Skip to main content

Ceritara CINTA : Cara2 Nak Jadi Gadis Idaman Lelaki



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Misi kamu sebagai seorang perempuan, bukanlah sekadar memenangi hati si dia tetapi kamu haruslah pandai mengambil hati teman-temannya juga. Pada saat beginilah kamu sebenarnya dapat memiliki hatinya secara menyeluruh. Oleh itu kamu harus...

Menjadi lebih fleksibel
Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada  sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel!

Tahu bergurau
Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para  lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu  gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak. 

Menjadi lebih aktif
Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang  cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata,  jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja!

Tunjukkan yang kamu prihatin
Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain.  Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27