Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda (Turkiye Part 2)



 




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019


..cont. dari part 1


24 - 25 Mar 2019, Sun & Mon.

Kami tiba di Airport Kayseri dalam pukul 10 ke 10.30 malam. Nak imbas kembai balik macam mana sejuknya suasana Cappadocia sewaktu tu.. tak silap dalam 0 darjah celcius. Menggigil kami.. dari dalam kapal tu pun dah rasa haba dan angin sejuk dari luar ketika pintu kapal dibuka. Terus kami keluar sambil berlari ke arrival area dengan hampir kesejukan, Selepas kutip all the luggage, kami terus keluar dan  kemudian terus jumpa dengan driver shuttle  yang menunggu kami.

Kami dibawa memasuki 1 shuttle yang besar. Tapi tak jalan-jalan. Lama kami menunggu di dalam shuttle tu hampir sejam, kemudian sampai la dalam seorang dua lagi. Rupanya menunggu penumpang lain. Maklum ler, driver orang sana, tak cakap apa pun.. Kami pun tunggu la juga. Mungkin flight dorang baru sampai. Kemudian barulah permulaan perjalanan kami ke Cappadocia bermula. Lebih kurang sejam ke dua jam  perjalanan barulah van berhenti dan menurunkan penumpang  di hotel penginapan mereka, sebelum menghantar kami di  My Cave Hotel. Sampai di sana anggaran pukul 1 pagi, mencari bilik dan berehat. Klasik sangat deco hotel di Cappadocia ni. Aku, Zai dan Sal 1 bilik, sementara Laili, Zue dan K Long di bilik sebelah.

Bangun pagi-pagi kami menjenguk di luar tingkap jika-jika ternampak hot air balloon yang berterbangan, tapi malangnya tak nampak pun - kemudian baru kami ketahui, bahawasanya sudah seminggu hot air balloon tak beroperasi, kerana cuaca yang tiba-tiba drop dari belasan darjah celcius kepada 0 dan tahap beku. OooooOOoo macam tu ke, memang kami tak bersedia pun untuk membawa pakaian untuk musim sejuk. LOL

Di Cappadocia, kami terpaksa bergabung dengan 2 family lagi dari Malaysia. Satu family tu, anak 3 semua lelaki. Lagi satu family, anak 3 anak semua perempuan pulak. Antara tempat-tempat di Cappadocia yang dibawa melawat adalah

 i. Ihlara Valley, Aksaray : penempatan pinggir bandar yang cantik sangat, dengan grand canyon dan pemandangan anak sungai yang cantik. Kami kena tour sejauh 7 kilometer ke dalam, mengikut jalan di pinggir anak sungai. Terdapat banyak church yang di bina di atas pinggir bukit sana, so kami kena hike naik tangga yag dibina. So kami ikut la sebab tourist guide tempatan mengajak naik ke atas kan, hehe

ii- Derinkuyu Underground City, di Neveshir : sebuah penempatan bawah tanah, yang mempunyai  5 layer cave system, yang mana pada suatu ketika boleh menempatkan sehingga 20,000 orang. Ia adalah 40 min memandu dari Ihlara Valley 

iii- Pigeon Valley : kami stop by di situ sebentar sebelum ke Ihlara Valley. Mempunyai pemandangan yang sangat cantik, seperti berada di kawasan gurun. Di namakan Pigeon Valley kerana banyaknya burung merpati dan membuat sarang mereka di gua-gua dan teres di kawasan itu.

