Ceritera Lelaki : 20 Perkara Yang mereka sorok dari perempuan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
- Lelaki boleh menyukai anda dalam masa seminit dan kemudian melupakan anda.
- Jika lelaki mengatakan gagal memahami anda, ia membawa firasat bahawa anda tidak berfi kir seperti cara dia berfikir.
- “Awak buat apa?”atau “Awak dah makan?” adalah antara soalan lazim lelaki membuka bicara di talian bagi mengurangkan rasa gementar.
- Lelaki akan berpeleseran seharian tetapi hanya memikirkan wanita yang dicintai sebelum tidur.
- Lelaki benci bila wanita berbicara tentang mantan teman lelaki.
- Lelaki sebenarnya suka membicarakan pelbagai perkara dengan wanita, lelaki juga punya tabiat suka mengumpulkan semangat, keyakinan dan keberanian untuk menyatakannya. Dan akhirnya dibiarkan berlalu.
- Usaha lelaki akan berganda bagi meraih cinta wanita yang enggan melayan mereka. Tetapi adalah sangat berat dan tercabar bagi lelaki untuk menerima kekalahan atau penolakan.
- Memberi pesanan tidak lengkap kepada lelaki membuatkan mereka terjun kepada kesimpulan yang jauh tersasar daripada apa yang anda maksudkan.
- Lelaki suka jika tangan mereka disentuh.
- Lelaki sangat licik dan nakal kala berpeleseran tetapi akan gugup, kaku dan tidak keruan bila berdepan dengan wanita idamannya.
- Jika wanita mengatakan ‘tidak’, ia seakan arahan kepada lelaki; ‘sila cuba lagi’. Lelaki tidak pantas putus asa jika keinginannya kurang berjaya.
- Adalah langkah baik jika anda menguji keikhlasan lelaki tetapi usah terus-terusan mengujinya dalam tempoh yang panjang.
- Lelaki tertarik kepada wanita cantik tetapi ada kalanya sekadar suka melihat bukan minat untuk mendekati.
- Jika lelaki meminta bantuan kepada sahabat (bertentangan gender) anda berkaitan hubungan cinta, pasti diakhiri dengan rasa tertarik kepada sahabat anda sendiri.
- Lelaki hanya selesa meminta pandangan dan nasihat daripada lelaki manakala wanita hanyalah sekadar tempat mereka meluahkan rasa.
- Lelaki yang mengusik anda adalah lelaki yang menyukai anda.
- Membeli-belah bagi lelaki tidak mengujakan seperti aktiviti sukan.
- Lelaki yang serius dengan hubungan akan menjadi lelaki yang sangat possessive.
- Lelaki umpama harimau di kalangan teman-teman dan keluarga tetapi manja seperti kucing bila bersama wanita yang dicintai.
- Kala lelaki berlagak tenang dalam situasi cemas atau tegang, perhatikan sama ada mereka berpeluh atau tidak. Inilah cara terbaik mengesan rasa gementar lelaki.
Comments