Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda (Turkiye Part 3)

 


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019


..cont. dari part 2


28-29 Mar 2016, Thu, Fri

Seperti biasa, awal pagi, selepas bersarapan kami di bawa ke tempat pertama di Bursa, iaitu pergunungan Uludag. Taman Negara Uludag dan Pusat Ski yang menarik di sana, tapi kami hanya ke pergunungan Uludag untuk menaiki kereta kabel.

Kami menaiki van dan sesampai di sana membeli tiket kereta kabel - bukan kereta kabel sangat la- more to chairlift, yah chairlift, so naik la ke puncak Gunung Uludag tu yang masih mempunyai saki-baki salji menjelang musim bunga. Satu pengalaman menarik kerana ia adalah konsep terbuka. Di atas sana macam biasa, sesi photo dan minum cay di puncak Uludag, kemudian kami turun dan di bawa kembali ke bandar Bursa. melawat kawasan sekitar yang menarik seperti  Ulu Cami, Cami tu adalah masjid in Turks. Ia adalah tinggalan dari kerajaan empayar Uthmaniah. Dalam ni ada water fountain tau yang digunakan untuk mengambil wuduk. Hanya aku, Zue, Sal dan Zai yang memasuki dan melawat dalaman Ulucami ni.

Selepas itu, Hafiz membawa kami ke Pasar Besar Bursa pula. Memang heaven berbelanja di sini. Kami dibawa mencari barangan kulit, kerana Laili nak cari jaket kulit. Melalui pembacaan dan survey sume cakap barangan kulit beli di sini kerana harga patut. Lepas tu baru pergi mencari tudung-tudung Turki. Sempat berkenalan dengan Oznur, gadis cantik pembantu sebuah kedai yang sangat cantik dan baik hati. Sangat murah dahla semuanya cantik-cantik.

Selepas sesi tudung, pergi mencari kasut kulit pulak... masing-masing semuanya sambar 1 pasang kasut kulit seorang. Selain kasut, aku juga sempat meyambar 1 beg kulit.. sebab dapat diskaun yang sangat menarik kerana kami membeli 1 kasut sorang, so beg ini boleh diskaun yang menariks.

I is sukaaaaaaaa  (^_____^)

Selepas itu, kami membeli belah kacang-kacang, coklat, kurma dan sebagainya. Pendek kata penuh tangan bila pulang ke hotel. LOL

Kami bermalam selama 2 malam di Bursa ini.


30 Mar 2016, Sat.

Keesokan pagi, kami mengemas kerana perlu kembali ke Istanbul pula. Kali ini kami menaiki bas ekspress pula. Tetapi, di awalan pagi, kami masih sempat satu lagi round di Pasar Bursa. Mampus, hahahahaha

Tengahari, kami checkout dan dibawa menaiki bas ekspress. Bas ekspress sini ada pramugara okay gais. Wow! hehe... Kami tiba di Istanbul setelah 2 jam kemudiannya, dan akan kembali ke Noble Hotel di Sirkici, hotel pada hari pertama kami sampai tuuuu.

Ok, ketika proses nak cari teksi untuk kembali ke hotel sangatlah lama dan susah. Kerana para pemandu teksi di sana suka main kasar la katakan - suka-suki dia je letak harga sesuka hati. Mean pancung kepala pelancong! Bila tanya teksi tu, Hafiz kata no.. yang sini pun, sama... hampir sejam kami menunggu untuk mencari dengan harga patut. Mereka sepakat dengan kuasa jeling jeling sesama sendiri je. Kau tau, aku pun tau.. Kita makan dorang ni!  Akhirnya kami temui juga 2 teksi yang boleh membawa kami ke hotel. Tapi tak sampai hotel sangat pun... Sebab jalanraya di sana sangat jem ok... Massive traffic jam... So kami semua decide turun halfway dan menarik la beg yg berat itu dicelahan lorong-lorong menuju ke Noble Hotel.

Kami check-in kembali, rehat kejap, kemas diri dan kembali bersiap untuk keluar berjalan-jalan lagi di sekitar Galata Tower, Taksim Square dan Istiklal Street yang berada tak jauh ari situ. Kami hanya berjalan kaki sahaja dari hotel ke tempat-tempat yang disebut tadi.

Malam, kami balik dan menyinggah dinner di sebuah restoran masakan Arab.

Bertambah tuu... semua laju je makan nasi Arab kat situ, hahaha.. kerana masakan Turki kurang kena dengan selera kami, tapi makan je la kann... (*____*) Alhamdulillah, syukur apa adanya.

Balik kemudian, kami sightseeing kedai-kedai jualan tepi jalan sepanjang perjalanan balik ke hotel.


31 Mar 2016, Sun.

Hari Balik!! Yeayyyy!!

Seperti biasa, walaupun jauh mana suka mana kita merantau, tetap tanahair juga yang akan paling dirindui. Walaupun orang kata, hujan emas di negara orang, tapi kami tetap memilih hujan batu di negara sendiri. Kami mengemas luggage dan hasil belian kami. Kemudian seawal pukul 8 pagi lagi masing-masing sudah mengheret luggage ke kaunter lobi. Kami akan menyimpan luggage di situ kerana untuk menghabiskan lagi setengah hari untuk melawat ke beberapa tempat menarik sekitar, termasuk Grand Baazar dan juga melihat tulipssss! yeayyyyyyyyyy!! Kami sanggup taknak naik tour bersama cruise di Laut Bophorus, lebih memilih untuk melawat tulips. 