iv- Gerome Valley & Open House Muzium : Ia adalah di bawah Unesco world heritage sites- di bawah lindungan Unesco. Kami dibawa melawat koleksi rumah dan gereja yang dibina dari batuan dan unsur2 susah nak cakap, sebab bentuk muka bumi di sana adalah sangat berlainan dari kita di sini. Bangunan dan tempat banyak berasaskan batuan seperti gua-gua

v- Kedai-kedai batu permata, hehe : Sempat jugak mereka stop by di situ, dan kami diperkenalkan dengan permata zultanite  yang boleh bertukar 5 kaler dibawah cahaya yag berlainan. Canteekkk angattt... So kat situ kami ambik masa lama gak la haha, aku sempat beli 2 bentuk cincin. one for me, one for my mom. dan mereka yang lain dengan hasil masing2.. Kami yang the last menaiki bas. Rupanya ramai dah ada balik kat atas bas. Ooopsieee, sorry gais.. hehehe

vi- Bandar lupa nama : dalam perjalanan balik, selepas menghantar dan drop by 1 family dan 1 family di penginapan masing2, akhirnya tinggal group kami sahaja. Dan kami meminta abe driver menurunkan kami di sebuah bandar sebelum sampainya hotel kami - sumpah lupa nama bandar tu. So mereka menurunkanlah kami di situ, dan akan balik sendiri nanti. Jadi kami ambil masa merayau-rayau dan window shopping di kedai sepanjang jalan itu.  Kami juga mengambil dinner di bandar itu. Dalam cuaca sejuk tu, senang sangat lapar! and again, ada lagi yang membeli gelang dan batuan permata, aku hanya membeli souveniers, hasil product olive yang glamer di sana, air mawar dan minyak mawar juga untuk seri muka. hahahahahaaa. Joke! 

vii- Tak sempat pergi ke tempat hot air balloon pun, kan  mereka tutup semingu dari beroperasi. Tapi kami sangat bernasib baik kerana sewaktu pagi hari bersiap untuk checkout dan move to Pamukkale, kelihatan awal pagi lagi dah ada berpuluh-puluh belon panas dari kejauhan umpama batang mancis, hehe. So sempat la kami berlari naik ke terrace sebentar untuk snap pic dan video dan juga selfie-ing.


26 Mar 2019, Tues

Kami menginap 2 malam di My Cave Hotel tu. sebelum bergerak menaiki van ke Pamukkale pula. Perjalanan dari Cappadocia ke Pamukale mengambil masa 8 jam untuk sampai, Dah macam perjalanan balik ke Kota Bharu dari KL la kan, macam I kalau nak balik kampung lah ni, hehe.. So dalam perjalanan ke Pamukkale, kami berhenti sekejap dalam sejam setengah di sebuah daerah lain, iaitu Konya. Di sini mempunyai banyak muzium sejarah pasal Mevlana - Kakak kurang faham sangat pasal sejarah sini. So masuk muzium tu dan jaalan-jalan la. Banyak sangat artifak, dan katanya adanya makam-makam dan kubur-kuburan sheikh-sheikh dan pemimpin agama Mevlana serta juga penyair, ahli falsafah. Konya ini antara kota tertua di Turkey yang dibina kembali selepas kemusnahan dari peperangan terdahulu. Landmark Konya ni, ada lelaki pakai skirt yang menari tu

Kami juga membeli beberapa souveniers yang dijual di kedai-kedail di tepi jalan. Kemudian kami kembali menyambung perjalanan ke Pamukkale. Kami sampai di Pamukkale lebih kurang jam 6 petang. Sempat melayan pemandangan indah dari dalam van sepanjang perjalanan ini. Kami di bawa menginap di sebuah hotel yang cantik lagi menarik bernama Melrose Place.


27 Mar 2016, Wed

Awal pagi dah bangun dan bersiap, intai luar jendela, ehh ehh, nampak ada hot air balloon la.. betul2 di depan kawasan hotel kami ni.. tapi tak banyak seperti di Cappadocia la, adalah dalam 7-8 buah yang sedang berterbangan. Kami snap-snap, borak-borak sambil menunggu masing-masing siap untuk sarapan pagi. 

