Novel : Kemelut Kasih - Part 30





Bab 30

S
hahrul membimbit beg-beg plastik di sebelah tangan kanannya sambil sebelah tangannya lagi memegang erat tangan Charina. Mereka melintas jalan di depan Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Sogo. Hampir dua jam dia menemani isterinya membeli belah di hujung minggu ini. Kebetulan pula mereka ke sana pada hari Sabtu, yang mana setiap Sabtu pasar malam  di kawasan Masjid India yang lebih dikenali dengan nama Jalan TAR itu akan membuatkan keadaan menjadi  bertambah sibuk. Pelbagai jenis orang, bangsa, kecil mahupun besar mengambil kesempatan untuk membeli belah, mencari makan dan melepak memerhati suasana. Tidak kurang pula yang mengambil peluang untuk mencuri sekiranya ada yang terlalai dan teralpa sebentar.
Dalam keriuhan suasana itu, sepasang mata yang tajam asyik memerhati Shahrul dan Charina berjalan bergandingan mesra. Tiap inci pergerakan pasangan itu dipandang sehingga hilang dari pandangan.  Hatinya penuh dengan dendam kesumat .




“A
bang, cantik tak baju ni..??” Charina mengunjukkan sehelai blaus dan skirt corak dan warna senada.
Shahrul memerhati sepintas lalu.
“Apa yang Sayang pakai semuanya lawa …” Shahrul menjawab ringkas.
“Abang ni…. Tak sporting arr…..” ujar Charina sambil mencebek dan membelek-belek beberapa helai lagi pakaian yang berkenan di hatinya. Sudah beberapa kali dia berpusing di Bahagian Pakaian Wanita di tingkat 2 di Kompleks Sogo ini.
“La… betul apa yang Abang cakap tu….” Shahrul tak mahu mengalah.
“Malas lah layan Abang ni…. Tau la dah penat….” Dia membelek lagi sehelai baju kain chifon corak abstrak hijau lumut bercampur kuning cair dan sedikit kaler coklat. Kain payung warna dan corak senada diacu-acu di badannya beberapa kali. Dia mencapai pula paten baju yang sama tapi kaler berbeza. Diacu-acukannya lagi ke badannya.
“Bang, pergi je la duduk kat sana tu…” muncungnya dihalakan ke satu sudut kecil yang berbangku, dan bolehlah digunakan untuk melepas penat seketika. “Kesian saya tengok… ” sambungnya lagi. “lagipun saya nak cuba dulu dua tiga helai baju ni..  Abang pi dok sana sat naa….” Sambungnya lagi manja. Mood membeli-belahnya memang tengah meninggi. Lagi pula sudah lama dia tidak membeli pakaian baru. 
“Ya la Sayang… buat la apa yang Sayang suka… Abang nak pi bawah jap… kat area Abang pulak…. Nak le cari jugak sehelai dua baju Abang… tie yang sepadan.. slack ….” Balas Shahrul pula kemudiannya.
“Ewah ewaahhh… dia pula yang lebehh nampak..” Charina mengusik.
“Ok… sat lagi saya join Abang kat sana, ok…” sambungnya lagi.
“Ok.. kita tengok sapa yang siap dulu..” sambung Shahrul lagi mengusik isterinya. Dia ketawa kecil.
“Abang cabar saya ya Bang..?” Charina sedikit tercabar.
Shahrul senyum dan hanya mengangkat keningnya.
See u then..” dia kemudian terus berlalu menuju ke Bahagian Lelaki di tingkat satu.


D
ia memerhati gambar-gambar yang diambil hampir 3 tahun yang lalu. Dalam sepuluh keping banyaknya. Dia membelek lagi gambar tadi tanpa puas. Dan akhirnya dia ketawa kuat. Di kepalanya sudah terbayang apa yang akan dilakukan dengan gambar-gambar itu….. Kau lihat sahaja nanti…… Dendamnya masih tersumat dan tidak akan terlerai….



