Monday, July 10, 2017

Novel : Kemelut Kasih - Part 31




Bab 31

“A
ku nak kau buat salinan gambar tu sebanyak sepuluh keping… Semua gambar yang ada ni sepuluh keping semuanya, setiap satu gambar kau scan, atau kau guna fotostat warna… kau buat sepuluh keping salinan setiap satu.. Ingat tu…..” berulang kali dia memesan, tegas.
            Kedengaran suara menyahut di talian sebelah sana.
            “Aku tak kira….. aku nak gambar tu 3 hari lagi... kau touch up kasi cantik sikittt….. ” ulangnya lagi sambil membayangkan perjalanan rancangannya agar berjalan dengan lancar.
            Dia tersenyum puas… dan kemudiannya menghamburkan ketawa berdekah-dekah…




Cik Rin…. En. Faizul di talian…” suara telefonis sementara yang menggantikan Dania yang sedang dalam pantang, melahirkan puteri kedua.
“Ok…” ringkas Charina menjawab. Sebentar  kemudian talian disambungkan.
“Yes…?? May I help you..??” suara Charina, kedengaran formal. Suasana pagi dan masih dalam mood kerja pastinya.
“Pihak Megah nak buat janjitemu dengan you and Man… berkaitan rancangan yang diusulkan dulu tu….” Suara Faizul dari talian di sebelah sana.
“Bila tu..?? kat mana..??” ringkas dan padat Charina menyoal.
“Lunch Meeting.. ?? Tomorrow.. ?? ” soalan berbalas soalan.
Charina membelek dan memerhati kalendar yang bertanda di atas meja di hadapannya.
“Why not minggu depan..?? Besok sampai hujung minggu ni jadual I penuh la Joe…” suara Charina lembut. Diperhatinya lagi tanda-tanda bulatan dan pangkah yang dicoretkan di atas kalendarnya. Besok hari Khamis, terdapat satu mesyuarat  pengurusan di pejabatnya.  Lusa dah hari Jumaat, kemudian Sabtu Ahad dah cuti mingguan. Dia kurang menggemari membuat temu janji pada hari Jumaat kerana padanya masa berlalu begitu pantas pada hari itu. Lagi pula kalau membabitkan dikalangan lelaki, mereka perlu bergegas menunaikan solat Jumaat selepas itu pula. Atau jika appoinment mereka dibuat selepas solat Jumaat jangka masa sudah agak suntuk dia rasakan.
“Erm.. ok.. kalau macam tu, I set on Monday, shall we..??” soal Faizul lagi tidak putus asa.
“Orait, deal…” setuju Charina, namun tangannya masih lagi membelek-belek kalendar yang berada di tangannya sedari tadi.
“Nanti you inform Man, ok…?” sambung  Faizul lagi.
“Ok…. Nanti I bagitau dia..” Charina meletakkan kalendar itu di tempatnya dan tangannya menekan pula pada Lotus Notes Application untuk memeriksa sekiranya ada email terkini yang di terima sambil sebelah lagi tangannya memegang gagang telefon.
            Good.. ok la Erin, I got to go.. see u then… miss u, bye” selepas mengucapkan bait kata itu Faizul  ketawa kecil.
            Charina buat-buat batuk mendengar ucapan penutup dari Faizul itu tadi.
            “Ok, Joe.. bye…” Sengaja dia tidak membalas ucapan rindu dari Faizul tadi. Gagang diletakkan di tempatnya. Kemudian dia kembali meneliti email terbaru yang diterimanya dan selepas itu menyambung kerja-kerja dan laporan yang masih belum selesai.

