesal kerana terpaksa  lewat menghadiri temujanji ini. Sudahlah projek yang bakal mereka tandatangani nanti amat besar nilainya. Namun apakan dayanya. Dia terpaksa mengharungi perangkap kesesakan di jalan raya dari Shah Alam tadi setelah selesai menghadiri satu lagi temujanji yang diadakan terlebih awal.
Sewaktu melalui Lebuhraya Persekutuan tadi, sebaik sahaja selepas flyover di persimpangan Motorola dan Bandar Sunway, terdapat lima buah kereta yang berlanggaran sesama sendiri. Itulah yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk. Di tambah lagi dengan menjelangnya waktu makan tengah hari. Sekali lagi terdapat sebuah kereta yang rosak berhampiran Mid Valley  menambahkan kesesakan yang sedia ada. Shahrul mengeluh perlahan. Diusapnya keringat yang memercik di dahinya.
Dari jauh sudah ternampak figura Ahmad Rahimi, rakan setugas yang turut sama bertemu janji dengan client mereka dari Zach’s Construction Corporation Sdn Bhd itu. Kelihatan juga dua orang tetamu mereka, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan yang duduk membelakanginya.
“There he is.. Dah sampai pun..” suara Rahimi setelah terpandangkan Shahrul yang semakin mampir.
Kedua-dua tetamu mereka berpaling.
Sekali lagi, kejutan yang tidak diduga bagi Suraya dan Shahrul. Tidak sama sekali mereka menyangka akan kembali bersua lagi setelah lebih tiga tahun  berpisah.
“You apa khabar..?” suara Shahrul membuka bicara. “Sorry lambat, jalan jem teruk dari Shah Alam tadi…” tanpa dipinta dia menjelaskan.
“Nevermind… Rahimi dah terangkan tadi…” Suraya membalas. “Meet my colleague, Mahfuz …” Suraya memperkenalkan lelaki yang berada di sisinya. Mereka bersalaman. Sewaktu nama penuh Shahrul disebut tadi oleh rakannya Rahimi, dia seakan tersentak sebentar. Teringatkan bekas kekasihnya yang sudah menghilang selepas menceritakan perihal pertunangannya dahulu. Sebetulnya, dia juga yang melarikan diri dari Shahrul.
“Dah lama kenal ke..??” soal Rahimi pula.
“Satu fakulti.. satu kelas dulu..” terang Shahrul tanpa menambah dan menerangkan kisah lama mereka.
“oOOo.. kisahnya…” Mahfuz berlucu. Mereka ketawa kecil.
“Dah makan ke semua..??” Soal Shahrul pula.
“Kenapa, nak belanja ke..??” soal Suraya pula pantas. Dia mengerling manja dan menduga.
“Kalau itu boleh dianggap sebagai tanda maaf kerana terlewat, tiada salahnya..” Shahrul angguk dan menghadiahkan sejalur senyuman. Sebetulnya segan yang teramat. Imej professionalisme dia sudah tercalar di awal pertemuan mereka lagi.
“Aku dah makan tadi.. tapi kalau kau nak belanja lagi sekali.. perut ini masih boleh diisi, no problem !” Rahim berlucu pula.
Mereka berempat ketawa.
“Kau ni asyik ingat makan sahaja….” tambah Shahrul bergurau.   “Aku tak kisah.. terpulang la.. mungkin nak berbincang sambil makan…Apapun terpulang pada Cik Suraya dan Encik Mahfuz kita ni ler… ” Shahrul bersuara.
I pun tak kisah.. ” suara Mahfuz ringkas.
Semuanya memandang ke arah Suraya seolah menunggu kata putus darinya. Suraya tersenyum manis “Why not? As long we met our meeting objective today… janji matlamat perbincangan kita tercapai… don't we?” putusnya. Semuanya tersenyum lega.
Mereka berjalan ke ruang makan yang terdapat di Hotel Istana itu, dan setelah selesai menjamu selera, mereka beralih ke suatu sudut dan membincangkan soal-soal untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Perbincangan pembinaan Projek Perumahan Mega Angel Heights itu memerlukan perancangan yang rapi dan teliti dari semua aspek.  Apatah lagi menurut perancangan, tempoh masa siap yang dijangka adalah dalam masa 5 tahun.
 Setelah kedua-dua pihak bersetuju dan sedia bertolak ansur dalam beberapa hal yang berkaitan, mereka menangguhkan temujanji mereka ke suatu tarikh yang lain kerana masih banyak perkara yang perlu dibincangkan bersama.