S
uraya memerhati organizernya sebentar. Setelah lunch bersama Zarith sebentar tadi, dan sempat juga bertengkar kecil, dia berehat sahaja di pejabatnya. Dia membelek organizernya beberapa kali.
Hari Rabu ini dia akan ke Shah Alam untuk berjumpa seorang rakan persatuan ibunya yang bercadang untuk mengubahsuai rumahnya ke konsep yang berlainan setelah puas dengan konsep ala Bali selama ini. Jadi dia perlu ke sana untuk melihat apa perubahan yang diinginkan Datin Rubiah dan mengemukakan sebutharga secepat mungkin. 
Kebetulan Datin Rubiah juga akan berjumpa dengan  penghias dalaman pada masa dan  tarikh yang sama, sementara syarikatnya untuk menjalankan kerja ubahsuai tersebut. Sesi ini memudahkan untuk ketiga pihak berbincang secara langsung idea-idea secara bersama.
Pada hari Khamis pula dia ada Management Meeting di pejabatnya bersama semua shareholder dan juga pihak-pihak pengurusan, yang biasanya mengambil masa agak lama dari tengahari berlanjutan sehingga ke pukul 7 atau 8 malam biasanya. Pelbagai perkara yang dibahaskan pada waktu itu. Jadi hari ini dia agak lapang. Sambil memikirkan apa yang ingin dilakukan. Tiba-tiba dia teringatkan Shahrul lantas memutuskan untuk menelefonnya. Terdengar tiga kali deringan sebelum talian sebelah sana diangkat.
            “Hello… Shah.. it’s me… how are you..??” dia memulakan bicara.
            “Fine, thank you… hope you do..” balas Shahrul  pula. “Anything Sue..??” soal Shahrul.
“Nothing, just nak cakap… bajet yang you bagi kat I aritu I dah forward kat brother and father I..  seems like they agree… but then until right now it still hanging, no final decision has been made… Apapun, kalau ada keputusannya nanti, I cakap kat you ok….” Suara Suraya manja.
“ooOoo.. ok…” pendek Shahrul bersuara.
“Errr, Shah…. Why not we go for a dinner today..??” soal Suraya lagi. “I saja nak dengar cerita you, dah lama kita tak jumpa kan…. Boring pulak rasanya dok mengadap kerja-kerja ni je.. lagi pula kita boleh bincang our project…??” tambahnya lagi.
Shahrul berkira-kira sebentar.
“Sue, really sorry.. hari ni I dah ada janji la… Next time ok…” Shahrul cuba mengelak. “Lagi pula you need to remember, bab keje I dah hampir settle… sekarang you hanya perlu liase dengan Mr. William and Puan Marina, don’t  you..??” Shahrul mengingatkan.
“Ala you ni Shah.. I tau la pasal tu… kita keluar makan je.. bukan buat apa pun…  wife you marah ehh.. ?? ” Suraya cuba merayu. “We still friend, are we..??” bakat menggodanya masih kuat.
“Of course, we do… but Sue… I really got something urgent…. I’m sorry..  Lainkali saja la ye….” Terang Shahrul. Sebetulnya dia hanya nak temankan Charina pergi mencari hadiah sempena kawan pejabat Charina berkahwin. Selain itu dia juga mahu mengelak dari terlalu rapat dengan Suraya. Bunga-bunga tindakan yang adakala ditonjolkan Suraya semenjak mereka kembali bersua  ini kadang kala amat merimaskannya.  Dia tidak mahu Charina terasa hati. Lagi pula sekarang dia sudah jatuh cinta, jatuh sayang sepenuh hati pada isteri yang dikahwini atas dasar janji orang tua mereka itu. Dia tidak tau apa akan terjadi kalau-kalau sesuatu yang akan terjadi di antara mereka. Selama ini mereka hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.
Bunyi suara mengeluh agak kuat dari sebelah sana.
“You memang…. Ok la…. Next time…” akhirnya Suraya mengalah. Selepas bercakap beberapa detik lagi masing-masing mematikan talian masing-masing.














Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27