Acheh




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang... ~

Heh! Tajuk...
Ini bukan Aceh dak Acer tuh yer kenkawan - ehehe-..
tapi sebuah negara yg digelar Serambi Mekah.. Tanah Rencong...
di kepulauan berhampiran Sumatera sana.

Kenapa tetiba aku berminat nak menulis perihal Acheh ni..?
bukan menulis sangat pun.. mencoret lebih tepatnya lagi..
Menulis dan mencoret ni beza maknanya....

menulis mestilah panjang.. dan ber'isi' dan ber'isu'
sedangkan daku hanyalah mencoret semata..

sebab apa..?
satunya... dah lama tak hapdet dari 'air tangan'ku sendiri... heheh ;D
biasa copy paste artikel yg aku rasa menariks utk dikongsi bersama, melainkan ada 'kerajinan'ku utk menambah serba sedikit corat-coret serta komen dan 'sound effect'
*sengih lebar*

duanya... kerana aku asyik membaca Trilogy.. oh bukan, dah jadi 4 logi - macam loji pulak, haha!- buku2 tulisan Novelis Thriller terkemuka negara, tak lain siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid (RAM). Aku baru sahaja selesai membaca air tangan RAM neh yg bertajuk BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU, HIJAB SANG PENCINTA dan yang paling terbaru, kesinambungan dari Trilogi tadi.. CINTA SUFI... Berkisarkan seorang anak muda di kurun ke 15 dahulu.... terpaksa merantau ke Tanah Rencong sana dek kerana merajuk dengan ayahandanya (penghulu) yang tersilap hukum.... dan dia membesar dibela oleh ayanhanda angkatnya, Wali Sufi.. Apa yang menariknya, aku dah lama S E T O P membaca, namun, aku baru ingin membangunkan kembali minatku nombor satu di suatu ketika dahulu kala...



quote paling menarik dalam trilogy ini
~Sebagai manusia, aku sayang padamu....~

Lama sungguh aku 'tidur' rupanya.... Bukankah MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU..? Kalau dahulu, beratus muka surat, dalam masa beberapa jam sahaja... di semakin pertambahan usia ini... Sebulan dua tak tentu lagi.. ho hoooo~~

Ok, back to topik... so, melalui pembacaan ini.. macam2 ilmu yang boleh kita kaut, kita fahami... Tapi, yang penting, aku dah tertarik sangat dengan watak ciptaan RAM neh ~Laksamana Sunan~ i love it!! ;) Selain menghayati isi penceritaan, ia juga memberi yeah, satu penimbal balik buat diri ku.. untuk menghayati dan meniliki diri, sesungguhnya kita ini hanyalah ummat dan insan ciptaan yang kerdil.. yang sering terlalai di arus masa... Ok, aku tau aku dah merepek dah ni.. Apa kaitannya dengan Aceh..? kisah itu berlatar belakangkan Acheh sebagai latar utama, di kurun ke 15... diselang-selikan dengan kisah di kurun ke 21 ini... Sungguh pandai RAM memainkan plot ceriteranya... sehingga ada ketika buku itu tertinggal di opis, walhal dah masuk kereta.. sanggup daku park ketepi kembali dan menapak naik di tingkat atas tiga sana-walhal, tak dan pun nk baca malam itu.. huhehoo :P-

Ok, ok.. yang ketiganya.. adalah kerna secara kebetulan, aku bertemu kembali dengan rakan seperjuangan di sewaktu sekolah rendah dahulu... Noorhisham Hamzah namanya... tiba2 di pagi Ahad semalam, dia mesej di FB... Mesejnya berbunyi begini

"Salam Ruzi...
masa sekolah dulu,sy ada sorang kawan gak namanya ruzi***..bapanya ada kedai roti dan kek "


aku nak tergelak pun yer.. sedih pun yea.. sebabnya, kedai dan kilang roti yg disebut itu, yang dibina dan dibangunkan oleh Ayahanda ku, En. Sidek b. Samat akhirnya tidak kesampaian utk diwarisi oleh anakanda-anakandanya dan legasinya... Sempat sehingga aku grads jer.. seawal setahun daku grads, hasil usaha 30 tahun jugak la ayah aku tu... runtuh di telan masa...-hampir lapan/sembilan tahun nan lalu..~adalah sebab musababnya.. hurm..- Namun, aku pasti di tempat penempatan aku di KB sana, sehingga hari ini masih ramai yg mengingati legasi ayahandaku itu.. Sidek Bakery tetap tersemat di sanubari apatah lagi penggemarnya..
Ops, sorry... aku dah melalut lagi...