“Minta diri dulu, I dah janji dengan my wife.. Nak lawat kawan dia yang bersalin kat HUKM..” Mahfuz meminta diri setelah mereka selesai bermesyuarat.
“Aku pun terpaksa minta diri jugalah, Rul.. Maaf ye Cik Suraya.. Ada janji temu lain pulak ni…” suara Rahimi pula kemudiannya meminta diri.
Akhirnya tinggallah mereka berdua sebelum beredar ke kereta masing-masing. Namun masih sempat berborak sebelum masing-masing berpisah.
“How are you Sue..? It's quite a long time until we met right...” lembut Shahrul bersuara bersama selajur senyuman. Kali ini perbualan mereka lebih kasual. Tadi agak formal kerana atas urusan pekerjaan. Tambahan lagi terdapat rakan sepejabat masing-masing.
“Owh, I’m fine, fine.. Surely fine.. and how about you…” Suraya pula bersuara. Badannya berpaling sedikit ke arah Shahrul. Diperhatinya sepintas lalu bekas kesayangannya suatu ketika dahulu. Masih segak sama seperti dahulu, malah lebih berketrampilan sejajar dengan kematangan setelah memasuki dunia pekerjaan, mungkin.
“As what you're seeing, right in front of you now…. Yah, me too definely fine.. thanks…” Shahrul membalas. Dia senyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
“So how was your kid… dah berapa orang agaknya..?” soal Suraya pula. Sengaja berbasa-basi.
“Hurm, not yet…” balas Shahrul pantas. “Belum ada rezeki kami buat masa sekarang… and how about you..?” Soalnya balik. Ingin juga dia ketahui kondisi bekas kekasihnya dahulu ini. Ralat juga dengan kisah lama. Mereka saling menyayangi di antara satu sama lain. Namun, tetap tidak berjodohan. Dia memandang sepintas lalu gadis di hadapannya. Jika dahulu Suraya jelita, sekarang bertambah anggun!
“I’m still single Shah..” Suraya bersuara perlahan. "..and available.." Kedengaran lirih di situ walau tiada niat untuk dapatkan simpati mahu menyalahkan hal lama.
“Oh.. I’m sorry…” Shahrul speechless.
“It’s okay.. belum jodoh I..”
“Takkan orang selawa you belum ada yang sangkut..?” Shahrul cuba menceriakan keadaan.
What to do… Lawa pun bukannya ada yang hendak… Dulu pernah la ada… Tapi tak kesampaian.. He left me for another girl… nak buat camana…. So sekarang nie I kawin la dulu ngan my carreer…” dalam baik Suraya mengenakan Shahrul.
“Well….. nevermind... You no need to worry… Sampai masa nanti, ada le tu… Jangan lupa jemput I tau…” Shahrul cuba menamatkan topik.
“Kenapa pula nak jemput you.. sebab you memang patut hadir.. Wajib..” Suraya membalas berani. Kemudian dia ketawa polos. Shahrul yang mulanya terpaku  dengan gurauan berani Suraya akhirnya turut sama tergelak .
“Okaylah.. I’ve to go…” Shahrul meminta diri.
“Me too…” Sambut Suraya. Di kala itu talian tangannya berdering nyaring. Dia memandang sekilas. Zarith!
“Ok la, see you..” dia menamatkan perbualan.
Shahrul angguk.
Suraya menekan butang dan menjawab panggilan itu. Matanya menuruti dari jauh langkah Shahrul yang sudah menghampiri keretanya di tempat parkir kereta di luar sana.
Hatinya berdebar kencang. Darahnya serasa panas menyirap. Kasihnya pada Shahrul masih bersisa, walau kasih mereka sudah lama berlalu. Dia mengeluh perlahan, dan melayan panggilan Zarith.




                 Charina menghidangkan makan malam. Sementara Shahrul masih berada di bilik lagi, sedang menunaikan solat Maghrib. Tidak lama kemudian, Shahrul muncul. Dia berjalan dan memeluk pinggang ramping Charina sebelum duduk di kerusi menghadap hidangan.
            “Sayang apa khabar..? Macam mana suasana kat opis ari ni..? Ada apa-apa cerita menariks tak..?” Soal Shahrul, cuba mengetahui aktiviti isterinya hari itu.
