Lelaki Part 2
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Lelaki Rimas Bila...
1. Meragui Cintanya
Bagi depa, kalau dia dah memilih hampa sebagai marka, usah ditanya-tanya
diragu-ragui lagi, sebab soalan tersebut udah bisa dijawab dengan cara berfikir
sendiri secara matang.. Malah kalau hampa tanya, depa akan kata hampa takdak
keyakinan diri.. cait!
2. Kisah Cinta Lalu
Berbeza dengan lelaki, perempuan biasanya suka jikalau teman baru mereka
bertanyakan akan perhubungan terdahulu. Ini adalah kerana perempuan tidak kisah
untuk berkongsi suka duka. Namun amat berbeza dengan kaum adam ini, ok kenkawan..
Seboleh2 mungkin depa nak tutup dan kambus kisah lama, terutamanya yang menyakiti
hati.
3. Tentang Seks
Tidak dinafikan guys suka membayangkan perihal seks berbanding girls, namun itu
hanya dengan teman sekaumnya sahaja. Terutamanya lagi jika dia benar-benar
mencintai kamu dan menganggap kamu teman istimewanya, perkara inilah yang paling
mereka tidak suka bicarakannya. In other word, tunggu time yang sebetulnya la
tuh.. ;)
4. Siasat setiap aktivitinya
Sebahagian girls amat posesif terhadap pasangannya sehingga ingin diketahui
setiap butir pergerakan (selingan : alah, ada lelaki pun lagi teruk nauzubillah..
huhu).. (sambung balik : Biarpun mungkin niat korang baik.. macam mengambil
berat, namun bagi lelali seolah-olah kamu mengongkongnya. Soalan-soalan seperti
"Awak buat apa dari pagi sampai ke malam hari ni?" "Makan dengan siapa?" "Keluar
dengan siapa?" adalah soalan yang amat merimaskan lelaki. Jadi, jika sekiranya
korang benar-benar mencintainya, biarlah dia bergaul dengan teman-temannya tanpa
ada rasa curiga. Sekiranya kamu tahu menghormati si dia, si dia juga akan
melakukan hal yang sama.
5. Tidak memahami kerjanya
Soalan-soalan seumpama "berbaloi ke kamu kerja sampai malam dengan gaji tidak
seberapa?" "Apa faedahnya kerja di situ?" dsbg. Lelaki memang tidak suka
perempuan mempersoalkan kerjanya. Bagi lelaki, kalau dia yang bekerja boleh
bertahan, kenapa pula perempuan yang harus merasai sakitnya. Sememangnya, hal
kerja adalah amat sensitif bagi lelaki. Oleh itu, yang terbaik adalah kamu
berikan sahaja semangat dan sokongan untuk terus berusaha memajukan dirinya.
6. Kewangannya
Niat hampa mungkin baik untuk mengatur kewangannya agar sentiasa stabil. Namun
bagi lelaki pula, selagi dia dan kamu tidak ada sebarang ikatan, si dia tidak
suka kamu mempersoalkan tentang kewangannya. So, jangan sesekali kamu tanya "Di
mana perginya duit awak?" ataupun "Apa yang awak buat dengan duit awak?" Kamu
boleh menasihati, tetapi jangan sesekali mengkritik cara dia berbelanja kerana ia
bisa menimbulkan pergaduhan.
7. Mengatakan sesuatu yang buruk tentang temannya
Lelaki lebih setia dan berkawan. Oleh itu, tidak menghairankan jika mereka
berkawan sedari kecil sehinggalah dewasa. Sedangkan perempuan boleh
bertukar-tukar sahabat mengikut di mana mereka berada. Oleh kerana setianya
mereka dalam persahabatan, jadi jangan sesekali dan cuba-cuba mengatakan sesuatu
yang buruk tentang temannya. Ada sesetengah (sesetengah je la kan..) sanggup
putuskan hubungan cinta dari berdampingan dengan seseorang yang menghina
temannya.... (well, tak kurang juga yang memutuskan persahabatn kerana
perempuan... yi hiii.. auww..)
8. Bertanyakan tentang musuhnya
Ia merupakan kepantangan kepada lelaki jika kamu bertannyakan perihal musuhnya..
atau orang yang pernah menyakiti hatinya. Perempuan mungkin tak kisah untuk
bercerita namun tidak kepada lelaki lelaki ini (kalau boleh, namanya saja pun
ngak bisa didengari). Jika tidak, seharunya kamu tahu yang kamu sengaja mencari
nahas.. umpama menyimbah minyak ke bara api.. he he hehhh..
Comments