Bentuk muka bumi yang unik juga memberi banyak tempat menarik di Pamukkale ni. Jadi selepas itu, kami di bawa ke beberapa attraction di Pamukkale iaitu:-

i- Hierapolis

Sebuah amphitheathre seperti dari zaman Roman. Dikatakan antara salah satu tempat untuk Cleopatra retreat. Hierapolis ini juga sudah diwartakan sebagai warisan dunia dibawah Unesco- world heritage. Umpama memasuki dunia gladiator bila kita berada disitu. Kami hanya diberi masa sebanyak sejam untuk bergambar disitu sebelum di bawa turun untuk ke Cotton Castle pula.

ii- Cotton Castle (aka Istana Kapas)

Cotton Castle dan Hierapolis ni hanya bersebelahan sahaja. Usai dari Hierapolis kami hanya berjalan kaki sahaja- selepas dari Hierapolis, kena naik buggy sewaan jugak  la untuk turun- nak jalan kaki boleh tahan mengah- so kami ke Cotton Castle. Sangat cantik, menarik, teres dan kolam  mata air  dari pergunungan berwarna putih. Sebab itu dia dipanngil Istana Kapas.Pengunjung boleh berjalan di atas teres dan bergambar disitu. Pemandangan SubhanAllah, cantik sangat. Saujana mata memandang

iii- Hot Air Balloon : juga ada disediakan di sini, tetapi memang kami tak plan nak naik pun. Pada sesiapa yang terlepas peluang di Cappadocia, so bolehlah naik di Pamukkale ini pula. Tapi unit dia tak sebanyak di Cappadocia lah.

iv- Sebuah kolam hotspring lagi, yang aku sudah lupa namanya

v- Bersiar-siar di bandar Pamukkale, sightseeing sambil melihat ada yg menarik untuk di beli ataupun tidak, hehe. Namun takde apa yang menarik, kerana di sini tarikan adalah pada alam semujadi.

Petangnya, kami kembali dan mengemas, untuk berpindah ke negeri yang lain pula, iaitu Bursa. Dari Pamukkale, kami menaiki pesawat domestik lagi untuk kembali ke Sabiha Airport di Istanbul. Kami tiba di Istanbul lebih kurang jam 11 malam.

Hafiz, seorang lagi yang dihantar sebagai pemudahcara group kami menunggu disitu. Kami di bawa menaiki shuttle kerana untuk menuju ke Bursa, lebih kurang 2 jam masa di ambil. kami perlu menaiki shuttle dan kemudian shuttle menaiki ferry untuk tiba di Bursa.

Sewaktu di atas ferry kami sempat turun dari van dan menuju ke kafeteria di atas ferry untuk minum cay. Ada tote beg pulak yang menarik perhatianku, then aku membeli lah 1. hehheh


NotakakikiriHD: Jom layan gambar je la.. banyak sangat gambar menarik ni, hahaha


                         Layan je la antara short video awal pagi dari jendela bilik kami,                                                                                                           sebelum checkout dan      
                         bergerak ke Pamukkale pula, belon panas di Cappadocia.. 
                                                         santekkkkkk angaaaattt..


Ihlara Valley, Aksaray





Hot Air Balloon, Cappadocia - from our terrace hotel


Kami di Gerome 




Cantik sangat dekat Ihlara ni...





Kami di Cotton Castle

depan Melrose Suite, our hotel di Pamukkale
                  
Kami di Melrose Suite


Hot Air Balloon di Pamukkale, ini diambil di depan hotel penginapan kami sahaja

breakfast mewah kami di My Cave Hotel


Lagi kami di Ihlara Valley

stop by kejap di Konya



Me and Hierapolis

Me di Ihlara Valley

e
Selain selfie, mampu renung je lah, haha

Me and My Cave Hotel

Jom naik tangga, banyak lagi tempat menarik kt atas sana

Ok la, dah renung dan selfie,  ketik la 1 gambar dgn wajah pucat ni.. takdan nak tacap, yg penting pi selfie dulu haha

say
say cheeeseeeeee...

Kami masih di Ihlara

kami di Pigeon Valley







Gambar-gambar di Derinkyu undergound city lak..
 Aku dan Zue berjaya turun hingga tingkat terbawah
Hence, beberapa snipet pic kami di bawah tanah sana











Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27