Ok, we back to topic... apa kaitannya dengan Acheh? Kaitannya, kerana rakan seperjuanganku ini.. (yg juga mempunyai pertalian bau-bau bacang.. di sebelah datukku aka ibuku) dah menjadik 'manusia' la.. tak sangka la jugak.. zaman kecik dulu aku tau dia nakal ya amat.. -walaupun pakcik2nya (3 org) semua lulusan Al-Azhar..-seorang bekas S/U Akhbar TGNA- dan seorang makciknya.. pun sama. Dia, kalau ikutkan mungkin 'melencong'.. tapi.. itulah berkat hasil usaha pakciknya..-hantarnya ke sekolah pondok di Pulau Melaka- dan diri dia juga, of course.. aku rasa.. sekarang, yg aku rasakan.. bakal menjejak dr HM Tuah, or Dato' Fadzillah Kamsah...- menjadi orang la jugak sekarang... selain seorang kaunselor, sering memenuhi jemputan ceramah sana sini dah... tak sangka... Dari Sekolah pondok, dia melanjutkan education ke Acheh... sehingga berjaya mengurat sorang anak dara Acheh dan kini memiliki 2 anak perempuan.

Moral yang aku nak cakapkan di sini.. Dahulu kami sekelas di Sek. Keb. Padang Garong (dahulu ada 1 jer sekolah padang garong neh, sekarang dah jadik - so, sekolah kami sekarang dikenali SKPG (2), bertempat di kompleks sekolah2 di pinggir bandar Kota Bharu. Kami ditempatkan sekelas di darjah 1-3 (di darjah 1 hingga 3 Biru -kelas kedua, jika mengikut nombor pendaftaran sekolah. Kemudian di darjah empat.. Aku dinaikkan ke darjah 4-6 Merah (kelas pertama)- pengubahan dibuat mengikut kedudukan dan prestasi sebermula darjah 4. Manakala dia diturunkan ke darjah 4 Kuning.. (kelas ketiga) dan dalam sistem sekolah kami dahulu, kelas Hijau adalah yag paling corot sekali.. Kemudian, semalam katanya dia kembali ke darjah 5 Biru... Aku sudah lupa pada memori seawal darjah persekolahanku.. ingat2 lupa...- Maklum dah menjangkaui usia matang neh kan.. heheehhh.. huhu-

Namun, bila dia text di FB, aku masih mengingati nama rakan sepersekolahan ini.. namun yang kekal di memori, pernah sekelas... selepas peralihan kelas, aku kurang mengingati kenangan di Kelas Biru itu... Mahupun kelas Merah. hurm... sikit2 jer lupa... Mungkin tiada kisah menariks.. apatah lagi selaku murid perempuan yg tak banyak sangat karenah kan... *Senyum* Tapi, dia berjaya bangkit dari kenakalan masa silam.. kurang bijak pandai.. Namun boleh mencipta nama sebagai Kaunselor meningkat naik... Tak mustahil jika ada rezeki akan jadi pelapis kepada yg ternama kelak. Sedangkan bila dipandang pada diriku sendiri.. Aku masih biasa-biasa sahaja. Tiada yang boleh aku banggakan.. No, bukan banggakan.. but at least, we have something dominan about ourself that can gain not for us.. but also to family and others.. Bangsa dan negara, semestinya... So, moralnya, selain diri sendiri.. usaha dan matlamat diri sendiri perlu jelas.. and dont look down to others.. Sentiasa perlu muhasabah diri.

Eh eh, panjang pulak kisahnya jadiknya.. kena bersambung ke episod lain rasanya neh...

ok, sambung sikit lagi...

sebab ke-empat, baru pagi tadi aku tengok perihal Tsunami di Acheh.. dan imbas kembali sebab musabab dan akibat Tsunami yg melanda Acheh beberapa tahun terdahulu. Kisah sedih, suka dan duka... Namun Allah pastinya mempunyai agenda dan rahsia yang DIA sahaja ketahui.

Wallahu'alam.


NotakakisikukiriHD: Masa untuk muhasabah diri... Bukan bermakna kita teruk selama ini.. Namun, betulkan balik posisi hidup kita yang tersipi, terlari atau melencong ke dalam semak ke belukar ke.. balik ke landasan yg lurusss kembali... untuk menjadi seorang yang we must proud of ourself instead of to give something to our family to proud of :)

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27