S
uasana di Restoran Sari Ratu di Desa Pandan yang terkenal dengan masakan padang itu agak tenang pada tengah hari Isnin itu. Charina dan Shariman melangkah masuk dan terus menghala ke arah Faizul dan dan seorang wakil Syarikat Megah yang terlebih dahulu tiba di situ. Mereka saling berjabat tangan.
So, how are you Miss Charina..?” soal En. Fauzi Dahari, wakil Syarikat Megah. “Makin cantik, anggun..” pujinya lagi.
            “Alhamdulillah, baik… thanks.. tapi tak perlu la puji.. saya alah dengan pujian ni..” Charina senyum dan cuba bergurau, disambut dengan ketawa dari ketiga-tiga lelaki di sisinya.
            “Dia memang lawa sejak dulu.. ntah kenapa tak pernah nak percaya cakap dan terima pujian orang..” Faizul pula tiba-tiba menyampuk menyedapkan cerita.
            “En. Faizul, please….” Perlahan namun tegas suara Charina. Dia berharap topik itu dimatikan secepat mungkin. Mukanya sudah berona kemerahan. Malu. Segan semuanya bercampur. Walaupun dia sudah bukan anak dara pingitan lagi, namun dia masih mempunyai batas-batas yang perlu dia pelihara. Dia tidak suka dipuji-puji dan diagungkan hanya kerana dia punyai rupa.
            “Aku tanak campur.. sebelum teman sebelah kita ni hilang mood, perbincangan kita nanti tak tercapai matlamat, why not kita isi perut kita dulu..” suara Shariman pula. Sebenarnya tadi dia turut mahu menyampuk gurau-gurauan tadi, namun tidak jadi setelah melihat reaksi negatif Charina.
            Mereka segera memesan makanan. Makan hidang.
            Shariman memerhati Charina sekilas di sisinya. Dalam hati dia agak kehairanan kenapa reaksi Charina agak berbeza hari itu. Biasanya dia senang diajak bergurau. Begitu juga yang difikirkan dengan Faizul.
 Namun setelah itu keadaan berjalan agak lancar. Sambil makan mereka membincangkan langkah-langkah alternatif yang perlu diambil untuk memantapkan kembali operasi Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd. yang mempunyai beberapa cabang bisnes itu. Mereka turut menerima cadangan dari Charina dan Shariman selaku penasihat dan konsultan perniagaan mereka. Sama ada penjenamaan semula syarikat, ataupun menerima suntikan modal dari orang perseorangan mahupun syarikat luar mahupun dalam negara yang berminat untuk bekerjasama. Beberapa cadangan lagi akan diberikan secara formal melalui kertas kerja yang akan dimajukan nanti.
Sewaktu sesi makan-makan dan perbincangan mereka hampir selesai, pintu restoran itu dibuka dan satu suara yang ketawa manja mengganggu perbualan mereka. Seperti dirancang, ke empat-empat  mereka sepakat menoleh memandang ke pintu.
Charina terperanjat memandang Shahrul yang sedang membuka pintu untuk Suraya. Tangan Suraya mencubit manja lengan Shahrul dan mereka tertawa mesra. Kemudiannya dia pula mengekori Suraya yang berjalan ke satu meja yang tidak jauh dari meja mereka.
Seolah-olah terasa diperhati, Shahrul memandang ke arah meja Charina. Dia terpaku sebentar, dan kemudiannya seolah tersedar dari lamunan dia berjalan menghala ke arah meja mereka dan menjabat tangan semua lelaki di meja itu. Dia sedar akan renungan mata isterinya itu.
“Hi, Sayang…” sapanya mesra dan menghadiahkan senyuman paling manis. “Tak sangka kita terjumpa kat sini pulak eks..” sambungnya lagi. “Abang ada perbincangan dengan client Abang..” tanpa dipinta dia menjelaskan. Matanya di halakan ke arah Suraya yang sudah pun memilih salah sebuah meja tidak jauh dari situ dan duduk membelakangi mereka. Mungkin tidak sedar rakannya berhenti seketika di tengah jalan. Ketiga-tiga lelaki di sisi Charina sunyi seketika. Mereka memerhati wajah Charina yang tenang, namun tidak dapat meneka isi hatinya.
“Lunch Meeting juga ke..?” soal Shahrul lagi kepada Fauzi yang duduk bertentangan Charina.
Fauzi senyum dan mengangguk.
“Oo.. so you ni husband Puan Charina lah ya…” balas Fauzi pula dengan sopan dan mesra. Sekali lagi mereka berjabat tangan.
“Ya.. kami tengah berbincang tadi.. tapi dah hampir selesai pun.. ” Fauzi menambah lagi.
“Haah… lunch time dah nak habis.. kami dah nak berangkat pun..” sambung Shariman pula. Dia sudah 3 kali bertemu dengan Shahrul. Masuk ini kali yang ke empat.
Shahrul mengangguk. Matanya di halakan ke arah Faizul. Macam pernah jumpa… hatinya berkira sebentar. Otaknya  ligat memikir. Ohh….
“Macam pernah jumpa..?” suara Shahrul akhirnya.
Tiba-tiba perbualan mereka diganggu. Rupanya Suraya yang sudah menyedari rakannya hilang mampir menyertai perbualan mereka.
“Sue.. ini Charina.. Erin.. ni Sue…” perkenal Shahrul ringkas.
Mata bundar Suraya yang cantik bermekap memerhati wajah ayu Charina tajam. Dia senyum tegas dan menganggukkan kepalanya perlahan, formal. Hatinya tersumbat dendam lama yang masih belum padam namun dia bijak mengawal emosinya. Charina menghulur tangan untuk berjabat. Suraya menyambut sambil lewa.
“Ok la… we got to go… nak sambung kerja yang masih belum siap.. nanti tak siap bos pukul…” Shariman meminta diri sambil berlucu. Mereka ketawa kecil. Serentak mereka bangun dari kerusi. Fauzi dan Faizul berjalan menghala ke kaunter setelah bil yang diminta dari pelayan dihantar sebentar tadi.
Shariman menepuk bahu Shahrul perlahan.
“Bang, saya mintak diri dulu.. jumpa kat rumah nanti.. ” lembut Charina  bersuara dan melemparkan senyuman dan anggukan hormat pada Suraya.
“Ok Sayang… ”
Kemudian dia dan Shariman berjalan menyaingi Faizul dan Fauzi yang baru siap membayar bil.
“Untungnya Shahrul punyai isteri yang sporting macam Puan Charina kita ni..” sempat lagi Fauzi mengomen sekaligus memuji Charina sebelum mereka berpisah ke arah kereta masing-masing
“Kalau isteri aku dah lama dah terbang  sudu garfu  kat situ…” sambung Fauzi lagi berlucu. Shariman tertawa kecil.
Charina hanya melarikkan senyuman kecil, tidak bersuara. Namun hatinya terasa sebal juga. Isteri mana yang tidak cemburu. Tambahan lagi client suaminya tadi merupakan bekas pacarannya suatu ketika dulu.
Faizul hanya terdiam, dia memahami situasi Charina. Fikirannya terlontar pada kenangan yang pernah mereka lalui dulu sewaktu diperkenalkan semasa dia, Charina dan rakan sekolahnya Linz sewaktu membeli belah di pasaraya Extra di Mines Shopping Fair kira-kira lebih 3 tahun yang lalu. Kini setahunya pasaraya Extra itu sudahpun tiada, dan  diambil alih dengan Pasaraya Giant.
Setiba di kereta masing-masing mereka berpisah menghala ke pejabat masing-masing. Charina menumpang kereta Shariman tadi. Lagi pula mereka tiada temujanji lain selepas ini.









No comments: