Psstt.. Ni ada info pasal lelaki lagi
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Actually saya ada baca be-be-berapa artikel berkaitan lelaki dan zodiak, serta sikap dan sifatnya. Nak tau tak..? nak baca tak..? Ok, saya letak dulu la yang ini ye... Artikel yang lain tu lain kali la pulak... Isi lebih kurang sama jer... dah tentu-tentu zodiak yang sama kan :D ;)
Cuma ada la sedikit pertambahan info-infi nya (kata ganda apa-kah ini?: :P ~ kalau DBP dengar harus hangen, hehe..
Ok, sila cek di bawah dan nilaikan sendiri dengan pasangan kami.. atau rakan2 yang berada di sekeliling kamu.. Kalau yang bagus, bagus la kan... kekalkan.. kalau ada yang negatif, mungkin ia membantu kita memahami pasangan masing2 bukan... ;)
LELAKI DAN ZODIAK
CAPRICORN
Keinginan dan niat lelaki lingkungan zodiac Capricorn adalah sukar untuk difahami. Namun mereka boleh menjadi individu yang sangat menyenangkan. Mereka juga dikatakan seorang yang bijak
AQUARIUS
Pemuda Aquarius seorang yang suka berangan. Selalunya tidak member perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Jangan tertipu, mereka ini sentiasa dipenuhi dengan idea-idea bernas!
PISCES
Pengkhayal yang lebih suka untuk tinggal di dalam mimpi manis. Lelaki Pisces suka merungut tentang hidupnya juga terhadap semua orang di sekelilingnya. Calon baik berpasangan kerana mereka seseorang yang boleh diharapkan
ARIES
Lelaki Aries merupakan seorang yang sentiasa berbakat dan kreatif, tetapi berwaspada kerana mereka biasanya sungguh degil!
TAURUS
Dikenali kerana sikap mereka yang sangat rajin, lelaki Taurus seorang yang mudah terdedah dan sensitive. Jenis yang sangat lambat dan mereka juga tidak suka bergegas ketika melakukan urusan
GEMINI
Sering mendapat tanggapan sebagai seorang yang genius. Meskipun boleh bercakap dengan sempurna tentang pelbagai topi tetapi pendirian lelaki Gemini sentiasa berubah
CANCER
Paling disenangi di antara semua, jejaka Cancer merupakan seorang yang berhati-hati. Sering menghulurkan bantuan dan perlindungan. Sifat baiknya itu sering disalah tafsir sebagai pengecut
LEO
Sang Leo seorang yang sangat megah, kadang-kala mereka kelihatan seolah-olah hampir tidak dapat didekati. Jangan tertipu kerana mereka sebenarnya mempunyai akhlak yang baik
VIRGO
Meskipun lelaki Virgo seorang yang zahirnya baik dan mudah melahirkan simpati, mereka juga boleh menjadi seorang yang terlalu praktikal. Tidak gemar pada ideology romantic
LIBRA
Seorang yang gemar berkomunikasi, banyak cakap dan sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan hati orang lain. Namun, kumpulan lelaki Libra kadangkala takut untuk mengendong tanggungjawab
SCORPIO
Si Arjuna Scorpio adalah individu yang sentiasa tersembunyi, diselubungi oleh sesuatu aura yang memberikan mereka daya penarik dan mengancam tetapi pada masa yang sama dsertai dengan sedikit rasa angkuh
SAGITTARIUS
Selain menggemari pelbagai hobi, lelaki Sagittarius adalah seorang yang sangat menarik dan berkualiti. Juga boleh menjadi begitu naif
NotakakisikukiriHD : Urmmmm... tgh baca dan nilaikan la neh.. :D
Comments