 *loveeeeeeeeee*

Seusai bersarapan, seorang lagi adik peneman dan pemudahcara kami, Djah namanya. Dia merupakan seorang pelajar yang sedang menghabiskan pengajian PhD di sebuah universiti di sana. Kami di bawa ke Grand Baazar terlebih dahulu, sebab satu kemestianlah kan, pergi Turkiye kena lah pergi pasar tertua dan terbesar di dunia itu. Pusing pusing takde apa yang menarik, kerana mengikut perbezaan harga lakukan, beli di Pasar Bursa laaaagi murah laaaagi menarik, hehehe.. So akhirnya, aku cakap nak cari baju kemeja ayahanda ku. So pusing la kami,m semua takde baju lengan pendek. Lengan panjang je semuanya.Akhirnya ada corak yang aku berkenan, so aku belilah juga sehelai. "Operate" katanya penjual tu.. Aku tau, maksud dia suruh kita alter dan potong sendiri lah.. Baekkkkkkkk-lah, kataku sendiri.So di Grand Baazar tu, hanya membeli baju ayahandaku sahaja, yang lain takde membeli apa-apa, hehehehe.

Kemudian, kami berjalan jauh naik tram, naik bas dan jalan kaki lagi untuk menuju ke taman untuk bunga tulips idaman semua. Kami ke Emirgan Korusu Park. Kami sepatutnya dijadualkan untuk ke Gulhane Park yang berdekatan sahaja dengan hotel penginapan kami, tetapi tetapi tetapi... sewaktu menunggu tram untuk ke Sultan Ahmet - Hagia Sophia, Blue Mosque tu hari - kami sempat menjenguk Gulhane Park, tapi semua masih kudup.

Jadinya, perjalanan agak jauh kami ke Emirgan Korusu Park amat berbaloi. Jakun masing-masing melihat warna warni indah tulips ciptaan tuhan ni. Alhamdulillah.. Nikmat mana hendak engkau dustakan lagi.

Selepas sesi melawat dan selfie bersama cik tulips, kami beransur dan kembali ke Sirkici. Djah membawa kami ke sebuah kedai souveniers yang glamer di area tak jauh dari hotel penginapan kami je.. Ler.... ruginya...  banyak sangat cenderahati yang menarik dengan harga sangat menariksss. Katanya, kedai itu menjadi pilihan utama orang-orang Malaysia jika ke Turki.

Lerrrr, awat Teh tak habaq awai2.. kalau tak sepanjang dua tiga malam kami disana, kalau tak dah pasti kami jalan-jalan sendiri je tu.. tak jauh dari hotel dan juga Gulhane park tu je. Kedai Mustafa ke Kadir lupa dah.Owner dia pun sangat baik, dan sempat melayan kami. Sempat juga bergambar di hadapan kedai beliau.

Selepas menghabiskan lagi matawang lira kami, kami pun beransurlah untuk lunch, dan kemudiannya luggage collection sebelum shuttle datang untuk menghantar kami ke airport pula. Penerbangan kembali ke King Aziz Airport di Jeddah selama 4 jam.

Kami transit di Jeddah selama 6 jam, dan delayed selama 2.5 jam, sepatutnya anggaran sampai pada pukul 10 malam, menjadikan kami landing at 3am. ERL pun dah tak berfungsi, so aku dan Laili memilih untuk book grab. Mereka yang lain- Zue dan K Long kembali menaiki bas untuk kembali ke Johor, dan Sal dan Zai pula menukar untuk menaiki kapal lain untuk pulang ke Sarawak.

Till we meet again!!!

NotakakikiriHD : last percutian kami ke luar negara, sehingga covid melanda, dan masih buntu belum ada plan sehingga kini. Insya Allah masa terdekat    

Kami di puncak Uludag

bersama owner kedai souveniers yang murah, dan glamer dan harga patut di Sirkici berdekatan Gulhane Park
 


Kami di Grand Baazar


Kami sightseeing sekitar Bursa, tudung sediondon dan baju kaler putih - menarik perhatian ramai, hehe
Ramai tegur canteekkknyaaaaaaa (^____^)

Hanya kami berempat yang dapat masuk di Ulucami di Bursa ini

Naik chairlift or what ever kereta kabel

di luar Ulu Cami bersama menaranya

hasil sambaran Zue dan Zie , boot kulit


Me and Sal with the chairlift
             




 




Gadis dan bunga hahahahah
Riang ria berselfie bersama tullips
 


Kami di Taksim Square

Kami di Istiklal Street, ada orang tu pakai beg baruuuu
bau kedai la, hihihihi
                           
me and Galata Tower

bersama Hafiz dan Oznur sambil memborong tudung Turki


Kami nak balik dahhhhh.. DJah menghantar kami di airport dan kebetulan terserempak pula dengan 
Kak Teh yag mengambil kami di airport dan menemani kami pada hari kedua dia Istanbul


Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27