         “Biasa-biasa aje bang, nothing new.. routine and routine..!” Charina membalas sambil menyendukkan udang masak sambal dan cendawan goreng telur ke pinggan suaminya sebelum menyendukkan ke dalam pinggannya sendiri.
             “Abang pulak macam mana.. ?”  Soal Charina pula. Dia mengambil ikan masin gelama pula dan menggaul-gaul mesra sebelum menyuap ke mulut bersama nasi.
“Hmm…. hari ni abang terlewat menghadiri temu janji dengan client.. And Erin tau, sapa client abang tu.. ??  Soal Shahrul pada Charina.
 “La abang neh.. abang tak cakap.. manalah Erin nak tau.. ” Charina malas nak berteka teki. “Nak air bang.. ?” Soalnya lagi lalu menuangkan air ke gelas yang terletak kemas di depan pinggan suaminya.
“Tima kasih, Sayang…” dia meneguk air sekejap "Erin tak nak teka siapa abang jumpa tadi?” soalnya memancing.
“Siapa ya?" dia mahu menyenduk kuah tambah ke pinggan suaminya, tetapi Shahrul memberi isyarat tidak mahu.
 "Abang jumpa kekasih lama abang eh.. ??” teka Charina lagi, selamba. Sengaja bergurau. Dia bangun untuk ke dapur  untuk membawa pinggannya yang dah habis mengemaskan meja setelah semuanya selesai makan.
“Wah, terrornya sayang abang…. Cemana Sayang tau neh.. ?”  Shahrul terkejut dengan tekaan Charina itu.
“Eh, betul ke..?? Sayang main teka je la..” Dia mengangkat muka memandang Shahrul sekilas sebelum kembali meneruskan mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di sinki. Shahrul masih menemaninya di meja makan.
So, Suraya macam mana bang? Mesti makin lawa kan? Anak Datuk lagi pulak..” Tangannya ligat membilas pinggan yang sudah disabun. Terselit jua cemburu di hati. Maklum la, kasih mereka amat utuh suatu ketika dahulu. Hanya situasi yang memisahkan mereka.
“Lawa memang la lawa…..” 
“Ehem, apa dia bang.. ??”  pantas Charina menyampuk. Dia cuba mengawal perasaan cemburunya.
“Yea la, dia memang lawa pun… hakikat kan… Tapi takda maknanya pun… Sebab abang dah ada Sayang…” Shahrul mengambil hati Charina.
“Lagipun, sayang abang ni lawa hapa…? Ayu.. manis.. anggun.. cute… semuanya lah milik sayang….”  Puji Shahrul lagi.. 
“Hmm… yea lah tuu…..”  Puji ada makna ttuuu…..
Charina sengaja menarik muncung. Tapi tangannya masih ligat mengelap air yang memercik di sekitar sinki.
“La…. Abang baru perasan, rupanya isteri abang ni makin bertambah lawanya bila dia tarik muncung camni…  macam mana selama neh abang tak sedar.. ?” Shahrul bergurau mengambil hati isterinya.
Charina mencebek.
“Ya lah tu bang…” Charina mengalah, malas mahu melanjutkan bibit-bibit pergaduhan. Dia yang sudah habis mengemas berjalan ke ruang tamu. Shahrul mengekor sambil berjalan rapat dan memeluk bahu isterinya  dengan tangan kanannya. Mereka berjalan seiringan ke ruang tamu. Charina melentukkan kepalanya ke bahu Shahrul.
“Manjanya isteri abang nie…,”  usik Shahrul sambil mencuit hidung  isterinya. "Ni yang buat abang bertambah sayang ni.." usik Shahrul lagi... Charina hanya membiarkan gelagat suaminya. Terselit kebahagiaan yang amat sangat. Namun di hatinya terasa cuak juga. Mungkinkah kasih sayang yang ini hanya untuk sementara cuma..?? Terselit kebimbangan di hatinya, mungkinkan kasih antara suami dan bekas kekasihnya itu akan bertaut kembali..?? Sementelah pula mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi anak sehingga kini. Dia tidak berani memikirkan perkara yang masih belum terjadi.. Namun dia berdoa semoga rumahtangganya dijauhi dari segala masalah yang tidak diingini.
Apapun, syukur pada tuhan, kerana menganugerahi seorang suami yang baik. Dia tidak pernah menyangka akan dilayan sebegini rupa oleh Shahrul. 
Sungguh dia tidak pernah menyangka, kalau diikutkan dengan bibit pergaduhan di awal perkenalan mereka dahulu.
Dalam diam dia mengeluh kecil.