Ceritera DIRI : Buah-buahan Pilihan Mu
~Lihatlah sekitar alam
Dunia Luas terbentang~
Satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Barnet tentang personaliti individu melalui buah-buahan yang mereka minati. Terdapat 7 kumpulan jenis buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia. Jom kita kenali diri dan di mana satukah kategori kamu :)
SATU
Jenis limau seperti oren, lemon, limau nipis, dan limau baliKamu seorang yang cenderung kepada warna-warna cerah dan gemar pada sesuatu yang mencabar. Kamu menjadi tempat rujukan teman untuk meluahkan perasaan dan masalah. ini semua disebabkan sikap kamu yanh pandai berkata-kata sehingga mereka yakin untuk berkongsi dengan kamu.
DUA
Buah tropika seperti pisang, betik, jambu, kiwi dan nenasKamu seorang yang gemar kepada pengalaman-pengalaman baru. Orang di sekeliling selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana corak hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak suka kepada sesuatu yang melibatkan kesakitan emosi.
TIGA
Buah-buahan ladang seperti pear dan epalKamu seorang yang kuat dan mampu menjadi tunjang pada individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu daripada tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah serta tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup.
EMPAT
Jenis tembikai seperti tembikai dan tembikai susuSeseorang yang mempunyai sifat murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membnatu orang lain. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini disebabkan kamu memiliki keperibadian yang cukup romantik.
LIMA
Jenis ceri seperti blackbery, blueberry, strawberi, raspberi, anggur dan tomatoKamu digambarkan sebagai individu yang gemar berparti dan suka berhibur serta menggembirakan orang lain. Kamu mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang pelik.
ENAM
Kekacang seperti badam, hazel, gajus dan lain-lainMood kamu sentiasa berubah-ubah tetapi ia bersebab. Kamu dikatakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan atau berpendirian. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap berhati-hati kerana sikap kamu yang degil. Dalam percintaan, kamu digambarkan sebagai seorang yang setia.
TUJUH
Jenis labu seperti kundurKamu dikatakan seorang yang berpandangan jauh. Kamu ialah individu yang sering berperasaan curiga dan individu di sekeliling kamu seakan-akan kagum dengan pengetahuan yang kamu miliki.
Comments